Friday 30 November 2012

Rangsangan Bayi (6)

Sebenarnya, stimulator yang paling berkesan, bukanlah perkara² atau method² di atas. Kita tak perlu keluarkan sesen pun untuk mendapatkan anak yang bijak. Rangsangan terbaik bukanlah dari flash card, mainan2, DVD ke apa, yang terbaik ialah dari ibu bapa dia sendiri. Alat pembelajaran terbaik bagi anak² kita ialah kita. Interaksi yang berkesan antara kita dengan anak² adalah stimulator terbaik untuk otak dan fizikal mereka. Tunjukkan dan tonjolkan kasih sayang, beri perhatian dan prihatin terhadap mereka.
Antara perkara² yang kita boleh buat with no cost dengan anak²:
Kita bukan saja memberikan mereka makanan yang terbaik, tapi juga moment semasa kita menyusukan dia tu sangat bermakna. Bila kita susukan dia, dia berada rapat dengan kita. Kita boleh belai dia, bercakap dengan dia, merasa getaran jantungnya. Ewah!
So, susukan bayi anda selama mungkin!
  • Selalu bercakap dengan mereka
Walaupun baby sekecil Fahry, dia memang suka bila kita bercakap dengan dia. Nampak je macam tak faham tapi diorang belajar ritma dan menambahkan vocab untuk mereka bercakap sendiri pula nanti. Lagi pulak, getaran suara ibunya ni memang satu benda macam penawar lah buat mereka.
  • Buat muka
Saya suka buat ni bila bersama Fahry. Kembungkan pipi ke, jelirkan lidah ke & buat berulang². Dia akan belajar tentang pattern dan sequence. Mungkin nanti dia akan tiru pula kan?
  • ‘Berbincang’ dengan mereka
Kalau orang yang tak biasa, bila tengok agaknya rasa pelik. Berbincang dengan baby macamlah mereka faham. Bila kita exposekan mereka dengan pelbagai isu, ia akan menjadi rutin sampai mereka besar. Bukan saja boleh menambah vocab malah juga pengetahuan mereka.
  • Menyanyi kepada mereka
Kalau Fahry memang suka Mommy menyanyi, apa² je lagu especially nasyid2 berbentuk zikir. Di samping merangsang anak, menghiburkan dia, maknye pun dapat pahala :D
  • Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang
Memang mengelekek gelak si Fahry kalau main cak cak. Bukan tu je, dia sebenarnya belajar tentang benda yang hilang kembali muncul semula. Ala2 patah tumbuh hilang berganti gitu.
  • Ajak mereka bantu kita buat kerja rumah
Benda simple2 je. Tak payah harapkan mereka tolong pun, just join je. Hafiy suka ikut saya basuh dan jemur baju. Sekarang dah boleh mintak dia isikan baju yang dah siap basuh dari dalam mesin basuh ke dalam bakul. Mintak beruskan kain pun boleh tapi nanti benda lain yang diberusnya.
  • Membaca bersama-sama
Memang tokleh dinafikan kepentingan dan kebaikan membaca kan. Saya memang lambakkan buku atas katil untuk mudah dicapai. Bila ramai² berada di katil (kami co-sleep), Hafiy akan passkan apa² buku untuk saya bacakan pada mereka. Kadang² dia yang ‘bacakan’ untuk adik.
  • Bergurau senda dan main bersama
Sesimple main geletek dan menjadi ‘toy’. Kadang² mak bapaknye jadi kuda, jadi see-saw, jadi buai, macam² lah. Jimat, tak payah beli gimnasium hehe.
  • Rakam video dan tonton sama2
Pakai kameraphone je. Rakam apa2 moment kemudian tengok sama² dan bercerita tentang apa yang kami tonton.
  • Bercerita
Bila ‘malas’ bukak buku, mula lah sesi mari bercerita. Yang bestnya bila bercerita ni, kita boleh pusing² sikit, dan tanya soalan² yang macam2. Biasanya maknye yang jawab sendirilah :D
  • Ajar kemahiran hidup dan kendiri
Sesiapa yang belajar tentang Montessori education, ia ada menekankan tentang practikal living skill. Budak2 diajar untuk berdikari dari kecil dan digalakkan menggunakan benda yang betul dengan cara yang betul. Contohnya penggunaan gelas kaca agar anak lebih berhati² dan tak menjatuhkan gelas tu sesuka hati. Dan penyapu adalah untuk sapu lantai, bukan buat gitar.
Benda² yang simple je untuk budak² sebaya Hafiy, suruh kemas mainan, kemas buku, kemas cawan sendiri… Tapi kita kena join sama jugak mula². Bila dah biasa barula boleh keluarkan arahan saja.
  • Keluar
Bukan je keluar ke taman, keluar ke mana² pun boleh belajar, especially kalau ke supermarket. Kami pilih barang sama² terutama barang dapur. Yang penting bagi kami, jangan biasanya membelikan barang² kehendak dia, kecuali buku. Bila dah biasa dengan ‘beli kereta, beli robot, beli aiskerim’, asal keluar je mengamuk nak benda² macam tu.
  • Solat dan mengaji bersama
Solat bersama ni boleh dipraktik sejak mereka kecil lagi. Bila dah besar sikit, ada budak² suka duduk di tepi, ada yang ‘ikut solat’ sekali dan ada juga yang suka berlari² dan bermain² masa maknye solat. Walau apa pun jenis anak kita, tak ada salahnya. Mereka masih budak, malah Rasulullah sendiri membiarkan saja budak² main panjat mimbar masa khutbah Jumaat. Bukanlah satu perkara yang memalukan (tapi dalam masyarakat kita agak memalukan, nanti orang kata tak pandai didik anak dengan agama) kalau anak kita tak duduk diam² semasa kita bersolat. Hassan dan Hussain malah ‘bermain’ semasa Rasulullah mengimamkan solat sehinggakan baginda kena lamakan sujud sebab cucu² tersayang tengah panjat belakangnya.
Mengaji juga sama. Tak apa kalau mereka tak boleh duduk diam, yang penting kita mengaji bersama mereka secara kosisten.
Kanak-kanak adalah makhluk Tuhan yang suci dan amat dimuliakan. Malah Rasulullah amat menyayangi kanak². Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memuliakan anak kita, dengan menunaikan hak² mereka serta memberi rangsangan terbaik untuk mereka agar mereka dapat membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan bijak.
Walaupun kita tak mampu hantar anak kita ke tadika mahal yang beribu², tapi jangan risau sebab kunci rangsangan adalah kita sendiri. Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka. Anak yang diasuh dalam suasana penuh kasih sayang akan mengalami pertumbuhan yang sihat. Ramai yang salah anggap antara asuhan kasih sayang dengan memanjakan (spoilt) anak. Mengasuh dengan kasih sayang ialah memastikan anak² kita membesar dalam suasana yang kondusif untuk membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Maknanya kita menyediakan fasiliti untuk minda mereka dirangsang dengan baik. Ia bukanlah dengan memberi apa yang mereka nak (sayangla konon kan), tapi mengajar mereka berfikir tentang kehendak dan keperluan, dan sebagainya.
Bila kita selusuri tauladan asuhan yang Rasulullah berikan, baginda amat memanjakan cucu² baginda, namun kanak² tersebut membesar dengan cerdas, malah dalam usia kecil, Hassan dan Hussein dapat memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menegur seorang pakcik yang tersalah ambil wuduk. Asuhan yang diberikan oleh datuk mereka dan ibu mereka Fatimah al-Zahra amat efektif hingga menjadikan kanak² sekecil mereka begitu konfiden dan berani untuk menyatakan kebenaran.

Mainan Bayi

Bagi bayi baru lahir (0 hingga dua bulan)
Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.

Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter (lapan hingga 14 inci) daripada matanya.

Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.

Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.


  • Bayi berusia tiga bulan hingga enam bulan

    Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.

    Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula memasukkan barangan ke dalam mulutnya.

    Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

    Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak mudah tanggal.


  • Bayi berusia enam bulan hingga sembilan bulan

    Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.

    Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang bergerak serta buku.


  • Bayi berusia 12 bulan hingga 18 bulan

    Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.
  • Rangsangan Bayi (5)

    50 Rangsangan Anak Bijak


    1-BERTENTANG MATA
    Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

    2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA
    Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

    3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN
    Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

    4-JELIRKAN LIDAH
    Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

    5-HASILKAN BUKU BINATANG
    Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

    6-GELETEKLAH BAYI ANDA
    Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

    7-TUNJUKKAN PERBEZAAN
    Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

    8-BERKONGSI PANDANGAN
    Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

    9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA
    Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin....") . Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

    10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA
    Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

    11-SENTUH DAN RASA
    Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

    12-PERGI MEMBELI-BELAH
    Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

    13-BERI KATA KUNCI
    Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

    14-BERI KEJUTAN
    Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

    15-SEDIAKAN BANYAK TISU
    Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

    16-BACA BUKU
    Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

    17-MAIN CAK-CAK
    Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

    18-JANGAN LUPA REHAT
    Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

    19-MAIN DENGAN WARNA
    Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

    20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
    Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

    21-ANGKATKAN SAHAJA
    Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

    22-BIAR DIA MEMBEBEL
    Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

    23-LATIHAN MENEKA
    Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

    24-BINA LALUAN HALANGAN
    Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi
    bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

    25-IKUT RENTAKNYA
    Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.


    26-BUAT MUKA LAWAK
    Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

    27-RASA SEKELILING ANDA
    Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

    28-CERITAKAN KISAH DONGENG
    Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

    29-BAYANGAN WAJAH
    Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

    30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
    Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

    31-GOYANGKAN BADAN
    Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

    32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
    Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

    33-KIRA SEMUANYA
    Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

    34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
    Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

    35-TUTUP TV
    Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

    36-TUKAR PEMANDANGAN
    Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

    37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
    Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda, buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya) .


    38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
    Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

    39-MAIN HUJAN
    Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

    40-MENANGKAP SERANGGA
    Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

    41-BERGURAU- SENDA
    Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

    42-MAIN DENGAN PAKAIAN
    Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

    43-AJAR TENTANG ISIPADU
    Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

    44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
    Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.


    45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
    Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna. Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.


    46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
    Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

    47-CONTOHI CARA SESAME STREET
    Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

    48-MAIN BERULANG-ULANG
    Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.


    49-MAIN "TIRU-MENIRU"
    Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

    50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
    Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlalu dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

    Rangsangan Bayi (4)


    Keadaan yang sesuai bagi merangsang bayi ialah pada masa dia celik dan sedar. Ibu bapa perlu faham masa yang elok untuk merangsang bayi kerana jika rangsangan diteruskan tanpa mengambilkira kemampuan bayi untuk berinteraksi, ini mungkin akan membawa kesan yang negatif kepadanya. Bila bayi asyik memerhatikan wajah ibunya, ibu itu patutlah bercakap-cakap dengannya, menyanyi mesra, menunjukkan wajah senyum gembira atau ketawa sambil menggosok-gosok atau mencium bahagian tubuh bayinya itu. Waktu menyusu bayi boleh digunakan untuk merangsang bayi. Perkataan-perkataan seperti " anak mak cantik sangat, anak mak manis sangat, anak mak sayang, anak mak suka minum susu", dan sebagainya disarankan untuk digunakan pada waktu ini.

    Ibu-ibu juga digalakkan bercakap-cakap dan bermesra dengan bayinya diwaktu dia dimandikan atau lampinnya ditukarkan. Jarak mata bayi dengan wajah ibunya semasa menyalinkan lampin sungguh sesuai untuk berinteraksi diantara ibu dan bayi. Sambil menyalin lampin perkataan-perkataan seperti" cantiknya kaki anak mak, wanginya badan anak mak," dan sebagainya boleh digunakan.

    Sebelum seseorang bayi boleh menggunakan bahasa dia akan menempuh proses perkembangan yang sistematik. Bayi yang baru lahir hanya menangis sahaja. Kebolehan bayi untuk mengeluarkan konsonan seperti mm,mm, atau ng pada usia tiga hingga empat bulan akan terus berkembang sehingga pada usia enam bulan dia sudah boleh mengeluarkan bunyi "ma ma ma, na na na" ,seolah-olah dia hendak memanggil ibunya. Kebanyakkan bayi sudah berupaya mengeluarkan satu perkataan yang bermakna seperti "mama", "baba' pada usia sepuluh bulan. Dari bahasa yang digunakan oleh ibu kepadanya setiap hari dan pada setiap masa bayi akan dapat mempelajari dan membentuk bahasanya sendiri. Dari itu ibu bapa perlulah faham bahawa mereka seharusnya memberi perhatian kepada perkembangan bahasa bayi-bayi mereka dan membantunya dengan selalu bercakap-cakap dengan bayi mereka. Bahasa sangat penting untuk seseorang manusia mempelajari keadaan disekelilingnya kerana melalui bahasa seseorang kanak-kanak kecil boleh melafazkan kehendaknya, boleh bertanya-tanya, boleh meminta-minta, dan boleh mengeluarkan pandangan-pandangannya tentang sesuatu perkara.

    Seseorang bayi yang selalu menangis tentu akan kurang berkebolehan menerima segala stimuli dari persekitarannya serta dari orang-orang disekelilingnya. Ada ibu-ibu yang mengatakan " Biarlah budak itu menangis, lama-lama bila dia letih, dia akan diam". Anggapan ini adalah tidak benar dan ibu bapa dinasihatkan supaya mencuba seberapa daya untuk mententeramkan dengan mendukung dan mendodoinya atau mengenjut-enjutkannya. Selalu didapati bahawa seseorang ibu yang sudah pandai mendapatkan perhatian bayi dan merangsang bayi akan mendapati bayinya kurang meragam . Bayi menangis kerana inginkan sesuatu. Cubalah cari sebabnya dan pujuklah dia.

    Bermain-main dengan bayi adalah sangat-sangat digalakkan. Jari-jari bayi boleh dicium atau kedua-dua tangannya ditepuk-tepukkan sambil ibu menyanyi perkataan-perkataan seperti " tepuk-tepuk tangan". Pendeknya, perkataan-perkataan yang dikeluarkan oleh seseorang ibu itu seelok-eloknya mestilah ada berkaitan dengan sesuatu perbuatan yang dilakukan.

    Kesimpulan

    Persekitaran seseorang bayi itu boleh diperkayakan dengan mengadakan berbagai-bagai bunyi yang menarik seperti lagu-lagu dari peti muzik (musical box) atau dengan gambar-gambar yang berwarna-warni.

    Untuk merangsang bayi ibu digalakkan bercakap-cakap, bermain-main, menyanyi atau membaca sesuatu kepada bayi mereka kerana ini bukan sahaja akan membantu proses perkembangan bahasa bayi bahkan mungkin boleh meninggikan pretasi intelek mereka. Sebelum kanak-kanak itu boleh menggunakan bahasa dia perlu memahami bahasa. Dari itu ibu bapa digalakkan selalu mengeluarkan perkataan-perkataan yang sesuai pada masa dia berinteraksi dengan bayinya. Insyaallah bila perkembangan bahasa kanak-kanak itu dapat dipercepatkan, prestasi inteleknya juga akan meningkat

    Rangsangan Bayi (3)

    Ketika anda sedang bermain dengan bayi anda, cuba tutup sebelah mata bayi dengan telapak tangan anda dengan cermat. Lihat respons bayi sekiranya dia kelihatan gelisah atau menangis. Jika bayi kelihatan biasa sahaja ini bermakna mata yang tidak dikatup mempunyai penglihatan yang baik tetapi sekiranya bayi menangis bermakna mata yang tidak dikatup tidak sebaik mata yang dikatup atau tiada penglihatan pada mata itu.



    1. Gunakan mainan yang berkontras tinggi seperti hitam dan putih, berkilat atau bercahaya untuk menarik perhatian bayi. Cari mainan yang ringkas dan senang untuk dilihat agar bayi tidak terkeliru seperti bola plastik pelbagai saiz dan warna, kiub, patung biasa tanpa bahagian kompleks. Sekiranya anak anda mempunyai masalah penglihatan atau berpenglihatan terhad gunakan lampu suluh yang dihala dari belakang mainan (aktiviti ini dilakukan dalam bilik gelap) untuk menolong anak anda melihat objek. Cuba elakkan mainan berbunyi kerana ini akan merangsang deria pendengaran dan bukan deria penglihatan sepenuhnya. Pegang mainan tersebut dihadapan mata bayi dan perhatikan respon. Cuba bawa mainan tadi ke sisi bayi dan perhatikan sama ada matanya mengikut arah tangan anda. Cuba lihat tempoh bayi memberi respon. Sekiranya terlalu singkat atau tidak menunjukkan respon setelah mencuba dengan pelbagai jenis mainan, kemungkinan penglihatan bayi belum di rangsang dengan sepenuhnya atau pun bayi anda mempunyai masalah penglihatan. Adakalanya bayi hanya respon pada cahaya dari lampu suluh dan bukan mainannya. Bayi mungkin mempunyai masalah penglihatan yang agak serius.



    3. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, gunakan anak patung untuk melatih penglihatan detail. Suruh anak anda menunjuk di mana mata anak patung atau butang baju anak patung. Ini dapat memastikan tahap akuiti visual kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, sekiranya kanak-kanak dapat melihat dan mengutip nasi atas lantai atau manik-manik dekorasi kuih dengan baik, akuiti visualnya adalah sekurang-kurangnya 6/18.



    4. Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, perhatikan gerak gerinya ketika menonton televisyen. Adakah anak anda selalu mengecilkan matanya atau mengalih mukanya ke satu arah. Dia mungkin mempunyai ralat refraksi yang tidak dibetulkan. Jangan sangka kanak-kanak kecil tidak perlu memakai cermin mata, adakalanya kesalahan refraksi bermula dari bayi lagi. Jangan bertangguh untuk membetulkan ralat refraksinya. Kelewatan boleh menyebabkan berlakunya mata malas yang sukar untuk dirawat.




    Menjadikan Anak Bijak

    1.Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkn Y A LATIF ke ubun2 kepalanya sebanyak mungkin atau memandai 100 X
    2.Membaca surah AL-FATIHAH 1X & ALAM NASYRAH 1X
    3.Bercakap2 dengan anak2 ketika mereka sdg tidur dgn menyeru nama penuhnya berbinkn/berbinti kpd kita sebagai ibu kandung.Percakapan adalah merupakn nasihat.pujian dan berceritalah ttg kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kpd anak yg sdg tidur itu sgt berkesan kpd roh & jiwa mereka.
    4.Apabila kita berbual-bual dgn anak2 ketika mereka tidur,kita kan lihat matanya bergerak-gerak,walaupon sedang tidur.
    5.Ayah & Ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yg ada pada kita misalnya air yg masih basah ditangan ke muka & ubun2 anak2.

    Rangsangan Bayi (2)

    Bayi baru lahir
    Pada saat ini refleks tubuh bayilah yang bekerja sempurna. Gerakan refleks adalah gerakan-gerakan yg terjadi secara otomatis, tanpa bayi sadari. Seiring dengan waktu, gerak refleks ini akan tergantikan dengan gerak motor kasar. Beberapa gerak refleks yang dimiliki bayi adalah :
    1. Refleks menghisap (sucking reflex)
      Bayi akan melakukan gerakan menghisap ketika Anda menyentuhkan puting susu ke ujung mulut bayi.
    2. Refleks menggenggam (palmar grasp reflex)
      Bayi Anda akan otomatis menggenggam jari Anda ketika Anda menyodorkan jari telunjuk kepadanya.
    3. Refleks leher (tonic neck reflex)
      Akan terjadi peningkatan kekuatan otot (tonus) pada lengan dan tungkai sisi ketika bayi Anda menoleh ke salah satu sisi.
    4. Refleks mencari (rooting reflex)
      Ketika pipi bayi Anda disentuh maka otomatis mulutnya akan terbuka dan memalingkan wajahnya ke arah sentuhan.
    5. Refleks Moro (Moro reflex)
      Refleks ini berbeda dengan refleks lainnya yang termasuk dalam ketegori gerakan motor. Menurut para ahli, refleks moro ini termasuk reaksi emosional yg timbul dari kemauan atau kesadaran bayi dan akan hilang dengan sendirinya dalam waktu yg singkat. Refleks moro ini timbul ketika bayi dikejutkan secara tiba-tiba atau mendengar suara yang keras. Bayi melakukan gerakan refleks dengan melengkungkan punggungnya dan mendongakkan kepalanya ke arah belakang. Bersamaan dengan gerakan tersebut, kaki dan tangan bayi digerakkan ke depan. Reaksi yang berlangsung sesaat ini pada umumnya diiringi dengan tangisan yang keras.
    Beberapa tips yang perlu diketahui orang tua sebelum memberikan stimulasi motorik untuk bayi:
    1. Berikan waktu khusus selama kurang lebih 15 menit untuk melakukan stimulasi ini dan yakin kan bahwa diri Anda bebas dari berbagai gangguan, seperti memasak dan pekerjaan rumah tangga lainnya.
    2. sebaiknya Anda berkuku pendek dan tangan harus dalam keadaan bersih.
    3. Lepaskan semua perhiasan yang Anda pakai seperti cincin dan gelang, untuk meminimalkan kemungkinan kulit bayi tergores.
    4. Baringkan bayi di atas tempat yang luas dengan permukaan rata misalnya kasur atau busa tebal.
    5. Putarlah musik berirama lembut untuk didengar agar bayi lebih rileks dalam melakukan latihan-latihan yang dapat meningkatkan perkembangan motoriknya.
    6. Rangsangan dapat dilakukan setelah bayi mandi, cium perutnya, jari kakinya dan jari tangannya dengan lembut. Stimulasi yang lembut ini akan membantu bayi Anda membangun kesadaran mengenai berbagai bagian dari tubuhnya.
    Usia bayi 1 bulan:
    • Stimulasi motorik kasar:
      Bayi sudah memiliki refleks untuk menggerakkan tangan dan kakinya sejak lahir. Di usianya yang menginjak satu bulan, bayi mulai belajar untuk menggerakkan tangan dan kakinya ke atas. Untuk membuat ototnya semakin kuat, Anda bisa memberikan stimulasi dengan cara menggantungkan mainan yang mengeluarkan bunyi dan memiliki warna-warna mencolok di tempat tidurnya. Hal ini dapat merangsang bayi untuk menarik tangannya ke atas dan berusaha menggapainya.
      Cara lain adalah dengan memegang mainan berbunyi yang menarik di sisi kanan atau kiri (bukan tepat di depan) bayi Anda. Buat bayi Anda agar mau sedikit berusaha menggapai benda yang diinginkannya. Stimulasi ini dapat melatih koordinasi mata – tangan, atau koordinasi mata – kaki. Anda pun bisa menggerak-gerakkan kakinya sambil bernyanyi dan bermain.

    • Stimulasi motorik halus: Untuk menguatkan jari-jarinya, berikan rangsangan dengan cara menyentuh telapak tangan bayi dengan kedua telunjuk Anda. Biarkan bayi menggenggam sejenak dan tarik perlahan kedua tangannya. Anda juga dapat meletakkan mainan yang mengeluarkan suara di tangan bayi Anda. Ini akan sangat menarik baginya karena bayi mulai menyadari gerakan yang dilakukannya dapat menghasilkan bunyi.
    Usia bayi 2 bulan
    • Stimulasi motorik kasar:
      Di bulan kedua dalam hidup bayi, gerakan refleksnya akan mulai menghilang dan muncul gerak motor kasar. Baringkan bayi Anda dalam keadaan tengkurap dan goyangkan mainan yang berbunyi di atas kepalanya, juga di sisi kanan dan kirinya.
      Rangsangan juga dapat diberikan dengan mememanggil nama bayi Anda dari arah depan atau
      membelai kepala dan leher belakangnya. Si kecil akan mengangkat kepalanya dan ini sangat baik untuk melatih otot lehernya agar semakin kuat.
      Sebaiknya jangan terlalu sering menggendong bayi Anda atau menaruhnya di ayunan, sebab bayi tidak akan memiliki kesempatan untuk belajar tengkurap. Selain merupakan terapi mencegah peyang pada kepala bayi, tengkurap juga melatih dan menguatkan otot perut dan leher bayi.
      Tengkurap juga memberikan sudut pandang baru untuk bayi selain posisi terlentang. Hal yang harus Anda perhatikan adalah jaga posisi kepala bayi agar tetap bisa bernapas. Rangsangan bisa sering dilakukan dan lama waktunya bertahap sesuai perkembangannya, jangan terlalu dipaksakan apabila bayi menolak/menangis keras untuk mencegah cedera pada otot lehernya.
    • Stimulasi motorik halus:Rangsangan ini dapat diberikan saat Anda sedang menyusui atau tidak melakukan sesuatu. Ketika bayi mengepalkan telapak tangannya, Anda bisa membuka kepalan tangannya dengan lembut, sentuh jari – jarinya satu persatu, dan luruskan. Anda bisa melakukan latihan ini sambil bernyanyi kepada bayi Anda.
      Agar kemampuan menggenggamnya semakin kuat, dan sekaligus melatih perkembangan indera penglihatan dan pendengarannya Anda bisa memberikan telepon mainan kepadanya. Bayi akan mendengar suara dan melihat kelap-kelip lampu sambil menggenggam telepon mainannya.
    Usia bayi 3 bulan :
    • Stimulasi motorik kasar:
      Baringkan bayi Anda di kasur/busa tebal yang luas dalam posisi terlentang. Kemudian sedikit demi sedikit bantu bayi membalikkan posisi tubuhnya. Rangsangan ini dapat melatih bayi Anda untuk dapat berguling dari posisi tengkurap ke terlentang dan bahkan merangsangnya untuk dapat berpindah dari posisi terlentang ke tengkurap.
      Anda juga dapat memberikan stimulasi dengan cara meletakkan bayi Anda dalam keadaan tengkurap dan pertemukan kedua telapak kakinya sampai saling menempel. Buka kedua telapak kakinya dengan sisi-sisi dalam kaki tetap saling menyentuh. Lakukan gerakan buka tutup ini berulang kali. Rangsangan ini dapat meningkatkan kekuatan otot perut dan tulang belakang bagian bawah bayi Anda.
      Untuk membuat otot kakinya semakin kuat, dalam keadaan terlentang pegang kedua kaki bayi Anda dengan kedua tangan dan lakukan gerakan memutar dengan lembut atau seperti gaya mengayuh sepeda di udara.
    • Stimulasi motorik halus:Di usia ini bayi suka sekali memainkan dan mengamati kedua tangannya, membuatnya saling menyentuh dan menyatukannya. Sering-seringlah memberi pijatan lembut pada jari-jari bayi Anda. Berikan mainan lembut yang memiliki warna-warna menyolok dan bisa mengeluarkan bunyi untuk memancingnya bereaksi. Biarkan bayi memperhatikan dan menggenggamnya.
      Stimulasi lain untuk mengoptimalkan perkembangan motorik bayi, yakni dengan memegang jari-jari tangannya dan lakukan gerakan lengan yang menyilang di dadanya, lalu kembalikan ke samping tubuhnya. Lakukan bergantian letak lengan yang saling menyilang. Manfaat dari rangsangan ini adalah untuk meningkatkan kekuatan otot lengan atas, bahu dan punggung bagian atas.

    Merangsang Bayi (1)

    Pemakanan Sihat Makanan berkhasiat dan seimbang sangat penting dalam pembinaan otak bayi.

    Jadi, pastikan pemakanan seharian mengandungi karbohidrat, vitamin, mineral dan paling penting kaya dengan protein. Sama juga halnya dengan pengambilan minyak ikan Omega . Ia adalah makanan yang baik untuk perkembangan otak bayi. Malah, kandungan EPA dan DHA yang ada di dalam minyak ikan amat diperlukan untuk perkembangan bayi yang sihat.

    Banyakkan Ibadat
    Islam amat menggalakkan anda mengamalkan beberapa aspek penting supaya anak yang dilahirkan berakhlak mulia. Antaranya, banyak mengingati Allah SWT dengan memohon ampun dan taubat; melakukan kebajikan dan meninggalkan segala larangan-Nnya.
    Anda dan suami dituntut memperbanyakkan solat sunat dan puasa sunat terutamanya pada Iisnin dan Kkhamis. Sama juga halnya dengan membaca al-Quran. Antara yang elok dibaca ketika hamil ialah surah al-Fatihah, Yasin, at-Taubah, Yusuf, Luqman, an-Nahl (ayat 78), al-Aa’raf (ayat 189) dan banyak lagi. Dengan membaca surah dan ayat ini, ia dapat memudahkan proses bersalin, mendapat anak yang sihat, sempurna, bijak dan soleh.


    Amalan Bacaan Al-Quran
    Doa adalah senjata umat Islam. Oleh itu, anda digalakkan untuk kerap membaca surah al-Fatihah, al-Inshirah dan ayat Kursi. Suami juga perlu mengambil tanggungjawab membaca surah berkenaan dan dihembuskan ke perut anda.

    Surah Fatihah adalah ibu al-Quran, al-untuk melapangkan hati dan fikiran manakala ayat Kursi bertujuan menghalau gangguan syaitan. Apabila hati anda terang dan lapang, anak mudah menerima pelajaran. Malah, setelah anak lahir, anda masih boleh meneruskan bacaan berkenaan ketika menyusukannya. Amalan ini diyakini dapat menghasilkan anak yang bijak dan tinggi akhlaknya.

    Sentuhan Kasih
    Berbicaralah sambil mengusap lembut perut. Lahirkan perasaan rindu menanti kelahirannya dengan penuh ikhlas. Kajian mendapati bayi yang mendapat perhatian sejak dalam kandungan jelas kelihatan lebih baik dan tidak banyak meragam berbanding golongan yang tidak mendapat perhatian daripada ibu bapanya.

    Ada pendapat menyatakan bahawa rangsangan sebegini amat efektif apabila kandungan menginjak usia enam bulan ke atas. ini disebabkan pada usia tersebut jaringan struktur otak bayi mula berfungsi dengan baik.

    Emosi Terkawal
    Pastikan emosi anda sentiasa tenang agar anak yang bakal dilahirkan selalu riang dan tidak mudah meragam. Keadaan emosi yang tenang akan membantu perkembangan otak yang sihat dan pertumbuhan janin yang seimbang. Jadi, anda harus lebih banyak bersabar dan bersikap positif.

    Percayalah, tingkah laku yang baik akan mempengaruhi sikap anak anda di masa hadapan. Malah, perasaan riang merupakan rangsangan kepada pembinaan otak yang pada masa yang sama dapat memastikan bayi yang sihat, pintar dan cerdas.


    Muzik Klasik
    Perdengarkan janin dengan muzik klasik kerana ia diyakini dapat merangsang kecerdasan bayi sejak dalam kandungan. Oleh kerana muzik klasik memiliki pelbagai nada yang harmoni, ia mampu memberi rangsangan berupa gelombang alfa. Gelombang ini berupaya menimbulkan ketenangan dan ketenteraman sehingga anak dapat memberi tumpuan yang lebih terhadap sesuatu perkara.


    Pengetahuan Asas
    Perdengarkan juga beberapa jenis bahasa dan pelbagai pengetahuan asas yang mudah. Mulalah mengajar Aa-B-C, 1-2-3, kata-kata pengenalan diri seperti assalamualaikum, hello, ini ibu atau ayah dan sebagainya.

    Lakukan isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap lembut bagi menenangkannya.
    Rakamkan suara anda, suami dan ahli keluarga yang lain berserta bunyi-bunyian dan pasangkan earphone ke perut. Dengan cara itu bayi yang bakal lahir mudah mengecam suara-suara orang terdekat dengannya setelah dilahirkan kelak.

    Perkenalkan juga perbezaan suasana seperti terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluh ke perut. Llakukan rangsangan ini selama lima hingga 10 minit setiap kali melakukannya.

    Latihan Matematik
    Orang Yahudi memang terkenal dengan barisan intelektual. Hhal ini dipercayai berpunca daripada amalan wanita hamil Yahudi yang gemar membuat latihan matematik sepanjang tempoh kehamilan. Tternyata, amalan ini terbukti berkesan dalam merangsang perkembangan otak si anak. Jadi, jangan hairan kebanyakan anak-anak Yahudi dilahirkan bijak.

    Thursday 29 November 2012

    TEKNIK MEMERAH SUSU

    MEMERAH

    Langkah 1: Mengalirkan takungan susu
    1. Buat pengangan C dengan meletakkan ibu jari lebih kurang 1sm dari aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di bawah bahagian aerola. (Kedua dua jari ini berfungsi menampung bahagian payudara)..memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payudara seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di posisi jam 6..
    2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa memindahkan posisi jari telunjuk dan tangah tadi.
    3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada putting. Kemudian, lepaskan & ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
    4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu berkurangan..
    5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10, 9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk & jari tangah ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan 1. Lakukan gerakanmemerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran susu dapat diperah sepenuhnya..
    6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas penyimpanan yang bersih.
    7. Beralihlah ke payudara di sebelahnya jika kite yakin sudah berjaya mengosongkan payudara.
    p/s: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa untuk terus menerus mengurut payudara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu susu ibu mengalir dengan lancar.
    Elakkan Pergerakan ini!!
    1. Jangan picit putting payudara. Ini akan menyebabkannya lebam.
    2. Jangan tarik putting kerana ia boleh merosakkan tisu payudara
    3. Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh menyebabkannya melecet.
    contoh yang salah..
    Langkah 2: Melancarkan Aliran Susu
    1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara lembut menggunakan kelima lima jari ke arah dada bermula daripada bahadian atas. Lakukan dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat ) saluran susu ) bagi setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
    2. Usap payudara bermula daripada atas hingga ke putting menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat menenangkan anda & seterusnya membantu melancarkan aliran susu..
    Tempoh Pemerahan
    Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam tempoh 20 minit ke 30 minit. Perah setiap payudara antara 5 hingga 7 minit, setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke & shake). Kemudian perah lagi setiap payudara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya ulang semula rutin urutan & diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap sebelah paudara..
    INFO
    Ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan tangan harus lebih cepat daripada mata.
    Penting: Teknik yang tidak tepat boleh mencederakan payudara.

     Memerah dengan Menggunakan Pam

    - baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam sebelum menggunakannya
    - basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
    - basuh tangan dengan bersih
    - duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
    - rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
    - posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
    - mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
    - boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
    - pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
    - masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)
     
    POWER PUMPING

    Apa itu Power Pumping?

    Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
     
    Untuk Simgle Pump -

    Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam



    Untuk Double Pump -

    Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam

    Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
     
    Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya?



    Mommies jangan ingat sekali buat terus susu jadi byk yer. Power pumping memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyaallah dipermudahkan olehNYA...Amin...
    Panduan-Panduan Lain

    1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak menyakitkan
    2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
    3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
    4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
    5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
    6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
    7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
    8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

    MENGAPA SUSU SEDIKIT

    Bekalan susu ibu biasanya berbeza-beza sepanjang hari minggu dan bulan dan sebagainya. Selagi bayi menyusu on demand dan secara terus, bekalan susu ibu akan menampung keperluan bayi. Walau bagaimanapun, apabila ibu mengepam separuh masa atau sepenuh masa, hasil perahan boleh menjadi isu kerana beberapa faktor:

    - Hasil perahan dapat dilihat dan diukur, walaupun sebenarnya perubahan production susu adalah normal
    - Ibu perlu mengepam sesuatu jumlah susu untuk keperluan bayi ddan ia boleh menjadi agak tertekan apabila ibu tidak dapat mengepam jumlah ini.
    -Tiada pam boleh mengeluarkan susu dari payudara sehebat cara bayi lakukan jadi mengepam tidak mengekalkan bekalan seperti mana bayi sendiri boleh lakukan. Oleh kerana ini, jika lebih banyak sesi mengepam dilakukan berbanding menyusu secara direct, lebih besar kemungkinan bahawa ibu mungkin perlu bekerja lebih keras untuk mengekalkan bekalan.

    Jika anda merasakan bekalan anda tidak mencukupi, cuba check betul ka tak cukup? Mungkin pengasuh memberi susu dengan kerap sehingga bekalan tidak mencukupi dan kemudian mengadu bahawa anak tak cukup susu. Sesetengah pengasuh memerlukan soft reminder dan frequent demo macam mana nak handle EBM.

    Namun, jika jawapannya tidak, cuba cari penyebab lain mengapa anda rasa susu sudah tidak cukup?

    1. Pam anda dalam keadaan baik tak?

    Pastikan well maintain. Injap dan motor berfungsi dengan baik. Daya hisapannya dalam keadaan baik juga. Kalau tak, pump dekat 15 minit pun, tak berhasil apa-apa.

    2. Rutin mengepam anda cukup tak?

    Mungkin baru-baru ni, rutin dah ke laut. Asyik terkejar-kejar meeting. Kalau ini berlaku, cuba cari jalan penyelesaian. Ini kerana, penghasilan susu memang berkadar terus dengan pengeluaran. Kalau sikit yang keluar, sikit jugalah yang terhasil. 5 minit mengepam lebih baik dari tidak mengepam langsung. Namun sebaik-baiknya adalah sehingga payudara kosong.

    3. Adakah bayi sudah start makan solid food?

    Jika ya, mungkin demand berkurangan. Walaupun sesi direct feeding di rumah masih sama, intake yang diambil mungkin berkurangan. Sebagai pumping mom, anda akan dapat lihat dengan lebih ketara. Namun, jangan risau sangat.

    4. Baru mengambil pil perancang?

    Pil perancang yang mengandungi estrogen, boleh mengurangkan bekalan susu ibu.

    5. Period nak datang?

    Perubahan hormon akan mempengaruhi susu ibu. Teruskan mengepam macam biasa. Kalau keadaan selalunya kritikal, buat persediaan awal. Pastikan bekalan mencukupi sebelum anda period.

    6. Mengandung?

    Ya mengandung akan mempengaruhi bekalan susu ibu juga.

    7. Adalah anda on diet?

    Pemakanan ibu sangat mempengaruhi susu ibu. Jangan abaikan pengambilan protein kerana protein sangat membantu pengeluaran susu ibu.
    Air? Oh, kalau sibuk bekerja sekalipun, minum banyak air kosong.

    8. Cukup rehat? Stress?

    Stress boleh mempengaruhi let down reflect dan pengeluaran susu. Kalau tidur dan rehat tak cukup, cuba curi-curi masa untuk dapatkan rehat dan mengepam dalam keadaan relax dan tenang.

    9. Anda sakit?

    Kalau kita demam, mastitis atau dehidrat(kekurangan air) memang boleh menyebabkan susu ibu berkurangan. Sesetengah ubat juga mengurangkan pengeluaran susu seperti pseudoephedrine, etanol / minuman beralkohol, bromocriptine, ergotamine, cabergoline.

    Jadi, macam mana nak naikkan pengeluaran susu kembali?

    1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap
    2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.
    3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
    4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
    5. Buat urutan payudara dan breast compression.
    6. Cuba ambil makanan tinggi protein dan milk booster seperti alfalfa. Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
    7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

    Source:mamawin2.blogspot.com

    Wednesday 28 November 2012

    9 PEMAKANAN YANG BAIK UNTUK BAYI

    9 PEMAKANAN YANG BANYAK KEBAIKANNYA PADA OTAK
    ===========================================


    1) Kacang Badam (Almond)

    Ia terkenal kerana kandungan minyaknya. Ia juga makanan yang diwajibkan untuk para hufaz dari negeri Timur Tengah. Saya juga diberitahu, orang Yahudi membiasakan anak mereka meminum susu badam suam pada setiap hari.

    2) Kismis
    Bahan ni memang orang kita dah kenal kebaikkannya hingga mereka boleh gelar kismis Minda.

    3) Minyak Ikan
    Saya guna jenama Pristin kerana kandungan Omega 3 - DHA dan EPAnya yang paling tinggi di pasaran Malaysia iaitu 5 kali ganda dibanding dengan yg rendah. Saya rasa semua ibu2 tahu akan kegunaan minyak ikan dalam membentuk otak bayi sebelum bayi lahir lagi.

    4) Kurma
    Ia satu buah yang tercatat dalam sejarah dimana Saidatina Maryam 'Alaihissalam ketika mahu melahirkan Nabi Isa 'Alaihissalam dirakam di dalam Al Quran;
    'Dan gegarlah kearahmu batang pohon kurma itu, supaya gugur kepadamu buah kurma yang masak, maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Al Quran (17) Surah Maryam (Ayat 25-26)

    5) Madu
    Madu kaya dengan fruktosa iaitu gula ringkas yang boleh diserap terus ke dalam darah untuk memberi tenaga segera. Para penyelidik menggelar madu sebagai agen untuk mencerdaskan otak. Sabda Rasulullah s.a.w. Barangsiapa yang menjilat Madu sebanyak tiga kali pagi setiap bulan, maka dia tidak akan terkena cubaan yang besar (penyakit yang berbahaya) (Riwayat Ibnu Majah)

    6) Habbatus Sauda
    Sabda Rasulullah s.a.w. "Tetaplah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya adalah penawar segala jenis penyakit melainkan as Sam. Para sahabat bertanya "Ya Rasulullah, apakah itu as Sam..? Jawab Rasulullah s.a.w "As Sam itu adalah mati.."


    7) Buah Tin
    Allah berfirman "Demi buah Tiin dan Buah Zaitun, Demi Gunung Sinai dan Negeri (Makkah) yang dijadikan aman.." Al Quran (95) Surah At Tiin (Ayat 1).

    Sabda Rasulullah s.a.w.
    Makanlah kamu semua darinya (Buah Tin), sekiranya aku katakan sesungguhnya buah yang turun dari syurga maka aku kata 'inilah buahnya'. Ini kerana buah syurga tiada keraguan. Sesungguhnya ia boleh menyembuhkan penyakit buasir dan mendatangkan manfaat bagi sendi-sendi" Hadis riwayat Abu Daud, Abu Darda, Suyuti

    8) Ekstrak Daun Zaitun Olive Oleo
    Melancarkan penghantaran nutrien-nutrien dari bahan bahan diatas ke dalam darah dan seterusnya ke otak. Ia juga adalah anti bakteria, anti fungus dan anti virus. Resepi ini tidak memasukkan sebarang bahan awet selain dari ekstrak daun zaitun ini.

    Pohon Zaitun adalah pohon yang diberkati seperti sabda Rasulullah s.a.w. "gunakan sari zaitun sebagai lauk pauk dan minyak, sesungguhnya ia berasal dari pohon yang diberkati' Riwayat at Tarmizi dan Ibnu Majah"


    9) Air Surah Taha
    Air biasa yang dibacakan AlFatihah (1 kali) dan Surah Taha, Ayat 1 - 23, 11 kali. Ia adalah makanan rohani yang akan melembutkan hati kanak-kanak degil dan melancarkan pemikiran mereka. Ia adalah doa Nabi Musa untuk memohon kebijaksanaan.

    PUDING JAGUNG NDE MAI

    Bahan-Bahan :
    - 5 Biji Telor
    - 1 setengah cawan gula
    - 1 tin susu cair
    - Esen Vanila
    - 1 sudu besar tepung kastard
    - 1 tin jagung

    Cara-caranya :
    1. Blander gula dan telor
    2. Masukkan susu, esen vanila, tepung kastard dan bahan yang diblander tadi.
    3. Blander jagung dan masukkan kesemuanya dan kacau
    4. Kukus 25-30 minit

    Tuesday 27 November 2012

    INTERVIEW JKR

    Sangatla terkejut kerana semasa aku sedang berpantang di Kampung lebih kurang 20 hari aku sangat terkejut sebab aku telah menerima sepucuk surat daripada SPA. Di hadapan surat tersebut tertulis 'TEMUDAGA'. Sangatla ekcited kerana biasanya kije under SPA ni kena exam dulu baru lah interview. ku pun bukak dan tak sangka interview untuk Kementerian Kerja Raya. Tarikh 27 November 2012. Masa tu sangat happy, aku terus bagi tahu family dan suamiku. Mungkin ini rezeki baby, syukur Alhamdulillah..............

    27 November 2012
    Dua hari sebelum pergi untuk intervies aku sangatlah sedih sebab terpakse berjauhan dan tinggan my baby, nasib sehari jek, sedih sampai menitis air mata ye lah tak pernah berjauhan dengan dia, hari-hari tidur dengan dia. Aku decide naik bus kerana my asben ade khursus kat KL dari hari isnin sehingga hari selasa. Masa tu aku unpaid leave, ap nak buat potong gaji, potongla janji aku tak lepaskan peluang untuk pergi interbiu. Paling sedih adalah berkorban tinggalkan anak, padahal baru jek 2 hari hantar anak dekat nursery, aku redha, padahal aku tak kenal sangat nursery tu. Nak bawak baby naik bas kesian die sejuk, nak suruh mak aku datang dia jaga cucu 3 orang. Yati my opis mate hantar aku ke Shabah, hari nak pergi interbiu sangatlah sedih nasib kat KL jumpa my asben tak la sedih sangat. Banyak juga pengorbanan aku untuk amik interbiu ni, aku korbankan anak, masa. Selma 2 bulan ni aku study sambil nyusukan baby ku dan sambil mengepam susu. Kesian baby aku, time nyusu tu lah aku study.


     
     
    Tiket pergi KL 6.30 p.m, yati baik dia yang hantar, biasalah bas lamabt pukul 7 baru sampai. Niat hati nak makan kalau bus berhenti tapi disebabkan mengantuk yang termat aku tak turun pun makan masa bus berhenti sebabnya mata tak boleh bukak. Sampai KL pukul 1.00 a.m, my asben yang amik aku dan terus pergi mamak, sebab aku lapar sangat, aku pun order nasi goreng pattaya, my favourite.
     
    Pukul 6.00 a.m aku bersiap untuk pergi interbiu, my asben yang hantar, dalam kereta aku sempat study sikit2 dan tanya kat suami aku pasal info terkini, dia memang banyak tahu isu negara sebab dia rajin membaca, aku kalau bukak internet aku suke tengok FB dan gosip, so bila nak interbiu mula gelabah. Aku berazam aku akakn berubah, kalau boleh setiap hari kena tahu isu negara, baca surat khabar, InsyaAllah....
     
    Aku sampai di pejabat SPA pukul 7.30, terus pergi mendaftar. Ada calon yang pakai kot, sngatla berlagak, ade yang pakai kot ada lambang JKR, xyah la pakai kot tu mungkin saja menunjuk, ramai juga masa tu, calon seluruh malaysia 200 orang, yang dipil 12 orang. Aku hanya bertawakal sahaj, kalau dah tertulis yang tuhan bagi rezeki tu kat aku, mungkin rezeki, aku pun dah usaha dan banyak berkorban yang penting berdoa, solat hajat dan redha. Interbiu masa tu ramai setiap bilik ada lebih kurang 15 orang, aku number 5. Masa tu ada 2 juri wakil jabatan dan wakil SPA. Sangat lah nerber, aku berdoa dan baca apa yang patut. Sebelum masuk ketuk dan bagi salam. tempoh interbiu aku lebih kurang 10-15 minit.Antara soalannya ialah :-
    1) Perkenalkan Diri + Aktiviti Ko-Kurikulum
    2) Budget 2012 + Menteri Kerja Raya + Asal Usul
    3) Kenapa nak jadi QS JKR
    4) Pengalam kerja
    5) Erti VO + proses Bayaran kepada Kontraktor
    6) Kerja sekarang
    7) M.O.S
     
    Tempoh interbiu 15 minit macam tu, sangat lah terkejut sebabnya sangat kejap dan tak susah yang disangkakan. Bapak mertua aku pun amik bersama Maisarah. Alhamdulillah, aku rasa aku yakin untuk menjawab, hanya 1 soalan jek tak dapat jawab, asal usul Shaziman, rupanya N.Sembilan, yang lain aku jawab penuh bersungguh walaupun ada gak la gagap. Terus pergi Jalan Duta beli tiket, lagi cepat lagi bagus sebabnya risau takot sampai kedah lambat, nursery tutup pukul 6.00 p.m. Alhamdulillah 5.30 p.m aku dah sampai kat Alor setar, yati pun amik aku, lepas jek amik baby aku terus pergi makan dengan yati kat restoran Dapur mak, nasib baby masa tu tak nangis, orang restoran tu siap sukung dia, lepas jek aku makan, aku amik baby tu dan dia terus tidur, sangatlah rindu dekat dia, padahal sehari jek.
     

    PETUA SEMASA PANTANG


    SUSU BANYAK
    Soya, Carrot putih, kurma, 3 liter air masak, horlick, barli, tuam air suam kat breast, ESP Shaklee,air rendaman longan kering

    Baca zikir ya Matin 70kali waktu mlm dan subuh dan tiup kt air, surah al Hujurat, Surah Al Kausar, Selawat dan baca Bismillah, Yasin ayat ke 72-73.
    Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

    Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.
    Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin






     
    KECUT RAHIM
    Minum Air Manjakani, Buah Sunkist, Tarik nafas kuat-kuat, Makan masakan yang masam, Kemut

    KULIT BABY
    Mandi dengan TYT, letak garam

    HILANGKAN KUNING
    Anggur Hijau,Sengkuan cina disagat dan perah ke mulut baby, ibu makan sengkuang cina, Mandi TYT, Jangan duduk dalam bilik sahaja dapatkan udara yang baik

    ELAK SEMBELIT
    Jangan makan ubat hospital

    ELAK PUTING LUKA
    Sapukan susu ibu itu sendiri di sekeliling putting

    KESIHATAN IBU
    Minum Manjakani, Jangan berkipas, Senaman, Jage kaki jangan sampai dipijak atau menendang kerana effect urat perut

    LUKA BAWAH
    Rendam asam keeping dengan air panas dan simbah (pastikan air suam itu sejuk), ubat kuning, Jangan basuh dengan air suam kerana jahitan boleh terbuka, elak makan bergoreng, telor, ayam, ikan yang gatal

    NAK BERSALIN
    Telor separuh msk, minyak selusuh, air musoffa, air kurma(kak fara xjahit pon), kismis, madu, air kelape