Thursday 20 June 2013

My Breast Pump

Semasa mengandung lagi saya berazam untuk menyusukan anak susu badan sepenuhnya. Mula-mula memang terkejut dengan harga pam, tetapi anak punya pasal maka saya terpaksa berkorban wang untuk membelinya. Suami saya yang baik hati yang mengeluarkan duit untuk membeli pam itu. Antara pam yang saya guna adalah :-

1. Manual Avent
Kebaikan :-
a. Sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana
b. Harga RM 80 (saya beli dengan Mun dekat UK)
c. Putting tak sangat
d. Suction sangat ok
e. Senyap

Keburukan :-
a. Penat tangan
b. Banyak sangat spear part kena cuci

Kesimpulan kalau manual saya sangat berpuas hati dengan pam ini, jika pam electric saya rosak saya akan guna semula pam ni.

2. Medela Mini Electric
Saya beli dengan Ila sepupu my anben (RM 400)
 Kebaikan :-
a. Tak penat
b. Sedikit sahaja kena cuci

Keburukan :-
a. Sangat-sangat bising.

Kesimpulan : Saya tidak berpuas hati dengan pam ni sebab bising, volume untuk kuatkan suction terhad.

3. Spectra 3
Sangat-sangat berpuas hati, sya beli RM 380 dapat 2 pam di Enjoybreastfeed Klang.

Kebaikan :-
a. 2 pam, jimat masa
b. Senyap
c. Volume yang boleh laras sedutan
d. Spear part sikit sahaj untuk di basuh

Keburukan :-
a. Jika tiada elektrik tidak boleh digunakan tetapi saya akan guna manual avent.
b. Berat
c. Mudah masuk air

Kesimpulan : Saya sangat berpuas hati dengan pam ni suction yang bagus dan pam yang murah untuk buat 2 pumping. Tetapi harus berjaga-jaga kerana saya dah banyak kali masuk air susu ke dalam pam tu, so setiap kali nak guna saya akan pastikan membrane saya berkeadaan terbuka ataupun perlu basuh membrane tu untuk mengelakkan membrane melekat, jika melekat maka susu akan melimpah masuk ke pam melalui tiub. Syukur, kali pertama service di Histopoint hanya Rm10 (kurier sahaja).

4. Manual Anakku

Maaf, ni contoh pam amik dari blog dunia noris.blogspot.
Saya terpaksa membeli pam ni kerana pam spektra saya sedang dibaiki kerana masuk air susu. Kebetulan my officemate ada guna pam ni. Pam ni sngat murah sebab tu saya beli RM45 di kedai anakku. Kononnya saya beli untuk buat double pam tetapi tak menjadi sebabnya bila saya picit pam tu pam tu akan mengecut sahaja sebab dan tak menjadi. Hanya 2 or 3 kali sahaja saya guna.

1 comment: