Thursday, 6 September 2012

Resepi - Puding Karamel

Bahan2 :
~ 400 ml susu segar/susu cair
~ 5 sudu besar gula halus
~ 3 biji telor
~ 2 biji kuning telor
~ 1 sudu teh esen vanila

Bahan utk karamel :
~ 5 sudu besar gula pasir kasar
~ 2 sudu besar air


Cara2 membuat karamel

Masukkan 5 sudu besar gula bersama 1 sudu besar air ke dalam loyang.. masak atas api yg kecik.. kalo api besar kang hangus lak.. kacau2 guna sudu bg rata..

Bila dah bertukar kaler keperangan sedikit baru masukkan satu sudu air lagi.. make sure gula dah cair dan bertukar keperangan sepenuhnya..



Ni dia hasilnya.. karamel yg sungguh cun dan tak hangus.. ecewahhhh.. puji diri sendiri nampakkk.. kehkehkeh


Jom kita buat langkah seterusnya pulak..

Dalam mangkuk atau bekas, masukkan kesemua telor bersama dgn gula halus.. kacau menggunakan whisker..

Kacau perlahan je tau agak2 kasi gula tu sebati atau pun larut.. Jgn pukul beriya2 lak mcm nak buat telor dadar lak.. just gaul selow2 sudahh..


Ni hasil selepas gula dan telor di satukan.. dah sah dah ikatan diorang.. tahniah.. ekekekke.. ape yg aku merepek lak ni.. hahahhaha..


Langkah seterusnya, masukkan susu dlm periuk.. campurkan esen vanila.. masak atas api sederhana..

Takyah masak lama2.. just kasi susu tu suam2 kuku aje.. jgn masak sampai mendidih lak tau.. paham kan.. tak paham tanya..!!


Kemudian tuang susu td ke dalam adunan telor.. tuang sikit demi sikit sambil tgn kanan kacau adunan tersebut..


Lastly.. tuang adunan tersebut ke dalam loyang yg berisi karamel..

Sila TAPIS ye adunan tu sblm tuang .. dalam gmbr ni aku tak snap penapis lak sbb tak cukup tgn nak pegang..

Tgn kiri dah pegang adunan, tgn kanan pegang kamera.. takkan nak guna kaki lak utk pegang penapis lak kan.. huhuhu..

Kena tapis sbb dalam adunan tu mesti ada putih telor yg berketul2.. kalau tak caya sila korang tapis gak.. kalau korang taknak tapis lantak korang lah ye.. hehehe

Tutup loyang guna aluminium foil semasa proses pengukusan..

Pastikan periuk kukusan di panaskan terlebih dahulu.. biasanya aku memang panaskan periuk kukusan dulu kemudian baru aku sibuk prepare adunan lak..

Kukus selama 30 minit dgn api sederhana.. Sekiranya selepas 30 minit tapi puding masih lembik, sila tambah lagi masa kukusan.. kukus lagi sampai puding betul2 masak..

Kalau yg takde periuk pengukus boleh jugak guna kaedah bakar.. Tapi kenalah letak loyang adunan ke dalam loyang yg berisi air panas ( kaedah steam bake).. bakar dgn suhu 150 celsius selama 40-45 minit..


Hasil selepas di kukus.. sejukkan dalam peti ais sebelum di keluarkan dari loyang..

* Api jangan besa dan semasa kacau, kacau slow2 adunan

Sumber : Blog Cahaya Cintaku

No comments:

Post a Comment