Thursday 6 September 2012

Mandi Wiladah

PERKARA WAJIB MANDI HADAS BESAR:
Bagi lelaki 2 perkara:
1. keluar air mani
2. berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Tak keluar mani pun kena mandi juga.
Bagi perempuan :
1, Haid
2. Wiladah (melahirkan anak)
3. Nifas
4. Berjimak, waimah berjimak kerana berzina pun kena juga mandi.
Rasanya setakat mandi selepas haid dan berjimak tu semua orang tahu.
Yang selalu wanita keliru (apatah lagi lelaki) ialah berkaitan dengan kelahiran.


SELEPAS MELAHIRKAN ANAK SETIAP WANITA ISLAM WAJIB 2 MANDI:
1. Mandi hadas kerana melahirkan (WILADAH. Yakni, sebaik sahaja kepala bayi keluar).
2. Mandi hadas habis nifas (darah yang keluar selepas bersalin) maka diwajibkan mandi hadas.
menurut ustazah, niat mandi boleh pakai satu sahaja, tak perlu spesifik. Cuma niatkan:
‘Sahaja aku mandi hadas besar kerana Allah Taala’.

No comments:

Post a Comment