Wednesday 15 January 2014

Makanan Sihat Ketika Hamil - 2


Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:


* Buah-buahan dan sayur-sayuran
-> Buah : Betik, Tembikai, Labu
-> Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang

* Makanan berkanji
-> roti, nasi, pasta, ubi kentang.

* Makanan berprotein tinggi
-> Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
-> Susu, yoghurt, cheese.

* Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
-> Bijirin : Oat
-> Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato

* Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua pil yang doktor bagi. :)
-> Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
-> Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
-> Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi

 

 


Makanan Sihat Ketik Hamil


1. Buah Tomato kecil (Kulit Licin)

       2. Buah Kiwi (Elak kecacatan)

       3. Buah Delima (Bibir Bayi Merah)

       4. Air Soya (Anak kulit putih)

       5. Herbalife (Memang bagus, Hb terus jadi ok and tak sembelit)

       6. Susu (Otak baby)

       7. Roti Gandum (Naikkan Hb)

       8. Kekacang (Naikkan Hb)

       9. Biskut Oat

       10. Kurma (Senang Bersalin)

       11. Kismis (Otak Bayi) 

       12. Salmon + Sushi (Omega 3)

       13. Buah Anggur

       14. Buah Epal

       15. Ulam Pegaga (Naikkan HB)

       16. Jus buah (Epal)

       17. Keju (Kalsium)

       18. Roti Gandum Mashimo (Naikkan HB)

       19. Madu + Air Kelapa + Air Tebu (7 Bulan ke atas)

 

Surah & Petua untuk hamil


Antara surah-surah yang saya amalkan ialah :-

 

1. Surah As-syura ayat 50.

2. Surah Al-imran ayat 38.

3. Surah Anbiya ayat 89.

4. Baca Ya mushowwir 100x.

5. Surah Maryam ayat 1 hingga 6.

6. Al-fatihah kepada Rasul, sahabat, ibu & bapa.

7. Semasa bersama dari awal hingga akhir baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya  

     Musowwir.

8. Makan makanan yang menambahkan kesuburan – susu, kacang, madu, udang,

    kambing, pisang, petai, asparagus.
9. Saya minum anmum ibu hamil

 

Alhamdulillah berkat dari doa yang saya amalkan ini, syukur kepada Allah s.w.t yang saya telahpun mengandung sebulan selepas berkahwin dan langsung tidak dijangka. Syukur, Alhamdulillah……………………..:-)

Makanan Ketika Alahan


Antara makanan rutin saya semasa di awal kehamilan (xleh makan nasi) ialah :-

 

1. Pagi – Susu 1 gelas + kacang RM 1 + Roti skeping @ Biskut

2. T/hari – Buah + Air Kotak Milo + Nestum

3. Petang – Kacang RM 1.

4. Malam – Buah @ Roti + Air Milo Cecah Roti

 

Masa ni rase terseksa, sepanjang kehamilan tekak rasa xsedap, saya jarang makan asam sebab xbaik untuk baby, so hari2 saya makan buah sebagai pengganti sayur-sayuran.

Alahan Anak 1st


Secara kesimpulannya dari bulan pertama hinggalah nak masuk bulan keempat (16 minggu) ada juga lah alahan yang saya alami, antaranya ialah :-

 

1. Tak boleh makan nasi+mee.

2. Tak suka suami kiss.

3. Xsuke bau masak lagi2 kedai yang berbau masakannya. Xtahan bau sampai tutup hidung dan xleh lalu kedai makan yang depan merging rase nak muntah, padahal tingkap kereta tutup.

4. Xsuke bau dalam kereta abang, memang nak termuntah.

5. Xsuke bau shower gel.

6. Xsuka bau KFC.

7. Xboleh makan salindah pening dan muntah-muntah.

 

Syukur Alhamdulillah, saya xslalu muntah boleh dikira xsampai 5 kali muntah kecuali muntah time makan salindah sahaja, stop salindah baru xmuntah sebabnya salindah homoepati mmg xsesuia untuk tekanan darah rendah macam say, akan pening, masa tu saya baru beli 1 botol sahaj (RM45). Kesimpulannya morning sickness saya xteruk dan saya jarang pening.

 

Masa bulan pertama yang xboleh makan nasi tu amatlah terseksa, sampai nak nangis xtau nak makan ape, saya makan ckt jek Alhamdulillah xgastrik sebabnye sebelum kawen saya ni ade gastric. Pergi rumah org kwen pun xmakan tgk dan minum air jek, org blanje makan besar-besar pun saya tengok jek.

 

Tanda-Tanda Hamil Anak 1st


Syukur Alhamdulillah, saya telah pun disah mengandung. Sangat tak percaya sebabnye sebelum berkahwin lagi saya sangat risau tentang period saya adakah saya senang untuk mengandung jika berkahwin nanti atau tidak. Ini kerana period saya datang tak tentu waktu, paling menyedihkan setahun 2 kali jek, memang jimatlah pad. Masalah period ni wujud sejak awal period lg, umur 13 tahun dah period. Sejak umur 24 tahun ke atas, baru lah period saya ok sikit 2 bln sekali itupun xtentu. Banyak kali dah jumpe doc sampai kan doc macam syak saya mengandung sebelum kahwin padahal tidak sebab masa tu 5 bulan tak datang haid lg.

 

28hb Januari 2012, Jumaat, saya dan my hubby off day. Waktu asar, tiba-tiba perut saya sakit yang teramat terutamanya bahagian bawah perut (rahim). Sakit mengalahkan senggugut, seumur hidup xpernah rasa sakit macam tu. Saya berpeluh-peluh menahan kesakitan, my Hubby sangat panic, saya xleh nak kata apa-apa dan badan saya tak boleh tegak, klu tegak lagi sakit. Saya cube menahan tapi xboleh, saya pitam sekejap, peluh menimpah2.

 

My Hubby pun terpakse menghantar saya ke klinik. Kebanyakan, pada hari jumaat klinik di Alor Setar akan tutup kerana jumaat adalah off day bagi kerajaan. Puas saya dan suami pusing keliling Alor Setar, akhirnya ada satu klinik di Jalan Putra yang beroperasi. Nasib tak ramai orang di klinik tu, saya terpaksa tunggu sambil menahan kesakitan yang teramat sangat. Tiba-tiba giliran saya pun tiba, doctor suruh saya kencing untuk check air kencing. Beberapa minit kemudian, doctor memanggil saya semula dan berkata, “Haa…betul la tuh”. Saya pun tercengang dan bertanya, “Ape yang betul

doctor??”. Saya kehairanan sebabnye beberapa hari sebelum kejadian, saya dah pun wat pregnant test yang beli kat Watson tu tapi xberjaya, so bile doctor kate yang saya pregnant saya terkejut dan syukur Alhamdulillah.

 

Keluar jek bilik doctor tersebut saya rase shahdu pun ade, tak percaya pun ada kerana xsangke saye pregnant. My hubby terus tanye doctor kate ape, keluar dari klinik baru saya bagitaw yang saya pregnant. My hubby pun sangat la suke dan xpercaya. Masa tu saya tak tahu tempoh kandungan so excited terus usha klinik yang ade scan. So, esoknye saya seorang diri ke Klinik Noriah untuk check. Masa tu doctor kate saya baru 3@4 minggu. Setiap pasangan yang berkahwin mesti inginkan zuriat. SYUKUR ALHAMDULILLAH…………………….

 

Tanda-tanda saya mengandung adalah :-

 

1. Perut Sakit yang teramat. Hampir 3 hari baru sembuh.

2. Rasa nak pitam.

3. Perut sakit dan tegang.

4. Seminggu sebelum tu ade pening dan muntah sekali waktu pagi, muntah air.

5. Mengidam nak makan breakfast MCD tp xdpt.

6. Emosi xtentu, asyik bergaduh jek.

 

Disebabkan pertama kali mengandung, so saya pun tak tahu macam mana nak check kt klinik kerajaan dan biasenye kena buka buku merah. Saya pun tanyalah kakak saya dan kakak saya kata kena buka buku kat klinik. So, saya pun pergilah ke klinik Noriah, lg pun masa tu saya nak scan untuk confirmkan betul ke saya mengandung, banyak hari juga la saya tak percaya siap check pregnancy test lg (beli kat Watson). So, masa saya gi klinik tu, dengan yakinnye saya pun kata saya nak bukak buku merah. Rupenya, buku tu kena wat kat Kilinik Kerajaan bukan Klinik Swasta. Saya pun xtanya lebih mendalam kat kakak saya.

 

So, masa saya off day saya pun pergi klinik kerajaan sesorang, my hubby kije kesian plak klu nak amik cuti lagipun jenuh nak tunggu klu ramai orang. Masa tu pun kena amik air kencing, Alhamdulillah, saya memang mengandung, so lepas dari tu barulah saya boleh heboh-hebohkan kat org ramai yang saya mengandung, klu xconfirm wat malu jek. So anak pertama ni made in AS, Alor Setar bukan Amerika Syarikat k,hehe. Doktor pun payah nak tentukan due bersalin disebabkan period saya xtentu dan doctor pun xleh nak ikut tarikh akhir period, so doctor scan, doctor kate due bersalin saya 4 october 2012, InsyaAllah…mudah-mudahan selamat, Amin..Makanya, saya ni bunting pelamin lewat ckt jek hanya rehat sebulan sahaja, hehe..Syukur Alhamdulillah…………….

Friday 10 January 2014

Homemade Cooking For Baby

 Bayam Goreng Tepung
(Bayam basuh dan tos, Tepung gandum+Tepung jagung+Ikan Bilis tumbuk+Telur+Air)
 

Pasta Salmon
(Rebus Pasta, tumis bawang, letak isi ikan+ikan bilis+Carrot+Sawi+Pasta)
 

(Banana Cheese Bread)
(Potong Pisang+Letakkan Cheese+Bakar Sekejap)
Shaperd Pie
(Rebus Kentang+Leyek time panas2 (Fresh milk+Lada Putih+Butter)
Tumis bawang besar+Bawang putih+Prego(Cendawan)+Daging+Oregano

Apam Pisang

Jalan-Jalan Sabah





Date : 13th December 2013 - 16th December 2013

Tempat yang dituju :-

1. Promenade Apartment - 5 bintang selesa dan murah
2. Pasar Ikan Masin & Kerepek
3. Plaza KK - mutiara murah
4. Pasar Malam Filipphine - Macam-macam barang harga boleh runding
5. Taman Gunung Kinabalu - Sejuk tengok orang bagi makan tupai
6. Plaza Centre Point

Jalan-Jalan Di Penang









Date : 24th December 2013 (2 Days 1 Nite)

Tempat yang dituju :-

1. Roti Bakar + Roti Canai Daging @ Transfer Road - Sedap juga lah sebab ada daging besar
2. War Museum - Suami kata best, saya tak minat
3. Padang Kota Lama - Sangat Kotor ada anjing
4. Nasi Beratur - Sedap juga tapi orang kata lagi happening pergi malam pukul 10 ke atas
5. Bukit Bendera - Seronok untuk beriadah
6. Hotel Regal - Murah tapi boleh la 4 bintang
7. Rumah P. Ramlee - kecil jek tempatnya
8. Nite Market Feringghi - Seronok untuk membeli survenir

Holiday LAngkawi

Untuk Sewa Homestay :

1. Tok Man Homestay
  - Rm 200 (2 Days & 1 Nite)
 - 3 Bilik 2 Bilik Air
  - Kuah
  - Yati : 013-5242 157

2. Tok Jah Homestay
  - Depan Water World
  - RM 250 (2 Days 1 Nite)
  - 3 Bilik
  - Aishah : 017-5422 470


Sewa Kereta Murah :-

1. Kak Basmira
  - 2014 (Peak Season) - Wira RM 100/day, Avanza RM 150/day
  - Basmira 017-569 6017


2. Kak Aini - 017-680 1432

3. En Zaidi - 012-5927105

Monday 6 January 2014

AKTIVITI KANAK-KANAK YANG MURAH DAN BAGUS


AKTIVITI KANAK-KANAK YANG MURAH DAN BAGUS

BLOG: saatakukaupilih.blogspot.com

1.       Ring Tower

-          Mainan ring atau gelung yang besar kat bawah yang kecil kt atas mcm pyramid.

-          Boleh juga guna mangkuk dadih yang kecik atau cawan yang berwarna

2.       Colour Soring

-          Guna apa sahaja yang berwarna dan sediakan 4 @ 5 pinggan dan kemudian asingkan mengikut warna

-          Cth: fruit fork @ sudu warna-warni, fur balls (bola kapas yang berwarna) atau batang ais krim

3.       Sorting Beads

-          Merbahaya so kena monitor

-          Beli manik yang besar atau butang yang berwarna-warni

-          Longgokkan dan suruh anak asingkan mengikut jenis dan warna, masukkan di dalam pinggan kertas

-          So penglihatan tajam dan pergerakan tangan lancer, nanti pandai melukis dan tulisan cantik

4.       Shape sorting

-          Masukkan shape bulat ke lubang mengikut shape tertentu

5.       Penyepit baju

-          Belilah penyepit baju yang comel2 dan berwarna, kemudian ajar anak sepit

-          Sepit di tepi-tepi bekas

6.       Fur Sticks & Penapis Sayur

-          Terbalikkan tapis sayur, kemudian cucukkan fur stick ataupun dawai halus yang bersalut kertas atau bulu2 yang berwarna dan cacakkan di lubang bekas itu

-          Fir stick atau dawai itu perlu di potong pendek-pendek

7.       Getah rambut Berwarna yang kecil dan Penapis Sayur

-          Terbalikkan tapis dan Cucukkan lidi sate , kemudian ambil getah rambut yang kecil sekali (ala2 cotton) then masukkan di dalam lidi, asing mengikut warna

8.       Count the sea shell

-          Ambil la sea shell kt tepi pantai or basuh kulit kerang bersih-bersih dan ajarlah anak mengira

9.       Bolt and Nut

-          Mainan bolt and nut ni jenis plastic bukan yang besi tu, memang untuk anak-anak.

10.   Melukis

-          Mengajar anak melukis

11.   ABC 123 Block

-          Mengajar anak ABC atau 123 menggunakan ABC/123 block

12.   Car Track

-          Gunakan tape berwarna dan tampal kat lantai, dan amik cars mainan yang ada dan gerakkan mengkut line itu

13.   Shoot the ball

-          Beli jarring atau mainan bola jarring tu