Friday 30 May 2014

Perbezaan Mengandung Anak Pertama dan Ke-2

1. Simptom - Memang sama, 3 bulan tidak boleh makan nasi, mee, roti dan benda yang berat cuma boleh makan buah. Berat asal 50 jadi 43kg, kebetulan saya menyusukan anak.
2. Minuman - Kali ni awal kehamilan tidak suka minum susu anmum, saya banyak minum susu lembu segar.
3. Makanan - Saya selalu makan buah tembikai merah dan tembikai susu, rupanya ada kelebihan seperti di bawah.
4. Pergerakan awal semasa 18 minggu, anak pertama dulu gerak semasa 22-25 minggu.
5. Kali ni saya tak pantang sangat tapi saya banyak amik supplemen cotoh obimin, gulsan, omega guard dan sebagainya. KAli ni saya banyak minum ais, makan makanan ringan.
6. Masa  6 dan 7bln ptg2 dan mLm xde selera mkn mee and ns, just makan roti mamak.






BUAH TEMBIKAI MERAH




Mengandung anak ke-2 memang saya suka makan buah tembikai, tak sangka banyak khasiatnya, saya selalu terfikir takut tak elok sebab orang kata boleh jadi panas dalam tetapi rupanya bagus.


Di bawah adalah kebaikan tembikai untuk ibu hamil . From Web http://isyadkisya.blogspot.com


1.    Anak akan cantik

2.    Baik akhlaknya

3.    Minuman peransang pertumbuhan gigi

4.    Permbersih pundi kencing

5.    Menambahakan air tulang belakang

6.    Pembersih kulit

7.    Menyembuhkan penyakit sakit kepala, paru-paru dan masalah kulit

8.    Memulihkan sisitem tubuh yang lemah

9.    Menyembuhkan daripada pembedahan

10.  Menghapuskan toksik

11.  Melancarkan perjalanan darah


Ini adalah cerita Rasullullah :-

"Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.



BUAH TEMBIKAI SUSU



Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori.
Saya selalu makan buah tembikai ni sehinggakan saya tak perlu amik ubat tambah darah. HB sangat ok.























JADUAL MAKAN HARIAN KETIKA TIADA SELERA


PAGI : 1 CAWAN SUSU PANAS

            1 CAWAN FRESH MILK / DUTCH LADY STRAWBERRY

1 POTONG BUAH PEAR / LAI MADU

ROTI CANAI

BISKUT MUNCHYS


TENGAHARI : 1 MANGKUK BUBUR PISANG / BUBUR KACANG

                        2 POTONG BUAH TEMBIKAI SUSU / TEMBIKAI MERAH

                        KUIH TELINGA KELING / AGAR-AGAR MERAH / DONUT

ROTI GARDENIER COKLAT


PETANG :        GORENG PISANG / JEMPUT2 PISANG


MALAM : KACANG

            1 CAWAN SUSU

            ROTI JALA

            ROTI CANAI

            COKLAT PEPPERO

            ROTI CICAH AIR MILO

            KENTANG GORENG

           







Supplemen Ketika Saya Hamil


1. Susu Hi Goat
Untuk mengelakkan anak kuning dan lebih baik dari susu lembu.
Waktu minum - Malam 1 sachet (Start minum semasa kandungan saya 5 bulan)
Harga RM 30.00 (15 sachet)
 
2. Pati Delima Gulsan
Untuk menambahkan HB. Sepanjang saya hamil anak ke-2 ni saya langsung tak makan pil tambah darah. Alhamdulillah HB sangat ok range 11-13.
Waktu minum - Setiap pagi sebelum sarapan 1 sudu kecil.
Harga - RM 15.00

3. Susu Nubian
Untuk mengelakkan anak kuning dan lebih asli dari Hi-Goat.
Saya start minum semasa kandungan 6 bulan.
Harga - RM 5.00
4. Jus Tok Guru
Ini adalah makan sunnah. Jus ini mengandungi kurma, madu, habbatuss sauda dan lain-lain.
Waktu minum - Pagi 1 sudu
Harga - RM 20.00

5. Susu Lembu Segar
Pada awal kehamilan saya tak boleh nak minum susu anmum. Saya rujuk doctor Ganga, doctor kata susu selain ibu pun boleh minum cuma susu ibu ada asid folik. Jika ibu ambil pil asid folik so boleh minum susu lembu segar selain susu ibu hamil.

6. Obimin
Disebabkan semasa mengandung anak ke-dua ni saya masih lagi menyusukan anak saya so doctor bagi tahu baby dalam kandungan tidak cukup vitamin, so doctor Ganga suggest ambil pil obimin ni.
Harga - RM 20.00 untuk 20hari




7. Vitamin Shaklee (Omega Guard & Vitamin C)
Vitamin ni untuk otak bayi dan kulit bayi. Kebetulan saya menyusukan anak saya so vit c boleh mengelakkan penyakit selesema.
8. Harga - LEbih kurang RM 100/botol

8. Neurogain
Sebelum makan Neurogain saya amalkan omega guard. Ini untuk otak bayi
Harga - RM 50.00 (30 biji)

9. Air Zam zam
Ini adalah sunnah nabi
Harga - RM 150

10. Bio Selusuh
Untuk memudahkan bersalin. Anak pertama saya amalkan semasa 8 bulan. InsyaAllah kali ni mungkin 7 bulan saya nak amalkan.
Harga-RM 70.00



11. Saffron
Kebaikannya :-
♡ Mencerdaskan minda,
♡ penyakit radang paru-paru,
♡ sakit tekak dan tonsil
♡ Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
♡ Sakit kepala atau migrane dan asma
♡ Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
♡ Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
♡ Demam
♡ Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
♡ Bengkak hati atau hipatitis A dan B
♡ Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
♡ Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
♡ Menambahkan tenaga zahir dan batin
♡ Masalah mati pucuk, sembelit
♡ Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
♡ Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
♡ Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
♡ Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
♡ Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
♡ Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
♡ Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: 'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"