Wednesday 12 April 2017

Tips Susu Badan Ketika Berpuasa by Asiah Maharam

Saya ambil dari video asiah maharam (FB)

1. Wajib buka air suam bukan ais atau air suhu bilik
2. Kurma wajib hari2 minimum 5 biji
3. Jika xlalu makan kurma buat air nabiz sahaja
4. Sahur air susu / air soya
5. Makan Roti Gandum
6. Buka Nasi dan protein2 seperti seafood, ayam, telor
7. Tak digalakkan makan daging akan kurangkan susu
8. Jika siang pam susu drop wajib pam jangan tak pam
9. Selepas buka buasa wajib pam bagus kena buat tendem (sebelah anak minum kepale anak depan kaki belakang so selesa)
10. Lepas Buka buat tendem atau power pumping max 1 jam
11. Tambah jadual pam

Wednesday 5 April 2017

Resepi Berpantang By Zarina Radzi


RESEPI IKAN



RESEPI IKAN PANGGANG

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Tenggiri/Merah/Selar/Siakap/Salmon

-       Garam Halus

-       Serbuk Kunyit (Anak kuning tak yah letak)

-       Lada Hitam 1 sudu Besar (Tumbuk Halus)

• Cara Memasak :-

  1. Basuh bersih ikan
  2. Letak garam halus + serbuk kunyit + lada hitam pada ikan
  3. Bakar atau panggang.



RESEPI AIR ASAM IKAN PANGGANG

• Bahan-Bahan :-

-       Asam Jawa (Campur dengan air masak)

-       2 ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       2 ulas bawang putih (Hiris)

-       Gula

-       1 sudu kecil Lada Hitam (Tumbuk halus)

• Cara Memasak :-

-       Campur semula dan siap


RESEPI IKAN SINGGANG

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Tenggiri/Selar

-       ½ inci Kunyit hidup (Anak kuning tak yah letak)

-       ½ inci Halia

-       2 ulas Bawang Putih

-       2 keping Asam Keping

-       Garam Halus

• Cara Memasak :-

  1. Satukan kunyit hidup + halia + bawang putih + asam keping ke dalam periuk yang berisi air dan masakkan
  2. Bila sudah didih masukkan ikan.
  3. Letak garam secukup rasa
  4. Angkat apabila ikan sudah masak

 RESEPI SUP IKAN MERAH

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Merah/Tenggiri

-       2 Ulas Bawang Putih (Ketuk)

-       3 Ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       1 Sup Bunjut (Kalau Tak ada ganti Kulit Kayu Manis+Bunga Lawang+Buah Pelaga)

-       Garam Halus

-       Air untuk kuah

• Cara Memasak :-

  1. Satukan semua kecuali ikan dan garam ke dalam periuk yang berisi air dan masakkan
  2. Bila sudah didih masukkan ikan + garam secukup rasa
  3. Angkat apabila ikan sudah masak


RESEPI IKAN KUKUS HALIA

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Merah/Tenggiri

-       1 inchi Halia

-       3 ulas Bawang Putih

-       1 inchi kunyit hidup (Anak kuning tak yah letak)

-       3 ulas Bawang Merah Kecil

-       2 sudu kecil Kicap

-       1 sudu besar Lada Hitam (tumbuk halus)

-       Garam halus

-       Lobak Merah Sedikit (Potong)

• Cara Memasak :-

1.    Lumur ikan dengan kicap+lada hitam+garam halus

2.    Letak ikan dalam bekas @ Loyang dan masuk semua bahan yang lain

3.    Kukus 10-12 minit hingga masak



RESEPI IKAN MASAK ASAM

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Tenggiri

-       ½ cawan air Asam Jawa

-       1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)

-       Garam Halus

-       1 inchi halia

-       3 biji bawang merah kecil (hiris)

-       2 biji bawang putih (ketuk)

-       Air untuk kuah

• Cara Memasak :-

1.    Masuk semua bahan termasuk ikan dan didihkan di dalam periuk yang berisi air

2.    Angkat bila ikan dah masak



 RESEPI IKAN TENGGIRI TENGGIRI GORENG HALIA

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan Tenggiri

-       Serbuk kunyit

-       Garam Halus

-       2 Sudu Kicap Manis

-       1 inci Halia + 3 Ulas Bawang Putih (Hiris 2 bahan ni)

• Cara Memasak :-

1.    Lumur ikan dengan garam dan serbuk kunyit

2.    Panaskan minyak (minyak sedikit) dan gorengkan ikan

3.    Angkat ikan tersebut

4.    Tinggalkan sedikit minyak dan masukkan halia+bawang putih+kicap

5.    Tutup api dan tuangkan bahan yang digoreng tadi atas ikan dan siap





RESEPI AYAM



RESEPI AYAM BAKAR MADU

• Bahan-Bahan :-

-       Ayam Kampung/Ayam Biasa

-       2 Ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah kecil + 1 inchi halia (blander) – Letak air sikit masa blend

-       1 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)

-       2 sudu besar kicap

-       2 sudu besar madu

-       Garam Halus

• Cara Memasak :-

1.    Basuh ayam

2.    Satukan semua bahan dan bakar



RESEPI AYAM BAKAR SIMPLE

• Bahan-Bahan :-

-       Ayam Kampung/Ayam Biasa

-       2 Ulas bawang putih + 3 ulas bawang merah kecil + 1 inchi halia (blander)

-       Garam Halus

-       2 sudu besar Madu

-       1 sudu besar serbuk pati ayam

• Cara Memasak :-

1.    Basuh ayam

2.    Satukan semua bahan dan bakar



RESEPI AIR ASAM IKAN PANGGANG

• Bahan-Bahan :-

-       Asam Jawa (Campur dengan air masak)

-       2 ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       2 ulas bawang putih (Hiris)

-       Gula

-       1 sudu kecil Lada Hitam (Tumbuk halus)

• Cara Memasak :-

-       Campur semula dan siap



RESEPI SUP AYAM

• Bahan-Bahan :-

-       Ayam Kampung/Ayam Biasa

-       2 Ulas Bawang Putih (Ketuk)

-       3 Ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       1 Sup Bunjut (Kalau Tak ada ganti Kulit Kayu Manis+Bunga Lawang+Buah Pelaga)

-       Garam Halus

-       Serbuk Lada Hitam sedikit

-       Air untuk kuah

• Cara Memasak :-

1.    Satukan semua bahan ke dalam periuk yang berisi air dan masakkan

2.    Angkat bila sudah masak




RESEPI AYAM MASAK LADA HITAM (Masak Masa Anak Tak Kuning)

• Bahan-Bahan :-

-       Ayam Kampung/Ayam Biasa

-       2 ulas bawang putih (hiris)

-       3 ulas bawang kecil merah (hiris)

-       2 inchi halia (hiris)

-       2 sudu besar lada hitam (tumbuk halus)

-       Air sedikit

• Cara Memasak :-

1.    Panas minyak sedikit tumis semua bahan kecuali air dan ayam

2.    Letak sedikit air dan masukkan ayam

3.    Angkat bila sudah masak



RESEPI SAYUR



RESEPI SAYUR LOBAK PUTIH

• Bahan-Bahan :-

-       Lobak Putih (Hiris Sederhana Tebal)

-       2 ulas Bawang Putih (ketuk)

-       2 ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       1 sudu kecil Lada Hitam (Tumbuk Halus)

-       Sedikit Ikan Bilis

-       Garam Halus

-       Air untuk Kuah

• Cara Memasak :-

1.    Rebus semua tu dengan air dan siap (carrot jangan tunggu lembik sangat)



RESEPI SAYUR SAWI MASAK AIR

• Bahan-Bahan :-

-       Sawi dipotong

-       2 ulas Bawang Putih (ketuk)

-       2 ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       1 sudu kecil Lada Hitam (Tumbuk Halus)

-       Sedikit Ikan Bilis

-       Garam Halus

-       Air untuk Kuah

• Cara Memasak :-

1.    Rebus semua tu dengan air kecuali sawi

2.    Bila mendidih masukkan sawi dan biarkan sekejap jek dan tutup api


  RESEPI IKAN BILIS



RESEPI IKAN BILIS MASAK LADA HITAM

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan bilis

-       2 ulas Bawang Merah (Hiris)

-       3 Ulas Bawang Merah Kecil (Hiris)

-       1 Inci Halia (Hiris)

-       2 Sudu Besar Lada Hitam (Tumbuk Halus)

• Cara Memasak :-

1.    Goreng ikan bilis (Api sederhana)

2.    Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia

3.    Agak-agak bawang dah layu, masukkan serbuk lada hitam



RESEPI IKAN BILIS SANGAI HALIA

• Bahan-Bahan :-

-       Ikan bilis

-       1 Inci Halia (Hiris)

-       2 Sudu Besar Lada Hitam (Tumbuk Halus)

-       1 Biji Bawang Besar (Hiris)

-       Asam Jawa

• Cara Memasak :-

1.    Sangai ikan bilis dan lada hitam (tanpa minyak). Kalau nak guna minyak, memadai 1/2 sudu shj.

2.    Masukkan bawang dan air asam jawa sedikit dan siap.







RESEPI LAIN2

RESEPI HATI LEMBU BEREMPAH

• Bahan-Bahan :-

-       Hati lembu (Dihiris)

-       1 sudu besar serbuk rempah kari daging

-       1 sudu kecil serbuk ketumbar

-       2 sudu besar serbuk lada hitam

-       Garam secukup rasa

-       Air secukupnya

-       4 biji bawang merah + 4 ulas bawang putih +1 inci halia (Kisar 3 bahan ni)

• Cara Memasak :-

1.    Gaulkan hati lembu dengan bahan kisar,garam dan serbuk rempah sehingga rata.

2.    Panaskan minyak dan masukkan hati tersebut.

3.    Masukkan air dan biar sehingga empuk

Info
Hati lembu membantu dalam pembentukan sel darah merah.Ia mempunyai nilai gizi yang tinggi.







RESEPI JUS



RESEPI JUS PEGAGA MADU

• Bahan-Bahan :-

-       Pegaga

-       Air Masak

-       2 Sudu Besar Madu

• Cara Memasak :-

1.    Rebus semua bahan sehingga menjadi 3 cawan air.

2.    Tapis dan kemudian hidangkan panas atau suam.

3.    Campurkan madu dan kacau sebati. Gunakan sudu plastik.



RESEPI AIR KUNYIT UNTUK KECUT RAHIM (MINUM KETIKA ANAK TAK KUNING)

• Bahan-Bahan :-

-       2 inci Kunyit Hidup

-       1 Cawan Air Masak

-       2 Sudu Besar Madu

-       Sedikit Asam Jawa

• Cara Memasak :-

1.    Blander semua, tapis dan minum



RESEPI AIR MANJAKANI

• Bahan-Bahan :-

-       3@4 biji manjakani

-       Air untuk rebus

• Cara Memasak :-

1.    Rebus 20 minit dan minum air tersebut



RESEPI SUSU KURMA UNTUK TAMBAH SUSU IBU

• Bahan-Bahan :-

-       Susu Fresh Milk

-       Kurma

-       Badam

-       Kismis

-       Madu

• Cara Memasak :-

1.    Blander semua dan minum.



RESEPI SOYA SHAKLEE SEDAP

• Bahan-Bahan :-

-       Shaklee

-       Susu Fresh Milk

-       Kurma

-       Badam

-       Kismis

-       Madu

• Cara Memasak :-

1.    Blander semua dan minum.





RESEPI AIR LONGAN KERING UNTUK TAMBAH SUSU IBU

• Bahan-Bahan :-

-       Longan Kering

-       Air secukupnya

• Cara Memasak :-

1.    Rebus semua dan minum.



RESEPI KURMA MERAH UNTUK TAMBAH SUSU IBU

• Bahan-Bahan :-

-       Kurma Merah

-       Air secukupnya

• Cara Memasak :-

2.    Rebus semua dan minum.



RESEPI HALIA KURMA

• Bahan-Bahan :-

-       Kurma

-       Halia

-       Air secukupnya

• Cara Memasak :-

1.    Rebus semua dan minum.