Thursday, 6 September 2012

Resipi Berpantang - IKAN

SUP IKAN



Bahannya:

Ikan

Air masak

Sedikit minyak bijan (pilihan)

1 ulas halia (diketuk atau dihiris)

1 biji tomato (dibelah 4)

1 sudu besar lada hitam (ditumbuk)

1 ulas bawang merah (ditumbuk)

4 ulas bawang putih (ditumbuk)

1 keping asam keping

Sedikit daun sup dan daun bawang

Garam (secukup rasa)



Cara 1:

1. Tumiskan lada hitam, bawang putih, bawang merah dan halia dengan minyak bijan.

2. Masukkan air dan tomato.

3. Apabila mendidih masukkan ikan.

4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)

5. Taburkan daun sup dan daun bawang

6. Biar seketika dan tutupkan api.





Cara 2:

1. Masukkan air dengan bawang putih, bawang merah dan halia

2. Masukkan tomato.

3. Apabila mendidih masukkan ikan.

4. Masukkan asam keping dan sedikit garam (secukup rasa)

5. Taburkan daun sup dan daun bawang

6. Biar seketika dan tutupkan api.







STEAM IKAN



Bahannya:

Ikan

2 Halia (dihiris)

1 biji tomato (dibelah 4)

Sedikit daun sup dan daun bawang

Garam (secukup rasa)



Caranya:

1. Letakkan halia yg dihiris (dgn jumlah yg agak byk), buah tomato yg dipotong, daun sup & sedikit garam diatas ikan

2. Steam sampai ikan masak.







SINGGANG IKAN



Bahannya:

Ikan

Air masak

1 ulas bawang merah (dihiris)

2 ulas bawang putih (dihiris)

1 cm lengkuas (dihiris)

1 batang serai (diketuk)

1 keping asam keping

Garam (secukup rasa)



Caranya:

1. Rebuskan air bersama bawang merah, lengkuas (yang sudah dihiris), serai, 1 keping asam keping dan sedikit garam.

2. Bila dah mendidih, masukkan ikan.





IKAN TENGGIRI GORENG HALIA



Bahannya:

1 keping ikan tenggiri

4 gm halia - di hiris dan di goreng

3 ulas bawang putih – di hiris dan di goreng

2 sudu makan minyak bijan

1-2 sudu makan kicap manis

1/2 sudu teh serbuk kunyit

1/2 sudu teh garam

Minyak masak



Caranya:

1. Lumurkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit

2. Biarkan selama 20 minit.

3. Panaskan minyak dan goreng ikan hingga garing.

4. Ketepikan.

5. Tinggalkan sedikit minyak di dalam kuali.

6. Masukkan ikan semula.

7. Tuangkan kicap dan di kacau rata.

8. Angkat ikan.

9. Taburkan halia goreng di atasnya.





IKAN TENGGIRI MASAK AIR



Bahannya:

2 keping ikan tenggiri

400 ml air

20 gm halia – di hiris

5 helai daun pegaga – di hiris

3 ulas bawang putih – di hiris

½ sudu kecil serbuk lada hitam.

Garam secukup rasa.



Caranya:

1. Campurkan kesemua bahan kecuali pegaga.

2. Didihkan sehingga kuahnya tinggal sedikit dan ikan masak.

3. Masukkan daun pegaga dan garam secukup rasa.





IKAN TENGGIRI MASAK ASAM



Bahannya:

3 keping ikan tenggiri

5400 ml air

30 gm halia – di hiris

3 ulas bawang putih – di hiris

½ cawan air asam jawa

½ sudu kecil serbuk lada hitam.

Garam secukup rasa.



Caranya:

1. Didihkan semua bahan di atas api perlahan.

2. Masak hingga kuahnya agak pekat dan ikan masak.





SUP IKAN TENGGIRI



Bahannya:

1 Ketul ikan tenggiri

sedikit minyak bijan

4 ulas bawang putih dicincang

seulas halia diketuk

1 biji tomato

sedikit daun sup



Caranya:

1. Tumiskan bawang putih dan halia dengan minyak bijan.

2. Masukkan air dan tomato.

3. Apabila mendidih masukkan ikan dan daun sup.

4. Biar seketika dan tutupkan api.





IKAN HARUAN GORENG REMPAH



Bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong

30 gm halia – di tumbuk

2 ulas bawang merah – di tumbuk

2 sudu besar sos lada hitam

1 sudu rempah ikan

1 sudu kecil kunyit serbuk

Garam secukup rasa.

Minyak masak



Caranya:

1. Gaul ikan dengan serbuk kunyit dan garam. Perap selama 15 minit

2. Panaskan minyak dan goreng ikan sehingga garing.

3. Panaskan minyak, tumis halia dan bawang merah.

4. Masukkan sos lada hitam, rempah ikan dan garam, kacau sekata.

5. Curahkan kuah ke atas ikan.





IKAN HARUAN KUKUS



Bahannya:

1 ekor ikan haruan

1 keping cendawan hitam – di rendam dan di hiris

30 gm halia – di hiris halus

2 ulas bawang putih – di hiris halus

1 sudu besar serbuk lada hitam

1 biji limau nipis – di ambil jusnya

Garam secukup rasa.

Air secukupnya

Sedikit daun bawang dan daun ketumbar – di hiris



Caranya:

1. Kukus ikan haruan selama 20 minit.

2. Masukkan cendawan hitam, halia dan bawang putih.

3. Masukkan sedikit air. Didihkan

4. Tambahkan serbuk lada hitam, jus limau dan garam.

5. Sebelum hidang, taburkan daun bawang dan daun ketumbar.





SUP IKAN HARUAN



Bahannya:

1 ekor ikan haruan – di potong

500 ml air.

2 sudu besar minyak jagung.

30 gm halia – di tumbuk

3 ulas bawang merah – di tumbuk

2 ulas bawang putih – di tumbuk

1 sudu besar lada hitam – di tumbuk

1 keping asam keping

Garam secukup rasa.

Bawang goring

Daun bawang dan daun sup – di hiris



Caranya:

1. Panaskan minyak dalam periuk. Tumis bahan tumbuk hingga naik bau.

2. Masukkan air.

3. Bila mendidih, masukkan ikan hingga masak.

4. Masukkan asam keping dan garam.

5. Masak hingga mendidih.

6. Taburkan bawang goreng, daun bawang dan daun sup.





IKAN HARUAN / IKAN BAWAL PUTIH/YU BERLADA



Bahannya:

1 ekor ikan bawal putih atau 2 ekor ikan haruan (potong 4,

buangkan kulit dan ambil isinya sahaja) atau 2 ketul isi ikan yu

1 sudu besar serbuk lada hitam

1 sudu besar serbuk jintan manis

Bawang putih, halia – kisar halus

1 sudu teh serbuk kunyit

2 sudu besar pati asam jawa

1 biji bawang besar – potong bulat

1 biji cili merah dan hijau – di hiris

Garam secukup rasa



Caranya:

1. Bersihkan ikan dengan tepung gandum untuk hilangkan hanyir.

2. Gaulkan ikan dengan garam dan serbuk kunyit.

3. Goreng sederhana garing. Tepikan

4. Tumis halia dan bawang putih hingga kekuningan.

5. Masukkan jintan manis

6. Masukkan pati asam jawa

7. Masukkan gula.

8. Biar mendidih.

9. Masukkan lada hitam

10. Masukkan garam secukup rasa.

11. Kemudian masuk ikan.

12. Biar kuah pecah minyak.

13. Apabila ikan masak, perlahankan api.

14. Masukkan bawang besar

15. Masukkan cili.





IKAN GELAMA MASAK ASAM



Bahannya:

2 ekor ikan gelama

1 biji bawang besar – dihiris

5 ulas bawang putih - dihiris

1 ketul halia – dihiris

1 biji cili merah – dihiris

1 mangkuk air asam



Caranya:

1. Gorengkan ikan yg telah disapu garam dan kunyit.

2. Tumiskan bwg besar, bwg putih, halia dan cili.

3. Masukkan air asam dan garam.

4. Apabila mendidih tuangkan atas ikan tadi.





IKAN BAWAL KUKUS HALIA



Bahannya:

1 ekor ikan bawal putih

1 1/2 inci halia-potong tipis

1 inci kunyit-potong tipis

3 ulas bawang putih-potong tipis

2 sudu besar kicap manis

1 sudu teh lada hitam serbuk,garam

1 btg karot, bunga kubis



Caranya:

1. Lumurkan ikan dgn kicap,lada hitam dan garam.

2. Perap seketika.

3. Letakkan ikan dlm bekas...boleh alas dgn daunpisang/aluminium foil

4. Siram baki perapan kicap atas ikan

5. Tabur bahan yg dipotong atas ikan.susun karot dan bunga kubis keliling ikan.

6. Kukus hingga masak...anggaran 10-12 min atau hingga masak.





IKAN PANGGANG BERKARI

(ikan haruan, tenggiri, bawal putih, salmon, gelama, merah, jenahak atau siakap)



Bahannya:

Ikan

1 sudu besar serbuk kari

1 sudu besar serbuk kunyit

1 sudu besar serbuk lada hitam

Garam (secukup rasa)



Caranya:

1. Gaulkan serbuk kari, serbuk kunyit dan serbuk lada hitam bersama sedikit garam

2. Lumurkan di atas ikan

3. Panggang - boleh diletak atas dapur sahaja atau dalam oven.





IKAN PANGGANG HALIA MUDA



Bahan A (diperap)

2 potong ikan tenggiri

Sedikit garam

Sedikit kunyit

Sedikit cuka



Bahan B (dihiris)

3 cm halia muda

1 biji bawang besar

4 ulas bawang merah

3 ulas bawang putih

Sedikit minyak



Caranya:

1. Lumurkan bahan A pada ikan.

2. Perap selama ½ jam.

3. Kemudian panggang ikan hingga masak.

4. Tumis bahan B hingga naik bau.

5. Tabur atas ikan.

6. Siap untuk dihidang.





IKAN PINDANG

(ikan merah,jenahak, selar kuning, kerisi atau siakap)



Bahannya:

2 atau 3 ketul ikan

1 labu bawang putih (dihiris)

5 ulas bawang merah (dihiris)

1 - 2 batang cili merah (dihiris)

5 cm lengkuas (diketuk)

5 cm kunyit (dihiris)

5 cm halia muda (dihiris)

1 batang serai (diketuk)

3 – 4 keping asam gelugor

4 cawan air

Garam secukup rasa

Minyak untuk menumis



Caranya:

1. Panaskan minyak

2. Tumis bawang, kunyit, lengkuas dan halia.

3. Tuang air dan biarkan mendidih

4. Biar mendidih dulu baru masukkan ikan.

5. Masukkan serai

6. Masukkan asam keping dan garam.





IKAN BILIS LEMAK LADA HITAM



Bahannya:

50 gm ikan bilis

3 cawan air

1 cawan santan pekat

10 gm kunyit – di tumbuk

3 ulas bawang merah – di tumbuk

1 sudu kecil lada hitam – di tumbuk

Garam secukup rasa



Caranya:

1. Didihkan santan bersama air dan bahan tumbuk di atas api perlahan.

2. Masukkan ikan bilis dan garam. Gaul sekata.





IKAN BILIS BERKUNYIT



Bahannya:

50 gm ikan bilis

20 gm ibu kunyit

2 sudu kecil lada hitam

Pucuk pegaga atau daun selom secukupnya.



Caranya:

1. Tumbuk kasar ikan bilis bersama ibu kunyit dan lada hitam.

2. Siap untuk dimakan bersama ulam ulaman.





IKAN BILIS DAUN KARI



Bahannya:

50 gm ikan bilis – di goreng

1 genggam daun kari

2 ulas bawang merah – di hiris

2 ulas bawang putih – di hiris

Minyak masak.



Caranya

1. Panaskan sedikit minyak, tumiskan bawang merah dan putih hingga naik bau.

2. Masukkan daun kari dan ikan bilis. Goreng seketika dan angkat.


No comments:

Post a Comment