Tuesday 27 November 2012

Pengalaman Bersalin Anak Pertama


2 OCTOBER 2012

5.00 Pagi – Perut rase tak sedap, sakit sikit jek tapi tak pasti samaada sakit perut nak bersalin atau sakit perut nak beranak, Almaklumlah taka da pengalaman. Aku pun pergi toilet untuk check samada ada keluar tanda atau tidak. Tiba-tiba aku lihat ada keluar darah bercampur coklat sikit aje (setitik).

5.30 Pagi-Perut terasa sakit setiap 10 minit. Aku tak senang duduk, sekejap duduk bilik sekejap duduk di ruang tamu. Aku sempat membaca surah Yasin dan Surah Mariam. Malam sebelum tu aku ade tanye kawan aku (Mun) baca surah apa untuk cepat bersalin. So, dia kate baca Yaasin. Mlm 1hb Oct tu aku baca Yasin, sebelum tu hari-hari aku baca Surah Mariam. Aku agak hairan kerana dah 39 minggu aku masih tak bersalin. Kawan-kawanku yang lain semuanya bersalin 1 @ 2 minggu awal. Nasiblah aku tak ambil cuti awal 2 minggu, hanya ambil 1 minggu awal sahaja.

6.00 Pagi – Setiap 5 minit perut ni sakit, baby mengeras, sakit tak boleh nak kata. Aku pun bagi tahu mak aku yang sakit perut kali ni luar biasa.

8.00 Pagi – Kebetulan hari ni ade check up kat Klinik Desa Batu 4. Kakak aku yang hantar. Mak aku suruh Tanya nurse dekat situ mcm mn samaada terus pergi hospital atau tidak. Masa di Klinik tu pun aku cuba gagahkan diri dan menahan sakit yang teramat. Setiap 5 minit sakit perut tak boleh nak terkata, sabra ajelah. Nurse kata pukul 10 atau tengahari aku mesti pergi hospital. Aku pun fikir kalau pergi awal dan bukaan tak banyak mesti nurse kat hospital halau suruh balik, so aku pun fikir baik aku pergi lambat.

10.00 Pagi – Aku, mak, abah dan Balqis menghantar aku di Hospital. Sampai di Hospital, nurse check bukaan dah 3 cm. Nurse pun membawa aku ke wad dengan menaiki kerusi roda. Masa tu rase berdebar pun ada sebab tak pernah duduk di Hospital sepanjhang hidup ni.

12.00 T/hari – Aku duduk di wad dan mak abah balik ke rumah. Sakit makin menyengat hanya tuhan sahaja yang tahu. Darah pun keluar banyak tapi tak lah banyak sangat. Aku cube tidur tapi tak boleh. Aku ditempatkan wad yang 1 bilik 4 katil, xpastilah kelas ke berapa, aku tak kisah aje, asben ku gune GL.

3.30 Petang – Nurse dating dan Tanya makin sakit tak? Sememangnya sakit dan nurse check bukaan aku, masa tu dah 5 cm. Masa  check bukaan aku takot sakit tapi nurse suruh buat biase jek, ada orang kate masa check bukaan sakit da nada orang kate juga tak sakit, kesimpulannya sakit sikit jek construction lagi sakit la. Aku minum air selusuh untuk cepatkan bukaan, Alhamdulillah memang cepat bukaan. Nurse pun memecahkan air ketubanku. Masa tu panic sangat sebab ade benda panjang dan tajam macam angkup zaman aku belajar dulu, takot sakit rupanya langsung tak rasa. Nurse pun kata suruh aku bersiap sedia untuk masuk labour room dan kalau ada air selusuh, nurse suruh bawak ke labour room. Tak sangka pulak air selusuh boleh bawak. Aku pun bagi tahu suami aku yang aku nak masuk labour room.

4.30 petang – Aku diusung masuk ke labour room. Excited juga nak masuk labour room, rupenye macam bilik biase jek orang kate bilik labour room ngeri banyak mesin-mesin besar. Rupenye biase jek macam bilik guru. Aku pun baring di bilik tu keseorangan. Construction makin sakit sampai aku menjerit kesakitan dan mengerang. Aku tak peduli nurse nak kate ape, tapi aku asyik menjerit mengerang kesakitan. Sakitnye Ya Allah, meneran tak sakit paling sakit Construction. Aku merayu kat burse suruh cepat bersalin, aku pun baca ayat dan doa yang aku ingat. Masa tu fikir macam nak operate jek tapi sabra. Menangis-nangis aku menahan sakit macam nak mati pun ada. Masa perut sakit yang teramat aku pun bernafas cepat-cepat, dulu aku ada bace kat internet kalau sakit sangat bernafas laju-laju atau tarik mafas dalam-dalam tapi tak ok juga.

6.00 petang – Bersiap sedia nak meneran. Masa tu aku langsung tak rasa takut, rasa relax jek tak sabar nak meneran. Masa aku nak meneran tiba-tiba aku Nampak ada lelaki masuk. Masa tu tak berapa nak Nampak sebab aku tak pakai spec. Rupanya suamiku tercinta sampai, Alhamdulillah lega sangat. Memang baby ni kaur tunggu papanya. Suami ku sampai dari kedah betul-betul time aku nak meneran, Syukur Ya Allah. Pada awalnya aku pegang tumit kaki untuk meneran, 10 saat lepas dari tu nurse keluarkan 2 batang besi, aku semakin gabra apekah bendanya ini. Kakiku digantung dan aku disuruh memegang besi. Masa tu kekok sangat sakit tangan sebab macam angkat berat. Nasib ada suamiku kerana dia yang menampung tengkuk ku kalau tak memang payah la. Sebenarnye meneran tak sakit yang sakit adalah CONSTRUCTION. Memang xreti nak meneran almaklumlah jenis yang jarang buang air besar. Banyak jahit sampai kebelakang, maybe aku angkat punggung Cuma tak perasan. Ramai sangat nurse yang membantu lebih kurang 5 or 6 orang sampaikan orang kate labour room yang aku duduk tu macam berperang, darah bersepah-sepah. Perut aku ditolak kuat-kuat macam tolak lori besar, dua nurse gemok lak tu, sakit hati dengan nurse dan sakit gile perot aku ditolak then tibe-tiba baby pun keluar tepat pukul 6.49 petang. Alhamdulillah baby gurl yang keluar, shahdu rase. Perasan juga nurse gunting 2 kali tapi xsakit macam construction. Syukur Alhamdulillah, lega sangat seolah-olah hilang semua kesakitan. Aku terus mengucap Syukur Alhamdulillah. Masa nurse letak anak kat atas badan memang xperasan dan baby pun tak nagis risau juga tapi aku dah letih dah tak ingat apa dah. Proses menjahit dimulakan. Jahit pun tak sakit macam sakit construction. Memang letih dan lepak masa tu dah tak ingat apa. Lama sangat duduk di labour room. Paling sakit hati pukul 10 masa nak keluar labour room ketua nurse check jahit dan kedudukan Rahim. Nurse yang jahit tu wat jahitan aku xlawa dan Rahim aku atas pusat, sepatutnya bawah pusat. Masa tu aku redha jek dah memang lepak tak kesahla nurse nak buat apa. Dia repair jahitan that mean kena jahit sikit mana yang leaking da la jahit hidup-hidup xde bius. Memang sakitla tapi redha jek tak sabra nak jumpa suami and naik kat atas. First time menyusukan baby rase hiba sampai kuar air mata. Masa tu aku tenung jek muka dia tapi still xpasti dia ikut muka sape. Rase suka sangat dan bersyukur macam tak percaya, 9 bulan aku mengandungkan die dan akhirnya die keluar juga.

10.00 Malam – Aku dibawa ke atas dan baby diletakkan di atas kaki aku. Tak sabra jumpa suami. My asben pun dating. Yang bertambah lepaknya lepas jek my asben balik aku kena independent untuk jaga baby. Masa tu dah la penat, jalan,duduk pun payah. Nak pergi toilet takut baby nangis, tawakal aje la. Masa pergi toilet hamper nak engsan, aku cuba tiub kat tangan dan letak di telinga. Baby nagis pun aku biarkan, susah sangat nak berjalan. Malam tu aku langsung tak tidur, baby menangis.


3 OCTOBER 2012

Aku doa sangat boleh balik hari ni. Pagi tu aku ingat nurse yang uruskan baby rupanya kita sendiri. Pertama kali juga lah aku membasuh berak anak ku sendiri. Pukul 5.30 petang aku dah boleh balik sebab baby dah kencing dan berak. Syukur Alhamdulillah…………………..

Kesimpulan yang boleh dibuat, Construction lagi sakit daripada jahit dan gunting. Cara jahit di hospital government cincai sampai akunye ade daging terlebih, nurse pun kutuk. Nurse mase aku nak meneran siap berborak-borak rasa nak sepak aje. Better ambil bilik yang xramai pesakit sebab bile ada anak orang lain nagis so baby kita tak nangisla.

3 comments:

  1. Salam sis. X silap saya yg sakit sgt2 tu contraction. Bkn construction. Hehe

    Jemput singgah blog sy. izninakatsu.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. construction = contraction (yg betul) hehehe

    ReplyDelete