Tuesday 28 April 2020

Resepi Nasi Ayam Sedap dan menjadi Version Sedap

Dah banyak kali cuba resepi dan ni yang aku suka suami puji sedap tak sempat ambil gambar

Bahan-Bahan :-

Bahan Utama:-
6-10 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inchi halia

Semua bahan ni cincang dan bahagi kepada 4 (sup, nasi, ayam dan sos cili)

Bahan Sup :-
4 sekawan
Bahan utama 1 (rujuk atas)
4/5 sudu besar Garam besar (jika 4 pot beras)
Serbuk Lada Sulah
1 ekor ayam belah 4
Daun sup saderi (jika ade)

Cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan + bahan utama
2. Bila dah garing masuk ayam kacau2 letak air + garam + serbuk lada sulah + daun sup

Bahan Perap Ayam :-
Bahan utama ke-2
2 sudu sos tiram - jgn byk
2 sudu kicap manis - jgn byk
1 sudu madu

Cara membuatnya :-
1. Selepas air sup siap keluarkan ayam
2. Tos ayam
3. Ambil bekas kecil campurkan kicap+sos tiram+madu gaul2 dan sapu pada ayam
4. Biar setengah jam then goreng

(Note: Ayam belah 2 atau 4 lagi better dari potong kecik sebab nanti ade byk kulit dan ada kulit sedap bila goreng)

Bahan Nasi :-
Bahan utama ke-3
4-5 pot beras
2 helai daun pandan
4 sekawan
2 sudu margerin (rahsia sedap) klu xde minyak

Cara membuatnya :-
1. Cuci beras dan tos kering masuk dalam rice cooker
2. Panaskan margerin bila dah cair masukkan daun pandan + 4 sekawan + bahan utama
3. Bila dah garing masukkan dalam rice cooker yang ade beras, kacau2 rata
4. Ambil sup sukat air tu jika 4 pot beras so air dalam 6 (depends rice cooker)

Bahan Sos / Sambal :-
Bahan utama ke-4
8-10 cili besar
3-5 senduk sup tadi (nak banyak boleh tambah jika sikit akan pekat sedap)
3-5 sudu gula
2 sudu kecil garam halus
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu cuka / asam limau

Cara membuatnya :-
1. Cili besar potong dan masukkan dlm blander bersama sup
2. Lepas belander masuk dalam periuk
3. Kacau dan masuk semua bahan lain kacau sampai pekat dan nak tambah sup pun boleh pekat lagi sedap

Bahan Kicap :-
Lebihan perap ayam tadi
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap biasa
3 senduk sup

Cara membuatnya :-
1. Ambil periuk dan masakkan semua bahan tadi

Tambahan lain :-
1. Timun / tomato / salad / taugeh

Selamat mencuba confirm sedap !











Monday 27 April 2020

Resepi Roti John sedap

Tak sempat nak ambil gambar roti john yang saye masak sebab cepat dah licin

Bahan-bahan :-
Roti hotdog
Mentega
Bawang besar 1
Bawang putih 1
Daging cincang
Kari daging
Air asam jawa sikit
Garam
Gula
Serbuk lada sulah
Telor 3 biji

Cara membuatnya
1. Bawang besar dan bawang putih tumis
2. Masukkan daging dan semua perasa
3. Angkat letak dalam mangkuk
4. Ambil mentega sapu kat roti
5. Bakar roti sekejap dan angkat
6. Pukul telur dan masukkan bahan daging yang masak tadi
7. Panaskan mentega dalam kuali dan tuang bahan telor tadi
8. Agak nak masak letak roti balik2 dan siap

Saturday 25 April 2020

Resepi Ayam Ala Kenny Rodgers Sedap dan Menjadi

Bahan-bahan
1 ekor ayam belah 2

Bahan A
3 batang serai
2 inchi halia
4 ulas bwg putih
4 sudu minyak zaitun
1 stok ayam

Bahan B
4 sudu sos tiram
4 sudu madu
4 sudu lada hitam - tumbuk
1-2 sudu kecil garam

Cara membuatnya
1. Basuh ayam dgn bersih
2. Bahan A blander
3. Ambil bekas dan satukan bekas B
4. Bahan A yang blander tadi satukan dengan bahan B
5. Gaul hingga rata
6. Lulur pada ayam
7. Perap 2 jam atau lagi lama lagi sedap
8. Bakar suhu 200 darjah 1 jam, saye bakar lama 1jam 15minit sebab oven ni mmg kena mase lebih, boleh adjust suhu ye
9. Dah nak hbs sapu marjerin di ayam bagi cantik bila di bakar dan biar bakar 5 minit


Resepi Coeslow Ala KFC sedap

Resepi ni sangat sedap dan menjadi taw rasa macam coeslow kfc

Bahan-bahan :-
Kobis separuh
Lobak 2 inchi
2 sudu lemon
2 sudu gula
5 sudu mayonis
1/2 cwn susu segar
Sedikit garam
Sedikit serbuk lada hitam

Cara membuatnya :-
1. Kobis dan lobak hiris lepas tu basuh bersih
2. Bahan lain campurkan bersama kobis tadi
3. Masuk peti ais dan siap




Wednesday 22 April 2020

Resepi Laksam Confirm Jadi

Resepi ni sy ambil dr ig Datin Ismatia menjadi sangat, kena bersabar sikit buat ni tp puas hati hehe

Bahan-bahan laksam :-
Bahan A
3 cawan tepung beras cap teratai lagi bagus cap erawan brand
Setengah cawan tepung gandum
5 cawan air biasa 1 sudu kecil garam halus

Bahan-bahan kuah :-
Bahan B
3 biji bawang besar
2 ulas bwg putih
1inch halia
Serai 1 ketuk
Lada hitam 1 sudu besar blander sekali
1 kotak besar santan atau 1 biji santan
Garam
Gula

Bahan C
1kg ikan sardin atau pelaling
3 asam keping
Garam
Halia sedikit

Bahan D
1 genggam kecil lada besar
Sedikit cili api merah dan hijau
Sedikit belacan

Bahan lain
Sayur kubis

Cara membuatnya :-
1. Bahan A dicampur kacau sampai sebati
2. Panaskan pengukus, saya pakai penutup periuk
3. Letak minyak dekat tudung periuk tu
4. Tuang bahan A tadi dan tuang ke dalan tudung periuk jangan tebal sangat
5. Kukus sampai menggelembung laksam tu lebih kurang 5 minit
6. Angkat dan gulung, lg bagus tunggu sejuk br gulung tp sbb tudung periuk xbyk so sy terus gulung panas2
7. Bahan A di blander kecuali santan, serai, garam, gula. Ambil periuk dan masakkan
8. Bahan C rebus kemudian asingkan isi dan blander isi tu, tulang blander dan tapis
9. Bahan C yg dah diblander tuang dlm periuk bahan b tadi
10. Last letak santan, garam, gula
11. Bahan D blander untuk sambal
12. Hidangkan bersama sayur



Tuesday 21 April 2020

Resepi Kuih seri muka confirm jadi

1st time buat dan menjadi pulut lembut sgt. Untuk kuih serimuka ni biar lapisan bawah masin sikit dan atas manis ye baru ngam. Jintan manis tu lah rahsia sedap


Bahan-bahanya :-

Bahan A
Beras pulut 2 cwn rendam 2 jam
Santan 250ml @ 2 cawan
1 sudu besar gula putih
1 sudu kecil garam (lapisan bwh biar masin ckt sdp)
1 helai daun pandan

Bahan B
8 helai daun pandan gunting
1/2 kecil sudu serbuk jintan manis
Suku air
Pewarna hijau kalau ada lagi cantik

Bahan C
1/2 cwn tepung gandum
1cwn gula biase jgn penuh sgt
5 biji telor
1 1/2 cwn santan
1/2 sudu kecil garam
1/2 cwn air pandan td (bahan B)

Cara membuatnya :-
1. Beras rendam 2 jam
2. Lepas rendam tapis
3. Bahan A campur semua dan kukus 30 minit biar masin ckt
4. Ambil loyang sapu minyak kemudian letak pulut yg dah kukus tadi
5. Penyekkan dan atas sekali cakar2 pakai garfu bg lekat bahagian hijau nanti
6. Bahan B blander dan tapis
7. Bahan C blander dan terus tuang dalam bekas pulut kena tapis elak buih masuk
8. Kukus lagi 1 jam tapi setiap 15 minit wajib angkat tutup
9. Penutup wajib letak kain
10. Lepas 1 jam masak biarkan dl bg sejuk kental baru potong
11. Nak potong pisau letak minyak atau air panas atau pisau plastik
12. Ukuran ni boleh dapat 2 loyang jika loyang kecik



Monday 13 April 2020

Resepi Lasagnia

Bahan-bahan :
Lasagnia keping sanremo
Cheese tabur

Sos merah :
Bwg besar 1
Bwg putih 2
Prego 1 botol
Daging cincang
Garam
Gula
Lada sulah
Mix herb


Sos putih:
2 sudu mentega
2 sudu tepung gandum
3 cawan susu kotak
Lada hitam
Garam

Cara membuatnya:
1. Sos merah
- tumis bwg+daging+sos+perasa
- Jgn masin sbb nnt ms bakar letak cheese

2. Sos putih
- panaskan butter+tepung gandum+susu+garam+lada hitam
- jangan masin

3. Amik bekas masukkan lasagnia keping+sos putih+sos merah..tukar2

4. Last sekali tabur cheese bakar suhu 200 darjah 30 minit lame xpe bagi lasagnia keping lembut dan siap





Saturday 11 April 2020

Resepi Bihun Goreng Kg sedap resepi mak effa

Lame teringin msk mee hun mak effa ni.. Dl pernh try resepi sendiri xjd mcm aku buat hr ni hehe. Ala2 macam nasi goreng tapi kita tukar ke bihun goreng sebab tu namenye bihun goreng kg

Bahan-bahan
Bihun sepeket
Bwg besar 2 biji Bahan A
Bwg putih 2 Bahan A
Cili padi 7 Bahan A
Ikan bilis segenggam Bahan A
Daging atau ayam (daging rebus dulu)
Fishball
Telor 3 biji
Garam
Gula
Lada sulah
Lada hitam
Sayur kobis optional


Cara membuatnya
1. Bihun rendam air biase semalaman aku pakai brand botan brand lain mmg xsuke
2. Bahan A blander
3. Panas kuali masuk minyak
4. Masuk bahan A yg blander
5. Masuk garam dan perasa semua
6. Masuk daging fishball
7. Masukkan air sedikit
8. Masukkan telor
9. Masukkan bihun gaul2 letak sayur siap

Thursday 9 April 2020

Resepi asam pedas johor sedap

Bahan-bahannya

Ikan kembung / ikan pari

Bahan A :
Bwg kecik / bwg besar 1 mangkuk kecil
2 ulas bwg putih
1 inchi halia
1 inchi kunyit
Setengah genggam lada kering

Bahan B
Daun kesum
Bunga kantan
Daun limau purut optional
Bendi
Tomato

2 sudu asam jawa ramas dgn semangkuj air
Gula ckt
Garam
Serbuk lada hitam optional

Cara membuatnya :
1. Bahan A blander
2. Panaskan periuk letak minyak
3. Tumis bahan A td
4. Tunggu pecah minyak wajib
5. Masuk air tunggu pecah minyak
6. Letak air asam jawa
7. Masuk bahan B kecuali bendi dan tomato
8. Masuk garam gula
9. Masuk ikan, bendi, tomato
10. Aku suka masak api slow dan lame ckt biar ikan tu mesra


Resepi ikan Stim / kukus sedap by Hanis Zalikha

Dah lm teringin nak buat ikan kukus. 1st time masak ikan kukus so sy try resepi kek nis mmg sedap amatt anak siap mintak masak lg. Gambar bwh tu yg saye masak. Xsempat bk type ni sy screenshot dr ig kek nis.. Sedap xtipuuu

Kukus 10-15 minit




Wednesday 8 April 2020

Resepi bihun mak effa

Bawang merah/besar
Bawang putih
Ikan bilis
Cili api
- blender skali
-ikan bilis yg lain goreng skit ,asing kn..nanti masuk masa kcau mihun..last2 tu
-pakai kobis-hiris
-telur
-lain2 bhn tambhn terpulang..udang ke fish cake ke..
- bhn tumis dh garing,masuk udang ke ,daging ke..
-pecahkn telur biar 5 saat &kacau2 skit sblum masuk sayur..
- sblum masuk mihun nk letak kicap boleh,  x letak pun boleh..ibu x letak..
-jgn lupa tabur daun supn bwang goreng..

Monday 6 April 2020

Lasagnia

Xsempat nk buat so paste cni dl


Resepi kek mentega simple dan sedap

Kek ni dah 2 kali aku buat time covid 19 teringin sangat nak makan kek tapi malas keluar. Kita pakai bahan yang ade jek kt rumah. Actually resepi ni boleh letak pisang tp kurangkan gula

Bahan-bahan
1 cwn mentega
1 cwn gula kastor klu xde gula biase jgn penuh sgt nnt manis
Sedikit esen vanila
1 sudu besar ovalette
2 sudu besar susu pekat
4 biji telor
2 cwn tepung gandum
1 sudu besar baking powder
Pewarna jika perlu

Cara membuatnya
1. Gula, mentega dan esen pukul sampai kembang, pukul pakai hand mixer
2. Masukkan ovallete
3. Ambil whisk dan masukkan telor satu2, jangan pakai hand mixer xyah gebu sangat nnt dia akan mendap
4. Masukkan susu
5. Ayak tepung dan baking soda
6. Masukkan tepung sedikit
7. Pecahkan dua bahagian letak pewarna, kalau xnak pun xpe
8. Loyang letak mentega sedikit


9. Panaskan oven, bakar suhu 160 darjah 40 minit

Masa ni serbuk koko xde so pakai milo jek jimat kan tp ok sedap anak suke