Tuesday 18 June 2013

Keburukan Memberi Ubat Kepada Bayi Bawah 2 Tahun

From FB : Eliz D'heart

INFO AM YANG WAJIB ANDA TAHU:
Pastikan anda tidak memberi sebarang ubat antihistamin kepada kanak-kanak bawah 2 tahun, atau sebaiknya selagi anak tidak tahu membuang hingus sendiri. Ubat selsema / batuk tidak membantu bayi anda merawat dan mempunyai kesan sampingan yang buruk.
(Topik ini telah banyak dibincang, jadi guna search button tentang kesan antihistamin)

Jika asma, Ubat jenis Salbutalmol syrup atau nebulizer, hanya boleh diambil jika paru-paru masih tidak dapat berfungsi dgn baik setelah melakukan semua kaedah yang disarankan di bawah nanti. Maksudnya, ubatan moden hanya benar-benar perlu sebagai jalan terakhir. harus diingat, ubat (drugs) cuma menghentikan sesuatu penyakit sekejap, tetapi dalam masa yang sama, jika terlalu bergantung dengan ubat atau jika diambil selalu, akan menyebabkan penyakit lain di dalam tubuh.

Elakkan pengambilan gula putih ketika diserang selsema batuk kerana GULA adalah MAKANAN VIRUS dan BAKTERIA yang boleh menyebabkan virus atau bakteria lebih aktif dan membiak.

Selsema atau batuk kebiasaannya berlaku disebabkan virus, jadi rawatan yang terbaik ialah dengan memakan makanan antiviral seperti bawang putih atau kunyit dan lainnya (rujuk photo penawar semulajadi cari antiviral foods) . Antibiotik tidak diperlukan merawat penyakit disebabkan virus. Antibiotik hanya membunuh bakteria samada baik atau jahat. Selsema batuk yang mengeluarkan kahak jernih biasanya disebabkan virus, jika kuning, biasanya disebabkan bakteria beserta demam yang tinggi , susah bernafas dan sakit otot. Jika disebabkan bakteria, anda boleh mengambil probiotik.

Tapi, sekiranya sudah termakan antibiotik, perlu dihabiskan dan makan sekali dengan probiotik supaya bakteria baik kekal dalam badan.

Lendir yang terlalu lama di tekak boleh menyebabkan masalah lain seperti tonsillitis, laryngitis, pharyngitis dan beberapa jangkitan di dalam paru-paru seperti acute bronchitis, pneumonia terutamanya bacterial pneumonia dan influenza pneumonia. Jika ada tanda-tanda jangkitan kepada penyakit ini, antibiotik boleh diambil beserta probiotik. (Search button tentang info probiotics and antibiotics)

Cari info berkenaan makanan penyebab kahak di dalam album penawar semulajadi atau gunakan search button. SUSU FORMULA atau SUSU LEMBU (selain raw) antara penyebab utama. Disarankan untuk 1 tahun ke atas, bertukar kepada susu kambing jika tiada masalah alah kepada kekacang, boleh bertukar kepada santan kelapa muda atau susu almond. Susu beras juga boleh dicuba.

2 comments:

  1. Nak tanya ada ke ubat untuk kahak berbiji. Saya bila batuk aja. Keluar kahak berbiji. Nak batuk pun susah kena paksa batuk.

    ReplyDelete
  2. Dada pun macam sempit aje. Macam ada kahak dlm paru2 aja

    ReplyDelete