Thursday, 22 August 2013

Produk Makanan Untuk Bayi

1. Pure Olive Oil
Better than Virgin olive oli, kerana pure olive oil ditapis lagi halus. Virgin olive oil untuk dressing. Kebaikkannya adalah kurang kolestrol, omega dan antioksiden.

2. Tepung Ata

Di pasaran ada berbagai-bagai jenama. Ianya baik kerana mengandungi serat gandum dan sesuai untuk bayi.

3. Organic Rolled Oat
Harga di pasaran RM 6.00 jika bukan ahli. Oat yang kedua terbaik berbanding aot yang biasa. Khasiatnya elak sakit jantung, halus. Instant tu kalau nak terus tuang air panas. Ni kena blander dulu tak payah basuh, masak dalam periuk.

4. Pasta
Sebaik-baiknya gunalah pasta khas untuk bayi kerana pasta yang sediaada kandungannya sangat selamat untuk bayi.

5. Unsalted Butter

Jenama unsalted butter yang boleh digunakan adalah anchor. Gunakan untuk bayi 10bulan ke atas.

6. Cheese Brand Beqa


Keju boleh disimpan dua minggu sahaja. Simpan di bekas bertutup atau plastic, letak ditempat keras seperti menyimpan butter. Untuk kanak-kanak kandungan sodium perlulah kurang dr 400 gram.








Thursday, 1 August 2013

Resepi Salmon Grill & Sos Putih



Bahan-bahan ( 2 orang )

  • 2 keping ikan salmon (ikan lain pun boleh, tak payah besar sgt, i beli terlalu besar)
  • 1 sudu besar minyak zaitun
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam
  • *1 cawan mashed potatoes atau nasi putih (I guna nasi jepun, tanpa cuka) >> bagi yg suka mkn nasi, masak lah lebih sikit. 

            

  • Bahan-bahan untuk sos
  • 2 sudu besar majerin atau mentega
  • 1/2 biji bawang besar (dicincang)
  • 1 sudu besar tepung gandum
  • 1/2 sudu kecil daun parsli kering (herb lain pun boleh)
  • 1 cawan susu segar
  • Secubit garam
  • Secubit lada hitam

Cara-cara

  1. Sediakan sos dulu: Panaskan majerin dlm periuk kecil, goreng bawang besar sehingga layu. Masukkan tepung gandum dan kacau sehigga tepung gandum melekat kat bawang. Masukkan bahan2 lain, masak sampai didih sambil tu kacau-kacaukan. Matikan api dan diketepikan.
  2. Ikan disalut dgn garam dan lada hitam. Gorengkan dgn minyak zaitun sehingga perang/masak.
  3. Letak 1/2 nasi di dlm pinggan kemudian letak ikan ke atas nya. Tuangkan sedikit sos kat atas ikan dan di sekeliling nasi.
  4. Bahan2 lain ikut citarasa masing-masing, yg pentingnya adalah sos putih.



 


Resepi Puding Truffel

 
 
 
 
 
 
Bahan-Bahan :-
 
Swiss roll
1 tin fruit cocktail
Kristal Jelly (Saya guna cap Nona)
1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula pasir
4 sudu besar tepung kastad - sukatan membukit

 

Cara membuatnya:

 

Lapisan 1

Potong Swiss roll anggaran 1.5cm tebal, susunkan dalam acuan (saya tak de pyrex so saya guna tupperware je, kalau ada bekas kaca.. lagi cantik nampak lapisan satu persatukan). Tuangkan air fruit coktail keatas swiss roll hingga lembab, ketepikan dulu dan bolehlah masak kastad dengan susu cair.

 

Lapisan 2

1 tin susu cair + 1 tin air + 7 sudu gula dimasak atas api (sambil tu bancuhkan 4 sudu tepung kastad dengan 1/2 tin air). Bila susu mendidih, kecilkan sedikit api kemudian masukkan bancuhan tepung kastad, kacau hingga menjadi likat. Sentiasa kacau. Kacau lebih kurang 20minit. Tuang diatas lapisan 1 tadi.

 

Lapisan 3

Buahan koktail tadi ditabur atas lapisan 2 (kastad). Ketepikan sekejap.

 

Lapisan 4

Masak air panas mengikut sukatan pada kotak jelly, hingga mendidih. Masukkan hkan jelly tersebut dalam air panas, tunggu sejuk sedikit tapi masih dalam keadaan cair baru tuang keatas lapisan 3 (buah buahan).

 

Sunday, 21 July 2013

Resepi-Ketam Masak Berempah

Bahan-Bahan :-

1. Lada Kering
2. 2 biji bawang besar
3. 1 ulas bawang kecil
4. 1/2 inch halia

(Bahan-bahan di atas di blander)

5. Rempah Kari Ayam (1/2 paket @ 1 paket)
6. 1 kiub pati ayam
7. Stok ketam
8. Garam, gula, ajinomoto
9. Air asam jawa

Cara-cara membuat :-
1. Blander bahan item 1-4, kemudian tumis hingga naik minyak.
2. Masukkan rempah tersebut, tabur sahaja, jangan bancuh dengan air.
3. Letakkan air asam jawa + kiub ayam + garam + gula + stok ketam (direbus sekejap)
4. Masak sehingga pekat

Resepi ni sangat la sedap, my asben puji.

Friday, 28 June 2013

Jenis Makanan Untuk Otak Bayi

Selain itu :-

1. Avocado
2. Salmon
3. Telor
4. Tauhu
5. Ikan
6. Tempe
7. Ikan Bilis
8. Kismis
9. Kurma
10. Kekacang
11. Makanan Sunnah NAbi
12. Bijiran @ gandum
13. Sayuran Hijau - Brocoli, Bayam

Monday, 24 June 2013

buzday papa ke-28

Alhamdulillah, tuhan msh panjangkan umo my asben. Ni tahun ke 2 aku menyambut buzday sebagai suami isteri. Kali ni juga pertama kali juga my asben sambut sebagai papa Aira Aleesya. Tahun ni sangat excited nak buat something yang special untuk papa, homemade cake. Mungkin tahun ni papa sambut ngan baby so mama rase excited untuk buat surprise.

So, disebabkan aku tak ada oven so aku kena cari alternative lain untuk buat kek. Aku membuat keputusan untuk membuat kek coklat, resepinya ade di label resepi. Alhamdulillah menjadi sangat dan kawan aku kata pun sedap macam nak tempeh,hihihi, malu plak. My asben pun ade puji dan aku pun tak sangka sangat menjadi moist pulak tu. Selalu aku buat instant kali ni tidak 100% mengayak tepung sendiri. Masa buat kek ni aku pun bapak anakku ke dapur, masa tu dia dok dalam walker, penat nak jaga dia sebab dia dah pandai capai-capai barang. Time aku buat kek ni pun dia pandai amik mangkuk then golek-golek tangan dalam tu. Anak oh anak.

Tak sangka plak laki aku boleh tahu aku buat kek, banyak kali Tanya macam mana dia boleh tahu, dia tak jawab pun. Masa ni aku terpaksa tunggu laki aku balik dari site. Tibe-tiba malam tu pulak laki aku ada masalah ngan sampah. So, 9.30 p.m baru potong kek nasibla anakku dah bangun tidur. Kali ni budget tak cukup dan masa pun tak cukup untuk mencari hadiah so aku fikirkan air tangan ni lagi berharga. My asben pun jenis memahami, tq Papa...Semoga papa dipanjangkan umur dan bahagia bersama-sama keluarga tercinta hingga dunia dan akhirat. Mama saying papa hingga hujung nyawa..love papa..
 
 

Thursday, 20 June 2013

My Breast Pump

Semasa mengandung lagi saya berazam untuk menyusukan anak susu badan sepenuhnya. Mula-mula memang terkejut dengan harga pam, tetapi anak punya pasal maka saya terpaksa berkorban wang untuk membelinya. Suami saya yang baik hati yang mengeluarkan duit untuk membeli pam itu. Antara pam yang saya guna adalah :-

1. Manual Avent
Kebaikan :-
a. Sangat ringan dan mudah dibawa kemana-mana
b. Harga RM 80 (saya beli dengan Mun dekat UK)
c. Putting tak sangat
d. Suction sangat ok
e. Senyap

Keburukan :-
a. Penat tangan
b. Banyak sangat spear part kena cuci

Kesimpulan kalau manual saya sangat berpuas hati dengan pam ini, jika pam electric saya rosak saya akan guna semula pam ni.

2. Medela Mini Electric
Saya beli dengan Ila sepupu my anben (RM 400)
 Kebaikan :-
a. Tak penat
b. Sedikit sahaja kena cuci

Keburukan :-
a. Sangat-sangat bising.

Kesimpulan : Saya tidak berpuas hati dengan pam ni sebab bising, volume untuk kuatkan suction terhad.

3. Spectra 3
Sangat-sangat berpuas hati, sya beli RM 380 dapat 2 pam di Enjoybreastfeed Klang.

Kebaikan :-
a. 2 pam, jimat masa
b. Senyap
c. Volume yang boleh laras sedutan
d. Spear part sikit sahaj untuk di basuh

Keburukan :-
a. Jika tiada elektrik tidak boleh digunakan tetapi saya akan guna manual avent.
b. Berat
c. Mudah masuk air

Kesimpulan : Saya sangat berpuas hati dengan pam ni suction yang bagus dan pam yang murah untuk buat 2 pumping. Tetapi harus berjaga-jaga kerana saya dah banyak kali masuk air susu ke dalam pam tu, so setiap kali nak guna saya akan pastikan membrane saya berkeadaan terbuka ataupun perlu basuh membrane tu untuk mengelakkan membrane melekat, jika melekat maka susu akan melimpah masuk ke pam melalui tiub. Syukur, kali pertama service di Histopoint hanya Rm10 (kurier sahaja).

4. Manual Anakku

Maaf, ni contoh pam amik dari blog dunia noris.blogspot.
Saya terpaksa membeli pam ni kerana pam spektra saya sedang dibaiki kerana masuk air susu. Kebetulan my officemate ada guna pam ni. Pam ni sngat murah sebab tu saya beli RM45 di kedai anakku. Kononnya saya beli untuk buat double pam tetapi tak menjadi sebabnya bila saya picit pam tu pam tu akan mengecut sahaja sebab dan tak menjadi. Hanya 2 or 3 kali sahaja saya guna.