Monday 5 October 2020

Resepi Scones Menjadi Sedap Gebuu

 Salam, lama sangat nak cuba dan menjadi okey, resepi mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang)
100 ml susu segar (kurang lebih)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan raisin atau kismis hitam
Sedikit tepung untuk ditabur
Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata
  2. Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersat sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..


Resepi Agar2 sirap

 Bahan- bahan :-

- 20gram agar2

- 4mug air

- pati sirap

- 230gram gula biase


Cara membuatnya :-

- masakkan air dan agar2 sampai xberketul

- tuang gula, daun pandan dan sirap

- tapis dalam bekas dan masuk peti siap

- makan dgn susu cair sejuk tambah air gula sedap

Resepi Corndog Sedap Anti Gagal

 Aku ambil resepi ni dari facebook menjadi anak suke 

RESEPI KOREAN CHEESE CORNDOGS ANTI GAGAL


Resepi :


- 170ml (2/3 cawan) air suam

- 30g/ 2 1/2 sudu makan gula

- 4g/ 1 sudu teh instant yis

- 200g/ 1 1/2 cawan tepung roti/high protein/gandum

- 1/2 sudu teh garam

- 1 sudu makan air

- 3 batang hotdog/sosej (siap rebus)

- cheese mozarella

- serbuk roti/breadcrumbs


*Dapat dalam 10 batang corndogs

Cara membuatnya:-

- Ambil bekas letak air suam+yis+gula kacau rata

- Ambil mangkuk lain masukkan tepung dan garam kacau terus masukkan dalam bekas ade air suam yis tadi adunan jgn cair sgt nnt xlekat

- kacau biar suhu bilik jek 40 minit bg btol2 kembang

- potong hotdog 1 batang 3 bahagian dan potong cheese sama besar dan cucuk

- lepas 40minit ambil adunan tadi gelrkkan hotdog cucuk td dgn adunan biar golej2 byk kali utk elak cheese nipis nnt goreng takot terkeluar

- salut breadcrumb

- goreng terus xyah lama2 nnt cheewe terkeluar ni bleh buat frozen taw

- dah goreng makan ngan sos dan mayonis