Tuesday, 28 August 2012

Yee Mee Kantonis





BAHAN-BAHAN:-

1 gulung yee mee

1 ulas bawang putih ( mayang )

2 biji cili api ( mayang )

1/2 biji cili merah ( mayang )

5 biji bebola ayam ( di potong 4 ) ~ yana x letak xde stok

15 gm isi ayam

4 ekor udang

4 helai daun sawi ( potong 1 inci )

Bunga kobis ~ yana tambah

1 biji telur

2 sudu besar sos tiram

1/2 sk serbuk lada sulah

1/2 sk serbuk lada hitam

1/2 sk serbuk pati ayam maggi ~ yana letak kiub ayam knorr

1 sk garam ( secukup rasa ) - yana xletak

2 sb tepung jagung ( dibancuh dgn 150 ml air )

2 sb minyak masak

2 batang daun bawang ( utk hiasan )



CARA NAK BUAT :-


  1. Panaskan minyak, tumis bahan yang dimayang sehingga naik baunya.
  2. Masukkan isi ayam dan bebola ayam. Kacau hingga sebati dgn bahan tumisan tadi.
  3. Masukkan pula bancuhan tepung jagung dgn air rebusan tadi. Biarkan sedikit mendidih.
  4. Semasa air sudah mendidih dan kuah menjadi sedikit pekat masukkan serbuk lada sulah, serbuk lada hitam, serbuk pati ayam dan sedikit garam.
  5. Pecahkan pula telur dan kacau hingga telur masak berketul-ketul.
  6. Masukkan yee mee. Tambahkan sedikit air jika mahukan yee mee betul2 lembut dan perasakan lagi.
  7. Masukkan daun sawi.
  8. Last sekali, taburkan dgn daun bawang dan siap utk dihidang panas2

Mudah Bersalin

1. Senaman Pernafasan
Berlatih semasa mengandung lagi untuk membiasakan kita dengan teknik pernafasan ini. Cuba bayangkan situasi ketika saat ingin melahirkan dan buatlah latihan pernafasan seperti berikut:

a. Early labour breathing (mula rase sakit/ start contraction)
Bernafas dengan panjang dan berlahan-lahan melalui hidung

b. Active stage breathing (contraction makin kerap n makin sakit)
Mula bernafas melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction makin kerap, ambil nafas pendek dan cepat untuk kurangkan kesakitan. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.
Apabila contraction hilang (contaraction atau sakit akan berulang dalam dalam tempoh-tempoh tertentu) ambil nafas panjang melalui hidung dan lepas melalui mulut. Apabila contraction terasa semula bernafas seperti tadi, pendek dan cepat.

c. Second stage breathing
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, kerana oksigen akan masuk dengan banyak berbanding melalui hidung..dan baru push smbil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya bayi tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk kedalam semula.
2. Senaman Kegel (Kemut)
Senaman ini baik untuk kulit/otot vagina supaya lebih kenyal, dengan itu otot boleh mengembang dengan lebih baik apabila proses kelahitan bayi. Senaman ini juga bagus untuk kekuatan otot yang menyokong rahim dan untuk menjamin keintiman hubungan suami isteri. Senaman ini boleh dilakukan dimana saja (org bukan tau pun kte tgh wat senaman kegel ni... huhuhu...). Salah satu daripada senaman kegel adalah dengan menahan air kencing separuh jalan, dan kira sampai 10 (atau 10 saat) dan baru dilepaskan bakinya.

3.
Amalan membaca surah Maryam
Amalkan membaca surah Maryam terutama sekalai apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin. Kisah Maryam melahiran Nabi Isa dalam Surah Maryam Ayat 23-26.

4. Jangan amalkan minum ais atau minuman sejuk
Ada orang tua-tua berpesan supaya jangan amalkan minuman sejuk dikuatiri ibu-ibu akan lemah tidak berdaya dan kehilangan tenaga semasa proses kelahiran.

5.
Makan secukupnya
Pastikan apabila sudah mendekati tarikh jangkaan bersalin, ibu makan secukupnya. Ini sangat penting bagi memastikan ibu mempunyai tenaga untuk proses meneran. Sekiranya tiada selera makan, banyakkan makan kurma kerana kurma boleh bagi tenaga kepada badan. Siti Maryam pun di saat melahirkan Nabi Isa cuma makan beberapa biji kurma dan Beliau mudah melahirkan dgn izinNya.



PETUA SEMASA MULA TERASA SAKIT CONTRACTION
(BERMULA KETIKA PINTU RAHIM SUDAH TERBUKA 2CM)


1. Mula bernafas cara ’Early labour breathing”

2. Mula
minum air selusuh. Sebelum minum, selawat, baca al-fatihah dan berdoa "Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan sempurna.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

3. Kalau ada minyak selusuh,
sapu minyak sambil selawat pada seluruh perut, pangkal paha, paha dan pinggang. Kemudian Selawat dan minum sesudu sambil berdoa.. ",Ya Allah izinkanlah dan permudahkanlah anak dalam kandungan ini lahir dgn mudah dan selicin minyak ini.. ampunkan la segala dosa.. dan ringankan kesakitan ini..”

4.
Jangan fokus pada sakit, ingatlah yang kita sedang berusaha hendak melahirkan seorang khalifah Allah ke dunia.

5.
Sekiranya contraction makin kerap, mula bernafas cara “active stage breading” cepat dan pendek. Tarik dua kali melalui hidung dan lepas melalui mulut.

6.
Banyakan zikir doa keampuanan Nabi Yunus dalam perut ikan yu..
”la ila hailla anta subhaa naka inni kuntumminalzolimin.”.
dan banyakkan doa ”Ya Allah permudahkanlah kelahiran seorang lagi hambamu dan umat Muhamad S.A.W ke dunia ini.”



PETUA SEMASA PROSES KELAHIRAN BAYI(proses meneran tuk kluarkan baby)

1. Jangan fokus pada sakit ingatkan yg kita tgh berusaha nak keluarkan
seorg khalifah Allah ke dunia.

2.
Jangan teran cepat sangat, biasanya gesaan (urge) meneran akan datang dengan sendirinya
. Bersedia meneran apabila bukaan 8-10cm. Apabila rasa sakit dan gesaan untuk meneran sudah terasa baru boleh meneran.

3.
Posisi semasa nk melahirkan
..
Dalam keadaan
berbaring, buka kaki dan tinggikan lutut sambil kedua-dua tangan pegang pada kedua-dua buku lali
. Posisi ini memastikan kedudukan kaki akan terbuka dan terkangkang dengan luas bagi memudahkan proses keluaran bayi dan memudahkan doktor atau bidan menyambut kelahiran.

4.
Posisi suami untuk membantu isteri supaya mudah melahirkan.. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran
(elakkan koyakan)

5. Teknik Meneran dan bernafas (Second stage breathing)
Tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, dan teran sambil angkat badan (bkn angkat punggung ya..) mendekati lutut sambil dagu cecah ke dada...dgn satu nafas supaya bayi keluar keseluruhannya tanpa tersekat. Teran tanpa mengeluarkan suara untuk pastikan kita meneran sepenuh hati dan sekiranya tak cukup nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemuanya, terus tarik nafas semula, sebab, dikuatiri kalau lepaskan nafas kesemuanya, bayi akan termasuk kedalam semula atau tersekat.

Teknik Pernafasan & Kedudukan ketika Bersalin

1. Masa kita rasa start nak sakit. ( awal-awal la )
Time ni kita tarik nafas dalam-dalam ikut hidung, then keluarkan nafas ikut mulut.

2. Then bila dah rasa kontraksi makin kerap and semakin sakit
Time tu cuba tarik nafas pendek and cepat then lepas. Pendek-pendek je. Tarik nafas pendek ikut mulut, lepas pun ikut mulut.

3. Bila rasa macam nak meneran tetapi belum tiba masanya lagi.
Time ni tarik nafas 2 kali terus ikut hidung, then keluarkan ikut mulut. Tarik nafas and hembuskan tu pendek-pendek je. Ala-ala ‘sniff’, ‘sniff’, ‘fuhhhh’. Bila takde rasa nak meneran, hembuskan nafas yang lembut and macam biasa.

4. Bila tiba masa meneran
Time ni cara pernafasan dia adalah tarik nafas dalam-dalam melalui mulut, sebab oksigen masuk lagi banyak ikut mulut compare ikut hidung.. Then baru push sambil lepas nafas perlahan-lahan dengan satu nafas supaya baby tak tersekat dan betul-betul keluar.
Teran tanpa mengeluarkan suara dan sekiranya kehabisan nafas semasa meneran, jangan lepaskan kesemua nafas, terus tarik nafas semula. Ini bagi mengelakkan bayi masuk ke dalam semula. Time meneran tu dua-dua tangan pegang pada buku lali then masa meneran tu, kita tengok perut kita masa angkat kepala dan dagu cecah dada. Ini untuk elakkan dari kita angkat punggung.
5. Sebelah tangan pegang bahu isteri untuk dijadikan sebagai tempat menyandar (isteri boleh bersandar dilengan suami supaya terasa lebih selesa). Dan sebelah tangan lagi tekan lutut isteri untuk mengelakkan isteri mengangkat punggung semasa meneran (elakkan koyakan)

 KEDUDUKAN SEMASA MENERAN

1. Baring dengan keadaan kedua belah kaki terbuka luas , dan dilipatkan sedikit  kedua-dua kaki menjadi seperti betuk huruf A

2. Biasanya, jururawat akan meninggikan bahagian atas (kepala dan bahu kita) supaya dapat memudahkan kita meneran.

3. Dalam keadaan itu, sebaik/sebolehnya tangan kite memegang pada tumit. Orang kurus, biasa boleh buat nih.

4. 2 PERKARA UTAMA yang kita kena make sure posisi kita betul KETIKA MENERAN:
       a) Kepala diangkat sehingga DAGU MENCECAH  RAPAT dengan dada (betul-betul rapat).
      b) Punggung dalam keadaan tetap pada tempatnya dan TIDAK terangkat (ketidak mungkin
           berlaku koyakan yg tenat nanti .

So, mase kite ready tarik nafas pangjang dan meneran tu, ketika meneran itulah kita make sure kepala dan dagu kita rapat pada betul dada dan punggung tidak diangkat. Bila, kepala diangkat dan dagu rapat betul pada dada, momentem kite meneran tu lebih tinggi. Tenaga yang disalurkan disitu lebih. 
TENAGA
Bila dah ade show atau petanda nak bersalin, kalau boleh mandi. biar badan segar. Ambil makanan dan minuman yang mengenyagkan dan benar-benar dapat memberi tenaga. Contohnya, air milo, telor separuh masak, atau telur ayam kampung mentah, susu, roti, nasi dan yang seumpama dengannya.

Mungkin, bila berlaku kontraksi terutama kontraksi kerap, membuatkan anda hilang selera atau tak lalu nak makan..Tapi nasihat saya, berusahalah biar anda mengisi perut anda dan pastikan anda kenyang.
AMALKAN SURAH
Amalkan ayat Qursi, selawat atas nabi, doa Nabi Yunos dalam perut ikan paus , Surah 3 Qul dan Surah al-Insyirah. 

MINTA MAAF

memohon maaf dengan ikhlas dan jujur , dengan manusia terutamanya yang terdekat dengan kita seperti suami, ibu ayah dan keluarga.. InsyaAllah , itu juga salah satu remedi yang membantu dan memudahkan proses bersalin kita nanti..









Barang Baby

Week 32 baru lah saya settle membeli barang baby. Hampir RM 500 (exclude stroller, baby car seat, baby court) juga saya belanje untuk barang baby.a Rugi tak beli awal, tapi masa awal pregnant memang tak ada budget untuk beli barang baby, tambahan pula nak kuar kereta baru dan raya. Saya rasa rugi shopping barang baby lambat-lambat sebabnya badan tak larat, kaki sakit sebab bengkak, kalau shopping awal dan beli sikit0sikit so tak nampak duit tu habis selepuk. Masa tu my Hubby baru dapat bonus raya, Alhamdulillah.


BARUT

Alhamdulillah saya dah pandai menjahit barut dan bedung. Untuk barut Kak Liya kawan office lama my hubby yang ajarkan. Mula-mula xconfident tapi alhamdulillah menjadi. Untuk bahagian luar barut saya gunakan kain flannel, beli kat Nagoya 1 meter RM 5. Dan bahagian dalam pula saya guna kain cotton biase 1 meter RM3. Untuk tali barut pula, saya beli kat tesco sahaja 1 gulung RM 3.00. Kalau jahit sendiri memang untung sebabnye 1 meter kain boleh dapat 8 helai barut. Kalau kita beli kat luar 1 helai RM 5.00 tu.


BEDUNG

Untuk kain bedung saya gunakan jenis flannerl juga. Ukurannye 36inch x 36inch. Biasenye saiz bedung ni besar dari kain lampin. Kain lampin kecik so kalau baby dah sebulan ke tak cukup untuk bedung baby, kaki baby terkeluar tak cukup panjang.


ANTARA BARANG-BARANG BABY ADALAH :-


 Pakaian Bayi

      1. Baju Lengan Pendek (5) 
      2. Baju Lengan Panjang (5)
      3. Seluar Pendek (5)
        4. Seluar Panjang (5)
      5. Rompers (3)

     **Kalau nak beli lebih, beli size 3-6M atau 6-12M sebab baby cepat besar.
     Beli juga Baju & seluar yg berlubang-lubang ye.

     6. Sarung Tangan (5) 
     7. Sarung Kaki (7)
     8. Bip Baby (3)
     9. Sapu Tangan (3)
     10. Topi (3)
    11. Tungku Bayi (1) ** Untuk melegakan kembung perut
    12.  Barut Baby (10) ** Beli yang bersaiz besar supaya boleh tutup dada baby sekali bagi mengelakkan dada baby masuk angin. Bukan hanya menutup perut semata2. Kalau musim panas boleh pakaikan barut sahaja (siang hari)

Diapering



     1. Lampin Pakai Buang (2pack) / cloth diaper (10)
     2. Diaper Wipes (tisu basah) - (2pack)
     3. Safety Pin
     4. Changing Mat (tikar getah)
     5. Nappy Liner (1)
     6. Berus Pakaian
     7. Detergent Khas Untuk Mencuci Pakaian Bayi
     8. Simple Dimple Papa Bag


Nursering
    1. Bedung Baby/Selimut Baby (4)
     2. Set Tilam Dan Bantal Baby
     3. Katil Baby
     4. Mainan Untuk Gantung Pada Katil
     5. Kelambu
     6. Bakul Baju Kotor
    7. Bakul Untuk Simpan Pakaian Baby

Penjagaan Diri (Baby Care & Grooming)

     1. Bedak Baby
     2. Losyen Baby
     3. Baby Oil
     4. Putik Kapas (cotton bud) **cari yg khas untuk baby ye-hujung nye kecil
     5. Sikat
     6. Pengepit Kuku (Nail Clipper)
     7. Nasal Aspirator (Baby nose clear)
     8. Termometer
     9. Vicks **cari yg kaler pink (khas untuk kanak2)
     10. Minyak Telon & Minyak yu yee
     11. Syringe
     12. Cotton Ball
     13. Krim Lampin (Drapolene-pink)
     14. Bakul Kecil Untuk Simpan Baby Care & Grooming

Peralatan Mandi

    1. Tuala (2)
     2. Tab Mandi
     3. Syampoo
     4. Shower Gel
     ** Beli yg Top To Toe Wash Gel.. Senang 2 in 1.. syampoo & gel mandi.
     5. Span
     6. Gayung Kecil
     7. Minyak Rambut
     8. Bakul Barang Mandian

Feeding

    1. Botol Size S (2)
     2. Puting Botol Susu (2)
     3. Bottle Sterilizer
     4. Berus Pembersih Botol
     5. Penyepit Botol
     6. Sterilising Tablet
     7. Nipple Cream
    8. Nursing Pad Disposal (1 kotak)
     9. Breast Pump
     10. Nursing Pillow
     11. Nursing Bra (5)
    12. Termos

Travelling 

      1. Beg Bayi
      2. Baby Warmer for Bottle (Tak perlu jika BreastFeed)
      3. MILK Casing tingkat2 (Tak perlu jika BreastFeed)
      4. Infant Carrier

Extra   
   
      1. Penyangkut Baju Berklip
      2. Permainan Bermuzik
      3. Bumbo Seat
      4. Baby Gym
      5. Stroller 
      6. Penyangkut Kecil (untuk sarungtangan + kaki)
      7. Car seat
      8. Album
      9. Beg Bayi
      10. Baby Sling
      11. Nursing Cover
     12. Nursing Clothes / Wear

Petua Mudah Bersalin

Petua yang saya amalkan adalah :-

1. Selepas mandi, air hujung rambut tadah dan minum.
2. Amalkan Surah Maryam.
3. Semasa tidur mengiring ke kiri
4. Makan bendi
5. Minum air musoffa dan sapu diperut sambil selawat
6. Selalu berdoa agar dipermudahkan untuk bersalin
7. Selalu berjalan
8. Semasa sakit di hospital mengiring ke kiri dan buat macam tiub belon
9. Baca 3 Qul dan selawat, sapu kat perut dan usap dari atas ke bawah
10. Makan sebelum bersalin.
11. Mandi sebelum ke hospital, bila sejuk baby cepat turun
12. Makan kurma
13. Semasa dalam bilik bersalin baca doa nabi yunus

“Tidak ada Tuhan selain Engkau, Maha Suci Engkau, sesungguhnya aku termasuk orang orang yang zalim". (Surah Al-Anbiya': ayat 87)
14. Make love with husband
15. Baca surah dan doa di dalam buku hamil
16. Amalkan minum air lebihan suami
17. Minum air kelapa
18. 2minggu sebeum due amalkan makan telur separuh masak
19. Selalu berjalan
20. Baca 'Ya Fattah' supaya laluan bayi cpt terbuka
21. Duduk bersila, temukan kedua dua tapak kaki, pegang jari2 kaki tu pastu tolakkan kedua tapak kaki ke arah vagina.
22. Amalkan baca "Ya Khaliq, Ya Bari, Ya Musawwir" sebanyak 21 kali then hembuskan dalam segelas air.
23. Masa nak ke hospital mandi dulu
24. Masa nak ke hospital minum air milo campur dengan mentega
25. Semasa kencing tahan separuh kencing kira sampai 10 then baru kencing habis

Raye 2012 + Week 34

 
 
 
 
 
 
Tahun ni sangat bermakna kerana tahun pertama saya beraya sebagai isteri kepada Raja Mohd Radzi. Tahun ni beraya tak boleh pakai kebaya, Alhamdulillah raya kali ni bersama-sama ngan baby dalam perut. Susah nak cari baju raya yang sedondon, last2 pergi bazar Pekan Rabu, Alor Setar barulah dapat baju yang sama warna dengan my asben. My asben pun pakai baju masa nikah tahun lepas, tak membazir daripada terperuk dalam robok tu better pakai masa raya. Kandungan saya masa raya ni dah minggu ke 34, risau juga nak balik kampung di Johor tapi Alhamdulillah semuanya selamat. Syukur ya Allah...dari awal kandungan 1 bulan lagi saya dah kuat berjalan, awal kandungan dah 2 kali berjalan ke langkawi. Balik Johor baru 2 kali, balik KL lagi banyak kali. Tapi syukur Alhamdulillah semuanya selamat, mungkin aku maintain makan ubat doktor dan Herbalife tak lupe juge doa untuk kesihatan takot jek berlaku apa-apa.
 
 

 


 
 
 

Tidur Lena


1. Kurangkan minum
Di siang hari, minumlah air sebaik-baiknya air kosong sebanyak mungkin. Tetapi apabila hampir waktu tidur, kurangkan pengambilannya. Sekurang-kurangnya dua jam sebelum tidur. Ini penting untuk meminimumkan kebiasaan anda yang kerap berulang-alik ke bilik air semata-mata untuk membuang air kecil.
2. Senam di siang hari
Bersenam secara tetap ketika hamil baik untuk tahap kesihatan yang optimum. Ia juga bermanfaat dalam memperbaiki peredaran darah bagi mengelakkan kaki kejang di malam hari. Pun begitu, elakkan bersenam terlalu lewat menghampiri waktu tidur. Pastikan anda anda berhenti bersenam tiga jam sebelum tidur bagi membolehkan tubuh kembali “sejuk”.  Ini penting kerana senaman membebaskan adrenalin ke dalam tubuh yang akan membuatkan anda kekal “berjaga” sepanjang malam. Senaman paling baik ialah renang kerana air dapat menampung berat badan dan mengurangkan tekanan ke atas sendi-semdi badan. Selain itu yoga juga boleh diamalkan untuk menenangkan minda dan fizikal. 
3. Kongsi masalah
Tekanan dan kebimbangan merupakan antara penyebab anda tidak berupaya tidur dengan nyenyak. Ingatlah! Tekanan yang anda “perap” di dalam kepala tidak mendatangkan faedah. Jadi, berbincanglah masalah yang menyesakkan minda dengan orang yang anda percayai seperti suami, ibu, adik-beradik atau kawan rapat. Dapatkan pertolongan mereka yang boleh mendengar dan membantu jika ada isu-isu tertentu yang menyebabkan anda kacau bilau.
4. Ikuti rutin
Biasakan diri dengan rutin yang teratur. Contohnya mandi, menyapu losyen pelembap muka dan tubuh, menyikat rambut, membaca bahan bacaan ringan, mendengar muzik sentimental, minum teh tanpa kafein atau susu panas dan sebagainya. Jika anda sudah biasa dengan rutin yang konsisten, tenang dan selesa, anda tentu dapat beristirehat dan seterusnya mudah rasa mengantuk. Hanya dengan bersikap konsisten, anda akan memberikan isyarat kepada otak bahawa waktu tidur sudah tiba.
5. Betulkan posisi
Dalam trimester ketiga, amalkan tidur dengan mengiring ke sebelah kiri. Ini bagus untuk menggalakkan peredaran darah yang baik untuk kandungan, rahim dan buah pinggang. Elakkan tidur menelentang untuk tempoh waktu yang lama kerana ia boleh membebankan bahagian belakang yang akhirnya boleh menyebabkan anda sakit pinggang.
6. Atasi pedih ulu hati
Bagi mengelakkan pedih ulu hati, jangan baring dalam tempoh satu hingga dua jam selepas waktu makan. Jika masalah pedih ulu hati menjadi penyebab anda tidak dapat tidur, pastikan kedudukan kepala anda lebih tinggi ketika berbaring. Selain itu, elakkan makanan berempah, berasid (contohnya makanan yang dihasilkan daripada tomato), berlemak atau bergoreng. Makanan-makanan daripada jenis ini akan memburukkan lagi masalah yang anda hadapi.
7. Tidur siang
Sekiranya anda tidak mendapat tidur yang mencukupi di waktu malam, pastikan anda mencuri masa untuk melelapkan mata buat seketika di siang hari. Ini dapat membantu anda mengurangkan keletihan. Carilah kawasan yang sunyi dan beristirehatlah walaupun hanya untuk beberapa minit. Jangan lupa padamkan telefon bimbit anda! Walau hanya 10 minit, ia sangat membantu untuk memulihkan tenaga dan kesegaran anda.
8. Bantal tambahan
Anda digalakkan untuk menggunakan bantal khusus untuk penggunaan wanita hamil bagi menyokong tubuh anda yang kini semakin membesar. Walau pun begitu anda masih boleh menggunakan bantal sedia ada yang biasa anda gunakan. Untuk keselesaan, cuba tidur secara mengiring dengan meletakkan sebiji bantal di bawah lutut dan sebiji lagi di bawah perut.
9. Jaga diet
Hapuskan kafein, alkohol dan nikotin dalam hidup anda! Ini penting bagi mengelakkan insomnia. Awasi kafein dalam minuman ringan seperti kola, coklat dan kopi kerana ia boleh mengganggu tidur. Begitu juga dengan nikotin. Alkohol pula, walau pun pada awalnya boleh menyebabkan anda mengantuk, ia tetap mengganggu tidur di malam hari. Dalam pada itu, ambillah makanan seimbang. Bukan sahaja kerana ia penting untuk kesihatan anda dan bayi. Dengan mendapat zat makanan yang diperlukan, ia mengelakkan anda daripada berlapar. Secara tidak langsung, ia menghalang anda daripada mengalami masalah sukar tidur.
10. Tukar coli
Sebelum hamil, anda selesa tidur tanpa memakai coli. Sekarang anda perlu sentiasa memakai coli bagi menyokong payu dara dan mengelakkannya menjadi kendur. Untuk mengatasi masalah ketidakselesaan ini, gunakan coli khusus yang digunakan untuk tidur atau longgarkan coli jika anda berasa tidak selesa. Tambahan pula, anda sememangnya perlu menukar saiz coli beberapa kali sepanjang tempoh kehamilan.
 11. Bantuan pakar
Berjumpalah dengan doktor untuk mendapatkan nasihat jika masalah insomnia berterusan. Khidmat daripada pakar tentu dapat mengatasi masalah anda.
Info
Susu panas yang diminum sebelum waktu tidur bagus kerana mengandungi L‑triptofan iaitu “ubat” penenang semula jadi. 

Saturday, 11 August 2012

Cornflake Madu

Bahan-bahan :
  • 90g gula kastor
  • 110g butter
  • 6 sudu besar madu atau golden syrup
  • papercups
Campuran Cornflakes :                
  • 120g cornflakes
  • Ceri
Kaedah penyediaan :
1. Masak atas api sehingga butter, gula dan madu bercampur sebati. Sekejap sahaja.
2. Kemudian masukkan cornflakes dalam periuk yang panas tu.
3. Gaul hingga rata bancuhan madu dan cornflakes, sudukan dalam papercups.
4. Bakar di dalam ketuhar yang telah dipanaskan terlebih dahulu pada 350 F selama 11 hingga 12 minit. (Saya gune microwave)

Friday, 10 August 2012

Punca & Tips Elak Bengkak Kaki

Masuk minggu ke 32 kaki dan tangan mula membengkak. Setiap malam kena urut letak miyak halia. Puncanya adalah saya minum banyak ais dan air sejuk. Masa ni saya puasa cukup dan tekak rase haus sangat-sangat. Sebelum ni saya memang pantang untuk elak minum ais.

Tips berikut boleh membantu mengurangkan masalah bengkak di kaki sewaktu mengandung :

1. Elakkan dari berdiri terlalu lama

2. Letakkan kaki di posisi yang lebih tinggi. Bagi mereka yang bekerja dipejabat, seeloknya anda letakkan satu bangku kecil atau kalau anda jumpa buku yellow pages lama yang tebal-tebal tu, susun bawah meja untuk dijadikan pengalas kaki
 
3. Sewaktu tidur pula, alaskan kaki dengan bantal agar kedudukannya lebih tinggi dari badan anda.

4. Rehatkan diri seketika. Jika anda dah lama duduk, seeloknya bangun dan jalan-jalan sekejap untuk membantu darah mengalir dengan baik ke bahagian kaki. Orang yang tak pregnant pun boleh kebas kaki kalau duduk lama-lama. Apatah lagi kalau yang sedang hamil, lagilah senang nak kena serangan kejang kaki

5. Minum banyak air. Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki

6. Elakkan dari memakai stokin yang getahnya mencengkam dengan kuat.

7. Wanita hamil digalakkan untuk mengiring kesebelah kiri sewaktu tidur untuk menggalakkan pengaliran darah yang lebih lancar

8. Amalkan pemakanan yang sihat dan elakkan dari mengambil junk food

    9. Tidur mengiring ke sebelah kiri dapat mengurangkan tekanan saraf, saraf terbesar terletak di sebelah kanan.Letakkan kaki di atas bantal semasa berbaring atau berehat. Tidur dengan pelbagai posisi, elakkan kaki daripada berada dalam posisi yang sama untuk jangka waktu yang lama bagi mengurangkan tekanan pada pembuluh darah. 

    10. Rendam kaki dalam air sejuk.Bagaimana? Siram kaki dengan air sejuk perlahan-lahan bermula dari tapak kaki kemudian ke lutut dan paha. Ulangi selama beberapa minit sambil menggerak-gerakkan jari kaki anda. Selepas itu, amalkan merendam kaki anda di dalam air suam yang dicampur sedikit garam atau limau nipis.
    11.  Rajin mengurut lembut kaki dengan cara menekan tapak kaki menggunakan minyak bayi atau losyen setiap pagi atau malam sebelum tidur. Cara ini membantu kaki daripada bengkak sekaligus menjaga kesihatan kaki sepanjang hamil.
    12. Jangan menyilang kaki semasa duduk terutamanya dalam masa yang lama.
    13. Regangkan kaki anda dan pusingkan pergelangan kaki anda, begitu juga jari-jari kaki anda. Gerak-gerakkan.
    14. Minum air secukupnya.Sebenarnya ini membantu untuk mengurangkan pengumpulan air dibawah kulit dan boleh mengurangkan bengkak di kaki
    15. Gunakan kasut dan stokin yang selesa.Gunakan kasut tumit rendah bagi membantu keseimbangan tubuh dan kaki. Jangan pilih yang ketat.
    16. Kurangkan pengambilan garam dalam makanan kerana ia boleh menyebabkan tekanan darah tinggi dan lebih mudah membuat kaki menjadi bengkak.Gunakan penyokong perut untuk wanita hamil untuk mengurangkan tekanan.
    17. Amalkan senaman yang sesuai untuk wanita hamil.
    18. Banyakkan berehat terutama jika anda terlalu sibuk dengan kerja, seringlah berhenti untuk setiap 10 minit sekali bagi merehatkan tubuh untuk melancarkan sistem perjalanan darah.
    19. Berjumpa doktor dengan kadar segera jika bengkak kaki berlarutan atau menjadi teruk.Dapatkan pemeriksaan doktor jika masalah bengkak yang anda alami agak berlainan disamping peningkatan berat tubuh yang keterlaluan iaitu lebih 1 kg setiap minggu. Anda harus berhati-hati dengan keadaan ini kerana dikhuatiri ia disebabkan gejala lain yang mungkin membahayakan anda dan kandungan