Bersalin anak yang ke-3 ni masa ni aku duduk dekat Ampang KL. Masa 2 anak sebelum ni aku dan suami duduk nun jauh di utara. Disebabkan kali ni beranak kali ke-3 rasanya cukup jugalah pengalaman kalau nak berpantang sendiri lagipun sekarang ni zaman cari info kat google jek. Lagi pun aku memang tak nak menyusahkan mak abah aku sendiri dia orang pun bukan larat sangat dan ada jaga cucu.
Sebelum nak beranak tu memang awal2 aku dah beli semua barang bersalin, pantang, barang sekolah anak, perkakas dapur dll.
Alhamdulillah rasa bersyukur sangat sebab suami dapat menjaga aku sepenuhnya masa berpantang kali ke 3 ni tapi sangat2 penat aku tengok laki aku
So akan datang ewah mungkin aku nak amik part time mad untuk kemas rumah semua
Bersyukur sangat kali ni pun tak jahit okey so memang lepas beranak tu laju2 jugalah jalan hehe. Lepastu memang tak rasa penat ke ape rasa macam biasa jek. Badan pun bermaya jek rasa macam kejap pun ada
Pantang sendiri ni pun ada kebaikannya :-
1. Waktu siang anak takde kat rumah so boleh rehat
2. Takde nak ngangis2 berjauhan ngan suami dan anak2
3. Tak menyusahkan mak bapak
Kalau keburukan :-
1. Mungkin suami letih sedikit tapi kalau ada part time mad mayb ok sikit kot
2. Kene pakai bengkung sendiri
Antara tips untuk berpantang sendiri :-
1. Prepare dari segi fizikal dan mental
2. Beli set berpantang awal2, kali ni saya beli set bersalin nonaroguy and shaklee. Barang2 nonaroguy tu pun tak semua aku pakai. Kali ni bersalin baru amik set bersalun selalunya aku minum air kunyit dan manjakani jek. Barang NR yang aku suka phytonatal, minyak, teh dan lulur jek. Untuk shaklee vitamin B sangat2 berguna sebab elak meroyan dan paling best memang xstress kepalsa tenang jek walaupun masa tu anak ko tengah bergaduh2. Mak masa tu macam xde perasaan alhamdulillah terkawan tenang h jek rasa.
3. Beli bahan masak seperti ikan, sayur, biskut2 awal. Ikan semua tu aku asing siap means 1 hari klu ikan 2 ekor so masuk dlm plastik 2 ekor aje mudah laki aku nanti. Awal2 lagi aku dah buat buku resepi senang untik lagi aku ikutkan campak2 aje masakan orang pantang ni tapi yela bukan sebarang ikan dan sayur ye kang bentan susah mak jemah tak gitu. Nak grill just masuk dalam oven aje
4. Pasang coway dah xpayah masak air, saya bukan nak berlagak tp memudahkan almaklumla ade 2 org budak kecik so xdela laki aku terkejar2 masak air
5. Pasang air panas water heater siap2. Alhamdulillah kebetulan kak ipar aku bagi dan terus pasang
6. Baju2 memang hantar dobi terus xyah nak basuh and lipat2
7. Cara membasuh uri mmg suami aku buat sendiri aje dan tempurung and kain putih dah suruh mak aku prepare awal2
8. Paling penting tukang urut aku dah cari awal2. Aku amik package siap masak, tunku, mandi baby semua
9. Pam susu pula aku dah beli awal2 di pumponthego wajib try ye yg lame dah semput nak kena servis alang2 sparepart pun hilang aku terus beli yg baru
10. Baju2 baby mmg beli lebih senang hujan ke or xde mase nak cuci so ade baju standby
11. Tunku aku beli siap2 di danita. Bengkung kali ni aku beli yg berzip mudah nak g toilet
Wednesday, 18 July 2018
Amalan Elak Jahit Ketika bersalin dan Mudah Bersalin
Jahit menjahit ni la bende paling takot kat mak2 yang nak bersalin tu kan. Tapi bagu aku sepanjang berabak dan mengandung paling perit construction dan awal2 mengandung. Setiap kali mengandung mesti mabuk teruk gile, muntah tu mmg standard yang tak tahan langsung tak boleh nak makan or minum. Bayangkan 3 bulan pertama tu sehari just minum sekotak air blackcurrent brand ape lupe dah dan sebungkus biskut oat. Mabuk teruk juga sampai pengsan dan warded, masuk air pun berelas2 botol.
Tapi bila time beranak alhamdulillah tuhan permudahkan sakit pun tak lama sejam dua terus beranak. Teran due kali jek terus keluar budak dan paling menggembirakan masa lahir anak ke-3 ni memang langsung tak jahit, ye haa berjaye juga usaha untuk tak jahit. Anak dah setahun baru sempat nak share petua atau amalan apa yang aku buat, hehe. Beranak kali ke-3 ni pun rasa kejap jek tak jahit so makan pun oklah dan mungkin tuhan pun tahu yang aku nak berpantang sendiri. Pantang sendiri pun aku dan suami yang decide sebab aku memang tak menyusahkan orang lagi2 mak aku masa tu tengah jaga anak kakak aku yang kecil sorang dan yang besor sikit 3 orang. Pening kepala kan so tak yah pening2 aku decide pantang sendiri.
Antara amalan wajib aku buat adalah :-
1. Masuk 7 bulan dah mula buat senaman, sila rujuk gambar bawah sebelum tidur wajib buat tak kesahla laki cakap ape pun hehe
2. Lepas solat baca surah maryam dan yusof, masa bersalin baca doa nabi yunus
3. Amalkan minum minyak kelapa dara brand TANAMERA. Start bila makan kene tengok botol aku dah lupa tak silap masuk 7 bulan
2. Lepas solat baca surah maryam dan yusof, masa bersalin baca doa nabi yunus
3. Amalkan minum minyak kelapa dara brand TANAMERA. Start bila makan kene tengok botol aku dah lupa tak silap masuk 7 bulan
4. Buat urutan perinium. Urutan aku buat setiap kali lepas kencing dekat toilet tu jek letak minyak kelapa dara bagi kulit kita lembut kenyal dan masa beranak tu senang nak beranak tak keras kulit kite tu.
5. Selalu menyangkung dan selalu kangkang dengan cara temukan kedua2 tapak kaki dan sambil duduk
6. Makan telur separuh masak masa nak dekat bersalin
7. Selalu buat senaman kegil atau kemut. Senaman ni sebenarnya sangat penting sebab untuk stamina dan ada tenaga masa push nanti 😊
8. Ambil air segelas dan baca Ya Khaliq 11 kali hembus dan minum
9. Sebelum ke hospital tu wajib makan kurma, minum air milo, minum vco dan air zam2
Wednesday, 4 July 2018
Resepi Mee Goreng Sedap Sangat by Nde Mai
Bahan-bahan :-
- Mee kuning
- bawang besar 2 atau lebih
- bwg putih 2
- lada kering 3 sudu besar
- lada kering
- fishball atau fishcake
- sos seafood adabi
- sos cili
- sos tomato
- sos tiram
- kicap
- telor
- tomato
- sawi
Cara membuatnya:-
- blander bwg besar, bwg putih, lada kering dan udang kering
- tumis bahan td kemudian masukkan sos2..kicap..telor dan bahan2 lain
- Mee kuning
- bawang besar 2 atau lebih
- bwg putih 2
- lada kering 3 sudu besar
- lada kering
- fishball atau fishcake
- sos seafood adabi
- sos cili
- sos tomato
- sos tiram
- kicap
- telor
- tomato
- sawi
Cara membuatnya:-
- blander bwg besar, bwg putih, lada kering dan udang kering
- tumis bahan td kemudian masukkan sos2..kicap..telor dan bahan2 lain
Subscribe to:
Posts (Atom)