Thursday 24 January 2013

Tingkatkan susu ibu

1.Persediaan awal semasa mengandung
Banyak membaca mengenai penyusuan ibu yang boleh didapati dari forum, blog, pamplet, buku, majalah dan sebagainya. Juga bertanya kepada yang pakar untuk mendapatkan jawapan bagi setiap persoalan yang dihadapi. Manakala dari segi permakanan semasa mengandung, banyakkan pengambilan makanan yang berasaskan kalsium.

2. Sentiasa tenang, sabar, tabah, yakin, kuat semangat dan berfikiran positif.
Ini kerana pada peringkat awal penyusuan, setiap ibu akan mengalami sakit pada buah dada iaitu masalah bengkak susu dimana susu tidak dapat keluar. Cara mengatasinya dengan melakukan urutan pada buah dada serta memberi penyusuan secara langsung kepada anak sekerap yang mungkin. Saya juga mengalami masalah tersebut dan hanya tuhan saja yang tahu akan periknya rasa kesakitan pada masa itu. Air mata jadi teman setia, kalau tak ada ciri-ciri tersebut, memang saya sudah berputus asa kerana tak tahan dengan rasa kesakitan dan tanggisan anak.

3. Sokongan dari keluarga sendiri dan keluarga mertua.
Alhamdulillah saya mendapatkan sokongan dari kedua-dua belah pihak.

4. Menjaga permakanan dengan memakan makanan berkhasiat yang kaya dengan protein, kalsium dan sebagainya. Elakkan mengambil makanan yang mengandungi MSG seperti mee segera, junk food serta minuman berkafein seperti kopi, teh, air bergas kerana ia dapat mengurangkan penghasilan air susu.

5. Mengamalkan pertua yang mendorong kepada penghasilan susu yang banyak seperti minum air suam, air longan, air teh herba pegaga dan sebagainya. Serta makan ulaman seperti jantung pisang, bunga betik, daun pegaga dan sebagainya.

6. Juga banyak doa.. kerana rezeki datang dari Nya.
 Sumber: http://coretanuda.blogspot.com

No comments:

Post a Comment