Thursday, 7 March 2013

Cara Mendidik & Mengajar Anak Saya Aleesya

1) Surah & Zikir
    Setiap pagi pukul 8.00 pagi saya akan mengepam dan menyusukan bayi, masa itulah waktu saya membaca surah & zikir, antaranya ialah 1x Al-fatihah, 1x Ayat Kursi & 1x Alam Nasyrah lalu tiub di ubun2. Baca Ya Latif 100 Kali dan tiub di ubun, sebaik2 nya baca Ya Latif pada waktu malam.

2) Usap Ubun & Bercakap
Semasa bayi menyusu, saya akan mengusap ubun2 dan bercakap kepadanya doa yang baik2 seperti, semoga Aleesya jadi anak yang baik, bijak, solehah, belajar rajin-rajin, dah besar nanti kerja elok-elok, mama & papa dah tua bagi duit, jangan jauhkan diri dengan mama & papa, walaupun die xfaham kita sentiasa cakap dengan dia, orang kata budak kecik memang tak faham tetapi hatinya boleh memahami. Selalu pegang ubun-ubun dan berdoa dalam hati, jika ingin menasihati dan berdoa untuk anak usap ubun-ubunnya. Sentiasa bercakap dengan bayi semasa mandi, memakai pampers dan sebagainuya. Ada fakta yang menyatakan ibu bapa lah yang mencorakkan bayi, bukan video,dan sebagainya. Satu hari kena cakap banyak dengan bayi. Berikan masa setengah jam jika balik dari nursery tanya apa yang dia buat walaupun dia tak faham. Jangan terus membuat kerja di dapur ini kerana bayi tidak diberi perhatian

3) Tidak Dimarahi & Dikasari
Jangan dimarahi, saya peernah terbaca artikel menyatakan anak yang menangis jangan dipukul kerana setiap tangisan itu die mendoakan kita, bayi yang kecik juga tidak tahu apa-apa, kesian jika dimarahi. Jika dikasari anak maka anak akan kurang kasih sayang.

4) Peluk, Cium & Sayang
Jika kita peluk dan bagi kasih sayang secukupnya anak akan berasa disayangi dan anak tidak akan berasa dipinggirkan, kanak-kanak yang mempunyai sifat yang tidak elok adalah kerana dari awal tidak diberi pelukan dan kasih sayang. Selalu cium bayi kerana benyak kita cium bayi, kita akan mendapat pahala.

5) Mainan
Bermain dengan mainan yang elok untuk otak bayi, contohnya bunyi loceng yang boleh pegan tu, bunyikan pada setiap arah, dan arahkan benda tu atau lalu ke mata dia dari kanan ke kiri. Nurse juga menasihati saya membuat perkara itu. Bermain Bu-Chak dengan dia. Tepuk-tepuk tangan atau gerak anggota badan sambil menyanyi.

6) Flash Card
Walaupun bayi tidak memahami tetapi biar die mengenal dahulu. Saya membuat sendiri huruf A-Z, 1-10 pakai marker hitam atau merah, warna marker ini memainkan peranan penting, peringkat awal bayi boleh kenan jika kita tulis guna marker hitam atau merah di atas kertas putih. Saya mula mengajarnya flash card sejak 3 bulan, setiap hari 5 huruf. Jika mengajarnya pastikan tiada gangguan lain seperti bunyi tv yang terlalu kuat.

7) Video
Start umur 4 bulan saya mengajarnya menonton video 'Baby You Can Read'. Ada banyak volume, saya beli yang starter video, ajar selama sebulan baru beli volume yang seterusnya. Bangun tidur saya terus pasang CD ni di lap top dan dia menonton, setiap hari bayi menonton 1 kali atau 2 kali.

8) TVIQ (Channel Astro 610)
Kadang-kadang saya buka rancangan ini semasa saya membuat kerja rumah. Jauhkan sedikit jarak bayi dan TV kerana takot mata dia rosak.

9) Pemakanan
Saya akan bagi bayi makanan yang elok. Saya juga makan 'Omega Guard' Brand Shaklee. Bayi menyusu badan maka saya makan pil tersebut supaya omega itu meresap ke dalam susu badan saya.

10) Mengenal Objek & Anggota Badan & Mama & Papa
Saya selalu berkata padanya dan mengajar dia tentang barang-barang yang ada di dalam rumah seperti' Aleesya..ini bantal, sudu, air, hujan dan sebagainya. Pegang anggota badan sambil menyanyi dan berkata kepadanya. Kenalkan diri sendiri, suami dan lain-lain.

11) Pergerakan Badan
Selalu pegang kaki seperti mengayuh basikal. Tepuk-tepuk tangan sambil menyanyi. Usik hidung dan berkata ini hidung, mulut.

12) Berjalan
Selalu keluar berjalan agar dia boleh membiasakan diri dengan orang ramai. Selain itu dapat menghirup udara yang baru, duduk sahaja di rumah tidak membekalkan banyak oksigen maka boleh menyebabkan sakit tidak berkurangan.

No comments:

Post a Comment