MEMERAH
Langkah 1: Mengalirkan takungan susu
1. Buat pengangan C dengan meletakkan ibu jari lebih
kurang 1sm dari aerola. Manakala jari telunjuk dan jari tengah diletakkan di
bawah bahagian aerola. (Kedua dua jari ini berfungsi menampung bahagian
payudara)..memandangkan payudara setiap ibu adalah berbeza, anggaplah payudara
seperti jam. Arah ibu jari berada pada jam 12 dan dua jari yang lain berada di
posisi jam 6..
2. Tekan payudara secara lembut ke arah dada tanpa
memindahkan posisi jari telunjuk dan tangah tadi.
3. Seterusnya picit ibu jari, jari telunjuk dan tengah
bagi menggalakkan susu ibu keluar daripada putting. Kemudian, lepaskan &
ulang semula dengan melakukan pergerakan picit-lepas, picit-lepas.
4. Ulangi langkah 1 hingga 3 sehingga aliran susu
berkurangan..
5. Kemudian pindahkan posisi ibu jari ke arah jam 11, 10,
9, 8, dan 7 manakala jari telunjuk & jari tangah ke arah jam 5, 4, 3, 2, dan
1. Lakukan gerakanmemerah sama seperti langkah 1 hingga 4 supaya kesemua saluran
susu dapat diperah sepenuhnya..
6. Tadah susu yang berjaya diperah ke dalam bekas
penyimpanan yang bersih.
7. Beralihlah ke payudara di sebelahnya jika kite yakin
sudah berjaya mengosongkan payudara.
p/s: Semasa melakukan rutin picit-lepas, jangan lupa
untuk terus menerus mengurut payudara. Cara sebegini sedikit sebanyak membantu
susu ibu mengalir dengan lancar.
Elakkan Pergerakan ini!!
1. Jangan picit putting payudara. Ini akan menyebabkannya
lebam.
2. Jangan tarik putting kerana ia boleh merosakkan tisu
payudara
3. Jangan geselkan tangan anda ke payudara kerana boleh
menyebabkannya melecet.
contoh
yang salah..
Langkah 2: Melancarkan Aliran Susu
1. Urut setiap saluran susu dengan menekannya secara
lembut menggunakan kelima lima jari ke arah dada bermula daripada bahadian atas.
Lakukan dalam gerakan memutar. Tumpukan pada satu tempat ) saluran susu ) bagi
setiap masa untuk beberapa saat sebelum beralih ke tempat lain.
2. Usap payudara bermula daripada atas hingga ke putting
menggunakan sentuhan geletek. Teruskan pergerakan ini di mana ia dapat
menenangkan anda & seterusnya membantu melancarkan aliran
susu..
Tempoh Pemerahan
Keseluruhan prosedur ini seharusnya dilakukan dalam
tempoh 20 minit ke 30 minit. Perah setiap payudara antara 5 hingga 7 minit,
setelah itu, lakukan rutin urutan (massage, stroke & shake). Kemudian perah
lagi setiap payudara dalam 3 hingga 5 minit. Selanjutnya ulang semula rutin
urutan & diakhiri dengan sesi pemerahan antara 2 hingga 3 minit bagi setiap
sebelah paudara..
INFO
Ketika melakukan teknik marmet ini, pergerakan tangan
harus lebih cepat daripada mata.
Penting: Teknik yang tidak tepat boleh mencederakan
payudara.
Memerah
dengan Menggunakan Pam
- baca panduan penggunaan pam dan panduan pembersihan peralatan mengepam
sebelum menggunakannya
- basuh dengan bersih dan sterilkan peralatan mengepam
- basuh tangan dengan bersih
- duduk atau berdiri dalam keadaan yang selesa
- rangsang puting payudara untuk menghasilkan refleks oksitosin (let-down reflex)
- posisikan puting payudara ke dalam corong breast shield
- mula mengepam pada kelajuan hisapan paling rendah (jika menggunakan pam elektrik/bateri)
- boleh laraskan kelajuan hisapan mengikut keselesaan
- pam kedua-dua belah payudara secara bergilir-gilir
- masa mengepam antara 10-20 minit (berbeza mengikut individu)

POWER PUMPING
Apa itu Power Pumping?
Merupakan teknik mengepam yang boleh membantu
meningkatkan penghasilan susu. Ia melibatkan teknik dan setup mengepam yang
biasa tapi dalam cara yang lebih unik. Ideanya adalah untuk bayi menyusu secara
tak langsung meningkatkan bekalan susu ibu.
Untuk Simgle Pump -
Pam kanan dulu 10 minit, kemudian pam kiri plak
10 minit, tukar plak ke kanan 10 minit dan seterusnya, bertukar2 setiap 10 minit
berterusan selama sejam
Untuk Double Pump -
Pam kedua² belah serentak selama 10 minit,
rehat/stop pam 10 minit, sambung lagi pam 10 minit, rehat 10 minit dan
seterusnya selama 1 jam
Disarankan buat power pumping ni sekali sehari,
seelok²nya waktu malam ke subuh, sebab hormon susu sgt tinggi waktu itu.
Berapa lama masa diambil untuk dapat
hasilnya?
Mommies jangan ingat sekali buat terus susu
jadi byk yer. Power pumping memerlukan masa sekurang²nya 1 minggu! Walaupun pada
hari pertama hasil pam setitik atau "pam angin' semata, teruskan misi sehingga
dapat hasil yang dikehendaki. Jangan putus asa, usaha, doa dan tawakal,
insyaallah dipermudahkan olehNYA...Amin...
Panduan-Panduan
Lain
1. Memerah susu ibu perlu dilakukan dalam keadaan tenang, selesa dan tidak
menyakitkan
2. Urutan dan rangsangan pada puting payudara perlu untuk mencetuskan refleks oksitosin (let-down reflex)
3. Memerah dengan kerap adalah lebih berkesan untuk meningkatkan penghasilan susu ibu berbanding memerah dalam tempoh masa yang lama dalam satu sesi pemerahan
4. Pilih pam yang sesuai sama ada pam manual, atau pam elektrik, atau pam elektik yang boleh menggunakan bateri, single pump atau double pump
5. Pam yang baik adalah pam yang mampu meniru gaya hisapan bayi (baby mimic suction)
6. Patuhi rutin mengepam setiap hari (3-4 kali dalam tempoh bekerja 8 pg – 5 ptg)
7. Memerah susu pada waktu malam juga dapat meningkatkan penghasilan susu ibu
8. Ibu juga digalakkan memerah susu pada sebelah payudara sambil bayi menghisap payudara yang satu lagi

No comments:
Post a Comment