Tuesday 18 June 2013

Batuk Dan Kahak

From Facebook : Elaz D'heart


1.      Sup tulang atau bone broth atau sup ayam

       (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber

       protein i.e ayam)

 

2.      Bawang Putih

       Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak. Bakar bawang putih,   

       hancurkan sikit dan letak minyak makan dan sapu

 

3.      Garlic Sock

Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

 

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

 

4.      lemon socks

(samada hiris lemon lekat di kaki pakaikan stokin atau rendam stokin dlm air lemon yg dicampur sedikit air paip, perah, pakaikan pada anak, jika stokin itu telah kering, celupkan lagi dalam air lemon dan pakaikan kembali)

 

5.      KUNYIT

Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

 

CARA MENGENAL KAHAK:

Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)

Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.

Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

 

CARA MENGENAL HINGUS.KAHAK :

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

 

 

 

 

MAKANAN PENYEBAB KAHAK :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043176683797&set=oa.245730782222474&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-f.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F306846_10152043176683797_1575162859_n.jpg&size=403%2C403

 

 

6. NAIKKAN IMUN SISTEM

Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan dengan pengambilan supplement Olivenol (Rujuk photo atau search button tentang Olivenol) . Apple Cider Vinegar / cuka apple juga baik untuk naikkan imun sistem tubuh dan untuk masalah batuk disebabkan alergi atau sinus).

 

7. VITAMIN D

Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi)

 

 

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1

 

*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. Biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)

 

*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)

Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

 

*Untuk cara steam orang dewasa cuma perlu ambil semangkuk air panas, tutup bahagian kepala dengan kain, biarkan muka sahaja terbuka, tunduk pada mangkuk dan hidu wap panas tersebut. Boleh campurkan air panas tersebut dengan bawang putih yang ditumbuk juga.


Terapi percussion untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :

http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

 

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujuk https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

 

INFO KAHAK YANG MELEKAT:

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

 



4 comments:

  1. Info yang lengkap dalam satu post. Mohon share ye.

    ReplyDelete
  2. Salam. Nice sharing here.

    Anak saya pernah admit hospital masa berumur 10 bulan, sebab ada kahak kat paru-paru. Alhamdulillah sekarang semua dah ok.

    Jemput ke blog saya, saya ada kongsikan petua untuk keluarkan kahak secara tradisional.

    ReplyDelete