Saturday 30 May 2020

Senarai Menu Bekal

*Menu sotong*
- sotong sambal
- sotong kunyit
- sotong kicap
- sotong kari

*Menu Udang*
- udang sambal
- udang lemak
- udang telor masin

*Menu Ikan*
Ikan sambal
Ikan goreng
Sup ikan merah
Ikan kari
Ikan kicap
Ikan cili api
Ikan 3 rasa
Ikan sardin
Ikan asam pedas

*lain2*
Telor kicap
Telor dadar
Paprik
Tomyam
Buah2han

*Ayam*
Ayam sup
Ayam goreng
Ayam kicap
Ayam masak lemak
Ayam cili api
Ayam bakar
Ayam manggo

*Sayur*
Tomato
Pegaga
Raja
Timun
Salad

Resepi Biskut Coklat Chip / Famous Amos sedap sangat

Resepi ni memang menjadi saya ambil dari youtube che nom sedap dan rangup sangat
. Resepi biskut coklat chip paling sedapp di dunia yang pernah saye cube

Bahan-bahan :-

1cwn kacang tanah yg dogoreng dan kisar halus (saya try ni jadi rangup)
Jika tiada 1 cawan almond hancur

Bahan A
1 buku butter
1 cawan gula perang
1 cawan gula kastor
2 biji telor
2sk esen vanila

Bahan B
3 cawan tepung gandum
1sk baking powder
1 1/2sk soda bikarbonat
1/2sk garam halus

Bahan lain
2 cawan coklat chip (peti ais)
Atau coklat compound potong halus

Cara membuatnya :-
1. Kacang tanah goreng tak yah basuh
2. Lepas goreng kisar halus dan ketepikan
3. Ambil bekas besar gaul bahan A pakai senduk jek tak payah pakai mixer
4. Pukul rata tak yah sampai kembang
5. Bahan B ayak dan kemudian satukan
6. Bahan B campur di dalam bahan A
8. Gaul rata semuanya
9. Ambil coklat chip dr peti ais kemudian tuang dalam bahan tadi (wajib simpan peti jangan keluarkan awal)
10. Masukkan kacang tanah tadi
11. Gaul rata kemudian simpan dalam peyi ais 2 jam
12. Dulang letak butter sikit atau pakai baking papet
13. Keluar bahan dari peti kemudian ambil sudu letak separuh sudu kecil nanti dah bakar kembang
14. Letak jarak2
15. Bakar suhu 160-170 darjah 20 minit

Nota :-
1. Pakai senduk sahaja
2. Pukul rata tak payah kembang
3. Coklat chip wajib masuk peti keluar masa nak tuang dalam bahan aje
4. Bila habis bakar akan lembik bila sejuk keras menjadi sedap rangup



Monday 11 May 2020

Resepi Daging Bakar Sedap Dan Menjadi

Ni resepi dari Aziekitchen memang menjadi dan sedap sangattt tapi kena pakai daging batang pinang tak yah rebus

Bahan Untuk daging bakar :-
1kg Daging batang pinang wajib
1inch halia
1 inchi kunyit
1inchi lengkuas
Sedikit cili kering
3 biji bwg besar
2sb jintan putih
1sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula melaka klu xde gula putih
Garam sedikit

Cara membuatnya :-
1. Basuh daging potong sedang2 dan tos 2 jam bg kering xyah rebus
2. Kisar semua masuk sikit jek air
3. Perap 2 atau 3 jam
4. Bakar renjis minyak sikit ye


Resepi Nasi Kerabu Pasti Jadi dan Sedap

Alhamdulillah dah lama nak buat nasi kerabu akhirnya menjadi, walaupun tak ada bunga talang saye pakai jek pewarna kuning tapi sikittt jek ye

Bahan Untuk Nasi :-
Beras
2 helai Daun pandan
4 daun purut
Pewarna kuning sikit atau daun bunga talang

Cara membuat :-
Masak macam biasa

(Note :- Memang xde garam, gula ye)

Bahan Untuk daging bakar :-
1kg Daging batang pinang
1inch halia
1 inchi kunyit
1inchi lengkuas
Sedikit cili kering
3 biji bwg besar
2sb jintan putih
1sb jintan manis
6 batang serai
2 1/2 sb gula melaka klu xde gula putih
Garam sedikit

Cara membuatnya :-
1. Basuh daging potong sedang xyah rebus dan tos 2 jam bg kering
2. Kisar semua masuk sikit jek air
3. Perap 2 atau 3 jam
4. Bakar renjis minyak sikit ye

Bahan untuk sambal kelapa Versi Basah:-
2 biji Bwg putih blander
2 biji Bawang besar blander
1 sudu besar lada hitam blander
3 sudu besar gula melaka blander
3 atau 5 batang serai blander
5 ekor ikan sardin bakar
Separuh Kelapa parut
Garam
Gula manis sikit sedap

Cara membuatnya
1. Kelapa parut sangai lepastu tumbuk
2. Bahan blander tumis sikit minyak jek dan masuk garam ketepikan
3. Ikan bakar dan ambil isi tumbuk
4. Campurkan item 1, 2 dan 3 gaul sampai rata

(Note: ni versi basah klu kering saye kena try lain)

Bahan untuk sambal tumis :-
2 batang serai blander
Bwg besar 3 blnder
Bawang putih 2 blander
Belacan 1inchi blander
Cili Kering sikit blander
Gule melaka
1 Asam keping
Serai ketuk 1
Gula
Garam
2 sudu Budu
1/2 biji kelapa parut atau santan sikit

Caranya :
Tumis masuk periuk
Masuk santan
Masuk asam keping 1
Gula melaka, gula, garam, budu

(Note : Tak buat sambal cili sebab ni pun dah pedas)

Bahan Tambahan :-
Sayur
Kubis
Daun kesum
Kacang panjang
Bunga kantan
Cara :- Hiris halus dan sedia dihidangkan

Keropok goreng
Telor masin
Limau nipis

Resepi ni memang menjadi sangat sedapppp











Friday 8 May 2020

Resepi Ayam Masak Bali Sedap

Tak sempat ambil gambar dah licinn. Actually resepi ni macam ayam masak kicap sambal kari atau ayam 3 budak gemuk. Sangat sedappp

Bahan-bahan :-
1 ekor ayam potong biasa
Sedikit daun kari
1 batang serai
1 ulas bwg putih Bahan A
2 atau 3 bwg besar Bahan A
1inchi halia Bahan A
Sedikit cili kering Bahan A
Sos seafood jika ada
Sos tiram
Sos cili
Sos tomato
Garam sikit jek
Gula
Kicap manis
Kicap pekat
Kicap masin

Cara membuatnya :-
1. Ayam basuh dan letak garam halus dan serbuk kunyit untuk goreng
2. Lepas goreng tos
3. Bahan A blander
4. Panas minyak masuk daun kari, serai dan bahan A blander
5. Tumia sampai pecah minyak dan masukkan sedikit air
6. Masukkan semua sos2 dan kicap letak garan dan gula siap