Thursday, 10 January 2013

Pemakanan Effect Susu Ibu

Secar logiknya, anda berkongsi makanan anda dengan bayi anda ketika anda menyusukan kerana segala sesuatu yang anda makan bertukar menjadi susu untuk bayi anda. Itulah sebabnya mengambil makanan berkhasiat dan bervariasi bukan sahaja penting ketika anda hamil, tetapi juga ketika anda sedang menyusui. Tetapi perkara ini lebih mudah diucapkan daripada dilakukan. Apabila anda menyusui selama berjam-jam, peluang untuk mengambil diet seimbang bukanlah keutamaan utama anda. Makanan asas anda mungkin bijirin dan susu, roti bakar, roti, yoghurt, buah-buahan dan makanan lain yang boleh anda sediakan atau ambil dalam masa yang singkat. Tapi diet ini tidak memberikan anda tenaga yang anda perlukan. Cuba tips ini untuk memastikan anda mendapat nutrisi yang cukup untuk anda dan bayi: 1. Apabila anda atau pasangan anda memasak, pastikan memasak di dalam jumlah yang besar supaya sebahagiannya boleh disimpan di dalam peti sejuk dan dipanaskan semula. 2. Beli makanan yang telah di masak dalam kuantiti yang besar dan simpan sebahagiannya. Sekurang-kurangnya anda telah ada satu makanan yang hanya perlu dipanaskan sahaja. 3. Apabila membuat sandwic, selain daripada mentega, anda juga boleh menambahkan bahan berprotein atau salad di dalamnya. 4. Sayuran berbatang - simpan di dalam peti ais dan hidangkan bersama keju atau mentega kacang. Intoleransi makanan Bayi anda bertindak balas terhadap apa yang anda makan. Ini adalah contoh klasik: jika anda makan banyak buah prun untuk merangsang perut anda selepas melahirkan anak, bayi anda juga akan mendapat cirit birit. Beberapa bayi mendapatkan reaksi seperti ruam atau sakit perut jika anda makan banyak kekacang, bawang putih atau makanan pedas. Jika anda mengesyaki anak anda bertindak balas terhadap sesuatu yang anda makan, anda perlu berhenti mengambil makanan tersebut sebagai diet anda selama beberapa hari dan lihat kesannya selepas itu. Apabila anda mengambil makanan itu kembali, anda akan mengetahui jika makanan tersebut serasi dengan bayi anda atau tidak. Alahan makanan Bayi anda juga boleh bertindak balas terhadap apa yang anda makan jika bayi anda alah terhadap makanan tertentu, seperti susu lembu. Jika anda mengesyaki adanya alahan makanan, berhubunglah dengan doktor anda untuk mendapatkan penyelesaiannya. Berhati-hati dengan diet anda dan sentiasa dapatkan nasihat pakar. Misalnya, memberhentikan pengambilan susu dari diet akan menghalang anda dan bayi mendapatkan sumber kalsium penting. Memberi bayi anda menyusu badan untuk sekitar enam bulan adalah langkah yang baik ke arah mencegah alahan pada bayi anda. Menyusui membuatkan anda haus Cecair yang banyak diperlukan untuk menghasilkan susu, jadi anda perlu minum air yang banyak. Gunakan tahap kehausan anda sebagai panduan. Cuba minum 10 cawan air setiap hari dan cuba untuk minum air setiap kali anda hendak menyusui. Cecair tambahan mungkin diperlukan semasa cuaca panas, selepas bersenam atau jika anda muntah atau sembelit. Kurangkan meminum kopi dan teh, dan hentikan pengambilan alkohol sepenuhnya. Berhati-hatilah meminum teh herba. Minta nasihat bidan atau doktor. Teh tidak boleh diminum semasa makan kerana tanin dalam teh menghalang tubuh anda menyerap zat besi dalam makanan. Hadkan minuman ringan, air berperasa, air buah, kordial dan minuman diet kerana kandungan nutrisi yang rendah dan berkemungkinan mempunyai kandungan gula yang tinggi. Elakkan juga minuman tenaga. Makan pelbagai makanan sihat setiap hari daripada empat kumpulan makanan berikut: 1. Sayuran dan buah-buahan 2. Roti dan bijirin 3. Susu dan produk tenusu (rendah lemak adalah yang terbaik) 4. Daging, ayam, makanan laut, telur, kekacang dan bijirin. Anda juga perlu menghadkan pengambilan lemak (terutama lemak tepu), makanan yang masin, dan juga makanan dan minuman yang manis dengan:- menyediakan makanan kurang garam, gula dan lemak – apabila membeli-belah, baca label dan cari makanan yang rendah lemak (terutamanya lemak tepu), garam dan gula. Wanita New Zealand mendapatkan sebahagian besar daripada mereka lemak tepu dari mentega, susu, produk dipanggang, keju, kentang goreng panas dan daging. • Jika anda menggunakan garam, pilihlah garam yang telah diiodinkan. • Hati-hati apabila membeli, menyiapkan, memasak dan menyimpan makanan untuk memastikan makanan tersebut selamat untuk dimakan. Iodin Iodin adalah penting untuk pertumbuhan dan perkembangan mental dan fizikal bayi. Makan makanan beriodin sekerap mungkin, seperti susu rendah lemak, roti bijirin, telur, ikan dan makanan laut. Makanan yang mengandungi rumpai laut, seperti sushi adalah sumber iodin yang tinggi tetapi pastikan ianya disediakan segar. Suplemen yang mengandungi rumpai laut, kelpa dan iodin tidak disyorkan untuk ibu-ibu yang menyusui kerana kandungan dan kualiti iodinnya adalah tidak menentu. Vitamin D Vitamin D penting untuk tulang yang sihat dan kuat. Vitamin D dibina di dalam badan melalui sinaran matahari ke atas kulit anda. Itulah sebabnya kita digalakkan meluangkan sedikit masa berjemur setiap hari. Semasa waktu siang pada bulan Oktober hingga Mac, elakkan berada di terik matahari di antara jam 11.00 am dan 4.00 pm. Anda boleh berada di kawasan teduh selama 5-20 minit. Pakailah topi, pakaian pelindung matahari, kacamata hitam, dan krim yang mengandungi SPF 30+. Semasa bulan April hingga September, pastikan anda mendapat cahaya matahari yang cukup untuk keperluan vitamin D. Vitamin D juga boleh di dapati dalam ikan segar atau dalam tin (tuna, sardin, salmon, mackerel), telur, minyak ikan dan marjerin bervitamin D. Makanan tersebut perlu diambil oleh wanita yang tidak dapat vitamin D yang cukup daripada matahari. Ini termasuklah wanita yang: • mempunyai kulit gelap (kulit mereka mengambil masa yang agak lama untuk menyerap vitamin D daripada matahari) • berada di dalam rumah sepanjang masa • sentiasa menutup kulit mereka dengan pakaian di atas sebab budaya atau agama. Suplemen Sekiranya pemakanan anda berasaskan empat kumpulan makanan yang disyorkan, anda tidak perlu lagi mengambil suplemen. Sekiranya anda mengambil sebarang vitamin, herba atau suplemen lain, pastikan pegawai penjaga materniti anda diberitahu. Mengambil suplemen yang disyorkan oleh pakar diet atau pegawai penjaga materniti adalah langkah yang terbaik. Nasihat Ada sebilangan wanita memerlukan khidmat nasihat khas daripada pakar diet mengenai pemakanan. Tanya doktor atau bidan anda untuk bertemu dengan pakar diet sekiranya anda: • mengetahui bahawa makanan yang anda ambil memberi reaksi negatif kepada bayi. • masalah perubatan yang memberi kesan kepada pemakanan, seperti kencing manis • makan sangat sedikit atau ada masalah pemakanan • adalah vegetarian • berumur bawah 18 tahun. Untuk maklumat lanjut, dapatkan naskah percuma Pemakanan Sihat Untuk Wanita Menyusui daripada: www.healthed.govt.nz. Sekiranya anda wanita New Zealand, kongsikan pengalaman pemakanan anda di sini.

No comments:

Post a Comment