Wednesday, 9 October 2019

Resepi Kek Kukus Coklat Sedap

Bahan-Bahan(Menggunakan sukatan cawan )
1 cawan serbuk koko
1 cawan gula pasir
1 cawan susu cair
1 cawan minyak masak/ marjerin dicairkan
1/2 cawan susu pekat manis
1 1/4 cawan tepung gandum/ tepung kek
1 sudu kecil baking powder
1 sudu kecil soda bikarbonat
4 biji telur
1 sudu esen vanilla
Cara-cara Menyediakan Kek Coklat Kukus
1. Campurkan gula, susu cair, susu pekat manis, marjerin ke dalam periuk atau kuali. Kacau rata dulu dan Masak atas api hingga larut. Pastikan api dalam keadaan perlahan supaya ia larut dengan sekata. dalam 10-15 minit
2. Dalam bekas lain, ayak tepung gandum, serbuk koko, baking powder dan soda bikarbonat.
3. Pukul telur hingga kembang. Masukkan campuran pertama tadi kedalam adunan telur.
4. Kemudian masukkan sedikit demi sedikit campuran tepung gandum, serbuk koko,baking powder dan soda bikarbonat.Kacau hingga sebati dan tidak berketul-ketul.
5. Panaskan pengukus dan pastikan air sudah mendidih baru dimasukkan loyang yang mengandungi adunan kek coklat.
Sapukan marjerin pada loyang.Jangan lupa tutup loyang dengan aluminium foil supaya air wap tidak terkena pada kek.
Kukus kek selama 1 jam.
Cara Menyediakan Topping untuk Kek Coklat Kukus
1. 1 cawan serbuk koko
2. 1 cawan minyak
3. 1 cawan susu pekat
4. 1/2 cawan susu cair
Sejukkan sikit baru tuang ke kek

Kredit resepi ini cik bunga matahari

No comments:

Post a Comment