1.Menyusu secara direct dengan lebih
kerap
2.Susun
jadual mengepam dan pastikan anda mengikutnya setiap 3 jam. Namun, jika anda
terlampau sibuk, jangan terus skip. Pump 5 minit lebih baik dari tidak mengepam
langsung.
3.Tambah
sesi mengepam di luar waktu pejabat. Contohnya selepas bayi menyusu di rumah.
Buat power pumping pada hujung minggu atau sekali sekala.
4. Pastikan
anda mengosongkan payu dara.
Panjangkan 2-3 minit masa tambahan untuk mengepam dari kebiasaaan anda lakukan.
5. Buat urutan payudara dan breast compression.
6. Cuba
ambil makanan tinggi protein.Pastikan
anda makan mengikut keperluan. Badan anda perlukannya.
7. Jaga kesihatan anda dengan rehat yang
cukup, senaman dan ambil supplemen. Lakukan hobi yang anda gemari supaya anda
kekal gembira dan mampu menangani stress dengan baik.
8. Bila anak
dah capai usia 6 bulan, biasanya, sudah diberi makan makanan separa pejal.
Kebiasannya, selepas makan, bayi akan kurang menyusu pada waktu tertentu
(ketika lepas makan tu). Sebabnya dia dah kenyang. WAJIB perah keluar susu yang
ada, sehingga kosong kedua-dua breast.(boleh simpan susu ni, buat stok)
9. Kerapkan menyusu pada waktu malam
(kalau ada ketikanya, baby kenyang dan tak mahu menyusu, WAJIB bangun sekejap
dan perah susu keluar).
10. Jangan sesekali, biar breast bengkak!
Bila breast bengkak, akan menyebabkan sejenis protein FIL (feedback inhibator
of lactation) memenuhi ruang susu. Fungsi protein ni, akan merehatkan kilang
susu dari proses susu lagi. Sebab tu, kalau kita biar breast bengkak, dia akan
membengkak sehingga semaksimum yg boleh, kemudian breast kita akan mengeras
macam batu. Tapi, tak meletup kan! Sebab, fungsi FIL ni, dah sekat kilang dari
buat susu lagi. Kalau kita biasakan selalu, lama-kelamaan susu akan berkurang.
Sebab, secara automatik kita akan hantar signal ke otak, bahawa susu tak
diperlukan sebanyak itu lagi. So, susu akan semakin berkurang dan makin lama
akan mengering.
11. Mulakan memerah susu seawal yg mungkin. Ini
bergantung pada hari ke berapa susu matang anda keluar semasa dalam pantang.
Ini bagi mengelakkan anda stress akibat kekurangan stok susu semasa anda mula
bekerja nanti.
12. Dapatkan
pam yang bersesuaian yang membantu menjimatkan masa dan selesa. Namun bagi ibu
yg mahir express susu menggunakan tangan kadang2 lebih byk hasilnya.
13. Susukan bayi sambil mengepam. Sebelah
susukan bayi, sebelah lagi pam. Dengan cara ini anda juga boleh menyediakan
stok susu dengan lebih banyak.
14. Memahami konsep demand & supply.
Semakin banyak anda mengosongkan payudara, semakin banyak susu akan
dihasilakan.
15.
Disiplin.! Jika anda seorang ibu yg bekerja, pastikan anda mengepam susu setiap
3 jam. Andaikata hari tersebut anda terlalu sibuk, anda seharusnya menggantikan
sesi mengepam pada sebelah malam (bangun malam)
16. Pastikan
tiada negatif stok. Sekiranya bayi anda menyusu 12oz di siang hari, pastikan
anda membawa pulang sekurang-kurangnya 12oz atau lebih.
17. Minum
air secukupnya atau perbanyakkan makanan seperti sup dalam menu harian anda. Air minimum 3liter sehari.
18. Ambil
suppliment/penggalak susu. Ini adalah alternative bagi memastikan tubuh anda
sentiasa sihat dan cergas bagi menghasilkan susu dengan lebih banyak. Elakkan
mengambil penggalak susu yg mengandungi dadah.
19. Doa yang
tidak putus. Baca surah Hujurat dan sapukan pada kedua2 belah payudara. Surah
Al-Baqarah ayat ke 60 juga membantu. Doa, semoga penyusuan kita dipermudahkan.
20. Sentiasa berfikiran positif.
Bertenang dan bersabar jika mengalami dugaan semasa tempoh penyusuan.
21. Elakkan stress. Kerana stress hanya
akan menyebabkan susu anda berkurangan.
15.
Berjumpalah dengan rakan2 yg menyokong penyusuan susu ibu. Supaya kite lebih
bersemangat dalam meneruskan misi kite..
Susu ibu
terhasil daripada rangsangan bayi itu sendiri. Bila anak mula menghisap susu,
secara automatik, otak akan menerima arahan dari kilang2 susu, supaya
menghasilkan susu.
susu ibu yang terhasil, memang
berkait rapat dengan otak (fikiran kita). Sebab tu, kalau kita hantar
signal yang salah, seperti kurang susu, tiada susu, anak lapar, susu tak cukup
dan sebagainya. Itulah yang akan terjadi. Sebab, kilang susu tu, ikut
perintah dan arahan dari otak. Dah otak kita kata susu tak cukup, yelah
tu...Memang takkan cukup."breastfeeding" ni, ianya bersifat
semulajadi serta fitrah manusia. Macamana, perempuan ditakdirkan boleh
mengandung dan bersalin, begitu juga dengan menyusu. Insyaallah, kalau kita dah
pasang niat yang betul, pasti akan berjaya!
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu
meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang
biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara
tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Macam mana nak buat Power Pumping?
Untuk Simgle Pump -
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak 10
minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit
berterusan selama sejam
Untuk Double Pump -
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit,
rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan
seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari,
seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu
No comments:
Post a Comment