Friday 10 August 2012

Punca & Tips Elak Bengkak Kaki

Masuk minggu ke 32 kaki dan tangan mula membengkak. Setiap malam kena urut letak miyak halia. Puncanya adalah saya minum banyak ais dan air sejuk. Masa ni saya puasa cukup dan tekak rase haus sangat-sangat. Sebelum ni saya memang pantang untuk elak minum ais.

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki
 
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

    9. Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah. 

    10. Rendam kaki dalam air sejuk.Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha. Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
    11.  Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang hamil.
    12. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
    13. Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
    14. Minum air secukupnya.Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
    15. Gunakan kasut dan stokin yang selesa.Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki. Jangan pilih yang ketat.
    16. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
    17. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
    18. Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
    19. Berjumpa doktor dengan kadar segera jika bengkak kaki berlarutan atau menjadi teruk.Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan

    No comments:

    Post a Comment