Thursday 24 January 2013

Tingkatkan susu ibu

1.Persediaan awal semasa mengandung
Banyak membaca mengenai penyusuan ibu yang boleh didapati dari forum, blog, pamplet, buku, majalah dan sebagainya. Juga bertanya kepada yang pakar untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang dihadapi. Manakala dari segi permakanan semasa mengandung, banyakkan pengambilan makanan yang berasaskan kalsium.

2. Sentiasa tenang, sabar, tabah, yakin, kuat semangat dan berfikiran positif.
Ini kerana pada peringkat awal penyusuan, setiap ibu akan mengalami sakit pada buah dada iaitu masalah bengkak susu dimana susu tidak dapat keluar. Cara mengatasinya dengan melakukan urutan pada buah dada serta memberi penyusuan secara langsung kepada anak sekerap yang mungkin. Saya juga mengalami masalah tersebut dan hanya tuhan saja yang tahu akan periknya rasa kesakitan pada masa itu. Air mata jadi teman setia, kalau tak ada ciri-ciri tersebut, memang saya sudah berputus asa kerana tak tahan dengan rasa kesakitan dan tanggisan anak.

3. Sokongan dari keluarga sendiri dan keluarga mertua.
Alhamdulillah saya mendapatkan sokongan dari kedua-dua belah pihak.

4. Menjaga permakanan dengan memakan makanan berkhasiat yang kaya dengan protein, kalsium dan sebagainya. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi MSG seperti mee segera, junk food serta minuman berkafein seperti kopi, teh, air bergas kerana ia dapat mengurangkan penghasilan air susu.

5. Mengamalkan pertua yang mendorong kepada penghasilan susu yang banyak seperti minum air suam, air longan, air teh herba pegaga dan sebagainya. Serta makan ulaman seperti jantung pisang, bunga betik, daun pegaga dan sebagainya.

6. Juga banyak doa.. kerana rezeki datang dari Nya.
 Sumber: http://coretanuda.blogspot.com

Friday 11 January 2013

Banyakkan Susu-Overall


1.Menyusu secara direct dengan lebih kerap

2.Susun jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam langsung.

3.Tambah sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah. Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.

4. Pastikan anda mengosongkan payu dara. Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.

5. Buat urutan payudara dan breast compression.

6. Cuba ambil makanan tinggi protein.Pastikan anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.

7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.

8. Bila anak dah capai usia 6 bulan, biasanya, sudah diberi makan makanan separa pejal. Kebiasannya, selepas makan, bayi akan kurang menyusu pada waktu tertentu (ketika lepas makan tu). Sebabnya dia dah kenyang. WAJIB perah keluar susu yang ada, sehingga kosong kedua-dua breast.(boleh simpan susu ni, buat stok)

9. Kerapkan menyusu pada waktu malam (kalau ada ketikanya, baby kenyang dan tak mahu menyusu, WAJIB bangun sekejap dan perah susu keluar).

10. Jangan sesekali, biar breast bengkak! Bila breast bengkak, akan menyebabkan sejenis protein FIL (feedback inhibator of lactation) memenuhi ruang susu. Fungsi protein ni, akan merehatkan kilang susu dari proses susu lagi. Sebab tu, kalau kita biar breast bengkak, dia akan membengkak sehingga semaksimum yg boleh, kemudian breast kita akan mengeras macam batu. Tapi, tak meletup kan! Sebab, fungsi FIL ni, dah sekat kilang dari buat susu lagi. Kalau kita biasakan selalu, lama-kelamaan susu akan berkurang. Sebab, secara automatik kita akan hantar signal ke otak, bahawa susu tak diperlukan sebanyak itu lagi. So, susu akan semakin berkurang dan makin lama akan mengering.

11. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang. Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula bekerja nanti.

12. Dapatkan pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.

13. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan stok susu dengan lebih banyak.

14. Memahami konsep demand & supply. Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan dihasilakan.

15. Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap 3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)

16. Pastikan tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.

17. Minum air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda. Air minimum 3liter sehari.

18. Ambil suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.

19. Doa yang tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.

20. Sentiasa berfikiran positif. Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan.

21. Elakkan stress. Kerana stress hanya akan menyebabkan susu anda berkurangan.

15. Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih bersemangat dalam meneruskan misi kite..

 

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu.

susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup."breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

 

Apa itu Power Pumping?

 

Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.

 

Macam mana nak buat Power Pumping?

 

Untuk Simgle Pump -

Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam

 

Untuk Double Pump -

Pam kedua² belah serentak selama 10 minit, rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam

Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu

Thursday 10 January 2013

Pemakanan Effect Susu Ibu

Secar logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yoghurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan. Cuba tips ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi: 1. Apabila anda atau pasangan anda memasak, pastikan memasak di dalam jumlah yang besar supaya sebahagiannya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula. 2. Beli makanan yang telah di masak dalam kuantiti yang besar dan simpan sebahagiannya. Sekurang-kurangnya anda telah ada satu makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja. 3. Apabila membuat sandwic, selain daripada mentega, anda juga boleh menambahkan bahan berprotein atau salad di dalamnya. 4. Sayuran berbatang - simpan di dalam peti ais dan hidangkan bersama keju atau mentega kacang. Intoleransi makanan Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak. Alahan makanan Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda. Menyusui membuatkan anda haus Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh, dan hentikan pengambilan alkohol sepenuhnya. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga. Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 1. Sayuran dan buah-buahan 2. Roti dan bijirin 3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik) 4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin. Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis dengan:- menyediakan makanan kurang garam, gula dan lemak – apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula. Wanita New Zealand mendapatkan sebahagian besar daripada mereka lemak tepu dari mentega, susu, produk dipanggang, keju, kentang goreng panas dan daging. • Jika anda menggunakan garam, pilihlah garam yang telah diiodinkan. • Hati-hati apabila membeli, menyiapkan, memasak dan menyimpan makanan untuk memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Iodin Iodin adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi. Makan makanan beriodin sekerap mungkin, seperti susu rendah lemak, roti bijirin, telur, ikan dan makanan laut. Makanan yang mengandungi rumpai laut, seperti sushi adalah sumber iodin yang tinggi tetapi pastikan ianya disediakan segar. Suplemen yang mengandungi rumpai laut, kelpa dan iodin tidak disyorkan untuk ibu-ibu yang menyusui kerana kandungan dan kualiti iodinnya adalah tidak menentu. Vitamin D Vitamin D penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Vitamin D dibina di dalam badan melalui sinaran matahari ke atas kulit anda. Itulah sebabnya kita digalakkan meluangkan sedikit masa berjemur setiap hari. Semasa waktu siang pada bulan Oktober hingga Mac, elakkan berada di terik matahari di antara jam 11.00 am dan 4.00 pm. Anda boleh berada di kawasan teduh selama 5-20 minit. Pakailah topi, pakaian pelindung matahari, kacamata hitam, dan krim yang mengandungi SPF 30+. Semasa bulan April hingga September, pastikan anda mendapat cahaya matahari yang cukup untuk keperluan vitamin D. Vitamin D juga boleh di dapati dalam ikan segar atau dalam tin (tuna, sardin, salmon, mackerel), telur, minyak ikan dan marjerin bervitamin D. Makanan tersebut perlu diambil oleh wanita yang tidak dapat vitamin D yang cukup daripada matahari. Ini termasuklah wanita yang: • mempunyai kulit gelap (kulit mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyerap vitamin D daripada matahari) • berada di dalam rumah sepanjang masa • sentiasa menutup kulit mereka dengan pakaian di atas sebab budaya atau agama. Suplemen Sekiranya pemakanan anda berasaskan empat kumpulan makanan yang disyorkan, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen. Sekiranya anda mengambil sebarang vitamin, herba atau suplemen lain, pastikan pegawai penjaga materniti anda diberitahu. Mengambil suplemen yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai penjaga materniti adalah langkah yang terbaik. Nasihat Ada sebilangan wanita memerlukan khidmat nasihat khas daripada pakar diet mengenai pemakanan. Tanya doktor atau bidan anda untuk bertemu dengan pakar diet sekiranya anda: • mengetahui bahawa makanan yang anda ambil memberi reaksi negatif kepada bayi. • masalah perubatan yang memberi kesan kepada pemakanan, seperti kencing manis • makan sangat sedikit atau ada masalah pemakanan • adalah vegetarian • berumur bawah 18 tahun. Untuk maklumat lanjut, dapatkan naskah percuma Pemakanan Sihat Untuk Wanita Menyusui daripada: www.healthed.govt.nz. Sekiranya anda wanita New Zealand, kongsikan pengalaman pemakanan anda di sini.

Bayi Tidak Boleh Tidur Dalam Gelap

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151168841286762&set=a.350158721761.146787.348304376761&type=1&theater

Pemakanan Tak Effect Susu Ibu

From: http://www.sarakids.com/blog/?p=6227

Jgn salah sangka disini kalian, tentunya susu anda susu yang berkualiti walau apapun yang anda makan, kerana susu dihasilkan bukan melalui diet anda. :-) Tetapi ini bukanlah bermaksud ibu2 boleh makan apa sahaja makanan bergula, berkanji dan makanan yang “sedap tetapi tidak sihat”. Ini kerana makanan berkanji, bergula akan menghasilkan “empty calories” Dan dalam masa yang sama, kelenjar mamari (kelenjar utk menghasilkan susu) akan menggunakan semua vitamin, mineral dan protein dari kalori “kosong” tadi utk keperluan penghasilan susu. Anda akan hanya merasa letih dan “used up” tetapi berat tidak akan berkurangan dek penggunaan kalori tadi. Malah akan bertambah berat :)

Seorang ibu akan menghasilkan 600-1000 ml (20-35 oz) dalam masa 24 jam ~ bergantung kepada umur, saiz dan permintaan dari bayi. Dan setiap 1000 ml susu yang terhasil akan memerlukan 1000 kalori untuk tenaga dalam susu dan tenaga ini digunakan untuk menghasilkan susu. Ini belum dihitung kalori yang diperlukan utk tenaga oleh tubuh si ibu. Dan ingat ya, bukan semuanya di dapati dari diet si ibu, sesetengahnya di dapati dari simpanan lemak di dalam badan ibu semasa mengandung. :-)

Saya ingin tekankan sekali lagi bahawa amaun makanan dan apa jenis makanan yang di ambil oleh ibu tidak sesekali akan mempengaruhi kuantiti mahupun kualiti susu yang dihasilkan. Dalam erti kata lain “minum air banyak untuk hasilkan susu banyak atau harus makan banyak untuk banyakkan susu”. Tidak sesekali dan tiada kaitan. :-)

Semasa menyusu, badan ibu memerlukan lebih protein dan kalsium. Dengan mengambil makanan yang sihat dan baik adalah “hadiah” buat diri sendiri sebenarnya. :-) Mengambil makanan mengikut piramid makanan membantu anda mengetahui jenis2 makanan yang perlu di ambil dalam setiap hidangan. :-)

Kenape Susu Beminyak

mcm kak alin ckp, bende ni normal..cz susu itu sendiri terdiri daripada minyak iaitu sumber nutrient yg penting bg pertumbuhan bayi dan menjadi sumber tenaga dan bukan hanya air semata-mata. Mungkin, tempoh penyimpanan itu menyebabkan air n minyak itu berpisah cz 2 material ni tak boleh bercampur..n kalau tak goncang betul2 semasa hendak digunakan..air n minyak itu still akan berpisah n menyebabkan minyak itu tertinggal di dalam botol susu..

Cara Sendiri Banyakkan Susu Badan

1. Berdoa dan zikir

Baca zikir ya Matin 70kali waktu mlm dan subuh dan tiup kt air, surah al Hujurat, Surah Al Kausar, Selawat dan baca Bismillah, Yasin ayat ke 72-73.

Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan. Ya Allah seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini , penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku...Amin

Sambil baca letakkan tangan pada b dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan hingga 2thn.

Amalkan doa ini setiap kali lepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. Insyallah semakin meriah rezeki susu ibu untuk anak tersayang....amin

 2. Urut semasa mandi, letak sabun and urut dari belakang ke depan dan sampai ke puting
3. Amik ESP and pil shaklee yang lain, tapi ESP sangat berguna compare with pil.
4. Power Pumping
   Untuk Single pump – pam kanan dulu 10 minit, kendian pam kiri plak 10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit berterusan selama sejam. Untuk Double Pump – Pam kedua2 belah serentak selama 10 minit, rehat/ stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan seterusnya selama 1 jam. Disarankan buat power pumping ni sekali sehari, seelok2 nya waktu mlm ke subuh, sebab hormon susu sangat tinggi waktu ni. Boleh juga minum segelas air sebelum dan selepas sesi power pumping. Boleh lakukan sebelum tidur juga dan pastikan waktu melakukan power pumping adalah tetap dan konsisten. Berapa lama masa diambil untuk dapat hasilnya? Ibu-ibu jangan ingat sekali buat terus susu jadi banyak yer. Power pumping perlukan masa sekurang2nya 1 minggu! Walaupun pada hari pertama hasil pam setitik dua atau ‘pam angin’ semata2, teruskan misi sehingga dapat hasil yg dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal, insyallah dipermudahkan olehNYA
5. Pemakanan
- Soya
- Carrot putih
- kurma
- 3 liter air masak
- horlick
- barli
- tuam air suam kat breast
- ESP Shaklee,air rendaman longan kering
- vico
- roti gandum
- Sayur hijau
- tauhu, tempe
- seefood
6. Selalu Pam every 3 jam and selalu suruh baby isap sebab isapan die lagi bagus dari pam
7. Baca kata-kata semangat dari blog mana-mana.
8. Supporting from husband.
 

Jangan cari Milk Booster

From web: http://zahirahzainal.blogspot.com/

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.
susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup."breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.
Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

 jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya

Tips susu banyak

1. Mengepam serta menyusu dengan konsisten. Iaitu, dengan selang masa menyusu sekurang2nya setiap 2 jam, atau paling lewat nak jarakkan pun, tidak melebihi 3 jam setiap hari.
2. Bila anak dah capai usia 6 bulan, biasanya, sudah diberi makan makanan separa pejal. Kebiasannya, selepas makan, bayi akan kurang menyusu pada waktu tertentu (ketika lepas makan tu). Sebabnya dia dah kenyang. WAJIB perah keluar susu yang ada, sehingga kosong kedua-dua breast.(boleh simpan susu ni, buat stok)
3. Kerapkan menyusu pada waktu malam (kalau ada ketikanya, baby kenyang dan tak mahu menyusu, WAJIB bangun sekejap dan perah susu keluar).
4. Jangan sesekali, biar breast bengkak! Bila breast bengkak, akan menyebabkan sejenis protein FIL (feedback inhibator of lactation) memenuhi ruang susu. Fungsi protein ni, akan merehatkan kilang susu dari proses susu lagi. Sebab tu, kalau kita biar breast bengkak, dia akan membengkak sehingga semaksimum yg boleh, kemudian breast kita akan mengeras macam batu. Tapi, tak meletup kan! Sebab, fungsi FIL ni, dah sekat kilang dari buat susu lagi. Kalau kita biasakan selalu, lama-kelamaan susu akan berkurang. Sebab, secara automatik kita akan hantar signal ke otak, bahawa susu tak diperlukan sebanyak itu lagi. So, susu akan semakin berkurang dan makin lama akan mengering.
From:breastfeedingzone

Tiada Istilah Susu Cair

susu ibu ada 2 peringkat, di mana, susu yang pertama (yg mula2 keluar masa kita perah) dinamakan "foremilk" kelihatan agak cair dan yang terakhir ialah "hindmilk", dimana susu tersebut lebih pekat dan kaya dengan lemak.

Sudah lumrah manusia, sebelum makan, minum dulu kan. Macam tu jugak baby. Susu yang cair tu sebagai penghilang dahaga, dan yang terakhir tulah sebagai makanan berat baby untuk kenyangkan dia

From: Breastfeedingzone

Sunday 6 January 2013

Cara Mengajar Bayi


KEMAHIRAN PERTAMA:

Ibubapa dan guru wajib memperkenalkan kepada anak bunyi-bunyi huruf dan juga simbolnya..dalam bacalah anakku ada 28 bunyi dan simbol, maka anak-anak mesti tahu bunyi berserta simbolnya serta mereka jua mesti boleh membunyikan semua 28bunyi dalam buku bacalah anakku. 28 bunyi ini tidak diajar serentak tetapi diajar secara berperingkat-peringkat...sebagai contoh, dalam bacalah anakku Buku 1 hanya 5 bunyi yang diperkenalkan, jadi, sepanjang belajar Buku 1 dalam set bacalah anakku, anak anda mesti menguasai 5 bunyi dan mengenal simbolnya iaitu bunyi
a, i, u, b, n...cara membunyikan huruf ni ada dalam VCD Panduan Mengajar..pastikan anda menonton VCD Panduan Mengajar dahulu untuk mengetahui cara membunyikan yang betul

Kanak-kanak seawal usia 3 tahun dapat mengecam dan membezakan bunyi-bunyi dan bentuk-bentuk pada usia ini. Oleh itu dengan teknik yang betul anak-anak dapat mengenal bunyi dan mengaitkan bunyi tersebut dengan bentuk huruf yang ditunjukkan dengan cepat. Anak-anak dapat menyebut bunyi ‘aa’ apabila melihat huruf ‘a’ (nama huruf ‘ei’) dan bunyi ‘ii’ apabila melihat huruf ‘e’. Sehubungan itu, apabila anak-anak melihat huruf ‘ani’, dia akan menyebut bunyi ‘aa’ ‘nn’ ‘ii’ (iaitu bunyi ani) bukannya ‘ei’ ‘en’ ‘ai’ (bunyi enai).

Ibubapa dan guru boleh mengajar menggunakan teknik assosiasi bagi memudahkan anak-anak mengingat bunyi bunyi yang diajarkan serta mengecam huruf yang berkaitan dnegan bunyi yang diajarkan.
Salah satu caranya dengan menggunakan VCD Abu Ada Ayam. Tontonkan VCD Abu Ada Ayam bersama-sama anak dan menyanyi lagu tersebut bersama mereka

KEMAHIRAN KEDUA

Ibubapa dan guru wajib mengajar anak menggabung bunyi yang telah dipelajari..Sebagai contoh, dalam Buku 1, ibubapa perlu mengajar anak menggabungkan bunyi a na, a ni, i na ..peringkat gabung bunyi ni memerlukan latihan sehingga anak anda mahir menggabung 5 bunyi-bunyi ini. Pastikan anak anda tidak menghafal suku kata ini tetapi pastikan mereka mendapat kemahiran menggabung bunyi-bunyi huruf dan konsonan yang telah mereka pelajari. Kemahiran ini juga diajar dalam VCD Panduan Mengajar...pastikan anda menonton VCD Panduan mengajar untuk mengetahuit teknik menggabungkan bunyi-bunyi ini

KEMAHIRAN KETIGA

Ibubapa dan guru wajib mengajar anak membaca suku kata yang telah dipelajari dan juga teks-teks yang telah dipelajari. Setelah mahir dengan teks yang ada dalam set bacalah anakku, anak-anak boleh DILATIH untuk membaca teks-teks dalam buku buku yang ada di pasaran. Mulakan dengan buku-buku yang mempunyai saiz tulisan yang besar dan mudah dibaca oleh anak-anak.Peringkat ini juga memerlukan latihan demi latihan sehinggalah anak anda betul betul lancar membaca

Berikut saya bawakan Langkah Asas Mengajar Bunyi Huruf




Latihan Asosiasi bersama-sama anak-anak.

Beberapa teknik mengajar bunyi boleh dilakukan oleh ibu bapa tetapi kaedah asosiasi adalah yang terbaik.
Melalui kaedah asosiasi, bunyi ‘aa’ tersebut boleh dikaitkan dengan aksi terkena api. Sakitkan? Jadi buat aksi orang terkena api sambil menjerit ‘aaaaaaa panasnya!’ Melalui asosiasi ini anak dapat mengingat dan menyebut bunyi dengan lebih berkesan, cepat dan berkekalan. Lihat VCD Panduan Mengajar atau rujuk buku panduan siri cepat membaca Bacalah Anakku untuk cara sebutan bunyi yang betul

Sebaik-baiknya ibu bapa tidak perlu memperkenalkan semua bunyi sekaligus. Memadai hanya beberapa bunyi asas terlebih dahulu. Buku-buku dalam Siri cepat membaca Bacalah Anakku telah disusun secara sistematik dalam pemilihan bunyi-bunyi huruf yang sesuai terlebih dahulu. Ibubapa dan guru hanya perlu mengajar anak-anak mengikut susunan buku iaitu bermula dari Buku 1 sehingga Buku 8..Dengan mengikut susunan siri ini, anak dapat menguasai bunyi dengan lebih teratur dan berkesan. Oleh sebab laras bahasa Melayu terbina daripada gabungan huruf konsonan dengan huruf vokal ‘a’ ‘i’ dan‘u’ lebih kerap, wajarlah bunyi-bunyi ‘a i u’diperkenalkan dahulu. Lebih-lebih lagi bunyi-bunyi ini lebih senang disebut oleh kanak-kanak. Seterusnya bunyi-bunyi konsonan lain diperkenalkan satu persatu , contohnya ‘b’ ‘n’‘m’ ‘s’ dan ‘k’.

Diperingkat ini, pastikan anak-anak mengenal bunyi bunyi huruf beserta mengecam huruf-hurufnya..

Ada 28 bunyi huruf dan simbol yang diajar dalam Set Buku Bacalah Anakku. Bunyi-bunyi ini diajar secara berperingkat dari Buku 1 sehingga buku 8. Ajar anak anda mengikut susunan buku

Lihat gambarajah dibawah




SELEPAS MAHIR MENGENAL BUNYI, ANAK ANDA MESTI MENGECAM BENTUK HURUF DAN MAHIR MENGGABUNG BUNYI



Setelah memperkenalkan bunyi-bunyi huruf, untuk memudahkan lagi anak-anak mengecam bunyi-bunyi huruf, anda boleh menggunkan kad imabasan yang dibekalkan dalam set bacalah anakku atau kad imbasan yang dibekalkan dalam VCD Abu Ada Ayam untuk memastikan anak-anak anda boleh mengaitkan bunyi dengan simbol-simbol huruf yang diajar...



Kad Imbasan yang dibekalkan dalam set bacalah anakku boleh digunakan untuk mengajar anak menggabung huruf konsonan dan vokal..Latih sehingga anak anda mahir menggabung huruf konsonan dan vokal

Seterusnya, dengan berpandukan siri cepat membaca Bacalah Anakku,
ajar anak-anak membaca gabungan huruf konsonan dan vokal yang diajarkan ,
contohnya ‘b’ dan ‘a’ ‘i’ dan‘u’ untuk membaca ‘ba’ ‘bi’ dan‘bu’.

Melalui kaedah fonetik, anak-anak tidak akan mengeja ‘ba’ menjadi “ba” ; tidak juga menghafal suku kata ‘ba’;
tetapi mereka membaca dengan menggabung-gabungkan bunyi ‘beh’ (bagi huruf ‘b’) dan ‘aa’(bagi huruf ‘a’).

SEBELUM tue, ini peringatan istimewa untuk ibubapa yang guna Set Buku Bacalah Anakku dan Set Buku ReadEasy

Ada beberapa perkara JANGAN yang perlu ibu bapa tahu supaya tidak menyusahkan anak-anak apabila mengajar membaca.

1. JANGAN ajar nama-nama huruf contohnya ‘ei’ untuk huruf ‘a’, ‘bi’ untuk huruf ‘b’ dan seterusnya kerana anak-anak yang tahu nama-nama huruf tidak semestinya dapat membaca.
Bahkan mengajar mengenal nama huruf a, b, c adalah halangan pertama membaca.
2.JANGAN ajar anak mengeja-eja huruf pada perkataan-perkataan yang dilihat kerana mengeja melibatkan dua proses iaitu menyebut nama huruf dan membatang pola-pola ejaan.
3.JANGAN ajar anak mengenal bunyi huruf sambil mengenalkan nama huruf sekaligus, contohnya seperti menyebut ‘ei’ (huruf ‘a’) bunyinya ‘a’ kerana anak tidak perlu tahu nama huruf untuk membaca.
4.JANGAN ajar anak menghafal mana-mana suku kata atau perkataan apabila mula mengenal perkataan kerana kanak-kanak akan terbeban dengan ratusan pola-pola ejaan yang menyukarkan.
5.JANGAN ajar huruf-huruf besar dahulu kepada kanak-kanak kerana huruf besar tidak penting kepada kanak-kanak pada peringkat awal.

Jadi apakah yang BOLEH dalam mengajar anak membaca mengikut kaedah fonetik?

Membaca mengikut kaedah fonetik melibatkan proses awal berikut;

Memperkenalkan bunyi secara sistematik

1.anak-anak perlu tahu bunyi huruf – iaitu dapat menyebut bunyi dan ingat bunyi huruf yang diajarkan
2.anak-anak perlu kenal huruf – iaitu bentuk, rupa dan cara tulis huruf tersebut
3.anak-anak dapat mengaitkan huruf yang dilihat dengan bunyi yang berkaitan.

Yang bagusnya apabila anda mengajar anak membaca menggunakan Bacalah Anakku, anda mudah nak ajar anak anda membaca menggunakan ReadEasy untuk mengajar anak membaca dalam Bahasa Inggeris kerana tekniknya adalah SAMA dan bunyi yang diperkenalkan dalam set buku ReadEasy ada 42 bunyi yang mana 21 bunyi adalah sama dalam bacalah anakku



Berikut saya ringkaskan sekali lagi Panduan Pelaksanan Set Bacalah Anakku..

MEMBINA ASAS MEMBACA (buku 1-5)
-Pada peringkat ini, pastikan anak anda boleh mengenalpasti bunyi dan huruf dalam buku 1-5,
dapat menggabung bunyi dan membaca gabungan suku kata

DAPAT MEMBACA BAHASA MALAYSIA
-Membaca buku 1-5, akhiran buku 6 dan 7, gabungan o, e, e

MEMBACA LANCAR DAN MENULIS
-Membaca buku 1-8, dapat mengeja dan menulis karangan awal



Sentiasa beri galakan, pujian untuk anak-anak anda untuk merangsang minat anak anda.



Bergembiralah mengajar membaca bersama anak anda. Tahniah kerana menjadi ibubapa yang gigih dalam mendidik anak-anak

Bagi sesiapa yang berminat untuk mendapatkan semua produk dalam set membaca, boleh dapatkan di laman web kami
http://iluvsuperstore.com/set-membaca-anak-bijak-c-50.html

Wednesday 2 January 2013

Nape Breastfeeding??


Surah Anak Bijak


Amalan Ketika Anak Tidur

♥ AMALAN KETIKA ANAK SEDANG TIDUR ♥
[Feel Free to Like & SHare]

Sebagai ibu bapa eloklah kita cuba lakukan kepada anak-anak....

♥►Setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke ubun-ubun kepalanya sebanyak yang mungk...in atau 100 kali. seterusnya,

♥►Membaca surah al fatihah 1 kali,alam nasyrah 1 kali.Berbisiklah ditelinga anak dengan lembut dan perlahan-lahan ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya.

♥►Bisikan tersebut hendaklah berupa nasihat, pujian dan perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yang sedang tidur itu sangatlah berkesan kepada jiwa dan rohnya.

♥►Ayah dan ibu juga hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan ubun-ubun anak.

♥ﻻ ﺇﻟﻪ ﺇﻻ ﺍﻟﻠﻪ♥ ..
See More

Bagi Bayi Berbicara

1. Ajak bayi berbicara sesering mungkin, sejak dini, meskipun dia belum waktunya berbicara.
2. Bicaralah dengan menggunakan suara yang lembut, karena mereka lebih suka mendengar suara yang lembut.
3. Selalu berbicara perlahan dan jelas padanya. Jangan lupa untuk melakukan kontak mata dengan si kecil.
4. Saat kita sedang bermain dengan di kecil, sebaiknya matikan radio atau televisi.Suara radio dan televidi bisa mengacaukan konsentrasinya.
5. Pilihlah kalimat sederhana.
6. Ajaklah si kecil bermain. Mengajarinya berbicara bisa melalui permainan, misalnya ciluk ba, bermain tebak -tebakan,atau juga melalui kegiatan sehari-harinya, dari mandi, makan, berjalan-jalan, dll.
7. Ulangi apa yang dia katakan, atau yang sedang di coba mengatakannya.Ini akan memperjelas maknanya.
8. Hindari bicara kasar dan buruk di depan mereka.Karena apa yang kita ucapkan akan tersimpan di memori otak anak, dan suatu saat kata-kata buruk dan kasar akan di tiru oleh mereka.
9. Beri dia perhatian pada bayi jika dia mulai mengoceh.Tatap matanya seolah kita tahu apa yang sedang di ucapkannya. Ini akan membuat mereka senang untuk berbicara.
10. Beri tanggapan untuk ocehannya, ingat ,selalu gunakan bahasa yang benar,dan tidak di cadel-cadelkan.
11. Kenalkan bayi pada dirinya sendiri, misalnya menunjukan mana mata, hidung, telinga,dll.
12. Bacakan buku cerita. Pilih buku cerita dengan gambar yang menarik. Gambar yang berwarna-warni akan membuat si kecil semakin tertarik.
13. Lihat respon si kecil saat di ajak bicara,jika mereka masih memperhatikan kita, dapat terus di ajak bicara.Tetapi jika tidak dan mulai memperhatikan ke hal lain,kita basa memperhatikan waktu berbicara untuk sementara,dan di ulang lagi di lain waktu. Mungkin saja si kecil mulai bosan dan jangan di paksa.

Carta Pemakanan Bayi

From web: http://wholesomebabyfood.momtastic.com/
(Dlm web ni ade menu untuk baby)

Cara Merangsang Kebijaksanaan Bayi


Umur 3 – 6 bulan ditambah dengan bermain ‘cilukba’, melihat wajah bayi dan pengasuh di cermin, dirangsang untuk tengkurap, telentang bolak-balik, duduk.

Umur 6 – 9 bulan ditambah dengan memanggil namanya, mengajak bersalaman, tepuk tangan, membacakan dongeng, merangsang duduk, dilatih berdiri berpegangan.

Umur 9 – 12 bulan ditambah dengan mengulang-ulang menyebutkan mama-papa, kakak, memasukkan mainan ke dalam wadah, minum dari gelas, menggelindingkan bola, dilatih berdiri, berjalan dengan berpegangan.

Umur 12 – 18 bulan ditambah dengan latihan mencoret-coret menggunakan pensil warna, menyusun kubus, balok-balok, potongan gambar sederhana (puzzle) memasukkan dan mengeluarkan benda-benda kecil dari wadahnya, bermain dengan boneka, sendok, piring, gelas, teko, sapu, lap. Latihlah berjalan tanpa berpegangan, berjalan mundur, memanjat tangga, menendang bola, melepas celana, mengerti dan melakukan perintah-perintah sederhana (mana bola, pegang ini, masukan itu, ambil itu), menyebutkan nama atau menunjukkan benda-benda.

Umur 18 – 24 bulan ditambah dengan menanyakan, menyebutkan dan menunjukkan bagian-bagian tubuh (mana mata ? hidung?, telinga?, mulut ? dll), menanyakan gambar atau menyebutkan nama binatang & benda-benda di sekitar rumah, mengajak bicara tentang kegiatan sehari-hari (makan, minum mandi, main, minta dll), latihan menggambar garis-garis, mencuci tangan, memakai celana - baju, bermain melempar bola, melompat.

Umur 2 – 3 tahun ditambah dengan mengenal dan menyebutkan warna, menggunakan kata sifat (besar-kecil, panas-dingin, tinggi-rendah, banyak-sedikit dll), menyebutkan nama-nama teman, menghitung benda-benda, memakai baju, menyikat gigi, bermain kartu, boneka, masak-masakan, menggambar garis, lingkaran, manusia, latihan berdiri di satu kaki, buang air kecil / besar di toilet.

Setelah umur 3 tahun selain mengembangkan kemampuan-kemampuan umur sebelumnya, stimulasi juga di arahkan untuk kesiapan bersekolah antara lain : memegang pensil dengan baik, menulis, mengenal huruf dan angka, berhitung sederhana, mengerti perintah sederhana (buang air kecil / besar di toilet), dan kemandirian (ditinggalkan di sekolah), berbagi dengan teman dll. Perangsangan dapat dilakukan di rumah (oleh pengasuh dan keluarga) namun dapat pula di Kelompok Bermain, Taman Kanak-Kanak atau sejenisnya.