Tuesday 14 October 2014

Gambar Yaya & Hana









 


 

Pengalaman Bersalin Anak Ke-2

11 September 2014
3.00 a.m-Mula rase sakit,
malam tu memang aku cakap kat baby kuat cepat-cepat. Malam tu juga asben aku balik dari kl, dua2 anak ni mesti tunggu bapak dia, dulu Aira tunggu bapak dia dtg dari kedah. Masa ni keluar darah macam anak pertama juge.

4.00 a.m- Mula rasa sakit setiap 10 minit. Aku bersiap2 dan makan roti, telor separoh masak, mandi dl, minum jus kurma, air zam zam dan minyak selusuh. Aku makan ni sume untuk mudah nak bersalin.

4.15 a.m- Mula gerak dari rumah, ikotkan tak nak gerak lagi sebab nak tunggu dulu tapi si yaya dah nangis2 nak kuar dia ingat nak pu jalan kot padahal aku tengah sakit kot, aku sakit perot dia leh gelak lagi.

5.00 a.m- Sampai di Hospital Sultan Ismail. Memang planning kali ni nak beranak di HSI, aku survey ramai kate ok. Serik bersalin di Hospital Kote Tinggi sebab layanan xok, nurse siap borak2 time nak beranak, kaki kena gantung dan jahit bukak semula sebab salah kedudukab rahim, atas pisat, serik sangat. Alhamdulillah sampai di HSI mak guard baik layan aku duduk di kereta sorong dan dia tolak, klu dulu mak aku yang kena tolak. Yaya tidor so asben aku jek yang hantar. Nurse mula check dah 3.5cm, tak sakit pun dia check.

5.10 a.m- Masuk lab, nasib aku dah makan sikit tak sempat nak minim air selusuh or makan sebab twrus kena masuk lab, so lepas ni before gi hospital better makan siap2. Alhamdulillah usaha aku untuk bukak banyak menjadi iaitu bersenam dan sapu minyak selusuh di anu kita. Dalam lab sangat haus aku mintak air.

6.30 a.m- Mula rasa sakit yang teramat. Aku suruh nurse panggil asben aku, nasib dia ada.

7.15 a.m- Sakit yang teramat, nurse pun bagi oksigen tu, sangat membantu so sakit rasa kurang sikit tapi tetap sakit juge, kepale aku mula pening rase mamai macam nak pengsan rupanya pakai oksigen tu boleh mamai. Aku asyik cakap nak pengsan aje. Tiba2 rase nak berak aku tak boleh tahan automatik aku teran, aku asyik cakap nak berak aje, nurse pun lata boleh teran dah ni. Kali ni baru rasa teran tu macam mana, aku pegang kaki, rupanya bukan nak berak tapi nak kuar kepala dah. Memang automatik nak teran tak boleh tahan. Aku pun teran dan nafas hembus lama2, asben aku tolong angkat kepale. Asben aku memang teman dari awal sampai beranak. Masa Yaya dulu tak habis pun tengok.

7.50 a.m- Dalam keadaan mamai dan asyik cakap nak pengsan aku pun push kuat2 akhirnya lahirlah anak ku yang ke-2 yang bernama Raja Hana Zulaikha. Syukur Alhamdulillah. Nurse and doctor sangat baik tak marah pun dia orang asyik cakap jangan macam ni.

10.00 a.m- Dah keluar lab. Kali ni masuk wad kelas pertama sama macam dulu cuma kali ni air cond sangat selesa.

6.00 p.m- Aku dah discharge. HSI sangat cepat. Klu 10 bintang memang aku bagi 10 bintang sangat bagus macam private gitu. Next time mungkin beranak di sini lagi, ewah.

Kesimpulan :-
Kali ni Alhamdulillah sangat cepat dan mudah bersalin, sakit tak lama, hanya 4 jam start sakit terus beranak. Ni semua berkat usaha aku untuk cepat nak bersalin. Syukur Ya Allah...Semoga tuhan limpahkan rezeki dan memberikan kebahagiaan keluarga ku dan sentiasa dilindungi dan diberkati olehmu ya Allah....Amin



Friday 10 October 2014

Gambar Raja Hana Zulaikha


Raja Hana Zulaikha Binti Raja Mohd Radzi
Makna : Kasih Sayang & Kecantikan Yg Menawan
Berat : 3.07 kg
Waktu : 7.50 a.m
Panjang : 49cm
Tempat Lahir : Hospital Sultan Ismail, Johor
 1st day
1st day
1st day

30 days

40 Days

 5 Months
 
6 Months
8 Months


Wednesday 8 October 2014

resepi bi hoon goreng sing sedap

bahan-bahan
- udang kering ditumbuk
- bawang besar dan bawang putih dihiris
- fishcake, udang, ayam
- telor
- lada hitam
- bi hoon
- kobis @ carrot @ taugeh

cara membuat
- tumis udang, bawang
- masukkan fash cake, lada itam, telo
- masukkan bi hoon dan dll