Thursday, 16 February 2017

Resepi Laksam Yang Menjadi

RESEPI LAKSAM

Bahan bahan:
3 cawan tepung beras
1/2 cawan tepung gandum
5 cawan air suam (3 cawan air mendidih + 2 cawan air biasa)
1/2 sk garam
Satukan semua bahan dan kacau
Masuk dalam jug mudah tuang
Sapukan minyak letak di dalam tudung periuk
Kukus 5-10 minit sehingga adunan menjadi menggelembung
Angkat dan alir belakang tudung periuk dengan air

Buat semula bekas xyah basuh sapu minyak
Bahan Kuah
  • 6 ekor ikan kembung dibuang perut dan direbus hingga masak air rebusan paras ikan je ..air rebusan ikan jgn buang..digunakan tuk kuah nanti
  • 2 biji bwang sederhana besar
  • 2 ulas bawang putih.. 
  • sedikit je halia
  • 1 sdu besar lada hitam kemudian ditumbuk halus
  • sedikit belacan
  • 1/2 periuk santan pekat (agak2 6 org mkn + tambahan)
  • garam , gula
  • 2 keping asam gelugur
* ikan yang direbus..diambil isinya sahaja dan air rebusan 

* bawang besar dan bawang putih serta halia dipotong kecik, belacan, dan di kisar bersama2 dgn isi ikan tadi serta masukkan sedikit air rebusan dlm blender supaya senang kisaran

* masukkan bahan kisar dlm periuk yang ada santan tadi ..masukkan baki air rebusan ikan 

* kemudian masukkan lada hitam yang ditumbuk halus,asam keping, garam dan gula

* masak hingga mendidih..dgn api sederhana

Ulam 
Kacang panjang 
Daun kesum 
Timun batang 
Bawang besar
Bunga kantan
Kubis

Bahan-bahan sambal:-
- Cili merah
- Cili padi merah
- Belacan
- Asam limau
- Garam

Cara-cara:-
Tumbuk semua bahan kecuali asam limau
Perah limau

Monday, 9 January 2017

Yaya 1st Day School

Alhamdulillah, anak mama Raja Aira Aleesya dah sekolah 5 tahun di Little Calips Taman Kosas Ampang. Disebabkan mama dan papa kerja so mama hantar yaya sekolah 5 tahun, kalau 4 tahun macam awal gitu. Tadika yang menjadi pilihan adalah Little Calips. Aku view dari kawan aku dan kawan suami. Dua orang kawanku kata memuaskan lagipun tadikanya cantik hehe.

Yuran yang aku bayar tahun 2016 berjumlah RM 1800.00 termasuk daycare (8pg sampai 6petang), makan minum, stationery, baju sukan 1 set, baju kuning 1 set include tudung.

Hari pertama Yaya sangat excited sampai tidur pun tak lena. Alhamdulillah 3 hari die sekolah langsung tak nangis. Minggu depan masa naik sekolah isnin da nangis. Aku pun trauma takot keesokan dia nangis juge. Petang tu ambil tengok dia happy jek. Biasela baru cuti sabtu ahad da nangis. Esoknya aku suruh yaya tidur awal dan Alhamdulillah esoknya dia bangun awal dan muke riang dah tak nangis lagi.








Pemakanan Ketika Mabuk Nak ke-3

Kali ni lagi teruk tak boleh makan sangat2.. Antara makanan yang boleh makan :-

1. Oat (week 6 - 10)
2. Air ribena Brand REX (week 6-10)
3. Air herbalife (sekejap jek)
4. Pisang berangan (week 10-16) Doktor suruh makan tinggi folat
5. Susu Kurma Farm Fresh (start week 10) - susu ni jek aku boleh telan yang lain tak boleh
6. Buah jambu/betik/mangga - week 6 until 9

Now dah week 16, tapi tetap selera tak okey sangat start tengahari sampai malam tak de selera so pagi jek makan banyak.
 1. Pagi makan mee hun goreng/kuih/roti bakar/Mc D
 2. Air masak 1 liter
 3. Tengahari macam tu leh makan nasi kukus/nasi ayam penyet/ hari2 ayam and sambal belacan
 4. Dinne - Roti Bakar/Air Kurma Farm Fresh/Air Delima/Buah Delima

Boleh makan nasi start week 11 itupun paksa, pagi sampai tengahari jek boleh makan nasi tapi nasi kena ade ayam dan sambal belacan jek.

Pengalaman Mengandung Anak Ke-3

Pengalaman mengandung kali ni sangat la berbeza yang sama hanyalah tiada selera makan. Tapi kali ni start week 6 sampai week 10 muntah teruk.
1. Muntah hari2
2. Pemalas
3. MC banyak
4. Tak larat macam dulu
5. Banyak baring jek
6. Masuk Wad

1st time buat buku merah mase week 10 saje buat lambat sebab memang taw akan kena timbang selalu sebab berat badan turun. Tak bleh makan mee, roti, nasi dll. Air masak pun pahit. Sehari tu hanya makan BISKUT OAT & AIR RIBENA BRAND REX. Masa pergi buat buku merah tu kantoi banyak masalah. So klinik kesihatan buat surat cinta suruh pergi HOSPITAL AMPANG.

Gamble pergi sorang2. Sampai sane mase nurse amik darah aku pengsan. Bila tersedar terus nangis huhu. Kencing aku kotor, dehydrate, garam dalam badan kurang dan THYROID. Petang tu pukul 4.00 petang masuk 3 botol air. Result lepas dr tu tak okey dan doktor tahan suruh masuk wad. Suami aku pun sampai.




Sakit gile kena cucuk jarum tu bengkak pastu dah la kena masuk ubat tahan muntah pedih gile. Jari bengkak. 12 botol tu masuk air. keluar hospital terus pakse minum air takot dehydrate lagi huhu. Effek bleh jadi kencing kotor juge jika kurang air.

Sekarang dah week 16, tetap selera tak okey. Muntah dah xde. Masa keluar hospital doktor bagi ubat tahan muntah nama VELOXINE macam tu lah then baru tak muntah. Aku makan sampai week 14 jek.

Tuesday, 22 November 2016

Info Susu Ibu & Cara Nak Boost Susu by Asiah Maharam

Kredit: http://auliyathefirst.blogspot.my


4 ASAS PENTING DALAM PENYUSUAN
SUPPLY : Perlu ada supply untuk tingkatkan Kuantiti Susu
DEMAND  : Perlu ada demand untuk tingkatkan hormon Prolaktin
EMOTION : Emosi ibu menyusu mempengaruhi pengeluaran hormon Oksitosin
FOOD : Perlu ada bahan mentah untuk melengkapkan zat makanan si ibu


1 : DEMAND
Terdapat dua cara untuk tingkatkan demand bagi menghasilkan hormon prolaktin, iaitu melalui Bayi anda ataupun dengan teknik Perahan.
Teknik perahan pula terdapat dua cara iaitu menggunakan breastpump ataupun dengan menggunakan kaedah paling jimat, Marmet. 
 2 : MARMET
Untuk teknik marmet, sila jenguk blog asal dari coach Asiah Maharam sendiri. fara da sediakan link kat bawah ni.
http://arissaraisya.blogspot.my/2013/04/teknik-marmet-yang-betul.html
 Teknik marmet ni penting untuk ibu menyusu tahu, yelah.. manala tahu, kot kot ade emergency. nak pam, letrik xde sebab yang ada hanya pam elektrik. xde pam manual. kot kot tertinggal pam kat umah. breast dah bengkak dah, xkan la nk tahan mcm tu je kan.. x ke sakit tu...

Teknik marmet ni pun penting untuk check sama ada pam yang kita beli mahal-mahal tu efektif atau x. cara nak check, lepas kita pam, try kita marmet, kalau susu masih keluar laju maknanya pam tu xsesuai dengan kita. dia xpam susu kita sepenuhnya. tetapi, kalau marmet dan susu yang keluar meleleh leleh saje ataupun xkeluar dah, maknanya pam tu dah memang sesuai dah dengan kita. berbaloi baloi dah labur duit banyak-banyak beli pam.hehe 
BAYI (Teknik Hisapan Bayi)
Kenalpasti SAIZ PERUT si anak. Lihat pic kat bawah:

Mommies perlu tahu, susu ibu ni molekulnya halus xseperti susu formula. bila dah halus partikelnya, jadi perut baby mudah dan cepat hadam n jadi cepat lapar. sebab tu anak asyik duk merengek rengek je nk susu. bagitau kat semua orang kat sekeliling pasal info ni.. nanti karang ade yang cakap "baby xcukup susu tu.., susu badan ko xde tu, kesian baby, lapar xcukup susu. pegi sumbat susu formula gih. " 
Mommies.. plis ignore, pekakkan telinga anda n teruskan je penyusuan, rasa pinggang nk patah ke apa, buat support sikit utk keselesaan badan anda. Nursing pillow boleh membantu sedikit sebanyak untuk letak baby. Itu pengorbanan yang anda perlu lalui. pengorbanan untuk mendapatkan keredhaan Allah SWT namanya.. terangkan kepada suami anda terutamanya kenapa baby jadi cmtu kenapa camni.. google sebanyak banyaknya info untuk kefahaman kita kalau xdapat g kursus. okeh? 
Kemudian, Check LEKAPAN mulut bayi pada kawasan aerola n puting kita. pastikan bayi tidak 'tangkap' bahagian puting sahaja. ini akan menyebabkan anda mengalami kecedaraan n kesakitan. pastikan bayi 'tangkap' kawasan gelap (aerola) jugak ok.
CARA MENINGKATKAN OKSITOSIN

STIMULATE
EMOSI PERLU POSITIF
BUAT DEEP BREATHING
MINUM AIR PANAS/SUAM MASA TENGAH PAM.. elakkan air sejuk

2. FOOD

Part makan kena buat betul-betul gak ni. mommies semua. sila ikut. jgn banyak tanya.hahaha. nak seribu daya, xnak seribu dalih. asas yang paling penting adalah makanan dari sumber karbohidrat, protein dan lemak ye. tiga ni paling asas tau. lagi banyak amik, lagi pekat susu jadinya. selain dari tu, sumber kalsium, buah-buahan, minuman panas n makanan Sunnah.

KARBOHIDRAT
    Nasi, Mee, Mihun, cereal, roti, biskut. oat
PROTEIN
    Ayam, seafood (ikan, sotong, ketam, soya spt tempe)

LEMAK
    Cheese, kekacang, daging, ayam

KALSIUM
    Susu, sayur hijau gelap (brokoli, bayam, sawi,bendi)
BUAH BUAHAN
    Lebihkan buah yang berwarna oren dan kuning (oren, carrot, durian,betik,pisang,jagung)
MINUMAN PANAS
    Air masak suam

Makanan Sunnah
   Kurma, kismis, buah tin, dll
JADUAL MAKAN

Kalau boleh ikut.sila jangan derhaka.hahaha. and plis daling, no air sejuk.

SARAPAN
   susu+oat (not 3 in 1)

MINUM PAGI
   Milo+horlicks+biscuit cream cracker (yang mempunyai carbo tinggi-perati kat pek dia)

LUNCH
   Nasi+sayur+sumber haiwan halal+tempe/telur
   Air Jus buah carrot@oren suam

MINUM PETANG
   Milo+horlicks+biscuit cream cracker (yang mempunyai carbo tinggi-perati kat pek dia)
MAKAN MALAM
Masakan thai. tapi kurangkan cili api (susu badan leh drop kalau pedas sgt) dan lebihkan bawang putih. (boleh tingkatkan prolaktin)
MINUM MALAM
 susu+oat (not 3 in 1)
ikut jadual makan ni selama seminggu untuk tengok hasilnya. GOOD LUCK!

BAGAIMANA UNTUK MENINGKATKAN DEMAND (JUMLAH SUSU BADAN)
SET MINIMUM TARGET SEHARI
KENALPASTI BILANGAN SESI PAM SETIAP HARI
TARGET HASIL PAM SETIAP SESI
(note kecil : walaupun mommies pam keluar angin je,buat power pumping untuk tingkatkan        hormon prolaktin)
FORMULA UNTUK CEPAT CAPAI TARGET
Lepas pam terus makan 
Sebelum dan selepas pam terus minum air suam
Sesi yang xcapai target perlu buat PP untuk next sesi

TEKNIK DF (DIRECT FEEDING) 1 SIDE
DF 1 SIDE ANTARA SESI PAM
DF 1 SIDE BERMULA 11 PM - 6 AM
Kalau sebelah lagi rasa bengkak, bagi anak hisap@ mintak tolong suami,kalau terpaksa pam, jgn pam sampai habis..masalah bengkak ni pada peringkat permulaan shj, lama-lama xbengkak dah, breast akan rs penuh sahaja (coach ckp ni.hehe)
BILA BAYI TIDAK PUAS MENYUSU 1 SIDE :
Makan oat+susu+air masak suam. biar selama 30-60 minit untuk tenangkan bayi... kemudian offer DF side yang sama sekali lagi.
JADUAL PAM
Jadual ni boleh follow kalau boleh follow masanya, boleh ejas ikut kesesuaian mommies. jadual ni InshaAllah time pantang nnti fara akan ikut sebelum masuk kerja semula. ikut jadual betul-betul masa pantang n tingkatkat target setiap sesi. inshaAllah nnti lepas pantang, bilangan sesi pam boleh dikurangkan kepada min 3 sesi tetapi masih kekalkan jumlah susu yang dipam setiap hari.
MIN TARGET = 20 OZ (Boleh naikkan sikit-sikit bila dah berjaya) - 30 minit setiap sesi
7.00AM = 4 OZ
7.00-11.00 AM = DF KANAN SAHAJA
11.00 AM = 4 OZ
11.00-3.00 PM = DF KIRI SAHAJA
3.00 PM = 4 OZ
3.00-7.00 PM = DF KANAN SAHAJA
7.00 PM = 4 OZ
7.00-11.00 PM = DF KIRI SAHAJA
11.00 PM = 4 OZ
11.00-7.00 AM = DF KANAN SAHAJA
Rotate ok DF tu.. maksudnya, next 7-11 AM DF bahagian KIRI pulak, kemudian 3.00-7.00 PM DF KANAN dan begitulah seterusnya
JADUAL PAM LEPAS DAH CAPAI TARGET
MIN TARGET = 20 OZ (Boleh naikkan sikit-sikit bila dah berjaya) - 30 minit setiap sesi
7.00AM = 8 OZ
2.00 PM = 8 OZ
6.00 PM = 4 OZ
6.00-9.00 PM = DF KANAN SAHAJA (Bermula balik dari tempat kerja)
 9.00-11.00PM = DF KIRI SAHAJA
11.00-7.00 AM = DF KANAN SAHAJA
Rotate ok DF tu.. maksudnya, next 6-9 AM DF bahagian KIRI pulak, dan begitulah seterusnya





Tuesday, 1 November 2016

Surah Ibu Hamil

Antara petua-petua yang biasa diamalkan oleh ibu mengandung adalah membaca surah-surah pilihan iaitu:
• Surah Yusuf——————> untuk memohon anak yang cantik rupa dan akhlak.
• Surah Luqman—————> untuk memohon anak yang cerdik.
• Surah Maryam ————–>untuk memudahkan bersalin.
• Surah Yasin——————>untuk memohon anak yang teguh hati dan tidak terpengaruh dengan maksiat.
• Surah al-Hujurat————> untuk membanyakkan susu ibu.
• Surah al-Imran ayat 38—–> untuk memohon anak yang baik.
• Surah al-Imran ayat 8-9—->untuk memohon rahmat.
• Surah Ibrahim ayat 40——>untuk memohon agar anak tetap mengerjakan solat.
• Surah al-Baqarah ayat 128–>untuk memohon agar anak patuh kepada Allah S.W.T.
• Surah Yassin ayat 22-23—–>untuk menjaga aqidah/memberi hidayah kepada anak.
• Surah as-Sajdah ayat 7-9—->untuk memohon agar anak menjadi orang yang soleh/solehah dan baik.
• Surah al-Furqan ayat 74—–>untuk memohon agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibubapa / doa untuk mendisiplinkan anak / doa untuk kebahagiaan sekeluarga.

1.0 Surah Al-Fatihah

Untuk menerangkan hati dan menguatkan daya ingatan

2.0 Surah Maryam

Untuk memudahkan ibu bersalin dan memperolehi anak yang sabar dan taat

3.0 Surah Luqman

Untuk memperoleh anak yang cerdik akal dan cerdik jiwa

4.0 Surah Yusuf

Untuk memperoleh anak yang cantik rupa dan cantik akhlak

5.0 Surah Hujurat

Untuk memperbanyakkan susuibu dan anak bersifat berhati – hati

6.0 Surah Yaasin

Untuk ketenangan hati dan anak tidak terpengaruh dengan godaan syaitan yang mengajak kepada maksiat

7.0 Surah Taubah

Untuk membersih jiwa dan terpelihara daripada maksiat

8.0 Surah an-Nahl

Untuk melahirkan anak yang berdisiplin
(rujukan dari Ustazah Siti Nor Bahayah)
Untuk melahirkan bayi yang soleh, sihat dan bijak. Semuanya bermula dari kita ibu dan bapa. Semoga perkongsian saya hari ni memberi beberapa tips berguna untuk kita semua.

Surah Ibu Hamil Ikut Minggu

  • Kandungan 1-3 bulan ; baca Surah Yasin, Surah An-Nahl (untuk elak gangguan syaitan)
  • Kandungan Minggu ke-16 ; baca Surah Yusuf
  • Kandungan Minggu ke-24 ; baca Surah Luqman
  • Kandungan Minggu ke-36 ; baca  Surah Maryam