1) Soda
Soda biasa mengandungi kandungan gula yang sangat tinggi, di mana ia boleh merosakkan gigi bayi. Selain itu, perut bayi yang kecil mudah kenyang, bermakna jika mereka telah minum soda, mereka akan kurang menerima makanan berkhasiat yang diperlukan oleh tubuh badan mereka.
2) Jus Buah-buahan
Jus buah-buahan merupakan antara makanan berkhasiat untuk bayi, memandangkan ia datang daripada buah. Buah pula tinggi kandungan khasiatnya, kan? Salah tanggapan ini. Walaupun jus datang daripada buah, kandungan serat buah akan hilang sewaktu semasa pemprosesannya. Yang tinggal hanya kandungan gula yang tinggi. Menurut pakar peadiatrik, Ari Brown "Jus hanyalah membazirkan kandungan kalori"
Penggunaan jus terutamanya seperti jus epal, dan jus buah pear untuk memaniskan makanan bayi juga bukanlah idea yang baik. Kandungan gula didalam jus ini akan mempercepatkan perjalanan makanan di dalam usus bayi. "Apabila makanan melalui usus dengan cepat, badan tidak dapat menyerap khasiat makanan ini" kata Leanne Cooper, seorang pakar nutrisi dan penulis buku What Do I Feed My Baby: A Step-by-Step Guide to Solids. Ia juga akan menyebabkan bayi mengalami cirit-birit.
Menurut Brown "Bayi dengan mudah dapat memperolehi vitamin C daripada satu hidangan kecil buah-buahan." American Academy of Pediatrics (AAP) mencadangkan bayi berusia 6 bulan ke bawah hanya memerlukan susu sahaja sama ada susu ibu atau susu formula. Bayi berusia 6 hingga 12 bulan pula boleh menerima sedikit jumlah air, namun susu ibu atau formula haruslah menjadi minuman utama mereka. Selepas bayi berusia 1 tahun, susu lembu segar boleh diperkenalkan.
3) Biskut
Biskut merupakan makanan yang sangat mudah didapati dan diberikan kepada bayi untuk dikunyah, tetapi hanya sedikit sahaja sudah mampu mengenyangkan bayi. Ini akan menjejaskan pengambilan makanan berkhasiat yang lain. Ia juga boleh menyebabkan bayi lebih cenderung kepada rasa manis atau masin.
Pilihan yang lebih baik adalah sepotong buah-buahan sebagai snek. Jika anda ingin memberikan biskut kepada bayi, pilihlah bijiran rendah gula dan mempunyai nutrisi tambahan berbanding biskut biasa.
4) Makanan Diproses
Terdapat pelbagai definisi makanan yang telah diproses, tapi secara amnya, definisi makan diproses adalah segala bentuk makanan yang telah diubah daripada bentuk asal ia diperolehi (diternak,ditanam) - dan semakin panjang senarai bahan-bahannya- semakin banyak proses yang telah dilalui oleh makanan tersebut. Dengan proses pemprosesan yang berat, makanan itu akan kehilangan kandungan nutrisinya dan ditambah pula dengan bahan tambahan yang tidak sihat.
Menurut Kate Geagan, dietitian dan pengarang buku Go Green, Get Lean "Semakin banyak makanan itu diproses, semakin berkurangan nilai nutrisinya dan semakin tinggi kandungan gula, garam dan lemak"
5)Pencuci mulut bergelatin (jeli/ puding)
Ramai yang beranggapan bahawa gelatin adalah makanan yang sihat untuk bayi kerana gelatin mengandungi protein daripada tulang dan tulang rawan binatang. Ianya salah kerana apa yang bayi perolehi daripada gelatin hanyalah gula, pewarna tiruan, perasa tiruan dan sedikit sahaja kandungan gelatin bagi menjadikan ianya lembut seperti jeli.
Memang benar gelatin mudah untuk ditelan, namun pencuci mulut yang lebih baik adalah seperti epal lenyek yang dipanggang, dan ditabur sedikit serbuk cinnamon. "Ia manis secara semulajadi dan mengandungi serat, vitamin dan enak dimakan dengan teksturnya yang lembut. Itulah pilihan saya" kata Gerbstadt
~ Sumber dari BabyCenter , suelovelabu.blogspot.com
No comments:
Post a Comment