From web - http://cepatmembaca.blogspot.com
1. Mempelbagai Bacaan Buku CeritaSebagai tambahan kepada
amalan-amalan sebelum ini, saya akan mempelbagaikan bacaan buku cerita kepada
bayi saya. Saya akan memperkenalkan buku cerita kanak-kanak yang bergambar
menarik dengan teks bacaan yang pendek
pada setiap muka surat. Buku bermaklumat seperti My First Dictionary dengan
ilustrasi yang menarik amat diminati oleh bayi saya.
Saya suka bacakan
buku cerita sambil memeluk bayi saya supaya dia merasa tenang dan selamat. Saya
jadikan sesi bacaan(aktiviti otak kiri) lebih menyeronok dengan membuat pelbagai
bunyi dan mimik muka untuk menggalakkan dia merasai pelbagai emosi(aktiviti otak
kanan) & berimaginasi (aktiviti otak kanan) walau pun masih kecil.
2. Mengimbas kad Bunyi Huruf
B.Melayu, B.Inggeris & Quran
Untuk mendapat
bayi yang pintar, Dr Susan Ludington menyarankan ibu bapa mengimbas kad huruf
bermula bayi berumur 6 bulan. Imbas dan sebutkan bunyi 5 huruf BM/BI/Quran pada
setiap sesi(rangsangan penglihatan & pendengaran).
Saya lakukan
aktiviti ini dengan meriba bayi. Saya tunjukkan kad pertama 25cm daripada mata
bayi dan menyebut bunyi huruf dua kali
dengan jelas. Sebagai contoh /a/, /a/. Jangan sebut nama huruf seperti 'ei, bi
si..(a, b, c..). Seterusnya saya akan mengimbas kad-kad lain dengan cepat bukan kerana bayi cepat jemu
tetapi kerana mengimbas dengan cepat merupakan aktiviti otak kanan.
No comments:
Post a Comment