Thursday, 6 February 2020

Resepi Puding Roti / Bread Butter pudding by Anis

Resepi ni aku ambil dr pengasuh anak hr tu die bagi sedap dan resepi ni berkali2 buat dan jadi

Bahan :-
-Roti 10-12 keping

-Bahan A-telur 5 biji,fresh milk 3 cup(cawan ikea),gula 5 sudu,esen vanila sedikit,tepung jagung 1 sudu besar

-Bahan B-susu cair 1 tin,air 1 1/2 cawan,gula 5 sudu besar,esen vanila,tepung custard 4 sudu

Cara membuatnya :-
1. Roti koyak2 atau potong 4 then terus masuk loyang
2. Ambil bekas dan masukkan bahan A kacau2 dan terus tuang dalam loyang ade roti, xyah rendam2 lame pun
3. Panaskan oven dan bakar bahan A dan roti tadi 45 minit suhu 160 darjah
4. Ambil periuk xyah buka api terus masukkan bahan B kacau2 baru buka api
5. Sentiasa kacau sehingga menggelegak tutup api
6. Siap



Tuesday, 4 February 2020

Resepi Mac and Cheese

Bahan-bahan untuk Mac & Cheese:

  • 2 cawan makaroni
  • 2 sudu besar mentega
  • 2 sudu besar tepung gandum
  • 2 1/2 cawan susu segar
  • 4 keping keju cheddar
  • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
  • Sedikit garam

Cara-cara :

  1. Rebuskan makaroni dengan sedikit garam sehingga lembut. Ketepikan.
  2. Panaskan mentega. Masukkan tepung dan gaul rata dengan cepat.
  3. Masukkan susu segar. Kacau dan tambahkan serbuk lada hitam dan sedikit garam.
  4. Masukkan keju satu per satu sambil kacau dengan whisk supaya tidak berketul.
  5. Masukkan makaroni yang telah direbus tadi dan kacau rata.

Nota :

  • Boleh tambah keju yang lain untuk lebih sedap mengikut citarasa masing-masing.
  • Taburkan kepingan cili @ serbuk cili jika suka pedas.