Tuesday 28 April 2020

Resepi Nasi Ayam Sedap dan menjadi Version Sedap

Dah banyak kali cuba resepi dan ni yang aku suka suami puji sedap tak sempat ambil gambar

Bahan-Bahan :-

Bahan Utama:-
6-10 ulas bawang putih
1 biji bawang besar
2 inchi halia

Semua bahan ni cincang dan bahagi kepada 4 (sup, nasi, ayam dan sos cili)

Bahan Sup :-
4 sekawan
Bahan utama 1 (rujuk atas)
4/5 sudu besar Garam besar (jika 4 pot beras)
Serbuk Lada Sulah
1 ekor ayam belah 4
Daun sup saderi (jika ade)

Cara membuatnya :-
1. Panaskan minyak masuk 4 sekawan + bahan utama
2. Bila dah garing masuk ayam kacau2 letak air + garam + serbuk lada sulah + daun sup

Bahan Perap Ayam :-
Bahan utama ke-2
2 sudu sos tiram - jgn byk
2 sudu kicap manis - jgn byk
1 sudu madu

Cara membuatnya :-
1. Selepas air sup siap keluarkan ayam
2. Tos ayam
3. Ambil bekas kecil campurkan kicap+sos tiram+madu gaul2 dan sapu pada ayam
4. Biar setengah jam then goreng

(Note: Ayam belah 2 atau 4 lagi better dari potong kecik sebab nanti ade byk kulit dan ada kulit sedap bila goreng)

Bahan Nasi :-
Bahan utama ke-3
4-5 pot beras
2 helai daun pandan
4 sekawan
2 sudu margerin (rahsia sedap) klu xde minyak

Cara membuatnya :-
1. Cuci beras dan tos kering masuk dalam rice cooker
2. Panaskan margerin bila dah cair masukkan daun pandan + 4 sekawan + bahan utama
3. Bila dah garing masukkan dalam rice cooker yang ade beras, kacau2 rata
4. Ambil sup sukat air tu jika 4 pot beras so air dalam 6 (depends rice cooker)

Bahan Sos / Sambal :-
Bahan utama ke-4
8-10 cili besar
3-5 senduk sup tadi (nak banyak boleh tambah jika sikit akan pekat sedap)
3-5 sudu gula
2 sudu kecil garam halus
2 sudu sos cili
2 sudu sos tomato
2 sudu cuka / asam limau

Cara membuatnya :-
1. Cili besar potong dan masukkan dlm blander bersama sup
2. Lepas belander masuk dalam periuk
3. Kacau dan masuk semua bahan lain kacau sampai pekat dan nak tambah sup pun boleh pekat lagi sedap

Bahan Kicap :-
Lebihan perap ayam tadi
2 sudu sos tiram
3 sudu kicap biasa
3 senduk sup

Cara membuatnya :-
1. Ambil periuk dan masakkan semua bahan tadi

Tambahan lain :-
1. Timun / tomato / salad / taugeh

Selamat mencuba confirm sedap !











No comments:

Post a Comment