Showing posts with label PENGALAMAN MENGANDUNG. Show all posts
Showing posts with label PENGALAMAN MENGANDUNG. Show all posts

Thursday, 3 December 2020

Cara Menaikkan HB untuk Ibu Hamil

 Hari ni 1st time jumpa pakar pemakanan klinik kesihatan, anak dah masuk no.4 baru taw info2 ni memang sangat2 berguna.

Bahaya kalau HB low :-

- Menyebabkan keguguran, bersalin awal

- Kematian janin dalam perut dan tumpah darah

- Kurang berat bayi semasa lahir

- Lahir tak cukup bulan

- Anak lemas semasa bersalin

- Pertumbuhan bayi terbantut


Antara info yang aku dapat dari pakar tersebut adalah :-

1. Sehari wajib makan 3 kali yang berat dan wajib cukup karbo, protein, sayur dan buah Contoh kalau sarapan tu kena ada roti+sayur+telor/ayam+buah, kalau lunch and dinner tu kena ada nasi+sayur+protein+buah (suku, suku, separuh-nasi sebesar penumbuk)

2. Wajib selang2 hari dengan makan seafood

3. Untuk sayur pula better sayur hijau kiraan 1 cawan sayur untuk seminggu, kadang ganti ngan salad tapi makan ngan sos kewpie tu sedap

4. Kalau tak makan buah gantikan dengan air buah tanpa gula atau air limau nipis tanpa gula (air limau bagus untuk vit c) so far saye ambil peel fresh

5. Untuk trimester ke 2 dan ke 3 dah kena ambil snek berkhasiat waktu dalam pkol 11 atau ptg contoh tauhu bergedil, kuih keria xmanis, sandwich, bubur kacang, ubi, jagung, pau

6. Total makan utk trimester ke 3 adalah 3 kali makan berat dan 2 kali snek

7. Wajib makan ubat 2 jam sebelum atau selepas makan, makan pagi atau sebelum tidur

8. Minum susu putih 2 gelas sehari ye bukan 1 jek jek, 1gelas xcukup contoh susu yang bagus macam susu farmfresh plain bukan yang kurma ke atau coklat tak yah minum susu ibu hamil coklat2 tu, putih plain sahaja bukan brand susu hamil pun takpa doktor siap kata xminum susu ibu hamil pun tak apa dulu2 mak2 mane ada minum susu hamil (yang ni memang dah pernah jumpe doktor lain dan kata benda sama, susu ibu hanya trending sahaja), susu ibu pun tak perlu dah nak tambah2 formula ke apa sebab zink tu suma kita dah makan ubat kan so just minum susu putih biasa2 tu doktor suggest farm fresh.

9. Harammn atau jangan minum milo, yang coklat2, kopi, teh, nescafe hanya minum putih plain biasa jek macam farm fresh

10. Kurangkan makan bergoreng jika nak juge goreng dengan minyak sekali jek, minyak yang digunakan 2 kali atau lebih bahaye kat baby dalam kandungan sebab tu doktor kata budak boleh autisme atau sakit sebab ambil minyak yang xok. Kalau nak makan better macam yang berkuah doktor suggest grill/stim/kukus/bakar


Contoh makanan protein :-

- Daging/ayam/hati/ikan/ikan bilis/kerang


Contoh makanan karbohidrat :-

- Bayam/brokoli/peria/kangkung/taugeh/kekacang/sayur hijau


Contoh buah :-

- Jambu batu/kiwi/limau nipis/betik/limau



Saturday, 6 June 2020

UPT Pregnancy Test Pudar / Kabur

Anak dah 3 orang pun masih blurr bila try pakai pregnancy test line pudar, aku tak mengharap apa2 tapi dah 2 kali try memang pudar, xpe nanti ingat lagi seminggu aku jumpe doktor 😊 Rasanya kalau ikut kiraan baru 2 minggu tapi xpe nanti jumpa doktor 😊


Wednesday, 18 July 2018

Amalan Elak Jahit Ketika bersalin dan Mudah Bersalin

Jahit menjahit ni la bende paling takot kat mak2 yang nak bersalin tu kan. Tapi bagu aku sepanjang berabak dan mengandung paling perit construction dan awal2 mengandung. Setiap kali mengandung mesti mabuk teruk gile, muntah tu mmg standard yang tak tahan langsung tak boleh nak makan or minum. Bayangkan 3 bulan pertama tu sehari just minum sekotak air blackcurrent brand ape lupe dah dan sebungkus biskut oat. Mabuk teruk juga sampai pengsan dan warded, masuk air pun berelas2 botol.

Tapi bila time beranak alhamdulillah tuhan permudahkan sakit pun tak lama sejam dua terus beranak. Teran due kali jek terus keluar budak dan paling menggembirakan masa lahir anak ke-3 ni memang langsung tak jahit, ye haa berjaye juga usaha untuk tak jahit. Anak dah setahun baru sempat nak share petua atau amalan apa yang aku buat, hehe. Beranak kali ke-3 ni pun rasa kejap jek tak jahit so makan pun oklah dan mungkin tuhan pun tahu yang aku nak berpantang sendiri. Pantang sendiri pun aku dan suami yang decide sebab aku memang tak menyusahkan orang lagi2 mak aku masa tu tengah jaga anak kakak aku yang kecil sorang dan yang besor sikit 3 orang. Pening kepala kan so tak yah pening2 aku decide pantang sendiri.

Antara amalan wajib aku buat adalah :-
1. Masuk 7 bulan dah mula buat senaman, sila rujuk gambar bawah sebelum tidur wajib buat tak kesahla laki cakap ape pun hehe



2. Lepas solat baca surah maryam dan yusof, masa bersalin baca doa nabi yunus

3. Amalkan minum minyak kelapa dara brand TANAMERA. Start bila makan kene tengok botol aku dah lupa tak silap masuk 7 bulan
4. Buat urutan perinium. Urutan aku buat setiap kali lepas kencing dekat toilet tu jek letak minyak kelapa dara bagi kulit kita lembut kenyal dan masa beranak tu senang nak beranak tak keras kulit kite tu.

5. Selalu menyangkung dan selalu kangkang dengan cara temukan kedua2 tapak kaki dan sambil duduk

6. Makan telur separuh masak masa nak dekat bersalin

7. Selalu buat senaman kegil atau kemut. Senaman ni sebenarnya sangat penting sebab untuk stamina dan ada tenaga masa push nanti 😊

8. Ambil air segelas dan baca Ya Khaliq 11 kali hembus dan minum

9. Sebelum ke hospital tu wajib makan kurma, minum air milo, minum vco dan air zam2

Monday, 9 January 2017

Pemakanan Ketika Mabuk Nak ke-3

Kali ni lagi teruk tak boleh makan sangat2.. Antara makanan yang boleh makan :-

1. Oat (week 6 - 10)
2. Air ribena Brand REX (week 6-10)
3. Air herbalife (sekejap jek)
4. Pisang berangan (week 10-16) Doktor suruh makan tinggi folat
5. Susu Kurma Farm Fresh (start week 10) - susu ni jek aku boleh telan yang lain tak boleh
6. Buah jambu/betik/mangga - week 6 until 9

Now dah week 16, tapi tetap selera tak okey sangat start tengahari sampai malam tak de selera so pagi jek makan banyak.
 1. Pagi makan mee hun goreng/kuih/roti bakar/Mc D
 2. Air masak 1 liter
 3. Tengahari macam tu leh makan nasi kukus/nasi ayam penyet/ hari2 ayam and sambal belacan
 4. Dinne - Roti Bakar/Air Kurma Farm Fresh/Air Delima/Buah Delima

Boleh makan nasi start week 11 itupun paksa, pagi sampai tengahari jek boleh makan nasi tapi nasi kena ade ayam dan sambal belacan jek.

Pengalaman Mengandung Anak Ke-3

Pengalaman mengandung kali ni sangat la berbeza yang sama hanyalah tiada selera makan. Tapi kali ni start week 6 sampai week 10 muntah teruk.
1. Muntah hari2
2. Pemalas
3. MC banyak
4. Tak larat macam dulu
5. Banyak baring jek
6. Masuk Wad

1st time buat buku merah mase week 10 saje buat lambat sebab memang taw akan kena timbang selalu sebab berat badan turun. Tak bleh makan mee, roti, nasi dll. Air masak pun pahit. Sehari tu hanya makan BISKUT OAT & AIR RIBENA BRAND REX. Masa pergi buat buku merah tu kantoi banyak masalah. So klinik kesihatan buat surat cinta suruh pergi HOSPITAL AMPANG.

Gamble pergi sorang2. Sampai sane mase nurse amik darah aku pengsan. Bila tersedar terus nangis huhu. Kencing aku kotor, dehydrate, garam dalam badan kurang dan THYROID. Petang tu pukul 4.00 petang masuk 3 botol air. Result lepas dr tu tak okey dan doktor tahan suruh masuk wad. Suami aku pun sampai.




Sakit gile kena cucuk jarum tu bengkak pastu dah la kena masuk ubat tahan muntah pedih gile. Jari bengkak. 12 botol tu masuk air. keluar hospital terus pakse minum air takot dehydrate lagi huhu. Effek bleh jadi kencing kotor juge jika kurang air.

Sekarang dah week 16, tetap selera tak okey. Muntah dah xde. Masa keluar hospital doktor bagi ubat tahan muntah nama VELOXINE macam tu lah then baru tak muntah. Aku makan sampai week 14 jek.

Tuesday, 1 November 2016

Surah Ibu Hamil

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu:
• Surah Yusuf——————> untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
• Surah Luqman—————> untuk memohon anak yang cerdik.
• Surah Maryam ————–>untuk memudahkan bersalin.
• Surah Yasin——————>untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
• Surah al-Hujurat————> untuk membanyakkan susu ibu.
• Surah al-Imran ayat 38—–> untuk memohon anak yang baik.
• Surah al-Imran ayat 8-9—->untuk memohon rahmat.
• Surah Ibrahim ayat 40——>untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
• Surah al-Baqarah ayat 128–>untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
• Surah Yassin ayat 22-23—–>untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
• Surah as-Sajdah ayat 7-9—->untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
• Surah al-Furqan ayat 74—–>untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

1.0 Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2.0 Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3.0 Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4.0 Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5.0 Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat berhati – hati

6.0 Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7.0 Surah Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8.0 Surah an-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
(rujukan dari Ustazah Siti Nor Bahayah)
Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Surah Ibu Hamil Ikut Minggu

  • Kandungan 1-3 bulan ; baca Surah Yasin, Surah An-Nahl (untuk elak gangguan syaitan)
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam

Saturday, 23 August 2014

Photo - Maternity Anak Ke-2



 
 
KHURSUS CIDB WATERPROOFING DI SINTOK KEDAH 17 - 21 AUGUST 2014
 
Masa ni aku genak 37 minggu, gagah gak p[ergi bos suruh pergi, peserta mesi wanita. Bos tak nah hantar kawanku lagi sorang so dia just hantar aku dan idah. Ulang alik dari Alor Setar ke Sintok, jauh sangat 1 jam 10 minit macam tu da la tengah sarat, ku gagahkan jua.
Sangat seronok dan banyak ilmu. Besama-sama dengan kontraktor wanita bahagian utara.
Cikgu yang ngajar masa ni namanya Cikgu Azmi dari Kelantan, sangat baik dan sporting, asyik habis awal aje kelas. Kawan-kawan kat cni pun sporting. Geng aku 3 orang, muda-muda lak tu.
 



Ni Farah, ayah dia yang hantar dia. Muda 19 tahun, manje-manje lagi. Mak ayah bizness sendiri ID.


Ni Enot name betol Nur Azizah. Sangat lembut and sporting. Last day siap pi C-Mart Changlun ngan dia. Dia pun wakil syarikat macam aku.


Si Min ni suka betol pegang perot aku.


Klu boleh hari-hari dia nak amik gambo ngan aku. Dia kata dari awal daftar lagi dia usah, kata comel la. Dan tak sangka dapat satu kelas dan dia sendiri nak duduk sebelah aku, lawak budak ni.

Friday, 30 May 2014

Perbezaan Mengandung Anak Pertama dan Ke-2

1. Simptom - Memang sama, 3 bulan tidak boleh makan nasi, mee, roti dan benda yang berat cuma boleh makan buah. Berat asal 50 jadi 43kg, kebetulan saya menyusukan anak.
2. Minuman - Kali ni awal kehamilan tidak suka minum susu anmum, saya banyak minum susu lembu segar.
3. Makanan - Saya selalu makan buah tembikai merah dan tembikai susu, rupanya ada kelebihan seperti di bawah.
4. Pergerakan awal semasa 18 minggu, anak pertama dulu gerak semasa 22-25 minggu.
5. Kali ni saya tak pantang sangat tapi saya banyak amik supplemen cotoh obimin, gulsan, omega guard dan sebagainya. KAli ni saya banyak minum ais, makan makanan ringan.
6. Masa  6 dan 7bln ptg2 dan mLm xde selera mkn mee and ns, just makan roti mamak.






BUAH TEMBIKAI MERAH




Mengandung anak ke-2 memang saya suka makan buah tembikai, tak sangka banyak khasiatnya, saya selalu terfikir takut tak elok sebab orang kata boleh jadi panas dalam tetapi rupanya bagus.


Di bawah adalah kebaikan tembikai untuk ibu hamil . From Web http://isyadkisya.blogspot.com


1.    Anak akan cantik

2.    Baik akhlaknya

3.    Minuman peransang pertumbuhan gigi

4.    Permbersih pundi kencing

5.    Menambahakan air tulang belakang

6.    Pembersih kulit

7.    Menyembuhkan penyakit sakit kepala, paru-paru dan masalah kulit

8.    Memulihkan sisitem tubuh yang lemah

9.    Menyembuhkan daripada pembedahan

10.  Menghapuskan toksik

11.  Melancarkan perjalanan darah


Ini adalah cerita Rasullullah :-

"Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.



BUAH TEMBIKAI SUSU



Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori.
Saya selalu makan buah tembikai ni sehinggakan saya tak perlu amik ubat tambah darah. HB sangat ok.























JADUAL MAKAN HARIAN KETIKA TIADA SELERA


PAGI : 1 CAWAN SUSU PANAS

            1 CAWAN FRESH MILK / DUTCH LADY STRAWBERRY

1 POTONG BUAH PEAR / LAI MADU

ROTI CANAI

BISKUT MUNCHYS


TENGAHARI : 1 MANGKUK BUBUR PISANG / BUBUR KACANG

                        2 POTONG BUAH TEMBIKAI SUSU / TEMBIKAI MERAH

                        KUIH TELINGA KELING / AGAR-AGAR MERAH / DONUT

ROTI GARDENIER COKLAT


PETANG :        GORENG PISANG / JEMPUT2 PISANG


MALAM : KACANG

            1 CAWAN SUSU

            ROTI JALA

            ROTI CANAI

            COKLAT PEPPERO

            ROTI CICAH AIR MILO

            KENTANG GORENG

           







Supplemen Ketika Saya Hamil


1. Susu Hi Goat
Untuk mengelakkan anak kuning dan lebih baik dari susu lembu.
Waktu minum - Malam 1 sachet (Start minum semasa kandungan saya 5 bulan)
Harga RM 30.00 (15 sachet)
 
2. Pati Delima Gulsan
Untuk menambahkan HB. Sepanjang saya hamil anak ke-2 ni saya langsung tak makan pil tambah darah. Alhamdulillah HB sangat ok range 11-13.
Waktu minum - Setiap pagi sebelum sarapan 1 sudu kecil.
Harga - RM 15.00

3. Susu Nubian
Untuk mengelakkan anak kuning dan lebih asli dari Hi-Goat.
Saya start minum semasa kandungan 6 bulan.
Harga - RM 5.00
4. Jus Tok Guru
Ini adalah makan sunnah. Jus ini mengandungi kurma, madu, habbatuss sauda dan lain-lain.
Waktu minum - Pagi 1 sudu
Harga - RM 20.00

5. Susu Lembu Segar
Pada awal kehamilan saya tak boleh nak minum susu anmum. Saya rujuk doctor Ganga, doctor kata susu selain ibu pun boleh minum cuma susu ibu ada asid folik. Jika ibu ambil pil asid folik so boleh minum susu lembu segar selain susu ibu hamil.

6. Obimin
Disebabkan semasa mengandung anak ke-dua ni saya masih lagi menyusukan anak saya so doctor bagi tahu baby dalam kandungan tidak cukup vitamin, so doctor Ganga suggest ambil pil obimin ni.
Harga - RM 20.00 untuk 20hari




7. Vitamin Shaklee (Omega Guard & Vitamin C)
Vitamin ni untuk otak bayi dan kulit bayi. Kebetulan saya menyusukan anak saya so vit c boleh mengelakkan penyakit selesema.
8. Harga - LEbih kurang RM 100/botol

8. Neurogain
Sebelum makan Neurogain saya amalkan omega guard. Ini untuk otak bayi
Harga - RM 50.00 (30 biji)

9. Air Zam zam
Ini adalah sunnah nabi
Harga - RM 150

10. Bio Selusuh
Untuk memudahkan bersalin. Anak pertama saya amalkan semasa 8 bulan. InsyaAllah kali ni mungkin 7 bulan saya nak amalkan.
Harga-RM 70.00



11. Saffron
Kebaikannya :-
♡ Mencerdaskan minda,
♡ penyakit radang paru-paru,
♡ sakit tekak dan tonsil
♡ Sebarang masalah kulit, menghindarkan batuk dan selsema
♡ Sakit kepala atau migrane dan asma
♡ Muntah-muntah, penyakit buah pinggang
♡ Gila babi atau sawan, sukar tidur malam (insomnia)
♡ Demam
♡ Masalah limpa, pembuka selera makan, penyakit kanser, lumpuh
♡ Bengkak hati atau hipatitis A dan B
♡ Memudahkan penghadaman, menghilangkan bau mulut
♡ Membuang angin dan asid yang berkumpul dalam perut
♡ Menambahkan tenaga zahir dan batin
♡ Masalah mati pucuk, sembelit
♡ Pertumbuhan akal dan fizikal bayi serta kanak-kanak
♡ Awet muda dengan kulit cerah dan bersih
♡ Bahan penenang bagi masalah kemurungan & runsing
♡ Mengurangkan kesakitan pada kanak-kanak ketika tumbuh gigi
♡ Melancarkan perjalanan haid yang tidak menentu
♡ Menguatkan ingatan dan menghilangkan keletihan
♡ Menyembuhkan sakit perut, pening, sakit gigi, sakit mata dan pelbagai penyakit lain, insya' Allah
Khasiat utama Za’faran ialah merangsang pertumbuhan sel-sel otak manusia. Menguatkan ingatan. Amat baik jika dimakan bersama madu asli.Saidina Ali (R.A) pernah menyatakan: 'Barangsiapa yang memakan za'faran da dimakan bersama madu sebanyak 2 sudu setiap hari, maka dikagumi ingatannya sehingga dituduh melakukan sihir"

 

Wednesday, 15 January 2014

Makanan Sihat Ketika Hamil - 2


Makanan yang perlu dimakan semasa mengandung ialah:


* Buah-buahan dan sayur-sayuran
-> Buah : Betik, Tembikai, Labu
-> Sayur : Broccoli, kubis, lobak merah, kentang

* Makanan berkanji
-> roti, nasi, pasta, ubi kentang.

* Makanan berprotein tinggi
-> Daging, ayam, ikan, telur, kekacang (soya). Banyakkan makan ikan sekurang-kurangnya 2 kali seminggu.

* Makanan berkalsium tinggi - bagus untuk ketahanan gigi ibu dan pertumbuhan gigi & tulang bayi.
-> Susu, yoghurt, cheese.

* Makanan berserat tinggi - untuk mengelak sembelit
-> Bijirin : Oat
-> Buah : Tembikai, Epal merah, Melon, Buah Naga, Belimbing, Pir Hijau, Jambu biji Merah, Betik, Avocado hijau, Mangga, Laici, Pisang, Tomato

* Vitamin dan Mineral tambahan - dalam bentuk pil yang akan diberi di klinik semasa pemeriksaan ibu mengandung. Habiskan semua pil yang doktor bagi. :)
-> Asid folik : Untuk perkembangan saraf dan otak bayi
-> Zat Besi : untuk pembentukan sel darah merah (membawa makanan dari ibu kepada bayi melalui plasenta)
-> Kalsium : untuk pembentukan tulang dan gigi bayi

 

 


Makanan Sihat Ketik Hamil


1. Buah Tomato kecil (Kulit Licin)

       2. Buah Kiwi (Elak kecacatan)

       3. Buah Delima (Bibir Bayi Merah)

       4. Air Soya (Anak kulit putih)

       5. Herbalife (Memang bagus, Hb terus jadi ok and tak sembelit)

       6. Susu (Otak baby)

       7. Roti Gandum (Naikkan Hb)

       8. Kekacang (Naikkan Hb)

       9. Biskut Oat

       10. Kurma (Senang Bersalin)

       11. Kismis (Otak Bayi) 

       12. Salmon + Sushi (Omega 3)

       13. Buah Anggur

       14. Buah Epal

       15. Ulam Pegaga (Naikkan HB)

       16. Jus buah (Epal)

       17. Keju (Kalsium)

       18. Roti Gandum Mashimo (Naikkan HB)

       19. Madu + Air Kelapa + Air Tebu (7 Bulan ke atas)

 

Surah & Petua untuk hamil


Antara surah-surah yang saya amalkan ialah :-

 

1. Surah As-syura ayat 50.

2. Surah Al-imran ayat 38.

3. Surah Anbiya ayat 89.

4. Baca Ya mushowwir 100x.

5. Surah Maryam ayat 1 hingga 6.

6. Al-fatihah kepada Rasul, sahabat, ibu & bapa.

7. Semasa bersama dari awal hingga akhir baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya  

     Musowwir.

8. Makan makanan yang menambahkan kesuburan – susu, kacang, madu, udang,

    kambing, pisang, petai, asparagus.
9. Saya minum anmum ibu hamil

 

Alhamdulillah berkat dari doa yang saya amalkan ini, syukur kepada Allah s.w.t yang saya telahpun mengandung sebulan selepas berkahwin dan langsung tidak dijangka. Syukur, Alhamdulillah……………………..:-)

Makanan Ketika Alahan


Antara makanan rutin saya semasa di awal kehamilan (xleh makan nasi) ialah :-

 

1. Pagi – Susu 1 gelas + kacang RM 1 + Roti skeping @ Biskut

2. T/hari – Buah + Air Kotak Milo + Nestum

3. Petang – Kacang RM 1.

4. Malam – Buah @ Roti + Air Milo Cecah Roti

 

Masa ni rase terseksa, sepanjang kehamilan tekak rasa xsedap, saya jarang makan asam sebab xbaik untuk baby, so hari2 saya makan buah sebagai pengganti sayur-sayuran.

Alahan Anak 1st


Secara kesimpulannya dari bulan pertama hinggalah nak masuk bulan keempat (16 minggu) ada juga lah alahan yang saya alami, antaranya ialah :-

 

1. Tak boleh makan nasi+mee.

2. Tak suka suami kiss.

3. Xsuke bau masak lagi2 kedai yang berbau masakannya. Xtahan bau sampai tutup hidung dan xleh lalu kedai makan yang depan merging rase nak muntah, padahal tingkap kereta tutup.

4. Xsuke bau dalam kereta abang, memang nak termuntah.

5. Xsuke bau shower gel.

6. Xsuka bau KFC.

7. Xboleh makan salindah pening dan muntah-muntah.

 

Syukur Alhamdulillah, saya xslalu muntah boleh dikira xsampai 5 kali muntah kecuali muntah time makan salindah sahaja, stop salindah baru xmuntah sebabnya salindah homoepati mmg xsesuia untuk tekanan darah rendah macam say, akan pening, masa tu saya baru beli 1 botol sahaj (RM45). Kesimpulannya morning sickness saya xteruk dan saya jarang pening.

 

Masa bulan pertama yang xboleh makan nasi tu amatlah terseksa, sampai nak nangis xtau nak makan ape, saya makan ckt jek Alhamdulillah xgastrik sebabnye sebelum kawen saya ni ade gastric. Pergi rumah org kwen pun xmakan tgk dan minum air jek, org blanje makan besar-besar pun saya tengok jek.