Friday 30 November 2012

Rangsangan Bayi (3)

Ketika anda sedang bermain dengan bayi anda, cuba tutup sebelah mata bayi dengan telapak tangan anda dengan cermat. Lihat respons bayi sekiranya dia kelihatan gelisah atau menangis. Jika bayi kelihatan biasa sahaja ini bermakna mata yang tidak dikatup mempunyai penglihatan yang baik tetapi sekiranya bayi menangis bermakna mata yang tidak dikatup tidak sebaik mata yang dikatup atau tiada penglihatan pada mata itu.



1. Gunakan mainan yang berkontras tinggi seperti hitam dan putih, berkilat atau bercahaya untuk menarik perhatian bayi. Cari mainan yang ringkas dan senang untuk dilihat agar bayi tidak terkeliru seperti bola plastik pelbagai saiz dan warna, kiub, patung biasa tanpa bahagian kompleks. Sekiranya anak anda mempunyai masalah penglihatan atau berpenglihatan terhad gunakan lampu suluh yang dihala dari belakang mainan (aktiviti ini dilakukan dalam bilik gelap) untuk menolong anak anda melihat objek. Cuba elakkan mainan berbunyi kerana ini akan merangsang deria pendengaran dan bukan deria penglihatan sepenuhnya. Pegang mainan tersebut dihadapan mata bayi dan perhatikan respon. Cuba bawa mainan tadi ke sisi bayi dan perhatikan sama ada matanya mengikut arah tangan anda. Cuba lihat tempoh bayi memberi respon. Sekiranya terlalu singkat atau tidak menunjukkan respon setelah mencuba dengan pelbagai jenis mainan, kemungkinan penglihatan bayi belum di rangsang dengan sepenuhnya atau pun bayi anda mempunyai masalah penglihatan. Adakalanya bayi hanya respon pada cahaya dari lampu suluh dan bukan mainannya. Bayi mungkin mempunyai masalah penglihatan yang agak serius.



3. Bagi kanak-kanak yang lebih besar, gunakan anak patung untuk melatih penglihatan detail. Suruh anak anda menunjuk di mana mata anak patung atau butang baju anak patung. Ini dapat memastikan tahap akuiti visual kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang lebih kecil, sekiranya kanak-kanak dapat melihat dan mengutip nasi atas lantai atau manik-manik dekorasi kuih dengan baik, akuiti visualnya adalah sekurang-kurangnya 6/18.



4. Bagi kanak-kanak berusia 2 tahun ke atas, perhatikan gerak gerinya ketika menonton televisyen. Adakah anak anda selalu mengecilkan matanya atau mengalih mukanya ke satu arah. Dia mungkin mempunyai ralat refraksi yang tidak dibetulkan. Jangan sangka kanak-kanak kecil tidak perlu memakai cermin mata, adakalanya kesalahan refraksi bermula dari bayi lagi. Jangan bertangguh untuk membetulkan ralat refraksinya. Kelewatan boleh menyebabkan berlakunya mata malas yang sukar untuk dirawat.




No comments:

Post a Comment