Salam, lama sangat nak cuba dan menjadi okey, resepi mat gebu
BAHAN-BAHANNYA :-)
100 gm mentega, dadu kecil dan sejukkan
2 cawan tepung berserbuk penaik (self-raising flour)
90 gram telur (guna 2 biji telur gred B, kacau dan timbang)
100 ml susu segar (kurang lebih)
1 camca teh esen vanilla
1/4 cawan gula kastor
1/2 cawan raisin atau kismis hitam
Sedikit tepung untuk ditabur
Mentega dan jem pilihan anda untuk dimakan bersama scones
CARA MEMBUATNYA :-)
- Panaskan oven pada suhu 190C. Masukkan tepung, gula kastor dan mentega sejuk dalam satu bekas, kemudian gaul ramas dengan hujung jari sehingga mendapat teksture seakan2 serbuk roti. Tuangkan ke atas meja kerja, tambah kismis hitam atau raisin dan gaul rata
- Buat lubang ditengah2 bancuhan. Masukkan telur dan esen vanilla, gaul rata. Kemudian masuk susu segar sedikit demi sedikit sambil digaul hingga menjadi doh yang lembut (jangan uli lama, setakat bersat sudah memadai). Tabur sedikit tepung dan canai doh setebal 2 cm dan terap dengan acuan pilihan anda (biasanya untuk scone, acuan yang digunakan jenis bulat dan bersaiz agak besar kurang lebih 3 inci). Alih atas dulang pembakar. Buat hingga siap.
- Bancuh baki telur dengan sedikit susu segar, kemudian gliskan atas scone tadi. Bakar hingga kuning keemasan dan permuakaan scone kelihatan merekah2. Sejukkan atas jaringan dan hidangkan bersama mentega dan jem pilihan anda..
No comments:
Post a Comment