1. Batuk
- Saya amalkan tepuk belakang cara percussion tu boleh tengok kat youtube. Ambil besen kecil letak air panas mendidih tu dan 2 atau 3 biji bawang putih yg telah diketuk. Telangkupkan baby tapi jangan sampai muka baby dekat sangat ngan air tu ye nanti takot merah2 mukenye, jarak 2 atau 3 jengkal saja dari besen. Kemudian tepuk belakang kiri dan kanan tangan tu bengkokkan sikit dan tepuk agak2 la ye jangan kuat2 sangat kesian baby.
- Bakar bawang putih 3 biji bersama kulit kemudian ketuk dan campurkan minyak, saya selalu guna minyak zaitun evoo. Sapu di dada, belakang dan tapak kaki
2. SELESEMA
- Cara nak sedut hingus bayi ada dua samaada guna mulut ibu sedut atau alat mcm pam tu harga RM 10
- Letak vick atau bam. Yang bawah ni first time saye jumpe murah rm8 sahaja berbanding vicks baby tu rm18 dan yang ni ada bau strawberry tau wangi sangat. Sesuai untuk peringkat umur. Bila malam susah nak bernafas so saya sapu kat hidung dan dada
- Jika tidur letakkan bantal di kepala. Pastikan kepala tinggi mudah untuk bayi bernafas
3. DEMAM
- Saya amalkan mandi air lemon, lemon tu perah dan rendam dengan air panas dulu dan mandikan bayi. Boleh juga ambil kain lap2 dan letak kain tu atas kepala. Ni baby Aisha masa umur 5 bulan. Pertama kali dia demam sekali ngan batuk dan selesema menyangkit kakaknya si Nana
- Letak Air asam jawa di kepala dan lapkan di badan
- Mandikan seperti biasa tapi dengan air suam
- Selalu bagi minum susu bagi dia banyak kencing
- Pakaikan baju yang tak panas seperti baju lengan pendek seluar pendek
- Pastikan bayi dapat tidur yang cukup
- Buat double sock dengan air lemon. Rendam stokin dengan air lemon tadi kemudian pakaikan. Ambil satu lagi stokin dan sarungkan pada stokin yang basah tadi
- Garlic Sock - Ambil bawang putih ketukkan dan kemudian letak di dalam stokin. Pakaikan stokin biasa dulu dan masukkan stokin yang ada bawang putih tadi. Jika bawang putih letak terus kena kulit nanti kulit kaki boleh terbakar
Okey Selamat mencuba semua 😊
No comments:
Post a Comment