Sunday, 1 November 2020

Resepi Kek Pisang Menjadi

 Kali ni buat menjadi dan sedap tak manis sangat. 

Petua adalah :-

1. Oven panaskan betul2, saya panaskan dalam 15minit suhu 180darjah

2. Pukul telor sampai kembang dan sehala jek

3. Semua bahan dalam keadaan suhu bilik

Bahan-bahannya :-

- 4 atau 5 biji pisang berangan

- esen vanila

Bahan A :-

- Telor Gred A 3 biji suhu bilik

- 1cawan gula perang

- 1cawan minyak biasa atau minyak jagung

- sedikit garam


Bahan B

- 1 3/4 tepung gandum

- 1sk baking powder

-1sk soda bikarbonat


Cara membuatnya :-

1. Panaskan oven dalam 15minit

2. Ambil pisang lenyek2 dan biarkan dulu

3. Bahan A pukul sampai kembang

4. Masukkan pisang dan esen vanila putar lagi

5. Bahan B ayak

6. Bahan A tadi masukkan dalam bahan B sedikit2 pukul pakai whisk jek 

7. Ambil loyang sapu minyak dan tuang bahan semua tu dalam loyang topping nak letak hirisan pisang atau coklat chip pun boleh

8. Bakar 45minit 180darjah

9. Siap


Monday, 5 October 2020

Resepi Scones Menjadi Sedap Gebuu

 Salam, lama sangat nak cuba dan menjadi okey, resepi mat gebu


BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang)
100 ml susu segar (kurang lebih)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan raisin atau kismis hitam
Sedikit tepung untuk ditabur
Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones

CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata
  2. Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersat sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
  3. Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..


Resepi Agar2 sirap

 Bahan- bahan :-

- 20gram agar2

- 4mug air

- pati sirap

- 230gram gula biase


Cara membuatnya :-

- masakkan air dan agar2 sampai xberketul

- tuang gula, daun pandan dan sirap

- tapis dalam bekas dan masuk peti siap

- makan dgn susu cair sejuk tambah air gula sedap

Resepi Corndog Sedap Anti Gagal

 Aku ambil resepi ni dari facebook menjadi anak suke 

RESEPI KOREAN CHEESE CORNDOGS ANTI GAGAL


Resepi :


- 170ml (2/3 cawan) air suam

- 30g/ 2 1/2 sudu makan gula

- 4g/ 1 sudu teh instant yis

- 200g/ 1 1/2 cawan tepung roti/high protein/gandum

- 1/2 sudu teh garam

- 1 sudu makan air

- 3 batang hotdog/sosej (siap rebus)

- cheese mozarella

- serbuk roti/breadcrumbs


*Dapat dalam 10 batang corndogs

Cara membuatnya:-

- Ambil bekas letak air suam+yis+gula kacau rata

- Ambil mangkuk lain masukkan tepung dan garam kacau terus masukkan dalam bekas ade air suam yis tadi adunan jgn cair sgt nnt xlekat

- kacau biar suhu bilik jek 40 minit bg btol2 kembang

- potong hotdog 1 batang 3 bahagian dan potong cheese sama besar dan cucuk

- lepas 40minit ambil adunan tadi gelrkkan hotdog cucuk td dgn adunan biar golej2 byk kali utk elak cheese nipis nnt goreng takot terkeluar

- salut breadcrumb

- goreng terus xyah lama2 nnt cheewe terkeluar ni bleh buat frozen taw

- dah goreng makan ngan sos dan mayonis


Saturday, 26 September 2020

Resepi Peria Goreng Chrispy Confirm Menjadi

 Bahan-bahan :-

- Peria 

- Tepung bestari Peda / Xpedas

- Garam untuk rendam


Cara membuatnya :-

- Hiris peria halus2 buang tgh2 tu

- Rendam air garam 20 minit

- Basuh bersih

- Rendam Air panas 5-10minit

- Basuh lagi dan perah kuat2 ramas picit kuat2 untuk keluar air, ni rahsia pastikan betul2 kering genggam jek kuat2

- Ambil tepung bestari terus tabur

- Panaskan minyak dan goreng sikit2 api sederhana

- Angkat tapis dan letak atas tisu kitchen tu

- Agak2 sejuk simpan dan siap!! 

- Confirm menjadi

Saturday, 6 June 2020

UPT Pregnancy Test Pudar / Kabur

Anak dah 3 orang pun masih blurr bila try pakai pregnancy test line pudar, aku tak mengharap apa2 tapi dah 2 kali try memang pudar, xpe nanti ingat lagi seminggu aku jumpe doktor 😊 Rasanya kalau ikut kiraan baru 2 minggu tapi xpe nanti jumpa doktor 😊


Wednesday, 3 June 2020

Resepi Tauhu Bergedil Sedap

Resepi ni yang paling sedap dan menjadi

1 mangkuk daging kisar atau daging batang pinang potong hancur
20 biji tauhu
3 biji kentang
Daun sup saderi
Bawang goreng
Bwg kecil hiris utk dijadikan bawang goreng
2 ulas bawang putih
Bawang besar hiris
Garam halus
Lada sulah
Telor
Tauhu

Hiasan :-
Cili api merah
Cili api hijau

Cara membuatnya :-
1. Kentang potong nipis dan goreng xyah kunyit garam
2. Angkat dan tos
3. Tips lenyek time panas ye
4. Bawang goreng dan masuk dalam bekas kentang tadi
5. Tumis bawang putih dan bawang besar masukkan daging
6. Masuk serbuk lada putih dan garam sedikit
7. Angkat dan masuk dalam bekas kentang
8. Potong daun bawang dan masukkan dalam bekas kentang
9. Masuk bawang goreng, garam, serbuk lada sulah
10. Masuk dalam tauhu
11. Pukul telor dan golekkan kemudian goreng dan siap

Sambal kicap :-
10 ke 15 cili api
1 ulas bawang putih
Kicap jalen secukupnya
3-5 sb gula biasa

Semua ni blander halus

Last sekali hiasan tabur daun sup, bawang goreng, cili api