Saturday 23 March 2013

Cara Mengubati Selesema Anak

1. Tidur malam jangan guna aircond, jika baby baru baik dari selesema saya tidur guna aircond tetapi saya pakaikan baby baju lengan panjang.

2. Jangan basahkan kepala dan jangan letak air pun di kepala baby semasa baby mandi.

3. Mandikan baby dengan air suam.

4. Sentiasa letakkan vicks baby di hidung, umbun2, dada, betis, tapak kaki dan belakang baby setiap jam saya sapukan.

5. Jemur tilam atau toto baby.

6. Tidak menggalakkan baby memegang mainan yang jenis berbulu atau kain.

7. Sentiasa basuh tangan baby jika baby jenis isap jari haruslah membasuh tangan dan mulut dengan kerap.

8. Ni petua orang kedah, taburkan bedak johnson di atas tapak tangan, geselkan bedak itu dengan kedua-dua belah tapak tangan kemudian letakkan di ubun baby.

9. Pastiikan kipas tidak menghala ke ubun baby.

10. Kerapkan menyusu baby jika baby menyusu badan lagi bagus.

11. Setiap hari membasuh tuala ataupun selimut baby.

12. Jika brestfeeding maka ibu perlu menjaga pemakanan iaitu amalkan la pemakanan yang seimbang, jika tidak makan sayur makanlah buah, lebihkan makanan yang bervitamin c.

13. Jangan letakkan bayi di dalam bilik sahaja, bawa baby ke luar rumah untuk mendapat udara yang baru.

14. Kesimpulannya baby tidak boleh berada dalam keadaan sejuk kerana ia akan menyebabkan selesema tidak akan berkurang.


Rawatan Lain :-

15. Tutup kepala bayi dengan kain kemudia ambil wap dari periuk nasi.

16. Wap kan bilik air dengan wap panas


CARA MENGENAL HINGUS :

Hingus / kahak jernih : dijangkiti virus. Jika hijau : dijangkiti bakteria. Jika kuning : dijangkiti samada bakteria atau virus

No comments:

Post a Comment