Friday, 30 May 2014

Perbezaan Mengandung Anak Pertama dan Ke-2

1. Simptom - Memang sama, 3 bulan tidak boleh makan nasi, mee, roti dan benda yang berat cuma boleh makan buah. Berat asal 50 jadi 43kg, kebetulan saya menyusukan anak.
2. Minuman - Kali ni awal kehamilan tidak suka minum susu anmum, saya banyak minum susu lembu segar.
3. Makanan - Saya selalu makan buah tembikai merah dan tembikai susu, rupanya ada kelebihan seperti di bawah.
4. Pergerakan awal semasa 18 minggu, anak pertama dulu gerak semasa 22-25 minggu.
5. Kali ni saya tak pantang sangat tapi saya banyak amik supplemen cotoh obimin, gulsan, omega guard dan sebagainya. KAli ni saya banyak minum ais, makan makanan ringan.
6. Masa  6 dan 7bln ptg2 dan mLm xde selera mkn mee and ns, just makan roti mamak.






BUAH TEMBIKAI MERAH




Mengandung anak ke-2 memang saya suka makan buah tembikai, tak sangka banyak khasiatnya, saya selalu terfikir takut tak elok sebab orang kata boleh jadi panas dalam tetapi rupanya bagus.


Di bawah adalah kebaikan tembikai untuk ibu hamil . From Web http://isyadkisya.blogspot.com


1.    Anak akan cantik

2.    Baik akhlaknya

3.    Minuman peransang pertumbuhan gigi

4.    Permbersih pundi kencing

5.    Menambahakan air tulang belakang

6.    Pembersih kulit

7.    Menyembuhkan penyakit sakit kepala, paru-paru dan masalah kulit

8.    Memulihkan sisitem tubuh yang lemah

9.    Menyembuhkan daripada pembedahan

10.  Menghapuskan toksik

11.  Melancarkan perjalanan darah


Ini adalah cerita Rasullullah :-

"Satu hari telah dihadiahkan buah tembikai Taif kepada Rasulullah SAW .Nabi menciumnya dan bersabda: "Makanlah ini dengan gigi kamu, kerana ini adalah antara perkara yang halal di atas bumi.Jusnya adalah rahmat dari Allah dan kemanisannya dari syurga."Rasulullah berada bersama beberapa sahabat pada suatu hari dan bersabda: "Allah merahmati orang yang memberi kita makan dengan buah tembikai ini". Kemudian bangun Sayidina Ali k.w bangun mendapatkan beberapa buah tembikai tambahan.Rasulullah SAW dan sahabat terus memakannya.Baginda bersabda "Allah akan melimpahkan rahmat kepada orang yang memberi kita, yang memakannya sekarang dan kepada sesiapa yang memakannya dari golongan umatku dari sekarang hinggalah kepada hari kebangkitan.



BUAH TEMBIKAI SUSU



Selain itu tembikai susu turut merupakan sumber asid folik yang bagus, dimana asid folik ini bagus untuk ibu yang mengandung dimana ia boleh mencegah kecacatan ketika lahir. Malah tembikai susu dilihat mempunyai kandungan sodium yang kurang, bebas lemak, bebas kolestrol dan rendah kalori.
Saya selalu makan buah tembikai ni sehinggakan saya tak perlu amik ubat tambah darah. HB sangat ok.























JADUAL MAKAN HARIAN KETIKA TIADA SELERA


PAGI : 1 CAWAN SUSU PANAS

            1 CAWAN FRESH MILK / DUTCH LADY STRAWBERRY

1 POTONG BUAH PEAR / LAI MADU

ROTI CANAI

BISKUT MUNCHYS


TENGAHARI : 1 MANGKUK BUBUR PISANG / BUBUR KACANG

                        2 POTONG BUAH TEMBIKAI SUSU / TEMBIKAI MERAH

                        KUIH TELINGA KELING / AGAR-AGAR MERAH / DONUT

ROTI GARDENIER COKLAT


PETANG :        GORENG PISANG / JEMPUT2 PISANG


MALAM : KACANG

            1 CAWAN SUSU

            ROTI JALA

            ROTI CANAI

            COKLAT PEPPERO

            ROTI CICAH AIR MILO

            KENTANG GORENG

           







No comments:

Post a Comment