Thursday, 10 October 2013

Buzday Aleesya 1 year

02 October 2013, genap Aleesya 1 tahun. 1 tahun ni dia pandai berdiri sendiri tapi gigit tetap xde. Mulut dia bising. Hoby suka tengok CD Baby Can Read, kadang-kadang satu hari boleh ulang tengok nak dekat 10 kali.  Mula-mula planning nak buat homemade kek buah untuk dia tetapi disebabkan kemalsan aku, aku tak jadi buat. Hanya sambut di Secret Recipe depan umah jek (Mergong, Alor Setar, Kedah). Mungkin sambut sekali dengan haiqal dan kakak aku time balik kg. Masa di secret recipe aku belikan sepotong kek banan untuk dia, nak beli banyak macam membazir bukan kedekut. Aku rasa cake banan tu jek la yang sesuai untuk dia. Kat Alor Setar ni susah nak cari kedai yang jual kek foundant or cup cake untuk kanak-kanak. Mama doakan anak mama solehah, cerdik, bijak, hormat dan menjadi anak yang berguna dan Berjaya satu hari nanti. Mama sayang Aleesya sangat2. I Love U Baby...mmmuahhh....

 Pagi 2 October, Aleesya memang selalu mengendap, dia pergi kat kepale katil dan mengendap, padahal sekali jek aku ajar, sampai tgh mlm and pg buta pun dia mengendap, tak takot gelap.
Malam sebelum hari jadi Aleesya, konon nak buat kek buah dan potong sambil pakai topi sama-sama, last2 hampeh jek malas jek,hehehe. Gamba bawah tu rasa cute jek dia pakai sambil terbersin.

 Di Secret recipe Mergong Alor Setar. Aleesya with banan cake

 Tak pernah bagi dia makan yang manis selama setahun, tetapi disebabkan hari jadi dia aku pun selamba bagi dia makan benda manis. Kesian tak pernah makan benda manis, sekali makan nak lagi sebab sedap.
 
 
SAMBUT BUZDAY DI KAMPUNG
 



 
 


Saturday, 21 September 2013

resepi soto mak

Serai 2 btg
Halia 1 inci
Bwg besar 1
Bwg pth 2
kulit kayu manis+b.lawang
Rempah soto 4 sudu besar m'bukit
Ayam 1/2 ekor

Cara-caranya :-
Tumis kulit kayu manis 4 sekawan wajib taw klu ade br sedapp
Masukkn bwg+halia yg telah diblander
Masukkn ayam
Masukkan air
Garam dan 2 sudu gula


Ayam yg telah direbus,digoreng.
Hiasan lain:-su hun,kacang,sambl kicap,bergedil,taugeh

Friday, 30 August 2013

Mendidik Anak Cara Jepun

1. Selalu bercakap ketika menukar pampers.

2. Main boo cak 5 kali sehari - Untuk mengajar dia focus dan tajamkan penglihatan.

3. Pakaikan bayi dengan baju berwarna untuk develop colour sensation.

4. Selalu dukung bayi untuk bayi lebih explore sekeliling dan otak akan berkembang, kurangkan baring bayi.

5. Jangan gunakan bahasa pelat atau jangan guna baby word.

6. Kalau ingin mengajar anak mengunakan spoon atau pensil jangan bagi sahaja tetapi kena ajar cara gunakannya.

7. Selalu bertanya baby 'Yang Mana Satu u Nak' jangan pakai pilih aje supaya bayi boleh bagi keputusan.

8. Ajar anak berhenti bergerak (buat apa yang dia buat bila kita cakap stop supaya anak dapat elak bahaya.

9. Gerakkan toys dengan perlahan, jangan gerak laju-laju.

10. Ajar anak minum menggunakan straw umur 1 hingga 2 bulan, jika menghisap lidah akan keras dan membantu pernafasan, mempercepatkan bunyi suara dan sound production.

11. Pandang dalam-dalam mata baby supaya baby boleh mengetahui emosi dan mengajar untuk faham bahasa.

12. Menghidu macam-macam untuk merangsang emosi.

13. Selalu menyuruh mengoyak kertas supaya cepat menggunakan cari, merangsang tangan dan budak jadi cermat dan teliti.

14. Menonton TV tetapi jangan lama sangat untuk merangsang otak


Wednesday, 28 August 2013

Doa & Zikir Semasa Hamil

 
 

 
“ Ya Tuhan kurniakanlah kepadaku dari sisi-Mu zuriat ( anak ) yang baik sempurna (tidak cacat ). Sesungguhnya Engkau sentiasa mendengar dan menerima rayuan dan doa hamba Mu” 
 
 
وَاللّهُ أَخْرَجَكُم مِّن بُطُونِ أُمَّهَاتِكُمْ لاَ تَعْلَمُونَ شَيْئًا وَجَعَلَ لَكُمُ الْسَّمْعَ وَالأَبْصَارَ وَالأَفْئِدَةَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
 
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
 
 
Doa zuriat yang soleh - Surah Ali-Imran ayat 38
 
هُنَالِكَ دَعَا زَكَرِيَّا رَبَّهُ قَالَ رَبِّ هَبْ لِي مِن لَّدُنْكَ ذُرِّيَّةً طَيِّبَةً إِنَّكَ سَمِيعُ الدُّعَاء
 
 
Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan.
 
 
Doa mohon ampun - Surah Ali-Imran ayat 192-194
رَبَّنَا إِنَّكَ مَن تُدْخِلِ النَّارَ فَقَدْ أَخْزَيْتَهُ وَمَا لِلظَّالِمِينَ مِنْ أَنصَارٍ رَّبَّنَا إِنَّنَا سَمِعْنَا مُنَادِيًا يُنَادِي لِلإِيمَانِ أَنْ آمِنُواْ بِرَبِّكُمْ فَآمَنَّا رَبَّنَا فَاغْفِرْ لَنَا ذُنُوبَنَا وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا وَتَوَفَّنَا مَعَ الأبْرَارِ رَبَّنَا وَآتِنَا مَا وَعَدتَّنَا عَلَى رُسُلِكَ وَلاَ تُخْزِنَا يَوْمَ الْقِيَامَةِ إِنَّكَ لاَ تُخْلِفُ الْمِيعَادَ
 
Doa anak tetap mengerjakan sembahyang - Surah Ibrahim ayat 40-41
رَبِّ اجْعَلْنِي مُقِيمَ الصَّلاَةِ وَمِن ذُرِّيَّتِي رَبَّنَا وَتَقَبَّلْ دُعَاء رَبَّنَا اغْفِرْ لِي وَلِوَالِدَيَّ وَلِلْمُؤْمِنِينَ يَوْمَ يَقُومُ الْحِسَابُ
 
Doa mohon anak yang baik serta keturunannya
Surah Al Imran (3 : 38)


 
  Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya:” Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan”
 
Doa Mudah Bersalin An Nahli 16:78
Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun; dan dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
Doa agar dikurniakan anak yang menyejukkan/menyenangkan hati ibu bapa/doa untuk mendisiplinkan anak/doa untuk kebahagiaan sekeluarga. Al Furqan (25:74)

 
Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: “Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.
 

“ Tiada Tuhan yang disembah melainkan Engkau ( Allah ), maha Suci Engkau Ya Allah, sesungguhnya aku termasuk di kalangan orang-orang yang zalim.
 

“ Tuhanku berilah kepadaku ( seorang anak) dari anak-anak yang soleh”
 
“ Allah telah mencukupi segala sesuatu bagiku dan sebaik-baik yang ku serah diri kepada Allah” 
 
Untuk memudahkan bersalin digalakkan membaca ayat kursi,
Kemudian membaca ayat ini :
 

- Surah An Nahl: ayat 78-80


 
[78] Dan Allah mengeluarkan kamu dari perut ibu kamu dengan keadaan tidak mengetahui sesuatupun dan Dia mengurniakan kepada kamu pendengaran dan penglihatan serta hati (akal fikiran); supaya kamu bersyukur.
 
 
 
 

Tuesday, 27 August 2013

Cara Menarik Minat Anak Benda Yang Baru

From: anakbonda.blogspot.com

  1. Peranan ibubapa (mendidik atau memupuk) juga turut menyumbang pola pemikiran pada anak-anak.
  2. Pangkulah anak anda dan berikan perhatian kepada anak anda semasa proses pembelajarannya berlaku. Cara ini dapat memupuk semangar belajarnya.
  3. Ajaklah anak anda bermain dengan alat permainan yang mempunyai ciri-ciri penjelasan seperti contoh alat permainanyang dapat mengeluarkan bunyi cara ini dapat mebangkitkan minta anak itu sendiri untuk  mengetahui sebab, mengapa,  dan akibat. Hal sebegini akan dapat memancu anak untuk ingin tahu.
  4. Jangalah lupa berikan pujian dan penghargaan diatas hasil karyanya, maka ini akan menyuntik semangatnya untuk lebih berprestasi lagi.
  5. Jauhilah dari penggunaan kata-kata kesat pada anak anda, ini kerana ia akan menimbulkan rasa rendah diri pada anda itu sendri. Namun dikuhatiri anak tersebut akan membalikkan semuala bahasa kesat tersebut kepada anda.
  6. Sesekali berikan dia bimbingan serta kalimat atau sebarang ucapan yang bisa membuatkan hatinya senang sebagai motivasi saat belajar.
  7. Ungkapkan pujian Seperti contoh:- Wah! adik pandailah jawab soalan matametik hari ini. Bukan apa ini adalah cara  untuk menyerlahkan lagi potensi kebolehan dia dengan lebih baik lagi pada masa akan datang.
  8. Bahaslah bersama anak apa yang telah dibaca. Dengan cara ini dapat membantu anak untuk mengingati semula apa yang telah dipelajarinya sebentar tadi.

Mengajar Anak Teknik Jepun

From: anakbonda.blogspot.com

Teknik shichida diamalkan oleh masyarakat jepun untuk melatih anak-anak berfikir menggunakan otak sebelah kanan.Otak sebelah kanan sebenarnya lebih efektif jika dibandingkan sebelah kiri,tetapi perlu dilatih dan kerap merangsangkannya.Sebelum melakukan teknik ini ,tarik nafas sedalam-dalamnya dan relaks.

1) Sewaktu anak dalam keadaan tidur-tidur ayam,bisikan di telinganya dengan jujur kata-kata positif seperti kita sayang padanya,anak yang soleh,kuat,rajin pergi sekolah dan bijak.Ini kerana ketika itu,otak kanak sedang berfungsi manakala otak kiri pula sedang tidur.Bagaimanapun anda perlu lakukannya dengan seikhlas hati,elakkan ketika sedang marah.Selepas anak mula pejamkan mata,ramas-ramaslah jari atau tangannya supaya dia kembali dalam keadaaan tidur-tidur ayam.Islam juga menggalakan ibubapa bercakap atau berdoa dengan anak ketika mereka sedang dalam proses hendak tidur,sebabnya pada ketika itulah antara waktu-waktu doa dimakbulkan.
 
2) Gunakan kad imbasan untuk mengajar anak.Contohnya ABC atau 123 dalam tempoh seminggu dan lihat kesannya.Pasti dia dapat menghafal huruf-huruf yang ditunjukkan.Tunjukkan kad itu satu-persatu dengan cepat.Ini kerana apabila kad itu bergerak laju,otak kanan bekerja keras untuk menangkap apa yang ditunjukkan.
 
3) Galakkan anak melakukan kraftangan .Ia adalah hasil daripada kerahan otak kanan,oleh itu ajaklah anak anda bermain tanah liat,mewarna,melukis,gunting kertas ,origami dan sebagainya.Memanglah selepas itu terpaksa mengemas,tetapi banyak manfaatnya.
 
4) Satu lagi aktiviti menarik ialah melukis gambar,contohnya rama-rama.Anda hanya perlu melukis sebahgian sahaja dan surh anak anda menyudahkannya.Ini dapat mengaktifkan penggunaan otak kanan.
 
5) Usah marah-marah atau tengking anak dengan nada yang kuat,sebabnya mereka akan simpan semuanya dalam otak kiri.Andainya anda termarah anak anda,pujuklah dengan langkah pertama tadi.Jangan malu ucapkan perkataan maaf kepada anak anda.
 
6) Kembangkan imaginasi anak anda dengan sesi bercerita.Anda mulakan dengan sebuah kisah dan minta anak sambungkan cerita itu mengikut daya imaginasinya.
 
7) Bermain teka-teki bersama anak.Letakkan satu barang dalam kotak tisu dan suruh anak anda meneka apakah benda itu.Mulakan dengan memberi klu seperti warna atau bunyi.Ini adalah untuk mengaktifkan otak sebelah kanan.Bagaimanapun lakukannya sekitar setengah jam sehari,tak perlu terlalu lama.
 
8) Jika boleh elakkan menggunakan perekataan Jangan kepada anak-anak.Jikalau terlalu kerap menggunakan perkataan itu,itulah yang anak lakukan..Gantikan dengan perkataan lain seperti,Tolong atau Marilah kita sama-sama.

Mengajar Anak Jika Ibu Sibuk

Sumber : anakbonda.blogspot.com

1. Gunakan masa dalam kenderaan

Banyak yang boleh dipelajari kanak-kanak semasa dalam perjalanan. Jangan hanya melabelkan benda seperti “lori”, “kereta”, “bas” sahaja tetapi mestilah dituruti dengan penerangan terhadap objek tersebut “ lori tu besarnya” “Eh! Eh! Bas tu berhenti... Adik, bas berhenti”. Dengan ini kita dapat merangsang lebih banyak bahasa si manja.

2. Gunakan masa di dapur.

Ketika sibuk memasak, tidak salah kita memberi peluang kepada anak-kita bermain di dapur. Berikan benda dapur yang tidak berbahaya seperti cawan dan pinggan plastik, periuk dsb. Sambil memasak, berkomunikasilah dengan anak anda. Ceritakan apa yang anda hendak masak, apa yang anda sedang lakukan, apa yang si manja anda sedang lakukan.

3. Gunakan masa di bilik mandi

Waktu mandi adalah waktu yang paling menyeronokkan buat si manja. Anda boleh membantu si manja mengenali anggota badan mereka, mengenali fungsi anggota badan mereka. Anda boleh membantu dengan membuat bunyi-bunyi yang menyeronokkan semasa mandi, bermain dengan buih, memperkenalkan perkataan seperti busuk dan wangi dan lain-lain.

4. Gunakan masa semasa menyuap si manja

Masa makan tidak seharusnya sekadar menyuap si manja sehingga kenyang. Ceritakan tentang makanan yang kita suapkan. Ceritakan tentang kebaikan makanan tersebut kepada si manja. Jadikan masa makan sesuatu yang menyeronokkan. Ubah cara suapan dengan berlakon seperti kapal terbang membawa makanan lalu terus masuk ke dalam mulut si manja. Komen rasa makanan dengan mimik muka seperti " Mmmmm.. sedapnya bubur ni"

Jika si manja ingin merasa makanan anda, berikan sebab kenapa si manja tidak boleh memakannya. Buat aksi panas, pedas, masam dengan mimik muka yang berlebihan.. Pasti si manja akan seronok dengan waktu makan mereka.