Friday 28 June 2013

Jenis Makanan Untuk Otak Bayi

Selain itu :-

1. Avocado
2. Salmon
3. Telor
4. Tauhu
5. Ikan
6. Tempe
7. Ikan Bilis
8. Kismis
9. Kurma
10. Kekacang
11. Makanan Sunnah NAbi
12. Bijiran @ gandum
13. Sayuran Hijau - Brocoli, Bayam

Monday 24 June 2013

buzday papa ke-28

Alhamdulillah, tuhan msh panjangkan umo my asben. Ni tahun ke 2 aku menyambut buzday sebagai suami isteri. Kali ni juga pertama kali juga my asben sambut sebagai papa Aira Aleesya. Tahun ni sangat excited nak buat something yang special untuk papa, homemade cake. Mungkin tahun ni papa sambut ngan baby so mama rase excited untuk buat surprise.

So, disebabkan aku tak ada oven so aku kena cari alternative lain untuk buat kek. Aku membuat keputusan untuk membuat kek coklat, resepinya ade di label resepi. Alhamdulillah menjadi sangat dan kawan aku kata pun sedap macam nak tempeh,hihihi, malu plak. My asben pun ade puji dan aku pun tak sangka sangat menjadi moist pulak tu. Selalu aku buat instant kali ni tidak 100% mengayak tepung sendiri. Masa buat kek ni aku pun bapak anakku ke dapur, masa tu dia dok dalam walker, penat nak jaga dia sebab dia dah pandai capai-capai barang. Time aku buat kek ni pun dia pandai amik mangkuk then golek-golek tangan dalam tu. Anak oh anak.

Tak sangka plak laki aku boleh tahu aku buat kek, banyak kali Tanya macam mana dia boleh tahu, dia tak jawab pun. Masa ni aku terpaksa tunggu laki aku balik dari site. Tibe-tiba malam tu pulak laki aku ada masalah ngan sampah. So, 9.30 p.m baru potong kek nasibla anakku dah bangun tidur. Kali ni budget tak cukup dan masa pun tak cukup untuk mencari hadiah so aku fikirkan air tangan ni lagi berharga. My asben pun jenis memahami, tq Papa...Semoga papa dipanjangkan umur dan bahagia bersama-sama keluarga tercinta hingga dunia dan akhirat. Mama saying papa hingga hujung nyawa..love papa..
 
 

Thursday 20 June 2013

My Breast Pump

Semasa mengandung lagi saya berazam untuk menyusukan anak susu badan sepenuhnya. Mula-mula memang terkejut dengan harga pam, tetapi anak punya pasal maka saya terpaksa berkorban wang untuk membelinya. Suami saya yang baik hati yang mengeluarkan duit untuk membeli pam itu. Antara pam yang saya guna adalah :-

1. Manual Avent
Kebaikan :-
a. Sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana
b. Harga RM 80 (saya beli dengan Mun dekat UK)
c. Putting tak sangat
d. Suction sangat ok
e. Senyap

Keburukan :-
a. Penat tangan
b. Banyak sangat spear part kena cuci

Kesimpulan kalau manual saya sangat berpuas hati dengan pam ini, jika pam electric saya rosak saya akan guna semula pam ni.

2. Medela Mini Electric
Saya beli dengan Ila sepupu my anben (RM 400)
 Kebaikan :-
a. Tak penat
b. Sedikit sahaja kena cuci

Keburukan :-
a. Sangat-sangat bising.

Kesimpulan : Saya tidak berpuas hati dengan pam ni sebab bising, volume untuk kuatkan suction terhad.

3. Spectra 3
Sangat-sangat berpuas hati, sya beli RM 380 dapat 2 pam di Enjoybreastfeed Klang.

Kebaikan :-
a. 2 pam, jimat masa
b. Senyap
c. Volume yang boleh laras sedutan
d. Spear part sikit sahaj untuk di basuh

Keburukan :-
a. Jika tiada elektrik tidak boleh digunakan tetapi saya akan guna manual avent.
b. Berat
c. Mudah masuk air

Kesimpulan : Saya sangat berpuas hati dengan pam ni suction yang bagus dan pam yang murah untuk buat 2 pumping. Tetapi harus berjaga-jaga kerana saya dah banyak kali masuk air susu ke dalam pam tu, so setiap kali nak guna saya akan pastikan membrane saya berkeadaan terbuka ataupun perlu basuh membrane tu untuk mengelakkan membrane melekat, jika melekat maka susu akan melimpah masuk ke pam melalui tiub. Syukur, kali pertama service di Histopoint hanya Rm10 (kurier sahaja).

4. Manual Anakku

Maaf, ni contoh pam amik dari blog dunia noris.blogspot.
Saya terpaksa membeli pam ni kerana pam spektra saya sedang dibaiki kerana masuk air susu. Kebetulan my officemate ada guna pam ni. Pam ni sngat murah sebab tu saya beli RM45 di kedai anakku. Kononnya saya beli untuk buat double pam tetapi tak menjadi sebabnya bila saya picit pam tu pam tu akan mengecut sahaja sebab dan tak menjadi. Hanya 2 or 3 kali sahaja saya guna.

Wednesday 19 June 2013

Cara Mengatasi Sembelit Bayi

1. Makan buah betik, kalau pisang biasanya boleh menyebabkan sembelit.
2.  Gerakkan kaki bayi seperti mengayuh.
3. Aktifkan bayi seperti merangkak jangan diam sahaja.
4. Berikan jus buah-buahan
5. Bagi air masak banyak.
6. Pendapat sendiri, jika BF, anak tak nak makan buah, so ibu perlu makan buah.
7. Urut perut bayi membulat.

Tuesday 18 June 2013

Batuk Dan Kahak

From Facebook : Elaz D'heart


1.      Sup tulang atau bone broth atau sup ayam

       (untuk anak 8 bulan ke atas setelah boleh memakan makanan drpd sumber

       protein i.e ayam)

 

2.      Bawang Putih

       Buat minyak bawang putih untuk sapu pada dada anak. Bakar bawang putih,   

       hancurkan sikit dan letak minyak makan dan sapu

 

3.      Garlic Sock

Letakkan bawang putih pada stokin anak. Caranya : Pakaikan anak stokin berlubang besar sedikit sprt jenis berkait atau yg berlubang- lubang, kemudian ambil sehelai lagi stokin masukkan bawang putih yg telah ditumbuk tidak perlu lumat, untuk bayi ambil separuh bawang putih dahulu ditakuti kaki anak terlalu kepanasan (tujuan guna 2 stokin berlapis adalah bagi mengelakkan tapak kaki bayi kemerahan sbb kepanasan bawang putih). Jika bayi tidak selesa, boleh gunakan shj minyak bawang putih yang telah dibuat sprt tips di atas, dan sapukan pada tapak kaki anak.

 

Untuk anak yg lebih dewasa, boleh guna sehelai stokin sahaja atau lekatkan sahaja bawang putih di tumit menggunakan handsaplast. Biar anak tidur semalaman begitu. Selalunya, nafas anak juga akan berbau bawang putih apabila bangun tidur. Tujuannya supaya bawang putih itu menyerap dalam kulit sebagai antivirus .

 

4.      lemon socks

(samada hiris lemon lekat di kaki pakaikan stokin atau rendam stokin dlm air lemon yg dicampur sedikit air paip, perah, pakaikan pada anak, jika stokin itu telah kering, celupkan lagi dalam air lemon dan pakaikan kembali)

 

5.      KUNYIT

Kunyit hidup juga boleh digunakan dengan cara tumbuk sedikit kemudian sapukan di hidung .

 

CARA MENGENAL KAHAK:

Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)

Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.

Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.

 

CARA MENGENAL HINGUS.KAHAK :

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

 

 

 

 

MAKANAN PENYEBAB KAHAK :

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043176683797&set=oa.245730782222474&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-f.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F306846_10152043176683797_1575162859_n.jpg&size=403%2C403

 

 

6. NAIKKAN IMUN SISTEM

Jika selalu sangat batuk berlaku, perlu cuba naikkan imun sistem badan. Antara yang disarankan dengan pengambilan supplement Olivenol (Rujuk photo atau search button tentang Olivenol) . Apple Cider Vinegar / cuka apple juga baik untuk naikkan imun sistem tubuh dan untuk masalah batuk disebabkan alergi atau sinus).

 

7. VITAMIN D

Vitamin D dapat mencegah asma dan alahan (termasuk alahan kulit). Sumber vitamin D yang baik adalah salmon dan cahaya matahari pagi (dedahkan diri pada cahaya matahari pagi)

 

 

TEKNIK RAWATAN:

1. STEAM dan PERCUSSION.

Kedua-dua teknik ini paling penting untuk anda lakukan untuk melonggarkan paru-paru dan mengeluarkan kahak. Susah atau senang, anda perlu cuba lakukan secara rutin paling kurang 2 kali sehari. Teknik ini juga mengambil masa untuk pesakit sembuh kerana tidak menggunakan ubatan yang mengandungi dadah. Fungsi teknik ini sama dengan fungsi salbutalmol.

Cara rujuk : http://shehanzstudio.blogspot.com/2011/10/anak2-flu-batuk-ada-bagusnya.html?m=1

 

*jika sukar, boleh pasang shower water heater dalam toilet, penuhkan toilet dgn wap , bawa masuk anak bila wap sudah banyak. Biarkan beberapa minit anak di dalam toilet (dudukkan dia dalam besen mandian bersama mainan nya supaya anak diam)

 

*jika susah juga, ambil tutup periuk nasi yg baru masak, wapkan ke muka anak dgn cara selubungkan kepala dgn tuala (buka muka sikitlah)

Semua cara ini, biarkan saja jika anak menangis, itu sangat bagus membantu melonggarkan paru-parunya.

 

*Untuk cara steam orang dewasa cuma perlu ambil semangkuk air panas, tutup bahagian kepala dengan kain, biarkan muka sahaja terbuka, tunduk pada mangkuk dan hidu wap panas tersebut. Boleh campurkan air panas tersebut dengan bawang putih yang ditumbuk juga.


Terapi percussion untuk yang lebih dewasa boleh rujuk :

http://www.cff.org/UploadedFiles/treatments/Therapies/Respiratory/PosturalDrainage/An-Introduction-to-Postural-Drainage-and-Pecussion-03-2012.pdf

 

2. NETI POT:

Atau cara lain ialah dengan cara mengeluarkan hingus menggunakan Neti Pot rujuk https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10152043164688797&set=oa.245724245556461&type=1&src=https%3A%2F%2Fm.ak.fbcdn.net%2Fsphotos-d.ak%2Fhphotos-ak-ash4%2F311183_10152043164688797_702197850_n.jpg&size=350%2C270

Boleh juga masukkan air ke dalam hidung kemudian hembuskan keluar kembali seperti cara sunat berwuduk. Air akan keluar bersama hingus dan bakteria juga.

 

INFO KAHAK YANG MELEKAT:

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Mereka yang mempunyai masalah lendir di waktu pagi selalunya mengalami keadaan di mana lendir ditekaknya akan selalu “melekat” di situ. Keadaan ini dinamakan “POST NASAL DRIP” keadaan di mana lendir yang dikeluarkan dari hidung (nostril) tidak meleleh keluar melalui lubang hidung tetapi mengalir ke belakang hidung dan berkumpul di tekak.

“Post Nasal Drip” selalunya sangat berkait rapat dengan allergik atau sinusitis. Selain itu tabiat menghisap rokok juga menyebabkan lendir di tekak dan sukar dibuang. Bagi penghisap rokok yang kronik, selalunya kesan jangka panjang ialah paru-parunya sentiasa berlendir ( chronic bronchitis) dan kadang kala rosak paru-parunya dan sukar bernafas (emphysema).

Sumber: http://drzubaidi.wordpress.com/2010/04/22/lendir-degil-di-dalam-tekak/

 



Keburukan Memberi Ubat Kepada Bayi Bawah 2 Tahun

From FB : Eliz D'heart

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:
Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.

Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Cari info berkenaan makanan penyebab kahak di dalam album penawar semulajadi atau gunakan search button. SUSU FORMULA atau SUSU LEMBU (selain raw) antara penyebab utama. Disarankan untuk 1 tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing jika tiada masalah alah kepada kekacang, boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu almond. Susu beras juga boleh dicuba.

Monday 17 June 2013

Kek Coklat Kukus Sedap


Kek Coklat Kukus

 

 

Bahan2nya:
4 biji telur (gred A)
1 cwn gula halus
1/2 cwn susu pekat
1 cwn susu cair
1 cwn minyak masak
11/4 cwn tpg gndum*
1 cwn serbuk koko*
1sd kecil soda bikarbonat*
1sd kecil baking powder*
*bhn2 trsebut perlu diayak trlebih dhlu ye :))

Cara2nya:
Pukul telur brsma gula hingga kembang. Guna whisk je pon boleh.
Dh kembang msukkan susu pekat, minyak n susu cair.
Dh sebati masukkn bhn2 yg dh diayak tdi ye.
Kukus selama 1 jam. Penutup ditutup dengan kain.

Topping :
1/2 cawan serbuk koko

1 sudu besar minyak

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat 

Cara-caranya:- masakkan suma. Tutup api baru letak minyak. Curah time topping panas-panas ke atas kek, tetapi kek tu kena suam-suam, jangan kek tu panas. Curah 2, 3 kali

Petua Mengurangkan batuk bayi

From Blog : nordaleela.blogspot.com


1. Sup Ayam
Makan yang berprotein

2. Madu asli. Untuk bayi atau kanak-kanak, 1 sudu kecil. Kalau rasa madu tu macam pekat, boleh tambah sedikit air.

3. Kunyit hidup atau bawang putih.

Gosok kunyit hidup kat mana-mana permukaan yang kasar untuk dapatkan serbuk, lepas tu serbuk kunyit dicampurkan dengan minyak masak kemudian sapukan ke dada bayi.

Kalau nak guna bawang putih, bakar sikit bawang putih. Caranya sama seperti guna kunyit, gosok, ambil serbuk, kemudian campurkan dengan minyak masak baru sapu ke dada bayi.

4. Daun Kaduk.

Jika bayi anda batuk berkahak dan selsema, boleh gunakan daun kaduk. Ramas daun kaduk dengan kapur sirih. Kemudian sapukan pada dada dan perut bayi. Kahak akan keluar bersama najis bayi nanti.

5. Kismis.

Kalau bayi anda dah boleh mengunyah, amalkan makan kismis sebanyak 21 biji setiap hari. InsyaAllah batuk akan hilang.

 6. Daun Bunga Tahi Ayam.


Ambil daun bunga tahi ayam. Ramaskan dengan kapur sirih sampai berlendir kemudian sapu kat tengkuk dan dada bayi


InsyaAllah batuk akan hilang.

 7. Garlic Sock

Bakar Bawang putih, tumbuk dan letak dalam stoken. Pastikan buat double sock, pakai kan 1 stoking then baru pakaikan lagi satu stoken elak kulit bayi sensitive sebab panas.

 8. Steaming


Teknik percussion perlu di buat 1 minit bahagian kiri belakang badan dan 1 minit bahagian kanan belakang badan dan telentangkan anak ke depan dan tepuk selama 1 minit bahagian depan kiri dada dan 1 minit bahagian kanan depan dada. Ulang proses tersebut sehingga sekurang2nya 10 minit. Sekiranya anak meronta dan menangis itu lebih baik kerana dia menyedut wap tersebut dengan lebih agresif. Kalau tangan anak bergerak2, bedung anak tersebut dan salinkan pakaian baru selepas selesai proses steaming. 



CARA MENGENAL KAHAK:

Penawar lain perlu anda lihat warna hingus (keluar melalui hidung) atau kahak (keluar melalui mulut)

Jika jernih = badan sejuk = rawat dengan makanan panas seperti madu (1 tahun ke atas),buah delima atau habbatussauda.

Jika pekat, hijau atau kuning = badan panas = rawat dengan makanan sejuk seperti barli, air kelapa , air asam jawa atau kembang semangkok.


From blog : Zakwan-Nayli

Monday 10 June 2013

Sushi

Bahan-Bahan :-
 
1 cawan Beras Jepun
1 1/2 sudu Cuka
1 sudu Mayonis
Gula dan Garam sesedap rasa

Bahan2 lain :-
Crab Stick
Telur Dadar
Tuna / Solmon yang siap dalam tin
Seaweed
Cara membuat :-

1.       Basuh beras (1 cawan beras + 2 cawan air)

2.       Lepas masak, dalam keadaan yang panas, letak 1 ½ sudu cuka + 1 sudu gula + ½ sudu garam + mayonis (Jangan letak di dalam mangkuk besi sebab ade tindak balas)

3.       Potong ketam, salmon, timun jepun

4.       Gulung guna tikar

5.       Potong, pisau kena tajam dan letak sedikit air elak melekat

Resepi Tofu Kukus Sos Tiram

1 keping tofu lembut (dikukus selama 5-7 minit)
1-2 sudu makan sos tiram
1-2 sudu makan sos cili
1 sudu makan kicap manis
1 sudu kecil madu - optional
2 ulas bawang putih (dicincang)
1/4 kiub ayam atau kiub ikan bilis
sedikit minyak bijan atau minyak masak (akak bubuh 2-2, minyak bijan di renjis ke dalam sos)
1 sudu makan kacang tanah kisar
sedikit daun bawang
cili hiris dan bawang goreng (akak tambah sebagai hiasan)

Cara-cara :
Panaskan minyak. Tumiskan bawang putih hingga terbit bau.
Kemudian masukkan sos tiram, madu, sos cili, kicap manis, kiub ayam/ikan bilis dan sedikit air. Kacau sebati.
Setelah masak, angkat dan siramkan ke atas tauhu yang sudah dikukus tadi. Taburkan kacang tanah dan daun bawang. Hidangkan.

Wednesday 5 June 2013

Membuat Puree + Beras

A. Beras hancur
 1. Basuh beras bersih-bersih
 2. Rendam semalaman (semakin lama direndam semakin mudah dihancurkan)
 3. Tapis
 4. Sangai tanpa minyak (elak kulat bila disimpan)
 5. Blander kering (kalau blander panas-panas beras kurang hancur)
 6. Simpan di dalam peti ais

B. Puree Epal / Lai / Carrot / Bayam
 1. Kupas kulit epal (epal manis)
 2. potong kecil
 3. Kukus (jangan terlalu lama)
 4. Blander (letak air masak sedikit)
 5. letak di dalam bekas
 6. Jika puree dah beku boleh keluarkan dan masukkan dalam tupperware.

C. Puree Ayam / Ikan
 1. Potong ayam / Ikan dadu
 2. Basuh bersih-bersih
 3. Rebus (Air jangan banyak sebab air tu juga digunakan)
 4. Blander
 5. Simpan


NOTE :-
1. Jangan kukus terlalu lama
2. Jika dipanaskan semula jangan terlalu lama
3. Saya simpan pun tak lama untuk kekalkan khasiat


Resepi Bayi Untuk Anak Saya

* Apa-apa pun try 4 days rules untuk tahu allergic atau tidak
* Rujuk jadual di bawah. sumber: wholesomebabyfood.com
* Apa-apa pun untuk buat frozen kena kukus, vitamin tak hilang, jangan rebus.
* Jangan masak sayur yang telah difrozen lama-lama semasa masak bersama bubur,nanti hilang khasiat.

Sarapan :-
1. Rolled Oat (Cosway) + Kismis
2. Oat + Kurma
3. Oat + Carrot + Ayam + kismis
4. Oat + Buah Apple/kiwi/pisang + kismis
5. Oat + Brokoli + Ayam
6. Oat + Telor + Carrot
7. Sup Pasta


6 Bulan :-
1. Puree Epal
2. Puree Pisang
3. Puree Pear
4. Bubur Kosong

7 Bulan :-
1. Bubur Nasi + Carrot
2. Bubur Nasi + Kentang
3. Bubur Nasi + Bayam
4. Bubur Nasi + Labu

8 Bulan :-
1. Bubur Nasi + Salmon + Kentang / Carrot / Bayam / Brokoli
2. Bubur Nasi + Ikan Merah + Kentang / Carrot / Bayam / Brokoli
3. Bubur Nasi + Ikan Tenggiri + Kentang / Carrot / Bayam / Brokoli
4. Tumis menggunakan Pure Olive Oil
(letakkan sedikit kurma)

10 Bulan
1. Bubur Nasi + Ayam + Kentang / Carrot / Bayam / Brokoli
2. Bubur Nasi + Taofu + Salmon
3. Bubur Nasi + Telor + Kentang / Carrot / Bayam / Brokoli
(Better ayam bagi lambat sebab ayam kan inject)

Others Recipe

1. Pasta Salmon
    - Isi Salmon
    - 1 ulas bawang putih
   - 1/4 bawang Holland
   - Pasta (fusilli)
   - 1/2 biji tomato
   - celery stick (parut)
   - Carrot (parut)
   - Brocoli

(Tumis bawang dan masukkan salmon, bila dah masak masukkan tomato,celery,carrot dan broccoli)

2. Chicken Roll Pie With Sweet Potato Sauce
   - 1/2 biji bawang Holland (cincang)
   - 1 biji bawang putih (cincang)
   - 1/2 biji kentang
   - Isi ayam (dadu)
   - 1 biji telur (Asing putih & kuning, 1/2 kuning untuk disapu pada pastry)

(Tumis bawang, masukkan ayam,kentang dan telur)

Bahan Pastri :-
   - Tepung ata/gandum
   - Unsalted butter
   - Air

3. Puding Telor Oat
   - 1 biji telor
   - 1/4 cawan rolled oat kisar
   - 1/2 cawn air
   - Buah prune

(Campur semua dan kukus atau bakar)

4. Puding Oat & Buah
   - 1/2 cwn susu EBM/tepung
   - 1 biji telor
   - 1/4 cawan rolled oat
   - Buah kiwi/prune/grape/ect

(Campurkan semua dan kukus dalam 20 minit)

 5. Salmon Bolognese With Mushroom & Pumpkin souce
   - 1 ulas bawang putuih
   - 1/4 bawang Holland
   - Salmon
   - Mushroom
   - Puree labu
   - Cheese
   - Mix herb
   - 1 biji tomato dikisar

(Tumis bawang, masukkan salmon, masukkan tomato,mushroom,labu,cheese,mixherb)

6. Cheesy Pasta
   - Pasta (rebus)
   - Ayam
   - 1 biji bawang putih
   - 1/4 bawang Holland
   - Carrot
   - Unsulted butter
   - 1 sudu tepung ata
   - 2-3 sudu cheddar cheese diparut
   - 1/2 cawan air/fresh milk

(Tumis bawang, masukkan ayam, dan semuanya,last masukkan pasta)

7. Roti Ayam Cheese
   - Ayam
   - Roti
   - Tomato
   - Cheese

(Rebus ayam, letakkan ayam atas roti, letak tomato, cheese dan masukkan dalam oven 30saat)

8. Ubi Keledek Bakar
   - Ubi
   - Carrot
   - Tepung atta
   - Cheese
   - Tekap/Acuan bentuk

(Rebus ubi dan carrot, masukkan tepung atta, cheese, gaul dan tekap, bakar dalam oven 10 minit 180'C)

9. Roti Bakar Pisang
   - Roti
   - Pisang
   - Cheese

(Letakkan pisang atas roti, letak cheese, bakar 15minit suhu 200'C)
 
10. Sup Pasta
   - Pasta
   - Ayam
   - Bawang Merah
   - Bawang Putih
   - Carrot
   - Telor

(Rebus pasta, tumis bawang, masukkan ayam, air, carrot, pecahkan telor)
 
11. Mee Suah & Chicken Ball
   - Ayam
   - Tepung Atta
   (Bebola Ayam-rebus ayam, letakkan ayam, tepung atta diblander, kepal bulat2 dan rebus di dalam
   air mendidih)

   - Bawang Merah
   - Bawang Putih
   - Ayam
   - Carrot
   - Mee Suah
   - Cheese
(Tumis bawang, masukkan ayam, air, chicken ball, carrot, cheese, mee suah)

12. Banana Cake
   - 1 biji pisang berangan/emas
   - 1 sudu besar tepung atta
   - 1 biji telor
   - 1/2 oz breast milk/fm/fresh milk
   - 1 sudu kecil olive oil

(Pukul telur sampai kembang, lenyek pisang, masukkan telur dan susu ke dalam pisang tadi, masukkan tepung, masukkan di dalam cup, kukus selama 30-40 minit, atau bakar 40-45 minit suhu 180'C)

13. Tofu with Kurma Soup
   - Tofu
   - Acuan Bentuk
   - Kurma

(Tekap tofu, rebus 3-4 biji kurma, blend kurma dan kuah tadi, rebus semula dan masukkan tofu, rebus tofu sehingga lembut)

14. Pumpkin Soup
   - Labu
   - Bawang putih
   - Bawang Merah
   - Olive oil
   - Ayam (stok)
   - Cheesedale 1 keeping

(Rebus labu dan lenyek, tumis bawang, masukkan labu dan stok ayam, masukkan cheesedale)

15. Banana Oat Biscuit
   -
3 biji pisang
   - 1 cawan kecil oat
  
(Lenyekkan pisang, masukkan oat, bakar dalam oven 20-30 minit suhu 180'C)

16. Baked Potato    - 1 biji potato
   - Ayam
   - Brocoli/carrot
   - Cheddar cheese
   - Telor
   - Tomato lenyek/tomato puree

(Rebus kentang, ayam, carrot, brokoli, hancurkan kesemuanya, letakkan cheese, telor, letak dalam bekas, tabor tomato hancur, letak cheese lagi, bakar 15mnit suhu 180'C)

17. Chicken Nugget    - Ayam
   - 1 ulas Bawang putih
   - 2 ulas Bawang merah
   - Cheddar cheese
   -  1 biji telor kuning
   - Bread Crumb
  - Putih Telor
   - Olive oil

(Blend isi ayam, bawang, cheese & telur kuning, kemudian gaul wth bread crumb, biarkan 10 minit, bila dah keras, boleh tekap ikut bentuk, salut dengan putih telor dan bread crumb sekali lagi, goring)

18. Potato with Chicken Gravy    - Potato
   - Cheese
   - Kurma
   - Stok Ayam
(Rebus potato dan lenyekkan dengan cheese, rebus kurma dengan stok ayam, kurma lembut kemudian blander)


* Aleesya allergic :-
1. Ikan Bilis
2. Bagi buah yang xbersesuaian boleh demam (cth apple)

* Sejak 7 bulan ke atas saya bagi baby madu & kismis sedikit.