Thursday, 10 January 2013

Jangan cari Milk Booster

From web: http://zahirahzainal.blogspot.com/

Susu ibu terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu, secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya menghasilkan susu. Sila tengok jap gambar di bawah. Mesti mummy boring tengok gambar ni aje, nasiblah.... Sekadar nak beri gambaran je ni. Takut ada yang tak nampak bayangan tentang apa yang aku jelaskan tadi.
susu ibu yang terhasil, memang berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah tu...Memang takkan cukup."breastfeeding" ni, ianya bersifat semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!

Kenapa aku sebut pasal, " Allah juga takkan mengubah nasib sesuatu kaum, selagi kaum itu tak nak merubahnya." Sebabnya, kenapa mummy masih percaya pada benda2, cakap orang N sebagainya. Kan aku dah pesan, jangan percaya pada benda2 tu semua. Anggap apa yang kita lakukan, bila makan milk booster tu, ianya sekadar, usaha dan ikhtiar kita. Bukan dek kerana milk booster tu yang berkesan! Sebab tu, niat menyusu ni, tanamkan di dalam hati, sebaik saja kita disahkan mengandung. Banyakkan berdoa serta berselawat, mohon pada Allah agar dikurniakan rezeki menyusu yang melimpah ruah.
Berbanding dengan mummy2 yang dok kampung (orang2 susah), walau ada iklan susu menarik camana pun, dia tetap tiada pilihan lain. Nak tak nak, terpaksa gak nyusukan anak diorang, sebab duit takde. Mungkin 'kekurangan duit' tu, adalah 'milk booster' diorang kot. Sebab, otak diorang secara automatik dah hantar signal, ANAK AKU NI, TIADA SUSU LAIN SELAIN SUSU IBU. (ini jelah yang mak mampu beri... minumlah nak, mudahan kamu kenyang...)

 jangan kelam kelibut sangat cari N makan milk booster macam2. Makan je makanan berkhasiat, yang penting, jaga solat, dan hubungan dengan Allah, supaya doa dan harapan kita dimakbulkan olehNya

No comments:

Post a Comment