Ketika anda sedang
bermain dengan bayi anda, cuba tutup sebelah mata bayi dengan telapak
tangan anda dengan cermat. Lihat respons bayi sekiranya dia kelihatan gelisah
atau menangis. Jika bayi kelihatan biasa sahaja ini bermakna mata yang tidak
dikatup mempunyai penglihatan yang baik tetapi sekiranya bayi menangis bermakna
mata yang tidak dikatup tidak sebaik mata yang dikatup atau tiada penglihatan
pada mata itu.
1. Gunakan mainan
yang berkontras tinggi seperti hitam dan putih, berkilat atau bercahaya untuk
menarik perhatian bayi. Cari mainan yang ringkas dan senang untuk dilihat agar
bayi tidak terkeliru seperti bola plastik pelbagai saiz dan warna, kiub, patung
biasa tanpa bahagian kompleks. Sekiranya anak anda mempunyai masalah penglihatan
atau berpenglihatan terhad gunakan lampu suluh yang dihala dari belakang mainan
(aktiviti ini dilakukan dalam bilik gelap) untuk menolong anak anda melihat
objek. Cuba elakkan mainan berbunyi kerana ini akan
merangsang deria pendengaran dan bukan deria penglihatan sepenuhnya. Pegang
mainan tersebut dihadapan mata bayi dan perhatikan respon. Cuba
bawa mainan tadi ke sisi bayi dan perhatikan sama ada matanya mengikut arah
tangan anda. Cuba lihat tempoh bayi memberi respon.
Sekiranya terlalu singkat atau tidak menunjukkan respon setelah mencuba dengan
pelbagai jenis mainan, kemungkinan penglihatan bayi belum di rangsang dengan
sepenuhnya atau pun bayi anda mempunyai masalah penglihatan. Adakalanya bayi
hanya respon pada cahaya dari lampu suluh dan bukan mainannya. Bayi mungkin
mempunyai masalah penglihatan yang agak serius.
3. Bagi kanak-kanak
yang lebih besar, gunakan anak patung untuk melatih penglihatan detail.
Suruh anak anda menunjuk di mana mata anak patung atau butang baju anak patung.
Ini dapat memastikan tahap akuiti visual kanak-kanak. Bagi kanak-kanak yang
lebih kecil, sekiranya kanak-kanak dapat melihat dan mengutip nasi atas lantai
atau manik-manik dekorasi kuih dengan baik, akuiti visualnya adalah
sekurang-kurangnya 6/18.
4. Bagi kanak-kanak
berusia 2 tahun ke atas, perhatikan gerak gerinya ketika menonton televisyen.
Adakah anak anda selalu mengecilkan matanya atau mengalih mukanya ke satu arah.
Dia mungkin mempunyai ralat refraksi yang tidak dibetulkan. Jangan sangka
kanak-kanak kecil tidak perlu memakai cermin mata, adakalanya kesalahan refraksi
bermula dari bayi lagi. Jangan bertangguh untuk membetulkan ralat refraksinya.
Kelewatan boleh menyebabkan berlakunya mata malas yang sukar untuk
dirawat.
No comments:
Post a Comment