Sebenarnya, stimulator yang paling berkesan, bukanlah perkara² atau method² di atas. Kita tak perlu keluarkan sesen pun untuk mendapatkan anak yang bijak. Rangsangan terbaik bukanlah dari flash card, mainan2, DVD ke apa, yang terbaik ialah dari ibu bapa dia sendiri. Alat pembelajaran terbaik bagi anak² kita ialah kita. Interaksi yang berkesan antara kita dengan anak² adalah stimulator terbaik untuk otak dan fizikal mereka. Tunjukkan dan tonjolkan kasih sayang, beri perhatian dan prihatin terhadap mereka.
Antara perkara² yang kita boleh buat with no cost dengan anak²:
- Menyusukan mereka dengan susu badan (breastfeeding)
Kita bukan saja memberikan mereka makanan yang terbaik, tapi juga moment semasa kita menyusukan dia tu sangat bermakna. Bila kita susukan dia, dia berada rapat dengan kita. Kita boleh belai dia, bercakap dengan dia, merasa getaran jantungnya. Ewah!
So, susukan bayi anda selama mungkin!
- Selalu bercakap dengan mereka
Walaupun baby sekecil Fahry, dia memang suka bila kita bercakap dengan dia. Nampak je macam tak faham tapi diorang belajar ritma dan menambahkan vocab untuk mereka bercakap sendiri pula nanti. Lagi pulak, getaran suara ibunya ni memang satu benda macam penawar lah buat mereka.
- Buat muka
Saya suka buat ni bila bersama Fahry. Kembungkan pipi ke, jelirkan lidah ke & buat berulang². Dia akan belajar tentang pattern dan sequence. Mungkin nanti dia akan tiru pula kan?
- ‘Berbincang’ dengan mereka
Kalau orang yang tak biasa, bila tengok agaknya rasa pelik. Berbincang dengan baby macamlah mereka faham. Bila kita exposekan mereka dengan pelbagai isu, ia akan menjadi rutin sampai mereka besar. Bukan saja boleh menambah vocab malah juga pengetahuan mereka.
- Menyanyi kepada mereka
Kalau Fahry memang suka Mommy menyanyi, apa² je lagu especially nasyid2 berbentuk zikir. Di samping merangsang anak, menghiburkan dia, maknye pun dapat pahala
- Main ciku cak aaaa (peek a boo) atau sorok² barang
Memang mengelekek gelak si Fahry kalau main cak cak. Bukan tu je, dia sebenarnya belajar tentang benda yang hilang kembali muncul semula. Ala2 patah tumbuh hilang berganti gitu.
- Ajak mereka bantu kita buat kerja rumah
Benda simple2 je. Tak payah harapkan mereka tolong pun, just join je. Hafiy suka ikut saya basuh dan jemur baju. Sekarang dah boleh mintak dia isikan baju yang dah siap basuh dari dalam mesin basuh ke dalam bakul. Mintak beruskan kain pun boleh tapi nanti benda lain yang diberusnya.
- Membaca bersama-sama
Memang tokleh dinafikan kepentingan dan kebaikan membaca kan. Saya memang lambakkan buku atas katil untuk mudah dicapai. Bila ramai² berada di katil (kami co-sleep), Hafiy akan passkan apa² buku untuk saya bacakan pada mereka. Kadang² dia yang ‘bacakan’ untuk adik.
- Bergurau senda dan main bersama
Sesimple main geletek dan menjadi ‘toy’. Kadang² mak bapaknye jadi kuda, jadi see-saw, jadi buai, macam² lah. Jimat, tak payah beli gimnasium hehe.
- Rakam video dan tonton sama2
Pakai kameraphone je. Rakam apa2 moment kemudian tengok sama² dan bercerita tentang apa yang kami tonton.
- Bercerita
Bila ‘malas’ bukak buku, mula lah sesi mari bercerita. Yang bestnya bila bercerita ni, kita boleh pusing² sikit, dan tanya soalan² yang macam2. Biasanya maknye yang jawab sendirilah
- Ajar kemahiran hidup dan kendiri
Sesiapa yang belajar tentang Montessori education, ia ada menekankan tentang practikal living skill. Budak2 diajar untuk berdikari dari kecil dan digalakkan menggunakan benda yang betul dengan cara yang betul. Contohnya penggunaan gelas kaca agar anak lebih berhati² dan tak menjatuhkan gelas tu sesuka hati. Dan penyapu adalah untuk sapu lantai, bukan buat gitar.
Benda² yang simple je untuk budak² sebaya Hafiy, suruh kemas mainan, kemas buku, kemas cawan sendiri… Tapi kita kena join sama jugak mula². Bila dah biasa barula boleh keluarkan arahan saja.
- Keluar
Bukan je keluar ke taman, keluar ke mana² pun boleh belajar, especially kalau ke supermarket. Kami pilih barang sama² terutama barang dapur. Yang penting bagi kami, jangan biasanya membelikan barang² kehendak dia, kecuali buku. Bila dah biasa dengan ‘beli kereta, beli robot, beli aiskerim’, asal keluar je mengamuk nak benda² macam tu.
- Solat dan mengaji bersama
Solat bersama ni boleh dipraktik sejak mereka kecil lagi. Bila dah besar sikit, ada budak² suka duduk di tepi, ada yang ‘ikut solat’ sekali dan ada juga yang suka berlari² dan bermain² masa maknye solat. Walau apa pun jenis anak kita, tak ada salahnya. Mereka masih budak, malah Rasulullah sendiri membiarkan saja budak² main panjat mimbar masa khutbah Jumaat. Bukanlah satu perkara yang memalukan (tapi dalam masyarakat kita agak memalukan, nanti orang kata tak pandai didik anak dengan agama) kalau anak kita tak duduk diam² semasa kita bersolat. Hassan dan Hussain malah ‘bermain’ semasa Rasulullah mengimamkan solat sehinggakan baginda kena lamakan sujud sebab cucu² tersayang tengah panjat belakangnya.
Mengaji juga sama. Tak apa kalau mereka tak boleh duduk diam, yang penting kita mengaji bersama mereka secara kosisten.
Kanak-kanak adalah makhluk Tuhan yang suci dan amat dimuliakan. Malah Rasulullah amat menyayangi kanak². Sebagai ibu bapa, kita hendaklah memuliakan anak kita, dengan menunaikan hak² mereka serta memberi rangsangan terbaik untuk mereka agar mereka dapat membesar dengan sihat, kuat, cerdas dan bijak.
Walaupun kita tak mampu hantar anak kita ke tadika mahal yang beribu², tapi jangan risau sebab kunci rangsangan adalah kita sendiri. Apa yang mereka perlukan ialah kasih sayang dan perhatian dari ibu bapa mereka. Anak yang diasuh dalam suasana penuh kasih sayang akan mengalami pertumbuhan yang sihat. Ramai yang salah anggap antara asuhan kasih sayang dengan memanjakan (spoilt) anak. Mengasuh dengan kasih sayang ialah memastikan anak² kita membesar dalam suasana yang kondusif untuk membantu tumbesaran dan pembelajaran mereka untuk jangka masa pendek, sederhana dan panjang. Maknanya kita menyediakan fasiliti untuk minda mereka dirangsang dengan baik. Ia bukanlah dengan memberi apa yang mereka nak (sayangla konon kan), tapi mengajar mereka berfikir tentang kehendak dan keperluan, dan sebagainya.
Bila kita selusuri tauladan asuhan yang Rasulullah berikan, baginda amat memanjakan cucu² baginda, namun kanak² tersebut membesar dengan cerdas, malah dalam usia kecil, Hassan dan Hussein dapat memikirkan cara yang sangat kreatif untuk menegur seorang pakcik yang tersalah ambil wuduk. Asuhan yang diberikan oleh datuk mereka dan ibu mereka Fatimah al-Zahra amat efektif hingga menjadikan kanak² sekecil mereka begitu konfiden dan berani untuk menyatakan kebenaran.