Monday, 23 July 2012

Pantang Larang Orang Cina



1. Jangan makan :-

-         Cincau
-         Tembikai Merah
-         Cempedak mentah (goring boleh)
-         Goreng Pisang Banyak sangat nanti anak banyak tahi mata.
-         Kunyit ataw benda-benda kuning
-         Buah oren atau air oren, nanti bibir bayi hitam dan baby berkahak
-   Lobak Merah dan betik - Anak sakit kuning

2. Jangan Menjahit atas katil

3. Jangan minum berdiri semasa berpantang

4. Nak bersalin banyakkan makan bendi
                                                                         
5. Jangan ubah kedudukan pape dlm bilik especially katil, klu nak ubah pun suruh suami yang ubah tp bukan depan kite.

6. Klu tukar cadar xyah angkat2 tilam, klu nak angkat suruh suami angkat tp jgn depan kite.

7. Jangan ketuk paku, klu ketuk suruh suami ketuk tp jgn depan kite.

8. Jangan Sapu Sawang.

9. Jangan menziarahi orang sakit waktu malam.



HB Rendah



MAKANAN :
  • Daging merah yang lembut (bahagian batang pinang)
  • Daging burung unta (ostrich)
  • Cornflake yg ditambah zat besi (baca pada label) atau bijirin lain
  • Kerang (sambal, sup, etc) - saya suka rendang
  • Roti gandum
  • Telur, tauhu, hasil soya
  • Buah-buahan kering - kurma merah cina atau buah jujube
  • Sayuran berdaun warna hijau
  • Hati, limpa, paru
  • Ikan Bilis
  • Brokoli
  • Madu (seelok-eloknya 7 bln ke atas)
  • telur, susu, hati, ikan, daging,
  • kacang-kacangan (tempe, tahu, oncom, kedelai, kacang hijau),
  • sayuran berwarna hijau tua (kangkung, bayam, brokoli, daun katuk),
  • buah-buahan (jeruk, jambu biji, pisang).
  • Sayur jangan masak lama-lama
MINUMAN :
  • Air jenama 100Plus - jika cepat letih (org kurang darah selalu letih)
  • Jus buah-buahan seperti jus mangga manis (pauh siku raja) yang diblend dgn susu pekat, tambah sedikit air, minum sejuk dgn ais

Tingkatkan juga makanan di bawah yang mempunyai vitamin C yang tinggi sebab kalau vit C dalam badan cukup, maka akan lebih terseraplah zat besi anda :
  • Buah-buahan citrus seperti oren
  • Sayur-sayuran mentah
  • Betik
  • Mangga
  • Jambu

Contoh-contoh resipi untuk menaikkan Hb rendah:
  • Teh Cina Kurma Merah, Longan dan Halia:
    • BAHAN-BAHAN
      • 10 Biji Kurma Merah (rendam selama 10 minit. Berus menghilangkan kotoran terperangkap dalam lipatan kulit)
      • 16 Buah Longan Kering (Basuh)
      • Kupas dan titik 2 "x 2" halia tua (halia tua sesuai untuk buang angin ~ kalau tak suka tak payah letak)
      • Gula Batu (kalau tak nak pun boleh)
      • Daun Pandan
    • KAEDAH:
      • Bawa 5 cawan air mendidih.
      • Tambah semua bahan dan didihkan air dalam panas sedang selama sekitar 15 minit.
      • Hidangkan selagi panas. Boleh di minum ketika sejuk
Saya amalkan untuk elak HB adalah :-
1. Minum pati gulsan
2. Makan buah tembikai susu
(Alhamdulillah mengandung anak ke-2 saya tak ambil pil tambah darah, HB santa ok)

Masalah sepanjang hamil



BULAN PERTAMA – Hb dan semua ok.
Masa bulan pertama memang xde pape masalah, Hb pun ok, kena puji dapat 14. Berat masa tu 54 Kg.

BULAN KEDUA – Berat Badan turun 4 Kg (Setiap Minggu kena Timbang).
Berat badan turun 4 Kg, jadi 50 Kg, sebabnya awal kehamilan saya langsung xde selera dan xleh makan nasi. Akibat dari tu setiap minggu (Ahad) saya kena timbang. Sengsara xde selera. Petua saya ade selera adalah melihat makanan yang sedap-sedap walaupun rase nak termuntah.

BULAN KETIGA – Menghidap HyperTyroid 28 (Normal min1-23)
Selalunya doctor perempuan yang check, tapi kali ni Lelaki india plak, die perasan leher saya besa dan suruh saya amik darah untuk Tiroid. Keputusannya amatlah menyedihkan. Saya menangis depan doctor sebab risaukan baby, takut ada effect pape. So saye hanya makan ubat tyroid yang doctor bagi dan mak ade bagi air tawar. Ubat tu pun saya xberape yakin sesuai ke untuk ibu hamil, so saya Tanya Auntie Nor, ubat tu memang ok untuk ibu hamil. HAri-hari saya makan. 3bln lagi (Bulan 7) saya kena ambil darah lagi untuk check Tyroid.

BULAN KEEMPAT – Hb hampir ke minimum 11.3 (Normal min11-14)
Disebabkan saya ade Tyroid, so memnag effect pada darah saya, sebab baby ambik banyak darah kite. So, nurse suruh saya makan pil tambah darah 2 biji pagi dan 2 biji malam, da la besar ubatnye. Kalau dicampur dengan ubat-ubat lain, 1 hari saya telan 9 biji pil. Xkesahlah janji bayi ni sihat.

BULAN KELIMA – Hb rendah 10.8 (Normal min11-14)
Pil darah maintain makan 4 biji sehari. Padahal sebelum check up saya selalu makan kerang, hampir setiap minggu.

BULAN KEENAM – Hb dan berat bagus.
Semuanya ok, Hb ok sebab 1 minggu sebelum check up saya makan roti gandum mashimo, kekacang, jus buah, paru, Herbalife.

BULAN KETUJUH - Tiroid ok
Syukur Alhamdulillah result tiroid ok  12.00 (9.00-23), still makan ubat tapi kurangkan dos.

Merangsang Bayi


Mengapa perlu merangsang bayi :-


Merangsang anak di dalam kandungan adalah amat digalakkan kerana ia dipercayai dapat mengeratkan ikatan antara ibu bapa dan anak. Ia juga mampu mencerdaskan otak anak-anak anda.  Mungkin ada yang menyangka ia adalah perkara yang sia-sia kerana menyangka anak yang di dalam kandungan tidak mengerti apa-apa.  Anggapan itu adalah salah. Jadilah teman yang paling rapat dengan bayi anda.

Berbuallah dengannya, bacakan buku cerita, perdengarkan muzik, perdengarkan bacaan al-Quran dan usaplah dia dengan kasih sayang.  Percayalah, hubungan anda dengan bayi anda pasti akan jadi lebih erat apabila ia telah dilahirkan nanti.  Ia pasti mengenalpasti suara anda dan anda pasti terpegun dengan hasilnya.


Cara Merangsang Bayi :-


 1. Ibu hamil hendaklah menjaga emosinya agar sentiasa tenang, ceria dan gembira agar anak yang akan dilahirkan nanti akan memiliki sifat-sifat tersebut dan tidak mudah meragam.
 2. Lahirkanlah perasaan rindu menanti kelahiran bayi anda dengan penuh ikhlas dan penuh kasih sayang melalui usapan dan sentuhan lembut. 
3.  Perdengarkan beberapa jenis muzik seperti Mozard dan gemelan.  Selalulah berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran seperti surah Yusuf, surah Maryam dan surah Luqman.   
4. Selalulah berbual-bual dengan bayi anda dengan suara yang lembut.  Apabila berbual dengan bayi anda, kenalkan diri anda.  Ini adalah penting kerana dia hanya mampu mendengar dan merasa, tetapi masih tidak boleh melihat dunia luar. 
5. Lakukanlah isyarat-isyarat mudah seperti menepuk perut dengan lembut, menggosok persekitaran perut, menggoncang perut perlahan-lahan dan kemudian usap dengan lembut untuk menenangkannya.  
6. Perkenalkan perbezaan suasana terang dan gelap dengan menggunakan lampu picit yang disuluhkan ke perut.  lakukan ransangan ini 5 hingga 10 minit.  
7.  Jika bayi anda mempunyai abang atau kakak, perkenalkan mereka kepada bayi anda.  Ajaklah anak-anda berinteraksi dengan adik mereka.  Ajaklah mereka berbual serta menciumnya.  Cara ini akan dapat menyemai perasaan kasih sayang di antara mereka adik beradik sejak awal lagi.  Sekali gus akan dapat mengelakkan perasaan cemburu si abang atau si kakak terhadap adik mereka bila adik mereka telah dilahirkan nanti.

 

Baby Gerak



Minggu 21 adalah minggu yang mula rase baby gerak, sangat la terkejut. Masa tu malam, saya baring selepas makan malam, saya ingtkan bunyi angin dalam perut rupenye baby. Masuk minggu ke 23, baru saya rasa baby gerak kuat sikit sampai Nampak perut bergerak bile bayi tendang. Sangat seronok ngan moment tu. Saya selalu usap perut, ni adalah langkah yang baik untuk merangsang bayi. Bayi selalu gerak aktif waktu malam.

Jantina Bayi



Genap 5 bulan (20 Minggu) my hubby teman saya scan baby, xsabar nak taw jantina. Nak wat 3D scan xtaw nk wat kt ne sebab xbiase ngn Hospital kat alor setar ni. Akhirnya saya n hubby scan kt Klinik Noriah. Sgt excited dan my hubby ble tgk sendiri baby tu. Alhamdulillah ms tu kemaluan baby Nampak ketara Gugurl.Tp mase saya scan 4 bln kt Klinik Kerajaan, doctor kate macam lelaki tp xconfirm. Kt klinik Noriah doc kate 80% perempuan. Alhamdulillah, saya xkesah janji sehat. Masa scan tu doc kate baby sihat berat masa 5 bln 500 gram dan uri pun ok.



Makanan Sihat



1. Buah Tomato kecil (Kulit Licin)
2. Buah Kiwi (Elak kecacatan)
3. Buah Delima (Bibir Bayi Merah)
4. Air Soya (Anak kulit putih)
5. Herbalife (Memang bagus, Hb terus jadi ok and tak sembelit)
6. Susu (Otak baby)
7. Roti Gandum (Naikkan Hb)
8. Kekacang (Naikkan Hb)
9. Biskut Oat
10. Kurma (Senang Bersalin)
11. Kismis (Otak Bayi) 
12. Salmon + Sushi (Omega 3)
13. Buah Anggur
14. Buah Epal
15. Ulam Pegaga (Naikkan HB)
16. Jus buah (Epal)
17. Keju (Kalsium)
18. Roti Gandum Mashimo (Naikkan HB)
19. Madu + Air Kelapa + Air Tebu (7 Bulan ke atas)
20. Bendi (mudah bersalin)
21. Kerang (naikkan HB)
22. Bayam (naikkan HB)
23. Air yogurt  

Surah Mudah Mengandung



1. Surah As-syura ayat 50.
2. Surah Al-imran ayat 38.
3. Surah Anbiya ayat 89.
4. Baca Ya mushowwir 100x.
5. Surah Maryam ayat 1 hingga 6.
6. Al-fatihah kepada Rasul, sahabat, ibu & bapa.
7. Semasa bersama dari awal hingga akhir baca Ya Khaliq, Ya Bari, Ya  
     Musowwir.
8. Makan makanan yang menambahkan kesuburan – susu, kacang, madu, udang,
    kambing, pisang, petai, asparagus.

Makanan Yang Dilarang Sewaktu Hamil



Antara makanan yang dilarang dimakan sewaktu hamil adalah seperti berikut :-

1. Nenas
2. Air Kelapa (Awal kehamilan)
3. Asam
4. Seafood (Anak alahan)
5. Durian (Panas)
6. Hati Ayam + Limpa (Xbagus untuk Otak baby)
7. Buah Oren (Bibir anak hitam + berkahak)
8. Cincau (Pantang orang Cina)
9. Pisang (Anak banyak taik mata)
10. Sotong (Susah nak beranak)
11. Kubis 
12. Cempedak, Nangka, Tembikai (Sejuk dan berangin)
13. Masakan pedas yang teramat
14. Ais (Nanti anak besar)
15. Kopi, teh (kafein)

Makanan Harian Semasa Alahan



Pengalaman sewaktu mengalami alahan sangatlah menyeksakan. Walaupun saya tak mampu untuk menelan nasi atau makanan yang berat, saya memaksakan diri untuk makan dengan kerap walaupun dengan kuaniti yang sedikit, kalau tak kesian baby, ni adalah nasihat daripada doktor, kerap makan walaupun dengan kuantiti sedikit. Antara makanan harian saya sewaktu mengalami alahan adalah :-

1. Pagi – Susu 1 gelas + kacang RM 1 + Roti skeping @ Biskut
2. T/hari – Buah + Air Kotak Milo/Dutchlady strawberry + Nestum @ Herbalife
3. Petang – Kacang RM 1.
4. Malam – Buah @ Roti + Air Milo Cecah Roti

Alahan ( Minggu 1-Minggu 15 )



Alahan yang saya alami sejak awal mengandung sehingga minggu ke-15 adalah :-

1. Tak boleh makan nasi+mee.
2. Xsuke bau masak lagi2 kedai yang berbau masakannya. Xtahan bau sampai tutup hidung dan xleh lalu kedai makan yang depan mergong rase nak muntah, padahal tingkap kereta tutup.
4. Xsuke bau dalam kereta abang, memang nak termuntah.
5. Xsuke bau shower gel.
6. Xsuka bau KFC.
7. Xboleh makan salindah pening dan muntah-muntah.

Alhamdulillah, masuk minggu ke-16 saya da boleh makan nasi sikit2, petua untuk menaikkan selera makan adalah saya selalu tengok kat internet gambar-gambar makanan yang sedap.

Tanda-Tanda Hamil



Antara tanda-tanda saya hamil adalah :-

1. Perut Sakit yang teramat. Hampir 3 hari baru sembuh.
2. Rasa nak pitam.
3. Perut sakit dan tegang.
4. Seminggu sebelum tu ade pening dan muntah sekali waktu pagi, muntah air.
5. Mengidam nak makan breakfast MCD tp xdpt.
6. Emosi xtentu, asyik bergaduh jek.

Sunday, 22 July 2012

Resepi Spaghetti Oleo

Bahan-Bahan :

~ spaghetti
~ seafood ( udang/ sotong/kupang )
~ bawang putih 5-6 ulas di cincang2 halus
~ bawang besar holland di dadu (Kalau xde guna bawang besar biasa pun boleh)
~ 1/2 sudu teh serbuk lada hitam kasar
~ sedikit serbuk cili / cajun / cili kering yg di gunting menyerong (kalau xletak pun xpe)
~ garam secukup rasa


Cara-caranya :

~ Rebus Spaghetti dan toskan
~ Panaskan 2 sudu besar butter/ minyak olive oil/ minyak jagung/ minyak biasa pun boleh..
~ Tumis bawang putih dgn bawang besar td sampai layu
~ Kemudian masukkan bhn2 seafood
~ Masukkan spaghetti.. serbuk lada hitam.. cili kering / cili flakes.. garam
~ Gaul2 lg dan siappp.. nak taruk sayur2 yg bersesuaian pun boleh

Resepi Mushroom Soup

BAHAN-BAHAN :-)
 

220 g cendawan butang jenis segar
600 ml air
350 ml susu rendah lemak
1 kiub ayam "Maggi"
1 biji bawang besar, didadu kasar
1 ulas bawang putih, cincang halus
2 camca besar mentega
1 1/2 camca besar tepung gandum
1/2 camca teh serbuk lada hitam
Secubit garam
Sedikit cincangan daun parsley, untuk hiasan 

 
CARA MEMBUATNYA :-)
  1. Cendawan dibasuh, lap kering dengan kitchen towel bersih. Asingkan 4 - 5 kuntum cendawan tadi dan didadu sederhana besar. Manakala yang selebihnya, hiris kasar. Ketepikan.
  2. Dalam non-stick wok (kalau tak de, belasah guna kuali biasa...) panaskan mentega, masukkan cendawan dan goreng hingga layu. Tambah bawang putih dan bawang besar, goreng hingga bawang besar layu sahaja. Masukkan tepung dan kacau rata2. Gunakan api kecil.
  3. Tuang air dan susu rendah lemak, kacau rata, masukkan kiub pati ayam dan biar mendidih perlahan sambil dikacau kerap hingga kuahnya menjadi sedikit pekat. Padamkan api dan biar ianya suam. Kemudian kisar halus, tuang dalam kuali semula.
  4. Masak dengan api perlahan hingga mendidih, masukkan cendawan yang didadu tadi, tambah serbuk lada hitam dan kacau rata. Masak hingga pekat. Rasa dan jika perlu tambah sedikit garam...(mat tak letak garam sebab kiub ayam tadi dah terasa garamnya). Hidangkan dengan menabur sedikit cincangan daun parsley dan taburan serbuk lada hitam serta garlic bread......