Friday 30 November 2012

Mainan Bayi

Bagi bayi baru lahir (0 hingga dua bulan)
Disebabkan keupayaan pergerakan yang terhad, bayi pada usia sebegini kebiasaannya akan menumpukan perhatian terhadap perkara yang dia boleh lihat dan dengar.

Jarak pandangannya juga masih terhad iaitu antara 20.3 sentimeter hingga 35.6 sentimeter (lapan hingga 14 inci) daripada matanya.

Selain itu, bayi juga mudah terpikat kepada bentuk yang memiliki perbezaan ketara, warna terang serta objek yang bergerak perlahan-lahan dan menghasilkan bunyi lembut.

Antara alat permainan yang digalakkan adalah mainan tangan, kotak muzik (alunan muzik lembut), muzik mudah alih, mainan yang memiliki bunyi-bunyian sama ada diletakkan pada pergelangan tangan atau kaki dan menghasilkan bunyi ketika bayi bergerak.


  • Bayi berusia tiga bulan hingga enam bulan

    Ketika ini bayi anda sudah mula membuka genggaman tangannya dan berasa selesa dengan tangannya sendiri. Malah dia turut menghisap jarinya dan mula mencapai barangan permainannya sendiri.

    Namun pastikan semua permainan yang diberikan selamat memandangkan bayi anda mula memasukkan barangan ke dalam mulutnya.

    Selain itu, jangan sesekali mengikat alatan mainan anjal kepada alatan lain kerana ia boleh menyebabkan bayi anda tercekik.

    Jenis mainan yang disarankan adalah pusat aktiviti, alat permainan ringan yang mengeluarkan bunyi, anak patung lembut dan pastikan semua bahagian dijahit dengan kemas dan tidak mudah tanggal.


  • Bayi berusia enam bulan hingga sembilan bulan

    Pada usia ini bayi mula boleh memegang mainan dengan kedua-dua tangan dan menghentak alat berkenaan bersama. Pergerakannya menjadi lebih tepat dan dia mula menyedari setiap objek yang ada sungguhpun dia tidak memegangnya.

    Di samping itu, bayi anda juga makin bergerak bebas daripada duduk hinggalah mula merangkak. Ketika ini, ibu bapa boleh memberikan blok kayu yang lembut, alat mainan yang bergerak serta buku.


  • Bayi berusia 12 bulan hingga 18 bulan

    Pada usia ini kebanyakan bayi sudah boleh bergerak dengan lebih bebas, malah ada sesetengahnya mula berdiri dan berjalan.
  • No comments:

    Post a Comment