Monday 25 March 2013

Tips mengurangkan demam bayi

1. Jangan selimut bayi.
2. Pakaikan baby pakaian yang pendek2 atau seksi2 biar wap keluar.
3. Letak air asam jawa di kepala.
4. Lap-lapkan baby dengan kain basah.
5. Basahkan lampin dan balut badan bayi, masukkan dalam baju, memang baju basah la.
6. Letakkan cool fever di dahi.
7. Jangan duduk di dala, bilik sahaj. Ambil udara di luar.
8. Kerapkan nyusu badan.
9. Aktifkan baby.
10. Pasang aircond atau kipas untuk elakkan pengudaaraan yang panas.
11. Lemon Sock - Perah lemon dan campurkan dengan air suam, rendam stoking, rendam semula jika kering.
12. Apple Sock
Ambil ACV 2 or 3 sudu, campur dengan air suam. rendam stoking dan jika kering rendam lagi

Resepi Bubur Nasi Paling Cepat

1. Rendam beras semalaman
2. Toskan sehingga betul-betul kering, jika tidak kering akan menyebabkan kulat.
3. Sangai tanpa minyak jangan hangit.
4. Blander Halus
5. Tapis semula
6. Jika masak sentiasa kacau elak berketul-ketul.

Saturday 23 March 2013

Tips menjadikan bayi tidur lebih lama

1. Semasa bayi lahir lagi perlulah dibedungkan bayi, ia juga akan mengurangkan bayi terkejut kerana mak aku kata jika dari kecil ia terkejut ianya boleh menyebabkan bayi akan jadi seorang yang penakut.

2. Tidurkan bayi dengan keadaan meniarap, orang kata juga ianya akan menjadikan bayi akan menjadi bijak.

3. Urut badan bayi dan letakkan minyak yuyi.

4. Jangan pasang lampu yang terlalu terang, ada fakta yang menyatakan bayi tidak boleh terdedah dengan lampu yang terang ada kesan sampingan pada otak bayi.

Cara Mengubati Selesema Anak

1. Tidur malam jangan guna aircond, jika baby baru baik dari selesema saya tidur guna aircond tetapi saya pakaikan baby baju lengan panjang.

2. Jangan basahkan kepala dan jangan letak air pun di kepala baby semasa baby mandi.

3. Mandikan baby dengan air suam.

4. Sentiasa letakkan vicks baby di hidung, umbun2, dada, betis, tapak kaki dan belakang baby setiap jam saya sapukan.

5. Jemur tilam atau toto baby.

6. Tidak menggalakkan baby memegang mainan yang jenis berbulu atau kain.

7. Sentiasa basuh tangan baby jika baby jenis isap jari haruslah membasuh tangan dan mulut dengan kerap.

8. Ni petua orang kedah, taburkan bedak johnson di atas tapak tangan, geselkan bedak itu dengan kedua-dua belah tapak tangan kemudian letakkan di ubun baby.

9. Pastiikan kipas tidak menghala ke ubun baby.

10. Kerapkan menyusu baby jika baby menyusu badan lagi bagus.

11. Setiap hari membasuh tuala ataupun selimut baby.

12. Jika brestfeeding maka ibu perlu menjaga pemakanan iaitu amalkan la pemakanan yang seimbang, jika tidak makan sayur makanlah buah, lebihkan makanan yang bervitamin c.

13. Jangan letakkan bayi di dalam bilik sahaja, bawa baby ke luar rumah untuk mendapat udara yang baru.

14. Kesimpulannya baby tidak boleh berada dalam keadaan sejuk kerana ia akan menyebabkan selesema tidak akan berkurang.


Rawatan Lain :-

15. Tutup kepala bayi dengan kain kemudia ambil wap dari periuk nasi.

16. Wap kan bilik air dengan wap panas


CARA MENGENAL HINGUS :

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

Friday 22 March 2013

Kek Kukus Asam Manis

Kek kukus asam manis
 From: www.facebook.com/bukuresepi
 


5 biji telur( dari peti sejuk)
... 1 1/2 cwn gula halus
1 sudu besar ovalet
2 cwn tpg gandum
1 sk baking powder
150ml susu cair
100ml minyak masak
1sk esen vanila
pewarna(ikut suke nk warna ape)
asam manis secukup

pukul telur, gula hingga kembang masukkan ovalet pukul lagi hingga betul2 kembang & gebu. masukkan minyak & esen vanila gaul sebati masukkan tpg berselang -seli dengan susu kacau sebati.bahagi kepada beberapa bhgian & wrnakan. tuang adunan & atur asam manis kukus setiap lapis 5-7 minit,ulangi langkah sehingga adunan habis...adunan yg last sekali kukus selame 20 minit..

Resepi Puding Karamel Coklat

Puding roti karemel coklat
www.facebook.com/bukuresepi
 
 
 


bahan2;
-3 sudu gule(d bt karemel)
... -6 keping roti(d koyak2)
-3 biji telur(pukul n d tapis)
-1 tin susu cair
-1/2 cawan susu pekat
-1 sudu serbuk koko
-1 sudu tepung jagung
-essen vanila

cara2;
-pnas kn pengukus
-hangus kn gula dlm loyang(dh hngus ketepi kn)
-blender susu cair,susu pekat & roti
-msuk kn essen vanila & telur n terus kn blender
-ambil 1 1/2 cawan dri adunan tadi & kukus dgn gule hangus n kukus 15minit....
-setelah 15minit cakar permukaan puding yg d kukus tadi n msuk kn adunan coklat & kukus selame 30minit
-tngu sejuk bru d terbalik kn.

Resepi Puding Roti 2 Warna

Puding roti dua rasa
 From: Facebook Buku Resepi
 
 
 


4 keping roti putih
... 2 biji telur
1/2 cwn susu pekat manis
1 cwn gula pasir
170ml susu cair/segar
1 paket serbuk agar2@agar2 tali
2 sudu besar butter
3 cwn air(untuk d didih kn)
1 1/2 cwn air (tuk d campur pn roti)
*any colour n flavour what u want*
(sy letak flavour green apple n laici)


*panas kn pengukus*
1>didihkan 3cwn air dn masak agar2+gula
2>sementara itu blander halus roti putih,telur,susu pekat dn susu cair dan tambah dgn 1 1/2 air then masukan ke dlm cara no 1 dn kacau selalu takut adunan akn hangus nanti)
3>last sekali masukan butter dn kacau sebati
4>bagi aduna kpd 2 bhgian warna dn perasa
5>basah kn loyang dgn air..kukus lapisan pertama selame 8minit d ikuti lapisan ke-2
6>kukus lapisan terakhir selame 30min...
*tunggu sehingga suam sebelum di simpan dlm peti sejuk*

Monday 18 March 2013

Produk Unsur Babi

From facebook: Persatuan Ibu-Ibu Comel Mengandung

Berikut antara istilah sains yang digunakan dalam produk yang mengandungi unsur babi:

1. Pork:Istilah yang digunakan untuk daging babi di dalam masakan.

2. Swine:Istilah yang digunakan untuk keseluruhan kumpulan spesis babi.

3. Hog:Istilah untuk babi dewasa, berat melebihi 50 kg.

4. Boar:Babi liar.

5. Lard:Lemak babi yang digunakan bagi membuat minyak masak dan sabun.

6. Bacon:Daging haiwan yang disalai, termasuk babi.

7. Ham:Daging pada bahagian paha babi.

8. Sow:Istilah untuk babi betina dewasa (jarang digunakan).

9. Sow Milk:Susu babi.

10.Pig:Istilah umum untuk seekor babi atau sebenarnya bermaksud babi muda, berat kurang daripada 50 kg.

11.Porcine:Istilah yang digunakan untuk sesuatu yang berkaitan atau berasal daripada babi. Porcine sering digunakan di dalam bidang perubatan untuk menyatakan sumber yang berasal daripada babi.

Thursday 14 March 2013

Cheese cake ala secret resepi

CHILLED OREO CHEESECAKE (ALA-ALA SECRET RECIPE)
Oleh:Elni Nadra Ibrahim
cc : www.facebook.com/bukuresepi

200 gm Oreo (buangkan krimnya)-hancurkan
... 60 gm mentega (dicairkan)
1 biji lemon (diambil jusnya)
500 gm krim keju (creamcheese)
65 gm mentega (pada suhu bilik)
100 gm gula halus
2 sudu besar gelatine
300 ml whipping cream
100 gm biskut Oreo - dipotong 4

CARA
1. Gaulkan 60gm butter bersama 200gm biskut Oreo tadi dan bubuh ke dalam loyang kek keju (bulat) lalu tekan hingga mampat. Masukkan ke dalam peti sejuk.
2. Pukul whip cream sehingga pekat dan ketepikan.
3. Pukul krim keju bersama 65gm butter dan gula sehingga kembang dan putih.
4. Campurkan jus lemon dgn gelatine dan panaskan dlm microwave oven lalu kacau hingga gelatine larut.
5. Masukkan whip cream ke dalam mixture krim keju tadi (3) dan bubuh gelatine dan biskut Oreo. Gaul sehingga rata.
6. Sejukkan dalam peti sejuk selama 4-5 jam.

Tips Ajar Anak Bijak 6 Bulan - 12 Bulan

From web - http://cepatmembaca.blogspot.com

1. Mempelbagai Bacaan Buku CeritaSebagai tambahan kepada amalan-amalan sebelum ini, saya akan mempelbagaikan bacaan buku cerita kepada bayi saya. Saya akan memperkenalkan buku cerita kanak-kanak yang bergambar menarik dengan teks bacaan yang pendek pada setiap muka surat. Buku bermaklumat seperti My First Dictionary dengan ilustrasi yang menarik amat diminati oleh bayi saya.

Saya suka bacakan buku cerita sambil memeluk bayi saya supaya dia merasa tenang dan selamat. Saya jadikan sesi bacaan(aktiviti otak kiri) lebih menyeronok dengan membuat pelbagai bunyi dan mimik muka untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi(aktiviti otak kanan) & berimaginasi (aktiviti otak kanan) walau pun masih kecil.

2. Mengimbas kad Bunyi Huruf B.Melayu, B.Inggeris & Quran

Untuk mendapat bayi yang pintar, Dr Susan Ludington menyarankan ibu bapa mengimbas kad huruf bermula bayi berumur 6 bulan. Imbas dan sebutkan bunyi 5 huruf BM/BI/Quran pada setiap sesi(rangsangan penglihatan & pendengaran).

Saya lakukan aktiviti ini dengan meriba bayi. Saya tunjukkan kad pertama 25cm daripada mata bayi dan menyebut bunyi huruf dua kali dengan jelas. Sebagai contoh /a/, /a/. Jangan sebut nama huruf seperti 'ei, bi si..(a, b, c..). Seterusnya saya akan mengimbas kad-kad lain dengan cepat bukan kerana bayi cepat jemu tetapi kerana mengimbas dengan cepat merupakan aktiviti otak kanan.

Tips Ajar Anak Bijak 3-6 Bulan

From web: http://cepatmembaca.blogspot.com

1. Menamakan Objek Dalam Buku Bergambar
Saya mulakan membaca buku bergambar tanpa teks(picture books) apabila bayi saya berumur 3 bulan untuk 2, 3 minit sahaja. Saya akan pangku bayi di riba sambil membacakan kepadanya. Saya suka buku bergambar binatang kerana saya dapat mengajuk bunyi-bunyi binatang dan ini menggembirakan bayi saya.
Pastikan ada satu gambar sahaja pada setiap muka surat. Tunjukkan gambar dengan jari dan gunakan pelbagai intonasi dan nada suara apabila membaca.

"Ini burung. Twit twit twit.""Ini kereta. Brum brum brum."

Anda juga boleh menggunakan Bahasa Inggeris untuk menamakan objek dalam buku bergambar dengan cara dan gaya yang sama.

"This is a bird. A bird goes tweet, tweet, tweet."
"This is a car. A car goes broom, broom, broom."

Buku bergambar kulit keras(hardcover) dengan gambar yang jelas(real pictures) dan berwarna-warni sangat digemari bayi saya. Bayi saya juga gemar membaca buku 'touch & feel' (texture books) kerana terdapat pelbagai tekstur untuk disentuh sambil buku itu dibaca.

2. Membaca Buku Cerita
Saya juga akan membaca kepadanya buku cerita yang saya bacakan semasa bayi dalam kandungan seperti Siri Buku 'Allah Makes..'. Saya rasa bayi lebih tenang dan tekun mendengar bacaan saya.

Membaca buku seawal bayi berumur 3 bulan akan menanam rasa cinta kepada buku dan mengeratkan hubungan saya dan bayi. Aktiviti ini juga merangsang perkembangan bahasa(linguistic intelligence) bayi saya. Lagi pun, pakar-pakar pendidikan awal kanak-kanak, mengaitkan aktiviti ini sebagai aktiviti awal literasi.

Tapi jangan lupa, sesi bacaan mestilah pendek dan pastikan bayi selesa dan tidak mengantuk!

Tips anak bijak 0-3 bulan

From web: http://iluvsuperstore.com

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 0 hingga 3 Bulan

1.Usap, Peluk & C
ium Bayi

Saya banyak mencurahkan kasih sayang saya melalui pelukan, ciuman dan usapan. Menurut neurosaintis, sentuhan, usapan dan ciuman ibu bapa akan merangsang otak bayi untuk mengeluarkan horman yang membantu perkembangan & pertumbuhan bayi . Kasih sayang yang anda curahkan juga akan membantu pertumbuhan dendrait bayi anda.


Usaplah badan bayi anda menggunakan paf bedak atau kapas dan pelbagai fabrik (satin, sifon, baldu, dll) daripada kepala ke kaki. Usapan daripada kepala ke kaki membantu pembentukan myelin pada neuron dan dendrait. Pembentukan myelin membolehkan rangsangan yang diterima dendrait dihantar ke otak dengan lebih cepat. Menurut Dr Susan Ludington-Hoe, ia juga membantu pengawalan koordinasi anggota badan dan perkembangan otot.Menurut Tony Buzan, enulis buku 'Brain Child' , kasih sayang adalah 'makanan otak'(brain food) anak anda. Hal ini bermakna bayi anda amat memerlukan kasih sayang untuk menjadi anak yang pintar. Jangan sesekali risau anda terlalu manjakan(spoil) bayi anda pada tahap ini.
2. Menyusu
Susu ibu adalah makanan terbaik bayi anda. Ia mengandungi semua bahan berkhasiat seperti protin, karbohidarat, lemak, vitamin, mineral dan air. Kolustrum yang dihasilkan pada beberapa hari pertama akan membekalkan antibodi untuk bayi anda melawan penyakit. Pada tahun 2007 saya dan 5 orang anak saya diserang denggi. Saya, anak saya yang ketiga dan kelima,Athirah & Amirah dimasukkan ke wad kerana 'platelet' kurang daripada 100. Tetapi anak yang lain, Amalia, Abdul Adzim & Amir Haziq dapat bertahan dan 'platelet' mereka tidak turun ke bawah 100. Ketiga-tiga anak ini saya menyusu selama 2 tahun! Susu ibu sebenarnya anugerah Allah. Kajian menunjukkan susu ibu mengandungi lemak DHA yang amat penting dalam membantu pertumbuhan & perkembangan tisu otak. Susu ibu juga mengandungi 'taurine' yang membantu perkembangan otak & saraf.

Menurut Tony Buzan, selain daripada kasih sayang, makanan yang berzat adalah juga makanan otak(brain food) anak anda. Sehingga anak anda berumur 2 tahun, susu ibu merupakan makanan yang terbaik untuknya. Jadi jangan lepas peluang menyusu bayi anda sehingga dia berumur 2 tahun.



3. Berbual-bual

Menurut kajian terkini, banyak mana anda berbual-bual dengan bayi anda akan mempengaruhi IQ dan kejayaannya nanti. Semasa saya mendapat anak pertama dan kedua, saya tidak pandai berbual dengan bayi. Tetapi setelah menyedari betapa pentingnya kita perlu berbual dengan bayi, saya mula melatih diri saya.
a. Saya menceritakan kepada bayi apa saja yang sedang saya lakukan seperti 'mama sedang kemas katil. Katil Mama besar daripada katil baby...".
b. Sambil saya mandikan bayi, saya akan memberitahunya "Mama bersihkan mata baby dulu. Sekarang mama bersih telinga baby pula. Sekarang mama nak syampu rambut baby pula. Hmm wanginya syampu...".
c. Saya juga menanya soalan "Mana mata baby mama?" dan menamakan objek di sekeliling "Ini buku. Ini bola...".

Jangan lupa menggunakan pelbagai intonasi & nada suara apabila berbual dengan bayi. Ia akan menarik tumpuan bayi anda.

Berbual-bual dengan bayi sebegini akan menambah kecerdasan bahasanya. Anak akan terdedah dengan perbendaharaan kata yang luas dan ini akan membantunya memahami perkataan, bertutur, membaca dan menulis nanti.

Menurut kajian terkini, anak sehingga umur 3 tahun perlu mendengar 17000 hingga 20000 perkataan sehari!

Becoklah mulut mama dan papa semuanya!

4. Menggantung Mobile
Gantungkan 'mobile' hitam-putih, 25cm(10 inci) daripada mata bayi. Ia akan merangsang penglihatan bayi anda.


Kajian daripada Dr Robert Fanzt, Dr T.G.R Bower dan Dr Philip Salapatek membuktikan bayi yang baru lahir lebih gemar memerhatikan bentuk geometri hitam- putih daripada gambar berwarna terang mau pun pastel.

5. Mengimbas Kad / Objek Hitam-Putih
Peluk bayi erat di pangkuan sambil menamakan objek hitam-putih di dalam buku atau kad imbas. Aktiviti ini akan merangsang penglihatan dan pendengaran bayi anda.

Letakkan kad atau objek hitam-putih di tengah penglihatan bayi pada jarak 25cm daripada matanya. Gerakkan 6 inci ke kanan. Berhenti. Gerakkan kad kembali ke tengah. Berhenti. Gerakkan 6 inci ke kiri dan berhenti.

Saya hanya berpeluang melakukan aktiviti ini pada anak keenam. Saya mencuba rangsangan hitam-putih ini ketika dia berumur 7 hari. Saya cukup teruja melihat matanya mengikut pergerakan gambar ke kanan dan ke kiri. Dan hari ini Amir memang cekap kemahiran motornya. Menendang bola pada umur setahun dan amat gemar bermain 'mengikat tali' semenjak umur 1 1/2 tahun lagi.

6. Bernyanyi & Menari
Nyanyikan lagu kanak-kanak dengan nada suara yang berbeza-beza. Menari, dodoi atau gerakkan badan bayi sambil menyanyi. Menyanyi juga membantu meningkatkan kecerdasan bahasa anak anda.

Mendodoi bayi perlahan-lahan ke atas ke bawah dan ke kiri ke kanan, akan merangsang sistem vestibular yang mengawal koordinasi dan keseimbangan. menurut kajian mendodoi sebegini membantu perkembangan penglihatan dan pendengaran bayi, membantu bayi tidur dengan lebih nyenyak dan membantu pertambahan berat badan.

Anda juga boleh mendukung bayi sambil berpusing perlahan-lahan.

7. Senaman Otak
Selepas saya mandikan bayi, saya gemar melakukan senaman otak(brain Gym) dengan menggerakkan anggota tangan dan kaki bayi saya secara bersilang. Saya membilang 1, 2, 3... sambil melakukan senaman ini. Menurut Dr Paul Dennison, pengasas Brain Gym, pergerakan sebegini akan mengkoordinasikan otak kanak dan kiri bayi. Dengan itu bayi dapat berkembang sebaiknya apabila kedua-dua otak berfungsi bersama(whole brain functioning).

Menurut Dr Carla Hannaford, senaman sebegini akan membantu anak anda belajar membaca, menulis, mengeja dan memahami karangan nanti.

Apa Yang Saya Lakukan Semasa Bayi Berumur 3 - 6 Bulan
Pada peringkat ini, saya masih teruskan amalan-amalan semasa bayi saya berumur 0-3 bulan. Apabila menjangkau umur 3 bulan, penglihatan bayi bertambah baik.
8. Menggantung Moblie Berwarna Terang
Tukarkan mobile hitam-putih kepada mobile berwarna-warni. Pada tahap umur ini bayi lebih peka kepada warn
a terang daripada warna pastel. Bayi juga boleh melihat objek dengan menggerakkan kepalanya.Anda juga boleh menggantungkan mobile merentasi katil bayi menggunakan tali elastik untuk menggalakkan bayi anda melibat(swipe) & menarik mobile. Mobile elastik ini akan merangsang perkembangan fizikal bayi anda. Apabila bayi pandai menarik mobile, berlaku perkembangan motor halus(koordinasi mata & tangan) yang akan membantu anak anda belajar membaca nanti.



9. Menggenggam Pelbagai Objek

Tunjukkan pelbagai objek menarik yang berwarna-warni & berbunyi seperti kerincing(rattle), mainan
lembut(soft toys), mainan picit(squeeze toys) dan mainan/gegelang getah untuk menggalak bayi mencapai & menggenggam objek tersebut.
Kemahiran menggenggam akan membantu anak anda menulis nanti.

Wednesday 13 March 2013

Cara Mengekalkan Nutrisi Puree


http://secantikhati.blogspot.com

 

Di barat, makanan bayi yang disejukbekukan menjadi pilihan ramai ibu bapa. Namun, hal ini masih baru di Malaysia. Untuk mengetahui lebih lanjut tentang makanan bayi yang disejukbekukan ini, Pa&Ma telah mendapatkan maklumat daripada Valerie Kong Swee Hwa, Pakar Pemakanan, Sri Kota Specialist Medical Centre, Klang, Selangor.

 

Menurut Valerie, makanan jenis ini tidak digalakkan kerana lebih 60% makanan bayi yang ada di pasaran mempunyai kandungan gula ataupun garam yang tinggi, ataupun kedua-duanya tinggi. Oleh itu, ibu bapa perlulah sentiasa membaca label kandungan nutrien yang ada pada botol atau kotak makanan tersebut. Makanan segera bayi yang dijual boleh diterima jika kandungan sodium atau natriumnya kurang daripada 130mg per hidangan. Manakala jumlah kalori dari gula pula mestilah kurang 20%.

 

Jadi, untuk memastikan anak mendapat makanan yang berkhasiat walaupun ibu sibuk bekerja, beliau mencadangkan agar ibu bapa merancang makanan harian untuk si manja. Ilmu pengetahuan tentang pemakanan anak perlu ada dalam diri semua ibu bapa. Daripada proses penyediaan, cara menyimpan hinggalah cara memanaskan. Semua mesti tahu.

 

Untuk pengetahuan, ketahanan atau jangka hayat makanan yang ingin disejukbekukan bergantung pada jenisnya. Ibu bapa disarankan agar menyediakan dan menyejukbekukan sayur-sayuran setiap minggu.

 

1.      Manakala makan protein boleh tahan sehingga satu bulan. Buah-buahan yang ingin disejuk beku disarankan agar tidak dipurikan terlebih dahulu untuk mengekalkan khasiatnya.

2.       Buah-buahan yang ingin disejuk beku bolehlah dibersihkan, dipotong kecil dan dipek berasingan dalam beberapa bekas kecil. Jika ingin digunakan, keluarkan dari peti ais, letakkan pada suhu bilik sehingga ais mencair dan purikan. Beri terus makanan tersebut kepada anak.

3.      memastikan makanan yang dimasak itu menepati suhu yang sepatutnya. Oleh itu, anda disarankan agar membeli termometer makanan untuk memeriksa suhu makanan setiap kali memasak.

4.      tangan dibersihkan dahulu sebelum memegang sebarang makanan. Peralatan memasak serta bekas yang digunakan untuk menyimpan makanan juga perlu dibasuh bersih dan dinyahkuman.

5.      sayur-sayuran, celur selama satu minit di dalam air mendidih. Anda boleh juga menggunakan teknik stim. Sayur yang telah dicelur itu kemudiannya dimasukkan ke dalam air berais untuk menghentikan proses memasak. Selepas itu, masukkan sayur tersebut ke dalam pengisar makanan dan kisar sehingga halus atau menjadi puri. Sejukkan puri tersebut dalam suhu bilik. Kemudian, sendukkannya ke dalam bekas air batu kiub. Balut bekas tersebut dengan plastik dan terus masukkan ke dalam bahagian sejuk beku peti ais anda.

6.      makanan sejuk beku tersebut perlulah dikeluarkan mengikut kuantiti yang diperlukan oleh anak dan letakkan ke dalam peti ais bahagian biasa. Biarkan semalaman. Kemudian, masukkan ke dalam mangkuk kaca.

7.      Ada dua cara untuk memanaskan makanan sejuk beku bayi. Pertamanya ialah dengan menggunakan ketuhar gelombang mikro. Masukkan mangkuk kaca berisi makanan sejuk beku itu ke dalam ketuhar dan panaskan selama 15 saat. Kacau dan panaskan lagi sehingga mencapai suhu yang dikehendaki. Cara yang kedua pula menggunakan kaedah ‘sunmersion’ atau kaedah ‘double boil’. Walau bagaimanapun beliau mengingatkan agar jangan sesekali memanaskan semula makanan sejuk beku di dapur bagi mengelakkan pencemaran terhadap makanan tersebut.

8.      membeli bahan mentah yang benar-benar segar dan bersihkan dengan sempurna.

9.      Pastikan makanan berada dalam suhu bilik sebelum dimasukkan ke dalam bekas dan disejukbekukan.

10.   Gunakan hanya sedikit air di dalam makanan yang ingin disejukbekukan dan gunakan api yang perlahan semasa memasak. Terlalu banyak air akan memendekkan jangka hayat makanan. Ingat, jangan sejuk bekukan kembali makanan yang sudah dicairkan. Hal ini kerana proses sejuk bekukan dan pemanasan kembali makanan akan menghilangkan nutrisi yang terkandung di dalamnya dan air liur dari mulut bayi boleh menyebabkan pencemaran.

 

 

Resepi Puding Jagung Lembut Sangat

From Facebook Buku Resepi

1cwn tepung kastard
1/2cwn tpg jagung
1cwn isi jagung tin
1cwn gula
1/2cwn susu pekat
1cwn susu cair
4cwn air masak
1sdb majerin

cara2nya
1.satukan semua adunan kedlm periuk dan kacau sampai sebati
2.onkan api dapur,kacau sampai adunan memekat.kilat dan meletup2.
3.tutupkan api dan alihkan adunan ke dlm acuan2.
4.sejukkan dlm peti sejuk sebelum dihidang..
tips nk senang puding keluar dr acuan hendaklah dibasahkan

Resepi Kek Chiffon

From facebook buku resepi:






Bahan A - 3biji putih telur,60 g gula kastor, 1sudu teh cream of tartar.

... Bahan B - 3biji kuning telur,110 g gula kastor, 130g tpg naik sendiri ,1 sudu teh bking powder n soda bikarbonate, 50 ml susu cair,50 ml air panas,50 ml mentega cair,2sudu makan pandan pes.

Cara- Pukul bahan A shgga menjadi meringue/kental(dlm bekas lain).

Dlm pengadun,pukul kuning telur dan gula hgga kembang.. ayakkan tepung+soda bkrbonat+bkin powder.

masukkan susu cair+air panas dselangseli dgn tepung yg diayak..setelah sebati,masuk kn pandan pes dan mentega cair..

lastly,satukan Bahan A yg dpukul td dgn adunan B mguna kan kaedah kaup balik. Bakar api bawah atas, 45 minit,170 'c . 

Resepi Krim Puff

Facebook: Buku Resepi



Untuk Puff:
250gm butter
... 4 1/2 cawan air
12 auns tepung gandum
4 biji telur (Gred A)

Untuk Kastad:
1 biji telur
1 tin susu cair
6 sudu besar gula
1 tin air
6 sudu besar tepung kastad

Puff:
Masak butter dengan air sehingga butter cair.
Masukkan tepung dan kacau sehingga menjadi doh atau tepung tidak melekat pada periuk.
Sejukkan seketika, kemudian masukkan telur satu persatu. Kacau rata.
Bakar dalam oven pada suhu 180 darjah Celcius, selama 30 minit.
Kastad:
Satukan semua bahan, masak dengan api sederhana sehingga pekat.
Potong puff dan isikan kastad ke dalam puff.
 

Resepi Kek Karamel

Kek karemel
Oleh:Al Ummu Al Payid (Facebook Buku Resepi)
 


Gula Hangus
2 sudu besar gula pasir
...
Sediakan loyang 8 inc.
Tabur gula dalam loyang dan masak atas api perlahan.
Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang.
Biar gula sejuk. Gula yg sejuk ni akan keras dan akan retak2 dan berbunyi spt kaca pecah bila dah keras

Bahan Karemel
1/2 tin susu cair
70g gula castor
1/2 sudu teh esen vanilla
3 biji kuning telur

Kacau susu dan gula hingga gula larut.
Kacau telur dan esen perlahan.
Satukan kedua2 bahan dan kacau rata perlahan aje.
Kemudian tapis ke dalam loyang gula hangus tadi.
Ketepikan.
Kalau nak dapatkan lapisan karemel yg tebal gandakan sukatan susu dan kuning telur.

Adunan Kek Bahan 1
70g gula kastor
3 biji telur kuning
135ml air
45ml minyak masak

Pukul telur kuning, minyak dan air sampai gebu dan tukar ke warna putih.
Kemudian masukkan gula kastor dan pukul lagi sampai naik sekali ganda.

Adunan Kek Bahan 2
140 gm tepung gandum
1 sudu teh baking powder

Matikan mixer dan masukkan tepung dan baking powder yg telah diayak
Masukan sikit2 dan kacau perlahan secara kaup balik hingga kesemua bergaul sempurna.
Ketepikan.

Merinque
6 biji putih telur - pastikan jgn tercampur sedikit pun telur kuning
70g gula castor
1 sudu teh krim of tar2

Pastikan semua peralatan dalam keadaan kering
Pukul putih telur hingga berbuih
Masukkan gula dan tatar dan terus memukul dgn speed tinggi hingga adunan kental dan kaku. kalau kita terbalikkan loyang adunan putih telur tu tidak jatuh
Masukkan 1/3 bahan merinque kedalam adunantepung tadi.
Gaul rata secara kaup balik
Kemudian masukkan semua baki adunan merinque dan ratakan dgn kaedah kaup balik hingga bergaul sempurna. Kacau perlahan sahaja.

Bahagikan adunan kepada 3 bahagian yg sama banyak.

Letakkan pewarna yang anda sukai.
Kemudian tuangkan ke atas lapisan karemel tadi.
Belang- belangkan adunan
Tuang 3 sudu lapisan pupple, kemudian 3 sudu lapisan pink di tengah-tengah lapisan purple. Kemudian tuangkan pula 3 sudu lapisan biru di tengah-tengah lapisan pink.
Buat begini sehingga 3/4 adunan, kemudian buat pula cara yg sama dgn 2 sudu pula.
Akhir sekali dengan satu sudu.
Lorekkan atas adunan dengan lidi.

Panaskan oven terlebih dahulu. Ita (Saya juga) panaskan pada suhu 170 C terlebih dahulu. Bila dah masukkan kek dalam oven (saya juga) tukar pada suhu 160C
Gunakan api bawah sahaja.


Kaedah Steam Bath
Tuangkan air panas dalam loyang yg lebih besar dari loyang kek tadi.Letakkan loyang yg berisi kek dalam loyang yg berisi air panas tadiLetakkan pada rak bawah dalam oven.Bakar kek pada suhu 160 C dengan api bawah selama 1 jam atau sehingga kek benar-benar masak.Jangan buka pintu oven semasa proses pembakaran 1/2 jam pertama.Selepas masak saya biarkan kek kekal dalam oven sehingga kek renggang di tepi loyang.Terbalikkan kek atas pinggan dan biarkan kek turun sendiri.Potong kek bila ia benar-benar telah sejuk.Simpan kek dalam peti ais untuk tahan lebih lama.Kek ni juga sedap di makan dikala sejuk.

Tuesday 12 March 2013

Resepi Baby - Chart Solid Food

From Facebook Solid Food

 
 

Resepi Solid Food

From Facebook Solid Food

CARA BUAT PUREE BUAH/SAYUR:

1. Rebus/stim buah/sayur. Kalau rebus, kena rebus satu2 buah/sayur... gunakan sikit je air dan api kecik ye. Kalau stim, boleh stim sekali 2/3 jenis2 sayur/buah...
  • Sayur yg baby leh makan:
    • Bayam Hijau@Merah
    • Brocoli
    • Kentang
    • Carrot
    • Pumpkin
    • Avocado
    • Cauliflower
    • Appricot ( blend dgn belender kering dulu)
    • Cranberry
  • Buah yang baby leh makan (jangan lupa buang kulit dulu) :
    • Pear
    • Apple Merah
    • Pisang
    • Strawberry
    • Blueberry
  • Ikan yang boleh di makan (saya bg anak saya ikan mase umur 8 bulan)
    • ikan salmon (mmg banyak khasiat)
    • ikan yu
    • ikan kurau
    • ikan ketul (yang guna untuk buat fish n chips)

2. Bila sayur/buah dah lembut, blend kan asing2... Saya guna blender kering tu je. Cuma tambahkan sikit je air sebab sayur/buah ni dah lembut dah.

3.Accoding to my paed, nasi banyak kabohidrat, so kekdg tu tukar2 dgn oat or beras perang. Saya sarankan guna beras perang.. tak ade kanji.. baby pun senang nak poo-poo Setiap kali saya masak bubur saya mesti masukkan kurma or kismis.. bg rasa.. ikut Sunnah Nabi MUhammad s.a.w.


4.Mcm saya, sy masak sekali dgn nasi@oat.. biar rasa sedap skit...

5. Bg mommies yg nak buat asing utk simpanan bolehbBekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer.


CARA BUAT PUREE NASI/ BERAS PERANG /OAT:

1. Sangai dulu beras tu (goreng tanpa minyak atas pan). Masak nasi mcm nak buat bubur. Air lebih dr biasa.. biar nasi tu sampai kembang. (untuk permulaan bg beras kosong, campur EBM ke.. up to mommies)

2.Then, pas perut dia dah boleh terima solid food, campur dengan vege ( yang saya list kat atas, untuk permulaan, try satu2 bahan, jgn campur, cuba untuk seminggu.. tgk ade ape perubahan ke, takut perut dia tak leh terima ke)

3.Pada mommies yang nk antar kat BS.. and mommies yg nak buat asing utk simpanan boleh bekukan asing2 dlm baby cubes atau dlm ice tray. Kalau guna ice tray, lepas dah beku, keluarkan dan masukkan dalam tupperware/bekas utk letak dlm freezer... jgn beli yg murah.. takut karang kesan tak elok pada anak kita.. steam sayur satu2.. then blend n simpan dlm tpt beku, kalau nk guna.. kuarkan dulu.. and then masuk dlam slow cooker sekali dgn beras.. masak.. and then blend..

4. Masak lama skit pada mommies yg nk campur sekali bahan.. mcm saya dalam sekali masak.. jgn simpan lama2.. tak elok hilang khasiatnya... sbb senang..

5. Seeloknya2 masak bubur dalam slow cooker...tak adelah nk hangit ke or air kering ke

6. Nak simpan dalam freezer simpan dpm tupper kecik, and tagging... (tarikh dgn bahan2)


CARA BUAT PUREE IKAN/AYAM/DAGING

1. Stim/rebus ayam/ikan/daging smpai lembut...

2. Blend smpai lembut (tambahkan air lebih sikit sbb ikan/ayam/daging ni rasa dia kuat). Utk daging, air kena tambah lebih lagi sbb rasa dia mmg kuat utk baby...

3. Bekukan sama mcm sayur/buah.

Dah siap!!!! hehe

---- Bila nak guna panaskan dalam warmer, atau pun dalam slow cooker ataupun dalam microwave (microwave tak elok sgt, katenya penyebab barah)...

---- Bg mommies yang asingkan bahan, bila nak guna, cuma masukkan kiub2 puri nasi, sayur atau buah ni dlm periuk dan panaskan. Kalau nak panaskan dlm food warmer atau microwave pun boleh juga...:)

---- Senang bg mommies yg bekerja nak antar kat pengasuh pun senang...

---- Kalau tak nak baby cepat bosan.. campur la sayur2 tu, kentang dgn carrot ke, brocoli dgn kentang ke... pusing2 la... kalau nk tambah ikan bilis pun boleh... beli ikan bilis yang mahal skit... yg kurang garamnya... bakar dlm oven..blend dgn belnder kering.. dalam semggu tu.. 2 kali campur la dgn bubur...

Tempoh penyimpan: freezer storage ---
    • vegetables / fruits puree=6bln
    • fish = 10 weeks meat
    • chicken =10 weeks
    • 6bln puree's with milk 4-6 weeks
    • kalau campur semua bahan 2-3 hari, jangan lama tak elok for baby..

Dgn cara bg asing2 mcm ni (x cmpur mcm2 masa awal2 perkenal solid food), ibu boleh tau anak alergiC apa dan apa makanan yg diorang suka/tak suka..

Monday 11 March 2013

How to Creat Baby Genius

From web : http://www.audiomicro.com

1. Start pre-birth
Did you know that during the 9 months in the womb, a baby’s brain grows faster than any other phase of life? So what can you do to take advantage of this fact? First, don’t do anything to hinder the development. Stay away from all harmful substances. Also, try to relax and keep stress to a minimum. And finally, try some of these next steps even before your baby is born.

2. Read to her
Sure your baby can’t read… yet. And she probably can’t understand a word you’re saying. But that doesn’t mean you shouldn’t read to her. The first step to teaching your kid to read is to get her used to books. Holding them, hearing them, turning pages… It’s never too early. In fact, consider purchasing a program like Baby Can Read to make things a bit easier. It comes with videos, flashcards, and books. Everything you need. But remember, you’re the primary
teacher. Not the television.
3. Flash dots
There’s a theory out there that says if you show your baby large flashcards with random dot arrangements, the images will stick in their brain and make them mental math machines. Whether or not it really works is still up for debate. But it certainly stimulates your child’s brain, which can’t hurt in your quest to create a baby genius.
4. Talk a lot
Guess where your child gets most of her language skills from? Here’s a hint: it’s not the TV. The answer is… You. So don’t just stare at him or park her in front of the TV. Open up your mouth and talk. And for Heaven’s sake, forego the annoying baby voice. Use a normal, kind tone so your child learns the real way people converse. Don’t be afraid of mixing some larger vocabulary here and there. You’ll be surprised what she’ll pick up. And nothing says baby genius like a kid who uses words like “intelligent” instead of “smart.”
5. Breastfeed
Studies show breastfed babies are smarter. There’s not much to say about that. Just do it.
6. Forget “cry it out”
Here’s a newsflash—babies that are attended to cry less. And if a kid spends less time crying, she’ll spend more time exploring. And more exploring means more brain growth. And more brain growth means more chances of becoming a baby genius. So when your child cries, don’t ignore her. Pick her up and comfort her so she can focus her energies on useful endeavors.
7. Play some classical music
This idea has been under debate as of late. However, it certainly can’t hurt. Turn the dial on your radio over to the classical station and stimulate your child’s brain through her ears. Supposedly she’ll grow smarter from listening. And if everyone’s wrong about this, at least she’ll develop good taste in music.
8. Discipline
Kids with less behavior problems tend to be smarter. Why? Because they learn more when they aren’t busy being defiant. So what can you do to cut down on the behavior issues? Be consistent with your discipline.

Thursday 7 March 2013

Cara Mendidik & Mengajar Anak Saya Aleesya

1) Surah & Zikir
    Setiap pagi pukul 8.00 pagi saya akan mengepam dan menyusukan bayi, masa itulah waktu saya membaca surah & zikir, antaranya ialah 1x Al-fatihah, 1x Ayat Kursi & 1x Alam Nasyrah lalu tiub di ubun2. Baca Ya Latif 100 Kali dan tiub di ubun, sebaik2 nya baca Ya Latif pada waktu malam.

2) Usap Ubun & Bercakap
Semasa bayi menyusu, saya akan mengusap ubun2 dan bercakap kepadanya doa yang baik2 seperti, semoga Aleesya jadi anak yang baik, bijak, solehah, belajar rajin-rajin, dah besar nanti kerja elok-elok, mama & papa dah tua bagi duit, jangan jauhkan diri dengan mama & papa, walaupun die xfaham kita sentiasa cakap dengan dia, orang kata budak kecik memang tak faham tetapi hatinya boleh memahami. Selalu pegang ubun-ubun dan berdoa dalam hati, jika ingin menasihati dan berdoa untuk anak usap ubun-ubunnya. Sentiasa bercakap dengan bayi semasa mandi, memakai pampers dan sebagainuya. Ada fakta yang menyatakan ibu bapa lah yang mencorakkan bayi, bukan video,dan sebagainya. Satu hari kena cakap banyak dengan bayi. Berikan masa setengah jam jika balik dari nursery tanya apa yang dia buat walaupun dia tak faham. Jangan terus membuat kerja di dapur ini kerana bayi tidak diberi perhatian

3) Tidak Dimarahi & Dikasari
Jangan dimarahi, saya peernah terbaca artikel menyatakan anak yang menangis jangan dipukul kerana setiap tangisan itu die mendoakan kita, bayi yang kecik juga tidak tahu apa-apa, kesian jika dimarahi. Jika dikasari anak maka anak akan kurang kasih sayang.

4) Peluk, Cium & Sayang
Jika kita peluk dan bagi kasih sayang secukupnya anak akan berasa disayangi dan anak tidak akan berasa dipinggirkan, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang tidak elok adalah kerana dari awal tidak diberi pelukan dan kasih sayang. Selalu cium bayi kerana benyak kita cium bayi, kita akan mendapat pahala.

5) Mainan
Bermain dengan mainan yang elok untuk otak bayi, contohnya bunyi loceng yang boleh pegan tu, bunyikan pada setiap arah, dan arahkan benda tu atau lalu ke mata dia dari kanan ke kiri. Nurse juga menasihati saya membuat perkara itu. Bermain Bu-Chak dengan dia. Tepuk-tepuk tangan atau gerak anggota badan sambil menyanyi.

6) Flash Card
Walaupun bayi tidak memahami tetapi biar die mengenal dahulu. Saya membuat sendiri huruf A-Z, 1-10 pakai marker hitam atau merah, warna marker ini memainkan peranan penting, peringkat awal bayi boleh kenan jika kita tulis guna marker hitam atau merah di atas kertas putih. Saya mula mengajarnya flash card sejak 3 bulan, setiap hari 5 huruf. Jika mengajarnya pastikan tiada gangguan lain seperti bunyi tv yang terlalu kuat.

7) Video
Start umur 4 bulan saya mengajarnya menonton video 'Baby You Can Read'. Ada banyak volume, saya beli yang starter video, ajar selama sebulan baru beli volume yang seterusnya. Bangun tidur saya terus pasang CD ni di lap top dan dia menonton, setiap hari bayi menonton 1 kali atau 2 kali.

8) TVIQ (Channel Astro 610)
Kadang-kadang saya buka rancangan ini semasa saya membuat kerja rumah. Jauhkan sedikit jarak bayi dan TV kerana takot mata dia rosak.

9) Pemakanan
Saya akan bagi bayi makanan yang elok. Saya juga makan 'Omega Guard' Brand Shaklee. Bayi menyusu badan maka saya makan pil tersebut supaya omega itu meresap ke dalam susu badan saya.

10) Mengenal Objek & Anggota Badan & Mama & Papa
Saya selalu berkata padanya dan mengajar dia tentang barang-barang yang ada di dalam rumah seperti' Aleesya..ini bantal, sudu, air, hujan dan sebagainya. Pegang anggota badan sambil menyanyi dan berkata kepadanya. Kenalkan diri sendiri, suami dan lain-lain.

11) Pergerakan Badan
Selalu pegang kaki seperti mengayuh basikal. Tepuk-tepuk tangan sambil menyanyi. Usik hidung dan berkata ini hidung, mulut.

12) Berjalan
Selalu keluar berjalan agar dia boleh membiasakan diri dengan orang ramai. Selain itu dapat menghirup udara yang baru, duduk sahaja di rumah tidak membekalkan banyak oksigen maka boleh menyebabkan sakit tidak berkurangan.

Cara Mengetatkan Vagina (Traditional)

1) Manjakani

  a) sebagai basuhan
     -Rebus 3 biji buah manjakani dengan 2 cawan air sampai mendidih dan airnya bertukar menjadi coklat pekat.Gunakan air itu untuk mencuci bahagian vagina.
Amalkan setiap hari.

 b) maajun atau ubat
- Ambil sebiji buah manjakani.
- Masukkan kedalam nasi yang sedang mendidih.
- bila nasi telah kering, ambil buah manjakani tersebut
- potong kecil-kecil semasa masih lembut.
- makan bersama nasi yang masih panas.
- Amalkan selalu.

c) sebagai minuman
- Rebus buah manjakani
- Air rebusannya diminum.

-petua ini juga elok untuk melangsingkan badan dan
awet muda.
Rebus beberapa biji buah manjakani sampai lembut (Anggaran cukup untuk kegunaan seluruh badan). Apabila sudah lembut dan bila dipicit, mengeluarkan lendir atau getahnya, lumurkan getah itu diseluruh muka, dan anggota badan lainnya seperti buah dada, perut, paha dan lengan. Biarkan sampai kering. Kemudian bolehlah mandi. elok diamalkan setiap hari sama ada sebelah pagi sebelum mandi atau sebelah petang

2) Latihan Kemutan VaginaAmalkan membuat latihan kemutan faraj setiap pagi...
senaman ini juga bagus diamalkan oleh ibu mengandung bermula kandungan berusia 3 bulan... ni memperceptakan proses pembukaan rahim semasa hendak bersalin... dan bagi bersalin normal, jika senaman sentiasa diamalkan ... mungkin tidak memerlukan guntingan semasa proses kelahiran... sebab otot2 disekitar vagina akan jadi kuat... ini adalah melalui pembacaan aku dalam buku P&Ma


From Blog: http://www.whiteymommy.com