Thursday, 20 September 2012

Resepi - Kek Coklat kukus

Resepi : Kek Coklat Moist Munira Baharum

Rujukan : Belog Noorsha


Bahan2 yg di perlukan :

Bahan A :
1 cawan gula pasir halus/kastor - (guna 3/4 cawan saja)
1 cawan serbuk koko
1 cawan susu cair @ susu segar
1 cawan susu pekat
1 cawan minyak masak
Bahan B ( di ayak ) :
3/4 cawan tepung gandum
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil baking powder

Bahan C :

4 biji telor - di blender


Cara - cara membuatnya :

 
1. Satukan ke semua Bahan A ke dalam periuk.
2. Masak sebentar atas api perlahan sampai ke semua bahan tersebut larut.. Matikan api dan rehatkan seketika
3. Kemudian, masukkan bahan B (bahan2 yg di ayak) dan Bahan C ( telor yg di blend td) ke dalam adunan tersebut berselang seli..
4. Masukkan sikit demi sedikit dan kacau guna whisker/senduk.. buat sampai abis.. gaul sebati sampai adunan tak berbintil2..
5. Kemudian masukkan dalam loyang yg di griss dgn butter, tutup loyang dgn aluminium foil dan kukus hingga masak..
6. Pastikan ketika mengukus, JANGAN buka periuk kukusan 45 minit yg pertama

Bahan2 utk Coklat Ganache :
500 gram coklat masakan
280 ml susu segar/whipping krim
1 sudu besar butter..
** Cairkan coklat dgn kaedah double boiler, bila dah cair, masukkan whipping krim.. kacau sebati.. akhir sekali masukkan butter.. biar adunan sejuk seketika baru tuang atas kek td. kann..

Sunday, 16 September 2012

Resepi - Kek Marble


Kek Marble Anis
Oleh: Azie Kitchen

Bahan bahan:
10 biji telur
450gm marjerin
350gm gula kaster
350gm tepung (guna tepung kek Bluekey)
1 sudu kecil baking powder (opsyenal)
Sedikit esen vanila
Pewarna (merah/purple/hijau) -  atau apa apa warna yang disukai


Cara cara:
Pukul marjerin bersama gula sehingga kembang. Kemudian, pukul telur satu per satu sehingga adunan kembang dan sebati. Masukkan esen vanila dan gaulkan.

Ayak tepung dengan baking powder dan masukkan tepung sedikit demi sedikit  sambil dipukul hingga rata.

Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian, mengikut warna yang disukai.

Masukkan 1 senduk adunan (merah) di tengah tengah loyang yang telah dilenser majerin, kemudian, 1 senduk adunan (hijau) di atas adunan warna merah dan 1 senduk adunan (purple) dan ulangi sehingga habis dan lorekkan.


Bakar pada suhu 180C menggunakan api bawah sahaja selama 30 minit dan selepas itu, baru menggunakan api atas dan bawah selama 15 minit lagi.

Nota:
Sukatan ini boleh dapat 2 biji kek untuk loyang saiz 8".
Boleh juga dibuat sebagai cupcake. 

Bila kek masak sahaja, terus dimatikan oven kerana tidak mahu terlebih bakar bagi menghasilkan kek yang moist.

Week 36 @ 37

Last week check up di Klinik Aneka, Alor Setar. Sangatlah terkejut kerana, tiba-tiba doktor bagi due lewat 1 minggu dari due yang asal iaitu sepatutnya 4 oktober menjadi 11 oktober. Aku sangatlah tergamam dan tak boleh kata apa-apa. Doktor bagi tarikh tersebut kerana dia bagi tahu yang keputusan tiroid saya sangat ok. Mungkin esok check up saya nak berbalah dengan doktor tersebut. Sepatutnya dia scan la semula untuk confirmlan due ini tidak, die xscan pun. So family and my husband pun rase xconfident dengan doktor tu seolah-olah bagi due ikot suka hati, da 9 bulan mengandung tibe-tibe bagi due yang lain plak. Saya ingatkan due awal sebabkan badan da xlarat dan kaki sakit, kadang-kadang tidur pun da tak selesa. Mungkin 22 Oktober 2012 ni saya akan dihantar oleh suami ke kampung halaman saya. Senang berpantang di kampung, mak boleh jaga. Kalau bersalin kat sini memang saya dan mu asben memang tak de pengalaman untuk jaga bayi.

Resepi - Mee Goreng Sedap

Bahan-Bahan :-

- Cili Kering
- Bawang Besar
- Bawang Putih
- Ayam + Udang
-  Tauhu
- Taugeh
- Sawi
- Mee
- Sos cili + tomato
- 1 sudu Rempah Kari
- Telor
- Kicap pekat
- Kicap Cair
- Timun

Cara - Cara :-

1. Blander lada kering + Bawang Besar + Bawang putih + rempah kari
2. 1 Tauhu goreng dan potong dan 1 lagi tauhu dihancurkan.
3. Ayam direbus.
4. Tumis bahan yang dikisar, letakkan garam + gula
5. Masukkan ayam + sos cili + sos tomato + kicap pekat + kicap cair + tauhu yang hancur
6. Masukkan stok ayam
7. Masukkan mee + pecahkan telor + taugeh + sawi + tauhu yang digoreng
8. Kalau nak sedap makan bersama sos + timun + perahan limau


Sunday, 9 September 2012

Resepi - Roti Puri + Sambal Sardin

ROTI PURI

Bahan-bahan ( 12 biji )

2 cawan tepung gandum
1 sudu kecil yis mauripan
1/2 sudu kecil garam *
3 sudu makan minyak masak *
2 sudu makan gula * (blh kurangkn jika x suka manis)
175ml air panas *
40-50ml air
Minyak untnk mengoreng

Cara-cara


  1. Satukan bahan bertanda (*) dan panaskan. Kacau sehingga gula hancur dan tutup api .
  2. Satukan tepung dan yis, gaulkan
  3. No.1 dimasukkan kedalam no.2 dan digaul dengan menggunakan garfu sehingga bercampur sahaj.
  4. Dengan menggunakan tangan, gaul adunan sehingga menjadi seperti serbok roti /breadcrumb .
  5. Tambahkn air sedikit-sedikit dan adun sehingga tak melekat kat tangan dan menjadi doh.
  6. Perap doh 30 minit, pastu bolehler dibahagikan doh pada 12 bahagian bulat yg keci.
  7. Canai doh nipis macam karipap / duit 50 sen
  8. Siap utk digoreng .....goreng sebijik sebijik ok ...
  9. TIPS utk mengoreng : gunakan api yang kecil / sederhana .. orang cakap kena pandai main api .. hehe .. kalau guna api yg besar boleh menyebabkan roti ni tak mengelembong / naik kembong
  10. Masa mengoreng hendaklah disimbah-simbahkan minyak ke atas roti ni ... bila dah mengelembOOOnng baru lah diterbalikkan

 
SAMBAL SARDIN

Bahan-bahan

1 tin besar sardin cap ayam
2 biji ubi kentang-potong dadu-rebus dulu dengan air
1 biji bawang besar-hiris bulat
6 biji bawang besar*
4 biji bawang putih*
1 inci halia*
3 sudu besar cili kisar
sedikit air asam jawa
garam dan minyak secukupnya



Cara-cara

1. Tumbuk/kisar halia, bawang kecil dan bawang putih.
2. Tuangkan minyak dalam kuali dan tumis bahan tumbuk hingga wangi.
3. Masukkan cili kisar dan tumis sehingga naik minyak dengan api yang sederhana.
4. Bila cili dah masak masukkan sardin, hirisan bawang besar, ubi kentang yang telah direbus dan air asam jawa.
5. Masak dengan api sederhana sehingga lebih kurang 10 minit dan letak garam.
6. Rasa dulu barulah ditutup api.