Thursday 3 December 2020

Cara Menaikkan HB untuk Ibu Hamil

 Hari ni 1st time jumpa pakar pemakanan klinik kesihatan, anak dah masuk no.4 baru taw info2 ni memang sangat2 berguna.

Bahaya kalau HB low :-

- Menyebabkan keguguran, bersalin awal

- Kematian janin dalam perut dan tumpah darah

- Kurang berat bayi semasa lahir

- Lahir tak cukup bulan

- Anak lemas semasa bersalin

- Pertumbuhan bayi terbantut


Antara info yang aku dapat dari pakar tersebut adalah :-

1. Sehari wajib makan 3 kali yang berat dan wajib cukup karbo, protein, sayur dan buah Contoh kalau sarapan tu kena ada roti+sayur+telor/ayam+buah, kalau lunch and dinner tu kena ada nasi+sayur+protein+buah (suku, suku, separuh-nasi sebesar penumbuk)

2. Wajib selang2 hari dengan makan seafood

3. Untuk sayur pula better sayur hijau kiraan 1 cawan sayur untuk seminggu, kadang ganti ngan salad tapi makan ngan sos kewpie tu sedap

4. Kalau tak makan buah gantikan dengan air buah tanpa gula atau air limau nipis tanpa gula (air limau bagus untuk vit c) so far saye ambil peel fresh

5. Untuk trimester ke 2 dan ke 3 dah kena ambil snek berkhasiat waktu dalam pkol 11 atau ptg contoh tauhu bergedil, kuih keria xmanis, sandwich, bubur kacang, ubi, jagung, pau

6. Total makan utk trimester ke 3 adalah 3 kali makan berat dan 2 kali snek

7. Wajib makan ubat 2 jam sebelum atau selepas makan, makan pagi atau sebelum tidur

8. Minum susu putih 2 gelas sehari ye bukan 1 jek jek, 1gelas xcukup contoh susu yang bagus macam susu farmfresh plain bukan yang kurma ke atau coklat tak yah minum susu ibu hamil coklat2 tu, putih plain sahaja bukan brand susu hamil pun takpa doktor siap kata xminum susu ibu hamil pun tak apa dulu2 mak2 mane ada minum susu hamil (yang ni memang dah pernah jumpe doktor lain dan kata benda sama, susu ibu hanya trending sahaja), susu ibu pun tak perlu dah nak tambah2 formula ke apa sebab zink tu suma kita dah makan ubat kan so just minum susu putih biasa2 tu doktor suggest farm fresh.

9. Harammn atau jangan minum milo, yang coklat2, kopi, teh, nescafe hanya minum putih plain biasa jek macam farm fresh

10. Kurangkan makan bergoreng jika nak juge goreng dengan minyak sekali jek, minyak yang digunakan 2 kali atau lebih bahaye kat baby dalam kandungan sebab tu doktor kata budak boleh autisme atau sakit sebab ambil minyak yang xok. Kalau nak makan better macam yang berkuah doktor suggest grill/stim/kukus/bakar


Contoh makanan protein :-

- Daging/ayam/hati/ikan/ikan bilis/kerang


Contoh makanan karbohidrat :-

- Bayam/brokoli/peria/kangkung/taugeh/kekacang/sayur hijau


Contoh buah :-

- Jambu batu/kiwi/limau nipis/betik/limau