Saturday 23 August 2014

Photo - Maternity Anak Ke-2



 
 
KHURSUS CIDB WATERPROOFING DI SINTOK KEDAH 17 - 21 AUGUST 2014
 
Masa ni aku genak 37 minggu, gagah gak p[ergi bos suruh pergi, peserta mesi wanita. Bos tak nah hantar kawanku lagi sorang so dia just hantar aku dan idah. Ulang alik dari Alor Setar ke Sintok, jauh sangat 1 jam 10 minit macam tu da la tengah sarat, ku gagahkan jua.
Sangat seronok dan banyak ilmu. Besama-sama dengan kontraktor wanita bahagian utara.
Cikgu yang ngajar masa ni namanya Cikgu Azmi dari Kelantan, sangat baik dan sporting, asyik habis awal aje kelas. Kawan-kawan kat cni pun sporting. Geng aku 3 orang, muda-muda lak tu.
 



Ni Farah, ayah dia yang hantar dia. Muda 19 tahun, manje-manje lagi. Mak ayah bizness sendiri ID.


Ni Enot name betol Nur Azizah. Sangat lembut and sporting. Last day siap pi C-Mart Changlun ngan dia. Dia pun wakil syarikat macam aku.


Si Min ni suka betol pegang perot aku.


Klu boleh hari-hari dia nak amik gambo ngan aku. Dia kata dari awal daftar lagi dia usah, kata comel la. Dan tak sangka dapat satu kelas dan dia sendiri nak duduk sebelah aku, lawak budak ni.

Wednesday 13 August 2014

Susu Aira Aleesya

1. Awal kelahiran saya tak ada susu badan, so saya bagi dia susu tepung Anmum hanya selama 2 bulan sahaja.
 
2. Start 9 bulan susu berkurangan so saya bagi dia susu tepung. Mula-mula bagi Anmum tetapi najis jadi keras, so saya bagi dia Enfagrow. Saya ada rasa tak sedap pun susu ni.
3. Enfagrom dia tak banyak minum, banyak buang dari minum, so saya dapat sample Pediasure dari INS. Sangat sedap rasa vanilla tetapi dia tak suka.
4. Susu ni yang dia suka, dia minum banyak, tak sembelit dan rasa sangat sedap. Kat rumah selepas dia wean off susu badan dia minum susu dutch lady coklat.

Wean Off Aira Aleesya

 
 
Alhamdulillah usaha untuk wean off (cerai susu) Aira telah Berjaya. Dulu banyak kali try tak Berjaya, contoh dulu saya letak asam jawa, dia isap juga, letak lagi dia amik tisu dan lap, letak bawang putih pun dia minum. Kat Nursery memang dia minum botol kat rumah saje dia tak nak guna botol. Saya dan suami putus asa dan yang membuat tak larat jika malam dia bangun dia menangis jerit-jerit nak susu badan, saya jadi tension sebab dah pujuk tapi dia tetap nangis lagi pun saya dan suami sibuk balik lambat, badan letih so saya tak kuat untuk memujuk, saya give up dan relakan dia nyusu badan lagi, nyusu badan kan senang sumbat sahaja.
 
 Lagi pun saya ada refer pakar PMC Alor Setar (Dr. Kumar), dia kata tak ada masalah jika kita pregnant nyusu anak cuma adik dia tak akan dapat kolustrum. Masa awal planning dulu saya hanya ingin menyusukan Aira 6 bulan sahaja, tetapi suami bagi saya sokongan untuk teruskan sehingga 2 tahun. Sepanjang menyusu ada juga rasa tension bila badan letih tetapi kebaikannya anak sihat dan saya tak nak sia-siakan rezeki yang tuhan bagi.
 
Alhamdulillah, walaupun lagi 2 bulan nak 2 tahun tetapi bagi saya syukurlah boleh menyusukan Aira sehingga 1 tahun 10 bulan. Rasa sedih juga tetapi saya kesiankan adik dia takot adik dia tak cukup susu badan.
 
Cara saya wean off anak saya :-
 
1. Letak tut Sirap dan sam jawa, katakana padanya sakit dan darah. Buat-buat berlakon.
2. Dari awal mengandung lagi saya sudah kata kat dia kalau adik keluar bagi adik susu ye, kadang-kadang angguk kadang-kadang-kadang dia geleng, lucu rasa.
3. Jangan pakai baju seksi.
4. Salin pakaian belakang dia
5. Sebelum dia tidur bagi botol. Sebenarnya dia bukan haus sangat pun.
6. Saya beli botol untuk menarik minat dia antaranya avent (ada gambar arnab), Tomo Como dan NUK.
7. Susu pun saya tukar, kat Nursery dia minum susu dutch lady putih, so kat rumah saya beli dutch lady coklat.
8. Setiap malam berpesan jangan nangis-nangis dan dan bangun malam.
9. Klu dia bangun saya tepuk-tepuk dan zikir. Jangan marah padanya, kita yang membuatkan dia berperangai gitu. Kesian dan sedih juga.
10. Selalu berdoa.
11. Alihkan pandangan dia untuk mintak susu badan contoh ajak bermain.
12. Untuk minggu awalsaya hantar dia ke nursery hari-hari, cuti pun saya hantar.
13. Hati kena keras semasa dia mengamuk. Kena dodoi, korbankan masa dan tidur. Memang meletihkan tetapi kena kuat juga.
14. Melayan dia dengan baik, cium peluk takot dia stress.
 
Alhamdulillah hanya seminggu aja saya ajar dia untuk wean off, hari ke-8 baru dia minum guna botol kerap. Dugaannya adalah malam-malam dia mengamuk, menangis-nangis.
 
 
 


Biasanya saya kena dukung dan tepuk-tepuk tetapi kadang kala dia boleh tidur tepuk tanpa dokong, dekat Nursery tidur sendiri tuh.
 

Dah mula minum botol di rumah.