Sunday 16 September 2012

Resepi - Kek Marble


Kek Marble Anis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 biji telur
450gm marjerin
350gm gula kaster
350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanila
Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai


Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.

Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.


Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.

Nota:
Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8".
Boleh juga dibuat sebagai cupcake. 

Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.

No comments:

Post a Comment